Anda di halaman 1dari 25

TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU PMR

OLEH:DR.SARAVANAN

Teknik Menjawab Bahasa Melayu PMR 2012 Kertas 1 Pengenalan : Soalan Kertas 1 Bahasa Melayu PMR merupakan soalan berbentuk Aneka Pilihan (Objektif) Terdapat 40 soalan kesemuanya Calon perlu memilih satu daripada empat pilihan jawapan iaitu sama ada A, B, C atau D. Masa yang diperuntukkan untuk kertas ini ialah satu jam. ( Gunakan masa tersebut dengan bijak) Aspek Soalan Soalan-soalan yang diuji dalam Kertas 1 merangkumi :

TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU PMR


Soalan 1 7 Merupakan soalan Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan dan kata ganda dalam ayat. Soalan jenis ini, sebenarnya merupakan bentuk soalan yang memang dikemukakan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu PMR, pada setiap tahun. Para pelajar boleh merujuk kertas soalan pada tahun-tahun yang lepas untuk membiasakan diri pelajar dengan bentuk soalan tersebut. Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa kata yang mantap. Bagi tujuan ini adalah mustahil untuk pelajar menghafal kesemua kosa kata yang terdapat dalam kamus. Kaedah yang lebih efektif adalah dengan banyak membuat latihan dan merujuk kamus. Logiknya, semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak kosa kata yang anda kuasai.

KERTAS 1

Contoh Lukisan yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu menunjukkan bahawa pelukisnya mempunyai _________ yang tinggi.

A daya nukilan B daya rasa C daya imaginasi D daya upaya

Soalan 8-13 Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sangat penting. Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan. Contoh: tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk -di dalam/dalam, demi untuk/untuk, pada/kepada, dari/daripada 2 Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan tatabahasa anda. Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau majalah. Contoh
Datuk Abdul Malik menempah sejarah kerana berjaya merentasi Selat A B C Inggeris. Tiada kesalahan D

Soalan 15 17 Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat. Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan kosa kata pelajar lemah. Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah. Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor jawapan itu. Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya. Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan-soalan jenis ini.

Contoh: I Terdapat kesan jari pencuri pada pemegang pintu itu. II Filem yang menyayat hati itu memberi kesan kepada penonton. III Dia memotong rumput supaya halaman rumahnya ada kesan cantik.(x) IV Penyakit taun memberi kesan yang buruk terhadap industri pemakanan. A I dan II sahaja B I, II dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja (x) D I, II, III dan IV (x)

Soalan 18 21 Soalan dalam kumpulan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis para pelajar. Para pelajar diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah. Jika didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu. Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti. Cuba kenal pasti aspek-aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat yang digaris itu. Misalnya, sama ada, dari aspek imbuhan, kata anda, struktur ayat, atau pemajmukan. Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul. Manamana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong.

Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin berkurang, maka memudahkan anda untuk membuat pemilihan. Namun, seperti biasa, penguasaan tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini. Contoh Subhi menceritakan tentang pengalamannya semasa mendaki Gunung Ledang di Johor. A cerita tentang pengalamannya (x) = tiada imbuhan ber B bercerita tentang pengalaman dia (x) = dia digantikan dengan nya. C menceritakan pengalamannya (/) D menceritakan tentang pengalamannya (x) = kata kerja menerima kata sendi nama; tentang.

Soalan 22 24 Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahulu lagi. Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari segi strukturnya. Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya. Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah dikenal pasti dan ditandakan. Biasanya tiga. Contoh Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk mendedahkan penduduk kampung supaya mereka dapat memanfaatkan hasil bumi tempatan. Kemudian, kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi tersebut.

Contoh Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk kampung mendapat pendedahan tentang bagaimana hendak memanfaatkan hasil bumi tempatan. Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu, pelajar harus teliti dan sentiasa memeriksa semula jawapan anda.

Soalan 25 27 4 Soalan ini ingin menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja. Jumlah ayat yang diberi adalah sebanyak empat. Di samping mencari ayat yang betul dari segi tatabahasanya, para pelajar juga boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya. Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongkan. Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.

Contoh I Rumah silam itu kelihatan sungguh menyeramkan. II Hampir setiap malam ibu bertemankan air mata. III Setiausaha Encik Ali bukan sombong, hanya bersikap tegas. (x) (sombong = kata adjektif; sepatutnya = tidak) IV Puan Tan terpaksa melahirkan kedua-dua orang anaknya itu melalui pembedahan kerana dia menghidap penyakit darah tinggi. A I dan II sahaja B II dan III sahaja (x) C II dan IV sahaja D III dan IV sahaja (x) (Jawapan yang tepat ialah C kerana ayat perkataan silam pada rumah tidak boleh digunakan dan jawapan yang sebenarnya ialah usang.)

Soalan 28 30 Soalan tentang peribahasa. Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa. Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3. Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks. Cari maksud dan makna peribahasa tersebut. Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat atau dalam karangan pelajar.

Soalan 31 35 Pemahaman Prosa (KOMSAS) Soalan 36 40 Pemahaman Puisi (KOMSAS) Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja. Kemudian, bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti. 5 Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya. Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka pelajar akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan. Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu: Soalan pemahaman berdasarkan petikan; Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan; Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa

Soalan (a) Pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Cuba kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap. Soalan (b) Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja. Soalan (c) Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan. Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan pemahaman dengan baik, pelajar wajarlah menguasai pelbagai aspek sastera yang diajar oleh guru.

TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 PMR BAHASA MELAYU

PEMBAHAGIAN SOALAN BAHAGIAN A i - Ringkasan Karangan BAHAGIAN A ii Pemahaman BAHAGIAN B - Karangan (Berdasarkan Bahan Rangsangan) BAHAGIAN C - Karangan Respons Terbuka BAHAGIAN D - Pemahaman Novel

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A i a.Cari sekurang-kurangnya lima (5) isi b.Tulis semula isi-isi dalam satu perenggan c.Sambungkan ayat-ayat menggunakan penanda wacana seperti: Selain itu Oleh hal yang demikian Sehubungan dengan itu d.Elakkan daripada menyalin terus daripada petikan e.Elakkan menyalin isi secara terpilih Pemarkahan Bahagian A i ISI - 5 isi x 2m = 10 m Bahasa = 10 m Jumlah = 20 m

BAHAGIAN A ii (Pemahaman) Soalan 1 : maksud kata/rangkai kata 2 markah Maksud perlu tepat mengikut konteks dalam petikan dan ditulis dalam ayat gramatis Soalan 2 Soalan pemahaman (isi tersurat berdasarkan petikan) 4 markah 2 isi (yang tepat dan ditulis dalam ayat yang lengkap dan gramatis ) x 2 markah = 4 markah Teknik Menjawab Soalan 2 Jawapan ada dalam petikan yang diberi. Berikan dua isi yang tepat. Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis.

BAHAGIAN A ii (Pemahaman Kemahiran Berfikir) Soalan 3 Soalan pemahaman (isi tersirat/isi berdasarkan pengetahuan luar yang berkaitan) 4 markah TEKNIK MENJAWAB SOALAN 3 Jawapan TIADA dalam petikan yang diberi. Berikan dua isi yang tepat. Tulis jawapan dalam ayat yang gramatis BAHAGIAN B (Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan) Markah penuh - 20 markah Isi karangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberi Bahan rangsangan : Gambar tunggal Gambar bersiri Iklan Gambarajah

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B Bahan rangsangan hanya sebagai alat pencetus idea / peta minda Isi karangan boleh diambil daripada bahan rangsangan Isi karangan boleh berdasarkan pengetahuan luar pelajar ( yang berkaitan) BAHAGIAN C (Karangan Respon Terbuka) Markah penuh - 40 markah Karangan dinilai berdasarkan : a) Penggunaan Bahasa b) Idea / Isi c) Pengolahan

BAHAGIAN C Baca soalan dengan teliti. Pilih tajuk karangan yang benar-benar difahami. Cadangan : Isi + huraian + contoh Bilangan perkataan perlu lebih 180 patah perkataan. Unsur keindahan bahasa perlu dimasukkan dalam karangan Frasa menarik (FS) membantu meningkatkan markah

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN D (Pemahaman Novel) Pilih novel yang benar-benar diketahui jalan ceritanya. Nyatakan nama novel yang dipilih dalam jawapan. Tulis jawapan dalam satu perenggan sahaja. Ayat yang dibina mestilah gramatis. Isi mestilah disertakan dengan huraian/ contoh berdasarkan watak/peristiwa/latar (mana-mana yang berkaitan)

Anda mungkin juga menyukai