Anda di halaman 1dari 24

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab soalan adalah antara faktor menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman.

Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik.

BAHAGIAN TATABAHASA Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam bahagian tatabahasa.

Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami makna atau maksudnya terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai jawapan.

Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu menjawab soalan bahagian tatabahasa.

A. Faham Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua pilihan jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan tersebut.

Untuk menjawabnya, ada dalam kalangan calon hanya mengagak maksud jawapan tersebut. Tindakan ini salah kerana calon perlu berusaha memahami maksud pilihan jawapan itu, bukan sekadar mengagak.

Biasanya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan. Sebaiknya, buatlah catatan ringkas mengenai maksud bagi setiap pilihan jawapan tersebut.

Contoh soalan;

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih

B. Baca

Baca ayat soalan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Pilihan jawapan sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap terutama kepada calon yang kurang berfikir.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

C. Kesan

Calon perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan calon memilih jawapan yang tepat.

Dalam soalan ini, klunya adalah menyampaikan (Bulatkan perkataan menyampaikan).

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

D. Pilih

Peringkat ini paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut kehendak soalan. Oleh

itu, fahamkan betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

Pengganggu jawapan yang hampir tepat

A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih

Pilihan jawapan yang paling tepat

Selain itu, pastikan calon mengikuti langkah berikut:

* Jawab soalan yang mudah terlebih dulu.

* Jangan membuang masa dengan menjawab soalan yang susah.

* Peruntukkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk bahagian tatabahasa.

* Segera jawab soalan bahagian petikan.

* Baki masa perlu digunakan untuk menyemak semula jawapan.

BAHAGIAN PEMAHAMAN

Calon hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman. Namun begitu, setiap soalan berkait rapat dengan petikan yang disediakan.

Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan petikan ialah:

A. Baca dan faham

Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu. Selepas itu barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dulu.

Contoh soalan:

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing.

C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.

B. Cari pembayang jawapan

Biasanya klu atau pembayang jawapan ada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut.

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.

C. Penyesuaian

Sesuaikan pembayang yang ditanda atau digariskan dengan pilihan jawapan diberikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? (soalan)

... lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula (pembayang)

D. Memilih

Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam petikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. (JAWAPAN)

C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.

Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon tidak melakukan kesilapan merugikan. Antara kelemahan tersebut ialah:

i. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.

ii. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.

iii. Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan.

iv. Membuang masa dengan soalan yang susah.

v. Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.

vi. Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.

vii. Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR.

Ingat!: Sebaik saja selesai menjawab semua soalan, kira jumlah tanda hitam di atas kertas OMR. Pastikan tanda hitam itu cukup 40. Jika kurang, bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dua jawapan. Oleh itu, calon perlu semak semula.

BAHASA MELAYU (PENULISAN)


BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan. Persediaan awal itu penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan. Sebagai peringatan, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab. (a) Bahagian A 1. Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah. 2. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu. a. Langkah pertama Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga, iaitu tentang, aktiviti atau situasi.

Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat. Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak). b. Langkah kedua Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar. Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang ada.

c. Langkah ketiga. Calon mula membina ayat berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan. Dinasihatkan agar calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana, mengapa dan bila). Contoh: Watak Kata Kerja Maklumat Beberapa orang murid - menyertai - pertandingan lukisan - melukis - sempena Hari Kebangsaan - mewarna - di dewan Jawapan contoh: Beberapa orang murid yang menyertai pertandingan lukisan sedang melukis dan mewarna lukisan mereka sempena Hari Kebangsaan di dewan. Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna. Calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat. Pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.

d. Langkah keempat Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya. Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara memangkas dengan mencantas, dan membelah dengan mengerat. Maknanya berbeza mengikut keadaan atau konteks ayat. Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, Ayah menjual ikan dengan Ayah penjual ikan. Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan. Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.

(b) Bahagian B Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karangan yang baik. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit. Petua untuk Bahagian B, calon mesti menggunakan kaedah FMK iaitu Formula Menulis Karangan, iaitu kaedah menulis karangan berdasarkan perenggan 233332. Setiap karangan mempunyai enam perenggan. 233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tiga ayat. Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkan kelihatan lebih kemas. Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.

a. Langkah pertama Pilih soalan. Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab. Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menulis karangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya. Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya; Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda terdengar jeritan orang meminta tolong. Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu. Kunci soalan ini ialah Ceritakan tindakan. Kehendak soalan ialah menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan. Manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat. Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong.

b. Langkah kedua Merangka karangan. Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada Peta Minda, Melakar Isi atau Teknik Penyoalan.

c. Langkah ketiga Menulis karangan. Pastikan ada enam perenggan bagi karangan yang calon tulis. Pastikan calon tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon yang masukkan isi dalam perenggan pendahuluan. Contohnya: 1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. 2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh melancong di dalam atau luar negara. Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2. Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan dengan menggunakan kaedah ICK, iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC, iaitu isi, kesan dan contoh. Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti berbentuk rumusan, nilai, pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.

d. Langkah keempat Semak karangan. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih untuk menjawab Bahagian C.

(c) Bahagian C Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini. Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu. Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu. Pengajaran bagi ayat ini ialah menghargai, manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah Abang mengucapkan terima kasih. Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang sepatutnya. Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan.

a. Langkah pertama Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran. Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran waktu malam. Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah mengulang kaji. Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.

b) Langkah kedua

Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya: Pengajaran Perbuatan Agar atau Siapa Rajin mengulang kaji pelajaran - lulus periksa - Zaidi

c) Langkah ketiga Membina ulasan lengkap. Contohnya: Kita mestilah rajin mengulang kaji pelajaran agar lulus peperiksaan seperti Zaidi. Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih menarik.

d) Langkah keempat Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul. Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat, iaitu 1 jam 15 minit, calon perlu bijak menguruskannya. Dicadangkan; Bahagian A - tiga minit faham gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk menyemak. Bahagian B - 10 minit faham soalan dan bina rangka karangan, 25 minit hasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan. Bahagian C - Lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulis ulasan lengkap dan lima minit lagi menyemak. Masa lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B dan C.

PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN )


1. Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua. 2. Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1 (a) atau soalan 1 (b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib. 3. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam. 4. Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Jenis-Jenis Karangan :
A. Karangan Berformat 1. Jenis Surat Kiriman Rasmi 2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi 3. Karangan jenis Ucapan 4. Karangan jenis Syarahan 5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara 6. Karangan jenis Berita 7. Karangan jenis Catatan Diari 8. Karangan jenis Laporan 9. Karangan jenis Perbahasan 10. Kad Jemputan

B. Karangan Tidak Berformat 1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata 2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi 3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan 4. Karangan Jenis Perbincangan 5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita 6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi 7. Karangan Jenis Peribahasa

& TUJUAN ANDA MENGARANG 1. 2. 3. 4. menguji menguji menguji menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu. kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca. fikiran, pendapat, dan idea-idea anda. tentang sejauh mana pembacaan anda. & PANDUAN MENGARANG / MENULIS Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : a) Pengenalan b) Isi-isi dan c) Penutup

A. Pengenalan Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. B. Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis. Tip Antara kaedah mencari isi Kaedah I ( pertanyaan ) Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di mana ? Bagaimana ? Kaedah II ( peta minda )

C. Penutup Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

& CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS 1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah : a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2 - Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.

Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. ) Contoh : Perhatikan soalan di bawah ini. Soalan 1 Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya. Soalan 2 Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat. Tip Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.

b. Menyusun rangka karangan - Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi - Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. - susun isi mengikut urutan kepentingannya. - Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. - Isi penting jangan diulang-ulang c. Menulis karangan - Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan. - Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. ( Bahagian-bahagian karangan yang ideal ) Perenggan Pendahuluan Perenggan isi pertama Perenggan isi kedua Perenggan isi ketiga Perenggan isi keempat Perenggan Penutup - Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan. d. Menyemak karangan - Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. - baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu. e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan a. 4 minit mencari isi

b. 24 minit menulis karangan c. 2 minit menyemak semula karangan Jumlah = 30 minit Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan. Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik. Tip Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi. Tahukah kamu ? Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ? Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh : Contoh A ( dicadangkan ) "Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut. Contoh B ( mengelirukan ) "Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.

& PETUA BILA MENULIS KARANGAN Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting. Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan. Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup. Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelokeloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah. & PEMARKAHAN PENULISAN A. Pemberian Markah 1. Penilaian aspek isi ( 10 markah ) a. Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting. ( Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis. ) 2 markah X 4 isi yang lengkap = 8 markah

1 markah pendahuluan = 1 markah 1 markah penutup = 1 markah Soalan 1 = 25 markah Soalan 2 = 25 markah 50 markah. Jumlah keseluruhan = 50 X 2 = 100 markah Jumlah = 10 markah 2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah ) Aspek bahasa terbahagi a. Perbendaharaan kata = 3 markah b. Struktur ayat = 3 markah c. Imbuhan = 3 markah d. Tanda baca = 3 markah e. Ejaan = 3 markah Jumlah 15 markah 3. Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah untuk satu soalan 4. Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan. 5. 1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. 6. markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah. 7. Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah. 8. Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik-adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik. * Peringatan : karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 25 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja. : isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya Melayu / Islam ) Tahukah kamu ? Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik. Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan adalah dikira sebagai format. B. Potong Markah 1. Bilangan perkataan tidak mencukupi - kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 ) - 41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah ) - 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah ) - 61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah ) 2. Bagi setiap satu kesalahan - imbuhan tolak markah

- tanda baca tolak markah - ejaan tolak markah 3. Karangan yang terpesong langsung - markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah 4. Format Isi 10 B a perbendaharaan kata b struktur ayat c imbuhan d tanda baca e ejaan 33333 Jumlah Tolak bilangan perkataan - format - tiada perenggan 25332 Jumlah keseluruhan 17 - salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah yang diperolehi untuk soalan itu. (markah keseluruhan)

Contoh pemotongan markah surat kiriman ; tiada alamat tolak 1 tiada nama pengirim tolak 1 tiada tanda tangan tolak 1 tiada tarikh tolak tiada kata panggilan hormat tolak 1 tiada ucapan terima kasih tolak 1 Salah letak format tolak tiada tajuk bagi surat rasmi tolak Tahukah kamu ?: Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah (0) bagi setiap satu aspek tatabahasa. Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang. Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah.

& TANDA MEMERIKSA isi

salah guna perkataan _____________________ kesalahan struktur ayat kesalahan ejaan / /\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\

kesalahan ejaan yang berulang // tanda yang tertinggal kesalahan imbuhan kesalahan tanda baca O /

isi yang tidak berkaitan (

Tip : Cara membilang perkataan Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataan saja contoh Bahasa Melayu Tahun Enam & BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI (A) ? 1. Baca semua soalan yang diberi Fahami arahan kehendak soalan. Kenal pasti format yang perlu digunakan. Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. 2. Guna isi yang berlainan susun isi secara berturutan letak isi mengikut perenggan memberi huraian yang tepat kepada isi. sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni. 3. penggunaan perkataan yang pelbagai ada menggunakan perkataan yang terkini elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap penggunaan perkataan teknikal dengan tepat elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima. 4. susun ayat dengan kemas elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek guna ayat yang pendek tetapi lengkap kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik 5. penggunaan tanda baca pada tempat yang betul gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya. 6. dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan dapat membezakan imbuhan an dan kan guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis ) 7. tulis mengikut ejaan yang betul elak mengikut sebutan dialek / daerah elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan Tahukah kamu ? Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan.( contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )

& KELEMAHAN KARANGAN A] Kesalahan memilih tajuk Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja. B] Kekurangan isi Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan. C] Pembahagian perenggan Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan ! D] Tidak merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ). E] Kesalahan tatabahasa Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat A. Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya. F] Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis. Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( C ) sahaja. G] Kesalahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.

Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan ) Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa. Ayat di dalam kurungan adalah pembetulannya. A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat. Selepas mandi Yusri bersarapan , selepas itu dia memakai baju , selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal. R( Selepas mandi , Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. ) B. Salah Menggunakan Perkataan dari dan daripada Kain batik itu datang daripada Terengganu. R( Kain batik itu datang dari Terengganu.) Saya baru terima surat itu dari kakak. R( Saya baru terima surat itu daripada kakak.) untuk , supaya dan selama Cikgu Zaidi pergi ke pasar untuk membeli sayur. R( Cikgu Zaidi pergi ke pasar membeli sayur.) Ahmad menjerit untuk meminta tolong. R( Ahmad menjerit meminta tolong.) Saya bercita-cita untuk menjadi doktor. R( Saya bercita-cita hendak menjadi doktor.) Aminah belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian. R( Aminah belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.) Kami akan tinggal untuk dua minggu. R( Kami akan tinggal selama dua minggu.) Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuk satu jam. R( Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.) adalah dan ialah Adalah dengan hormatnya dimaklumkan R( Dengan hormatnya dimaklumkan . ) Tuduhan itu adalah fitnah belaka. R( Tuduhan itu fitnah belaka.)

Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian. R( Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.) bila dan apabila Zainal pun bangun bila namanya dipanggil. R( Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.) Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu. R( Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.) ramai, banyak, semua dan para Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu. R( Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.) Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali. R( Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.) Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan. R( Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.) Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. R( Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.) Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah pemenang-pemenang. R( Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenang-pemenang.) yang dan bahawa Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah. R( Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah. Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil. R( Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.) kata ganti nama Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini. R( Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. ) Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung. R( Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.) kata ganti "dia" dan "ia" nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya.

Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani. R( Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.) Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi. R( Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.) apa, mana dan bagaimana Baju apa yang kamu pakai ? R( Baju mana yang kamu pakai ? ) Mana katanya betul belaka. R( Apa katanya betul belaka.) Apa pendapat tuan mengenai soal itu ? R( Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ? ) penjodoh bilangan Ibunya seorang yang baik hati. R( Ibunya baik hati.) Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah. R( Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.) Di dan pada Di dan pada Beri surat ini pada Hasrul. R( Beri surat ini kepada Hasrul.) Di masa rehat saya ke kantin. R( Pada masa rehat saya ke kantin.)

C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit) Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar. R( Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.) Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya. R( Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.) Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah R( Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.) Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia R( Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.)

Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya. R( Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.) Apakah nama kamu ? R( Siapakah nama kamu ? ) D. Tanda baca menggunakan tanda baca pada tempat yang salah Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik , gitar , piano dan , dram. R( Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik ; gitar , piano , dan dram.) tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak ,jerit polis kepada perompak itu. R( "Jangan bergerak ! Kalau bergerak kamu akan ditembak," ,jerit polis kepada perompak itu.) Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu ? R ( Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu ? ) Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer. R( Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.) E. Imbuhan Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke" Masukkan buku ini didalam beg. R( Masukkan buku ini ke dalam beg.) Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan. R( Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.) Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan" Masakkan ibu sungguh lazat. ( Masakan ibu sungguh lazat.) Masukan buku ini ke dalam almari. R( Masukkan buku ini ke dalam almari.) Lain-lain kesalahan

Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya. R( Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya.) Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa. R ( Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa.)