Anda di halaman 1dari 16

PANDUAN MENULIS KARANGAN UPSR

Dalam peperiksaan, sebelum membuat sesuatu karangan , kita

hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan

karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :

A. Pengenalan

B. Isi-isi dan

C. Penutup

A. Pengenalan

Setiap karangan mestilah mempunyai perenggan pengenalan.

Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu

perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau

faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin

membaca karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai


tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan

meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada

pemeriksa.

B. Isi

Isi hendaklah mengikut kehendak soalan. Dalam UPSR,

biasanya setiap karangan memerlukan empat isi. Isi yang lebih

tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan

masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait antara

satu dengan lain.

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang

utama didahulukan. Murid-murid digalakkan menulis satu isi,

satu perenggan. Setiap-tiap perenggan tidak semesti sama

panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang


daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama

yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang

daripada perenggan yang lain.

Jaga isinya supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang

dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah

dengan tajuk. Mengapa pelajar cemerlang mendapat banyak isi

? Ini kerana mereka banyak membaca. Untuk mendapat isi

yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat

khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana,

buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan

dari pengalaman sendiri.

Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah


membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda

dan fikirkan jawapannya. Gunakan kata tanya


 Apa ( contoh : Apa program yang dijalankan ?)
 Siapa ( contoh, siapa yang merasmikan program itu ?)
 Bila ( contoh, bila program itu diadakan ?)
 Mengapa ( contoh, mengapa program itu diadakan?)
 Di mana ( contoh, di mana program itu berlangsung?)

C. Penutup

Penutupnya adalah kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu

karangan. Dalam penutup boleh digambarkan pendapat kita

dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Boleh

masukkan perasaan atau harapan.Contoh, semua peserta

berasa gembira dan berpuas hati dengan keadaan sekolah

setelah tamatnya aktiviti gotong-royong itu. Kami berharap

aktiviti seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada masa

akan datang.

Juga boleh dimuatkan nilai-nilai yang sesuai. Contohnya, aku

bersyukur kerana kawanku akhirnya selamat. Ibub bapanya


mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah membantu

anak mereka.Elakkan menamatkan karangan secara mengejut

atau tergantung.

Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.


Tip UPSR: Strategi jawab soalan Bahasa Melayu
Pemahaman

Oleh Anuar Ahmad

SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang


sewaktu menjawab soalan adalah antara faktor menyebabkan
calon kehilangan markah atau tidak memperoleh jumlah
maksimum untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman.

Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa


petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik.

BAHAGIAN TATABAHASA

Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan


bahasa dalam bahagian tatabahasa.

Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang


diberikan perlu difahami makna atau maksudnya terlebih dulu
sebelum memilihnya sebagai jawapan.

Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu


menjawab soalan bahagian tatabahasa.
A. Faham

Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua


pilihan jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih jawapan
berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan tersebut.

Untuk menjawabnya, ada dalam kalangan calon hanya


mengagak maksud jawapan tersebut. Tindakan ini salah kerana
calon perlu berusaha memahami maksud pilihan jawapan itu,
bukan sekadar mengagak.

Biasanya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang


paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu
benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan.

Sebaiknya, buatlah catatan ringkas mengenai maksud bagi


setiap pilihan jawapan tersebut.

Contoh soalan;

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya


yang menarik.
A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih

B. Baca

Baca ayat soalan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan


kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Pilihan jawapan
sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap terutama
kepada calon yang kurang berfikir.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya


yang menarik.
C. Kesan

Calon perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau


gambar. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan
memudahkan calon memilih jawapan yang tepat.

Dalam soalan ini, klunya adalah ‘menyampaikan’ (Bulatkan


perkataan menyampaikan).

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya


yang menarik.

D. Pilih

Peringkat ini paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat


dan mengikut kehendak soalan. Oleh itu, fahamkan betul-betul
kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.
Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya
yang menarik.

Pengganggu jawapan yang hampir tepat

A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih

Pilihan jawapan yang paling tepat

Selain itu, pastikan calon mengikuti langkah berikut:

* Jawab soalan yang mudah terlebih dulu.


* Jangan membuang masa dengan menjawab soalan yang
susah.

* Peruntukkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk bahagian


tatabahasa.

* Segera jawab soalan bahagian petikan.

* Baki masa perlu digunakan untuk menyemak semula


jawapan.

BAHAGIAN PEMAHAMAN

Calon hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian


pemahaman. Namun begitu, setiap soalan berkait rapat dengan
petikan yang disediakan.

Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan


petikan ialah:
A. Baca dan faham

Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu.


Selepas itu barulah membaca soalan dan memahami pilihan
jawapan yang disediakan. Jangan menjawab soalan tanpa
membaca petikan terlebih dulu.

Contoh soalan:

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka


berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah
dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing.


C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit
misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang


boleh ghaib.

B. Cari pembayang jawapan

Biasanya klu atau pembayang jawapan ada dalam petikan.


Calon perlu menggariskan klu tersebut.

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka


berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah
dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.

C. Penyesuaian
Sesuaikan pembayang yang ditanda atau digariskan dengan
pilihan jawapan diberikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? (soalan)

... lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap


ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula
(pembayang)

D. Memilih

Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan


pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan tersebut
mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih jawapan
yang tidak ada pembayangnya dalam petikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.


B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing.
(JAWAPAN)

C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit


misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang


boleh ghaib.

Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun


begitu beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon tidak
melakukan kesilapan merugikan. Antara kelemahan tersebut
ialah

i. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.

ii. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.

iii. Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap


soalan.

iv. Membuang masa dengan soalan yang susah.

v. Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas


jawapan.
vi. Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.

vii. Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada


kertas OMR.

Ingat!:

Sebaik saja selesai menjawab semua soalan, kira jumlah tanda


hitam di atas kertas OMR. Pastikan tanda hitam itu cukup 40.
Jika kurang, bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi
jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dua jawapan. Oleh
itu, calon perlu semak semula.

Sumber : Berita Harian (25 Ogos 2009)

Anda mungkin juga menyukai