Anda di halaman 1dari 12

BAHASA MALAYSIA PMR Kertas Satu

Soalan 1-7 (Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan, dan kata ganda dalam ayat) - Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa kata yang mantap. - Banyak membuat latihan dan merujuk kamus. - Semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak kosa kata yang anda kuasai. - Soalan 1-7, ilustrasi mungkin digunakan dalam soalan tersebut bagi membantu murid-murid memilih jawapan yang tepat dan betul. Contoh Soalan: Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai. Contoh 1 Mata abang ____________ apabila lampu biliknya dipasang oleh ibu. A. terkebil-kebil B. terpinga-pinga C. berpinar-pinar D. berputar-putar Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah C Berpinar-pinar bermaksud silau. Terkebil-kebil pula bermaksud tidak dapat melelapkan mata, terpinga-pinga disebabkan oleh janggal atau tidak biasa dengan keadaan di suatu tempat yang baru, manakala berputar-putar membawa maksud berpusing-pusing. Contoh 2 Pak Mamat mencantas _____________ pisang di kebunnya. A. buah B. pokok C. batang D. pelepah Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah D Dalam ayat tersebut, kata kerja mencantas bermaksud memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala dan sebagainya). Oleh itu, dalam konteks ayat di atas, perbuatan mencantas lebih sesuai dengan kata nama pelepah pisang, iaitu tulang daun. Soalan 8-14 (Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan, dan kata ganda dalam ayat) - Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi: a. Kesalahan dari segi penggunaan kata; b. Kesalahan dari segi penggunaan frasa; c. Kesalahan dari segi struktur ayat; d. Kesalahan dari segi penggandaan; e. Kesalahan dari segi pemajmukan; dan f. Kesalahan dari segi pengimbuhan.

- Penguasaan tatabahasa adalah sangat penting untuk menjawab soalan bahagian ini. - Soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan jika selalu membuat latihan. - Kamus dan buku rujukan tatabahasa hendaklah selalu dirujuk. - Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau majalah. Contoh Soalan: Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B atau C, jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

Contoh 1 Hartawan ternama itu ditemui mati di dalam sebuah kereta yang enjin dan A B penghawa dinginnya terpasang. Tiada kesalahan. C D Ulasan Jawapan Jawapannya ialah C Dalam ayat tersebut, hanya C sahaja yang tidak betul istilahnya. Jawapan yang sepatutnya ialah pendingin hawa.

Contoh 2 Puan Ambalagan sentiasa berulang-alik antara Ipoh dengan Pulau Pinang A B di atas urusan perniagaannya. Tiada kesalahan. C D Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah C Penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas adalah salah. Atas dalam konteks ayat bukan merupakan kata ganti nama tempat. Oleh itu, kata sendi di tidak boleh digunakan.

Soalan 15-17 (Ketepatan kata dalam ayat) - Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat. - Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat. - Hanya 3 soalan sahaja yang ditanya dalam bahagian ini. - Soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan kosa kata calon lemah. - Kenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah. - Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor jawapan itu. - Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya. - Latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan calon menjawab soalan-soalan jenis ini.

Contoh Soalan:

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

Contoh 1 I Aidil suka melukis gambar sementara adiknya suka membaca buku. II Berbuatlah bakti kepada ibu bapa sementara mereka ada. III Tolong datang ke rumah saya sementara kerana saya rindu akan kamu, kata Ana kepada kawan baiknya. IV Halim bekerja di syarikat itu sementara sahaja untuk mencari pengalaman. A. B. C. D. I dan II sahaja I dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah C Pilihan jawapan, I, II dan IV betul kerana perkataan sementara menepati konteks dan maksud ayat. Ayat III salah kerana perkataan yang sesuai digunakan ialah sekejap atau sebentar.

Contoh 2 I Matanya yang bulat dan merah menatap muka musuhnya. II Mereka bulat suara menolak cadangan pembinaan tempat pelupusan sampah. III Perjumpaan meja bulat yang diadakan itu adalah untuk menyelesaikan masalah persempadanan. IV Kamu terpaksa melalui bulat itu di Jalan Indah sebelum pergi ke Kampung Segamat. A. B. C. D. I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja I, II, III dan IV sahaja

Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah A Pilihan jawapan, I dan III sahaja yang betul kerana perkataan bulat menepati konteks dan maksud. Jawapan yang betul untuk Ayat II adalah sebulat, manakala jawapan yang betul untuk Ayat IV adalah bulatan. Ditulis oleh Cikgu Zainudin BAHASA MALAYSIA PMR Kertas Satu Soalan 18-21 (Kesalahan struktur ayat) - Soalan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis calon. - Calon diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah. - Jika didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu.

- Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti. - Cuba kenal pasti aspek-aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat yang digaris itu. - Misalnya, sama ada, dari aspek imbuhan, kata ganda, struktur ayat, atau pemajmukan. - Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul. - Mana-mana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong. Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin berkurang, maka memudahkan calon untuk membuat pemilihan. - Penguasaan tatabahasa amatlah mustahak. - Latihan yang berterusan, pasti menambah pengalaman dan penguasaan calon untuk menjawab soalan ini. Contoh Soalan: Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. Contoh 1 Mak Cik Senah sekeluarga pulang ke kampong sejak dari seminggu yang lalu untuk berjumpa dengan saudara-mara mereka. A. pada seminggu yang lalu B. dariapda seminggu yang lalu C. sejak seminggu yang lalu D. sejak dari seminggu yang lalu Ulasan Jawapan: Jawapan ialah C Kata sendi sejak dari adalah lewah jika digandingkan seiringan. Memadailah hanya kata sejak digunakan kerana sudah bermaksud sejak dari.

Contoh 2 Banyak kakitangan pejabat itu yang sukakan dengan sikap pegawai yang peramah itu. A. sukakan B. suka akan C. suka dengan D. sukakan dengan Ulasan Jawapan: Jawapan ialah B Ayat di atas mempunyai kesalahan frasa sendi. Kata adjektif suka (emotif) tidak boleh ditambahkan akhiran kan dan diikuti oleh kata sendi dengan. Dari segi rumus, kata adjektif bersifat emotif harus diikuti ol eh kata sendi akan, iaitu suka akan. Soalan 22-24 (Memahami maksud ayat) - Soalan untuk menentukan maksud ayat. - Calon diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari segi strukturnya. - Baca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya. - Kenap lasti dan tandakan Isi utama yang terkandung dalam ayat itu - Kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi tersebut.

Contoh Soalan: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. Contoh 1 Komputer lebih banyak membawa kesan baik daripada kesan buruk kepada para pengguna. A. Penggunaan computer yang meluas telah meninggalkan kesan baik dan kesan buruk. B. Para pengguna menerima kesan yang baik lebih banyak daripada kesan buruk dalam penggunaan computer. C. Penggunaan komputer menyebabkan para pengguna terpaksa menerima kesan baik dan juga kesan buruk yang banyak. D. Lebih banyak kesan baik daripada kesan buruk kepada pengguna apabila penggunaan computer diperluas. Ulasan Jawapan: Jawapan ialah B Pilih jawapan B lebih tepat kerana mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang dicetak tebal tentang kesan penggunaan komputer.

Contoh 2 Pak Jamal mengait buah rambutan dengan pengait untuk diberikan kepada saudaranya yang datang dari Kedah. A. Saudara Pak Jamal yang datang dari Kedah ingin mengait buah rambutan dengan pengait. B. Buah rambutan itu dikait oleh Pak Jamal untuk diberikan kepada saudaranya yang datang dari Kedah. C. Pak Jamal menyuruh saudaranya mengait buah rambutan untuk dibawa balik ke Kedah. D. Buah rambutan itu dikait oleh saudara Pak Jamal yang datang dari Kedah. Ulasan Jawapan: Jawapan ialah B Pilih jawapan B lebih tepat kerana mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang dicetak tebal tentang kisah Pak Jamal yang mengait buah untuk saudaranya yang akan datang. Soalan 25-27 (Pengetahuan Tentang Ayat) - Soalan ini ingin menguji calon supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja. - Ada sebanyak empat ayat pilihan yang diberi. - Calon juga boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya. - Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongkan. - Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.

Contoh Soalan: Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. Contoh 1 I Walaupun soalan itu sukar bagi setengah pelajar, dia dapat menjawabnya.

II Rata-rata penduduk kampong bersetuju dengan cadangan Tuk Penghulu. III Gulungan yang kurang upaya wajar diberikan bantuan. IV Perahu nelayan itu teroleng-oleng dilambung ombak. A B C D I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja I, III dan IV sahaja

Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah B Kata bilangan setengah dalam Ayat I membawa maksud separuh atau setengah, sedangkan kata bilangan yang tepat adalah sesetengah atau setengah-setengah. Bagi ayat III pula perkataan gulungan disalah eja, iaitu sepatutnya golongan. Oleh itu jawapan yang paling sesuai ialah Ayat II dan IV.

Contoh 2 I II Dia terima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Kawasan pusat mengundi itu akan dilawati oleh pegawai bertugas sebelum pilihan raya. III Siapakah nama jiran yang baru berpindah itu? IV Kerja itu dapat disiapkan kerjasama semua kakitangan. A II sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja Ulasan Jawapan: Jawapan ialah C Ayat I salah kerana kata kerja terima sepatutnya diimbuhkan dengan awalan meN- (menerima) manakala ayat IV tidak gramatis dan tidak menepati rumus tatabahasa.

<< Kembali Soalan 28-30 (Pengetahuan Tentang Peribahasa) - Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa. - Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, - Calon harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3. - Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks. - Cari maksud dan makna peribahasa tersebut. - Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat mahupun dalam karangan.

Contoh Soalan Contoh 1 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini. Hidayah bertungkus-lumus menyiapkan model bangunan itu. Rakannya,

Asfahan hanya membantu. Namun demikian, Asfahan pula yang mendapat pujian. Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah A burung terbang dipipiskan lada B lembu punya susu, sapi dapat nama C sekali jalan kena, dua kali jalan tahu D orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah. Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah B Jawapan B betul kerana membawa maksud pujian diberikan kepada orang yang tidak melakukan kerja itu sedangkan kerja tersebut dilakukan oleh orang orang yang lain.

Contoh 2

Peribahasa yang berikut sesuai dengan situasi gambar di atas kecuali A seperti aur dengan tebing B bersatu teguh, bercerai roboh C berat sama dipikul, ringan sama dijinjing D bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah B Jawapan A, C, dan D membawa maksud yang sama iaitu bekerjasama, manakala jawapan B membawa maksud perpaduan. Soalan 31-35 (Pemahaman Prosa) - Soalan ini menguji pemahaman calon tentang petikan yang dibaca. - Petikan yang diberi berdasarkan antologi Sehijau Warna Daun (Tingkatan 1), Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa (Tingkatan 2), dan Anak Bumi Tercinta (Tingkatan 3). - Calon diuji berdasarkan petikan daripada genre prosa iaitu Cerpen, Drama, dan Prosa Tradisional. - Calon perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. - Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja. - Bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.

- Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya. - Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka calon akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan. - Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu: Soalan (a) Soalan pemahaman berdasarkan petikan; Calon dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap. Soalan (b) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan Calon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja. Soalan (c) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi Calon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.

Contoh Soalan Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Hatta, hari pun asarlah; maka datanglah sebuah kapal dari Judah. Serta ia berlabuh, maka turunlah makhdum dari kapal itu. Sayid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di Pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang Melaka, Mengapa ia ini tunggang-tonggek? Maka berebutlah orang melihat dia penuh sesak, tiada bersela lagi, dan haru-birulah bunyinya sampai ke dalam. Maka raja pun segera naik gajah lalu berangkat keluar, diiringi oleh segala orang besar-besar. Maka dilihat rajalah kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperrti di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan kepada segala orang besar-besar,Nyatalah demikian seperti di dalam mimpiku itu. Setelah sudah makhdum sembahyang, maka raja pun menderumkan gajahnya. Maka makhdum pun dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa masuk ke dalam. Maka Bendahara dan segala orang besar-besar pun semuanya masuk Islamlah, dengan sekalian besar kecil, tua muda, dan perempuan laki-laki semuanya disuruh baginda masuk Islam. Maka baginda pun berguru kepada makhdum akan tertib sembahyang. Maka raja pun dinamai oleh Makhdum Sultan , Muhammad Syah. Adapun akan bendahara digelar Seri Wak Raja, yakni bapa tua raja, kerana Bendahara itu bapa salah menjadikan kepada raja dan itulah pertama gelar Bendahara. Dan Raden Anum menjadi Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Dan Tun Perpatih Besar, anak Tun Perpatih Permuka Berjajar yang pertama jadi Bendahara; anak Seri Teri Buana yang bernama Raja Kecil Muda, jadi penghulu bendahari, bergelar Seri Nara Diraja, maka ia beristerikan anak Bendahara beranak seorang perempuan bernama Tun Rana Sandari. Maka sultan Muhammad pun mengatur tahta kerajaan baginda.

31.

Mengapakah penduduk Melaka kehairanan? A. Melihat sebuah kapal yang membawa Saiyid Abdul Aziz berlabuh B. Melihat perbuatan Saiyid Abdul Aziz sembahyang C. Melihat pakaian Saiyid Abdul Aziz D. Melihat raja menaiki gajah

Ulasan Jawapan:

Jawapannya ialah B Penduduk Melaka hairan melihat Saiyid Abdul Aziz sembahyang hingga ada yang mengatakan mengapa beliau tunggang-tonggek.

32.

Siapakah nama menantu Bendahara? A. Sultan Muhammad Syah B. Tun Pepatih Besar C. Raja Kecil Muda D. Raden Anum

Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah C Raja Kecil Muda ialah anak Seri Teri Buana, sebagai penghulu bendahari atau gelarannya Seri Nara Diraja berkahwin dengan Bendahara dan mendapat seorang anak perempuan bernama Tun Rana Sandari.

33.

Apakah latar masa dalam petikan di atas? A. pagi B. malam C. petang D. subuh

Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah C Ketika itu sudah masuk waktu asar. Saiyid Abdul Aziz bersembahyang di tepi pantai pada ketika itu.

34.

Semua yang berikut merupakan gaya bahasa yang terdapat dalam prosa di atas, kecuali A. Bahasa Klasik B. Bahsa Istana C. Bahasa Puitis D. Bahasa Arab

Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah C Jawapan A, B, dan D memang terdapat dalam petikan tersebut kecuali Jawapan C kerana Bahasa Puitis biasanya berkaitan dengan puisi dan sajak, sedangkan petikan tersebut adalah petikan prosa.

35.

Apakah yang terjadi kepada Raja Kecil Besar setelah bermimpi bertemu Rasulullah? A. Tubuhnya berbau busuk B. Baginda insaf dan bertaubat C. Baginda memeluk agama Islam D. Kalam baginda seperti sudah berkhatan

Ulasan Jawapan: Jawapannya ialah D Selepas Raja Kecil Besar bermimpi bertemu Rasulullah, baginda terjaga dan mendapati kalam baginda seperti sudah berkhatan.

Soalan 36-40 (Pemahaman Puisi) - Soalan ini menguji pemahaman calon tentang petikan yang dibaca. - Petikan yang diberi berdasarkan antologi Sehijau Warna Daun (Tingkatan 1), Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa (Tingkatan 2), dan Anak Bumi Tercinta (Tingkatan 3). - Calon diuji berdasarkan petikan daripada genre puisi iaitu seperti gurindam, seloka, pantun, syair dan puisi moden iaitu sajak. - Calon perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. - Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja. - Bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti. - Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya. - Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka calon akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan. - Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu: Soalan (a) Soalan pemahaman berdasarkan petikan; Calon dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap. Soalan (b) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan\ Calon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja. Soalan (c) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi Calon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan. Contoh Soalan Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. PANTUN NASIB Jemur padi di tengah padang, Anak ayam disambar helang; Apa malang nasibnya badan, Burung di tangan di sambar orang. Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu. Pukul gendang kulit biawak, Sedikit tidak berdentum lagi; Di mana hati hendak dibawa, Sedikit tidak beruntung lagi. Dari Jawa ke Bangkahulu, Membeli keris di Inderagiri; Kawan ketawa ramai selalu, Kawan menangis seorang diri.

Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kuang. (Dipetik daripada Antllogi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, DBP)

36.

Maksud kata menongkat dalam pantun ini ialah A. menolak B. menyapu C. menopang D. mengangkat

Ulasan Jawapan: Jawapan ialah C Menongkat bermaksud meletakkan sesuatu pada dagu seseorang. Perkataan menolak, menyapu dan mengangkat tidak sesuai dalam konteks ini.

Kawan ketawa ramai selalu Kawan menangis seorang diri 37. Berdasarkan kedua-dua baris pantun di atas, apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis? A. Sahabat ketika senang memang banyak dan mudah dicari tetapi rakan semasa sudah, sukar ditemui. B. Orang yang suka ketawa selalunya mudah mendapat kawan tetapi orang yang asyik menangis sukar mendapat kawan. C. Seseorang yang suka ketawa sebenarnya untuk mengurangkan rasa sedih yang ditanggungnya. D. Orang yang banyak berkawan sudah tentu selalu bergembira dan dapat mengelakkan perasaan sedih.

Ulasan Jawapan: Jawapan ialah A Jawapan A memang bersesuaian dengan maksud pantun nasib yang dinyatakan.

Masuk tak penuh keluar tak kurang 38. Unsur keindahan bahasa yang terdapat pada kata tak dalam baris keempat, rangkap kelima pantun Nasib ialah gaya bahasa A. sinkof B. inversi C. epifora D. anafora

Ulasan Jawapan: Jawapan ialah A Sinkof bermaksud kependekan kata seperti hendak=> nak, Tidak => tak dan sebagainya.

39.

Pengajaran yang terdapat dalam rangkap terakhir pantun di atas ialah A. hendaklah rajin melakukan kerja B. Janganlah suka merampas hak orang C. hendaklah jujur dalam hubungan persahabatan D. janganlah memandang rendah kepada orang lain.

Ulasan Jawapan: Jawapan ialah D Rangkap tersebut bermaksud janganlah kita merendah diri dengan kebolehan yang ada pada diri kita sendiri. Pengajarannya adalah kita tidak seharusnya memandang rendah kebolehan orang lain walaupun dia mempunyai kelemahan dan kekurangan.

40.

Apakah tema pantun nasib di atas? A. Nasib malang yang selalui dihadapi B. Sesuatu hajat yang tidak berkesampaian C. Kesukaran hidup apabila berada diperantauan D. Kesukaran mendapat kawan yang boleh berkongsi penderitaan.

Ulasan Jawapan: Jawapan ialah A

Anda mungkin juga menyukai