Anda di halaman 1dari 89

Panduan Penulisan Karangan Bahasa Melayu UPSR PANDUAN MENGARANG / MENULIS Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah

memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang : A. Pengenalan B. Isi-isi dan C. Penutup A. Pengenalan Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. B. Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis. Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda: Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah: Apa? Siapa? Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana? C. Penutup Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan. Petua Penulisan Karangan Bahasa Melayu Sekolah Rendah UPSR NOTA: Beberapa isi kandungan di dalam artikel ini telah diubahsuai dan dipermudahkan oleh Cikgu Amiene Rev berdasarkan sumber asal yang diperolehi menerusi:http://members.tripod.com/~skdarau/petua.html PENGENALAN KARANGAN ( PENULISAN ) Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua. Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu pilihlah salah satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu ialah satu jam.

Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan. Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat: Jenis Surat Kiriman Rasmi Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi Karangan jenis Ucapan Karangan jenis Syarahan Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara Karangan jenis Berita Karangan jenis Catatan Diari Karangan jenis Laporan Karangan jenis Perbahasan Kad Jemputan Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi Karangan Jenis Fakta / Penerangan Karangan Jenis Perbincangan Karangan Jenis Melengkapkan Cerita Karangan Jenis Autobiografi / Biografi Karangan Jenis Peribahasa

TUJUAN ANDA MENGARANG menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu. menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat pembaca. menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda. menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.

PANDUAN MENGARANG / MENULIS Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :

A. Pengenalan B. Isi-isi dan C. Penutup A. Pengenalan Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

B. Isi Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain. Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.

Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda: Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah: Apa? Siapa? Bila? Mengapa? Di mana? Bagaimana?

C. Penutup Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.

CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS 1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah : a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2 Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi. Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat. Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan

Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada tajuk?

Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah: CONTOH 1: Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan mengenainya. CONTOH 2: Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat. Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.

b. Menyusun rangka karangan Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin. Susun isi mengikut urutan kepentingannya. Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai. Isi penting jangan diulang-ulang

c. Menulis karangan Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu perenggan. Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:

Perenggan Pendahuluan Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat Perenggan Penutup Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan. d. Menyemak karangan Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain. Baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan 4 minit mencari isi 24 minit menulis karangan 2 minit menyemak semula karangan Jumlah = 30 minit Tips Pengurusan Masa: Jika tidak faham soalan satu, cubalah jawab soalan lain Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan. Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.

Tips Menulis Ayat: Ayat biarlah ringkas tetapi padat. Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa. Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan. Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.

Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik?

Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda. Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh:

Contoh Penulisan Dialog Yang Bagus "Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.

Contoh Penulisan Dialog Yang Teruk "Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.

PETUA BILA MENULIS KARANGAN Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih penting. Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan. Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup. Bagi karangan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelokeloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi. Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

PEMARKAHAN PENULISAN A. Pemberian Markah

Soalan 1 = 25 markah Soalan 2 = 25 markah Soalan 1 + Soalan 2 = 50 markah Jumlah keseluruhan = 50 X 2 = 100 markah

1. Penilaian aspek isi ( 10 markah ) Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting: Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis. 2 markah x 4 isi yang lengkap = 8 markah 1 markah pendahuluan = 1 markah 1 markah penutup = 1 markah Jumlah markah isi = 10 markah

2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah ) Aspek bahasa terbahagi a. Perbendaharaan kata = 3 markah b. Struktur ayat = 3 markah c. Imbuhan = 3 markah d. Tanda baca = 3 markah e. Ejaan = 3 markah Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 10 = 25 markah untuk satu soalan. Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan. 1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya tidak dapat markah penuh. markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah. Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah. Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik-adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.

* Peringatan: Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 25 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja. Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya Melayu / Islam )

Tahukah kamu? Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik. Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan adalah dikira sebagai format. Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik.

B. Potong Markah: Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis karangan. 1. Bilangan perkataan tidak mencukupi: kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 ) 41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah ) 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah ) 61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )

2. Bagi setiap satu kesalahan: imbuhan tolak markah tanda baca tolak markah ejaan tolak markah 3. Karangan yang terpesong langsung: markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah 4. Format: salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang diperolehi untuk soalan itu.

Contoh pemotongan markah surat kiriman: tiada alamat = tolak 1 tiada nama pengirim = tolak 1 tiada tanda tangan = tolak 1 tiada tarikh tolak = tiada kata panggilan hormat = tolak 1 tiada ucapan terima kasih = tolak 1 Salah letak format = tolak tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak

Tahukah kamu ? Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah, (0 markah) bagi setiap satu aspek tatabahasa. Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang. Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah.

TANDA MEMERIKSA isi salah guna perkataan _____________________ kesalahan struktur ayat /\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\ kesalahan ejaan / kesalahan ejaan yang berulang // tanda yang tertinggal / kesalahan imbuhan

kesalahan tanda baca O isi yang tidak berkaitan ( )

Tips : Cara membilang perkataan Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataan saja contoh 'Bahasa Melayu Tahun Enam'

BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: Fahami arahan kehendak soalan. Kenal pasti format yang perlu digunakan. Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. 2. Guna isi yang berlainan: susun isi secara berturutan letak isi mengikut perenggan memberi huraian yang tepat kepada isi. sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni. 3. Penggunaan perkataan yang pelbagai: ada menggunakan perkataan yang terkini elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap penggunaan perkataan teknikal dengan tepat elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima. 4. Susun ayat dengan kemas: elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek guna ayat yang pendek tetapi lengkap kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik

5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul: gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya. 6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan: dapat membezakan imbuhan an dan kan guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurangkurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis ) 7. Tulis mengikut ejaan yang betul: elak mengikut sebutan dialek / daerah elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan

Tahukah kamu ? Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan. (contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )

PUNCA-PUNCA PENULISAN KARANGAN MENJADI LEMAH DAN DIPOTONG MARKAH A. Kesalahan memilih tajuk Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja. B. Kekurangan isi Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan. C. Pembahagian perenggan

Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan! D. Tidak merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ). E. Kesalahan tatabahasa Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat A. Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya. F. Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis. Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( C ) sahaja. G. Kesalahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan. Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan / bahasa Utara / bahasa Jawa / bahasa Bugis / bahasa SMS )

Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa dan pembetulannya.

A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat. SALAH: Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju, selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal. BETUL: Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.

B. Salah Menggunakan Perkataan dari dan daripada SALAH: Kain batik itu datang daripada Terengganu. BETUL: Kain batik itu datang dari Terengganu. Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'dari' digunakan untuk tempat.

SALAH: Saya baru terima surat itu dari kakak. BETUL: Saya baru terima surat itu daripada kakak. Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'daripada' digunakan untuk orang.

untuk , supaya dan selama SALAH: Jenna Bush pergi ke pasar untuk membeli sayur. BETUL: Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur. SALAH: Steve McNair menjerit untuk meminta tolong. BETUL: Steve McNair menjerit meminta tolong. SALAH: Rihanna bercita-cita untuk menjadi doktor. BETUL: Rihanna bercita-cita hendak menjadi doktor. SALAH: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian. BETUL: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian. SALAH: Kami akan tinggal untuk dua minggu. BETUL: Kami akan tinggal selamadua minggu.

SALAH: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuksatu jam. BETUL: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.

adalah dan ialah BETUL: Adalahdengan hormatnya dimaklumkan . SALAH: Denganhormatnya dimaklumkan . BETUL: Tuduhan itu adalah fitnah belaka. SALAH: Tuduhan itu fitnah belaka. SALAH: Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian. BETUL: Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.

bila dan apabila SALAH: Zainal pun bangun bila namanya dipanggil. BETUL: Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil. SALAH: Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu. BETUL: Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.

ramai, banyak, semua dan para SALAH: Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu. BETUL: Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu. SALAH: Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali. BETUL: Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali. SALAH: Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan. BETUL: Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan. SALAH: Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. BETUL: Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. SALAH: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiahhadiah pemenang-pemenang. BETUL: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenangpemenang. yang dan bahawa SALAH: Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah. BETUL: Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.

SALAH: Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil. BETUL: Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.

kata ganti nama SALAH: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini. BETUL: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. SALAH: Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung. BETUL: Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.

kata ganti "dia" dan "ia" Nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya. SALAH: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani. BETUL: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani. SALAH: Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi. BETUL: Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.

apa, mana dan bagaimana SALAH: Baju apa yang kamu pakai ? BETUL: Baju mana yang kamu pakai ? SALAH: Mana katanya betul belaka. BETUL: Apa katanya betul belaka. SALAH: Apa pendapat tuan mengenai soal itu ? BETUL: Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ?

penjodoh bilangan SALAH: Ibunya seorangyang baik hati. BETUL: Ibunya baik hati. SALAH: Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah. BETUL: Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.

Pada dan kepada SALAH: Beri surat ini pada Hasrul. BETUL: Beri surat ini kepada Hasrul. Nota Cikgu Amiene Rev: Gunakan perkataan 'kepada' untuk orang.

Di dan pada SALAH: Di masa rehat saya ke kantin. BETUL: Pada masa rehat saya ke kantin. Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'pada' mewakili masa.

C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit) SALAH: Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar. BETUL: Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar. SALAH: Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya. BETUL: Semua kuih di atas meja itu telah saya makan. SALAH: Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah BETUL: Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah. SALAH: Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia BETUL: Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia. SALAH: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya. BETUL: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila. SALAH: Apakah nama kamu? BETUL: Siapakah nama kamu?

D. Tanda baca Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah SALAH: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram. BETUL: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan dram.

tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul SALAH: Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis kepada perompak itu. BETUL: "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu akan ditembak," jerit polis kepada perompak itu.

Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat SALAH: Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu? BETUL: Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu? SALAH: Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer. BETUL: Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.

E. Imbuhan Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke" SALAH: Masukkan buku ini didalam beg. BETUL: Masukkan buku ini ke dalam beg. SALAH: Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan. BETUL: Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.

Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan" SALAH: Masakkan ibu sungguh lazat. BETUL: Masakan ibu sungguh lazat. SALAH: Masukan buku ini ke dalam almari. BETUL: Masukkan buku ini ke dalam almari.

Lain-lain kesalahan SALAH: Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya.

BETUL: Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya. SALAH: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa. BETUL: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa

Jenis-Jenis Karangan Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat: Jenis Surat Kiriman Rasmi Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi Karangan jenis Ucapan Karangan jenis Syarahan Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara Karangan jenis Berita Karangan jenis Catatan Diari Karangan jenis Laporan Karangan jenis Perbahasan Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi Karangan Jenis Fakta / Penerangan Karangan Jenis Perbincangan Karangan Jenis Melengkapkan Cerita Karangan Jenis Autobiografi / Biografi Karangan Jenis Peribahasa

Karangan Jenis Catatan Diari 1. Ia merupakan karangan yang mencatatkan kegiatan harian atau peristiwa penting yang berlaku kepada seseorang.

2. Tarikh, hari atau masa peristiwa berlaku hendaklah dinyatakan. Ini berpandukan kepada soalan. Lihat contoh soalan di bawah : Contoh 1 Persatuan anda telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Anda diminta menyediakan catatan mengenai lawatan itu. Berdasarkan soalan , lawatan ke Kuala Lumpur biasanya mengambil masa beberapa hari. Oleh itu format catatan mesti ditulis dalam hari.

Contoh 2 Kamu menyambut ketibaan Hari Raya Puasa dengan suasana meriah. Tuliskan cacatan diari kamu bagaimana anda menyambut dan merayakan hari tersebut. Berdasarkan soalan ini format catatan ialah masa atau jam.

3. Catatan hendaklah ringkas, tepat dan padat . 4. Tulis catatan mengikut urutan peristiwa . 5. Ayat-ayat seharusnya pendek dan mudah difahami. ****** Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat . Ibu anda dimasukkan ke hospital . Tuliskan suatu catatan selama ibu anda berada di hospital. 2 Januari Ibu sakit kuat. Bapa menghantar ibu ke hospital Besar Kuala Terengganu. Doktor yang merawat ibu memberitahu kami bahawa ibu menghidap penyakit barah. Ibu terpaksa dirawat di hospital. Selepas pulang dari sekolah , aku dan bapa melawat ibu. Aku berasa sedih melihat keadaan ibu. 3 Januari Hari ini ibu akan dibedah. Menurut doktor , pembedahan hanya sebagai pembedahan biasa dan tidak perlu dirisaukan. Di sekolah , aku tidak dapat menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu Halim memujuk aku supaya bersabar. Aku sentiasa berdoa agar ibu selamat. 4 Januari Ibu selamat dibedah. Menurut doktor ibu akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Datuk dan nenek dari kampung datang ke hospital untuk melawat ibu. 5 Januari Selepas waktu sekolah , aku , Cikgu Halim dan tiga orang kawanku menziarahi ibu. Aku mendapati ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum menyambut kedatangan kami. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doaku. 6 Januari Aku membantu nenek mengemas rumah. Sebentar lagi ibu akan pulang bersama dengan ayah dan datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut kepulangannya. Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu.

Karangan Jenis Perbahasan

Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat tentang sesuatu tajuk yang diberikan. Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang bertentangan iaitu: pihak pencadang pihak pembangkang Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat-pendapat yang tersendiri yang hendak dihujahkan. Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah-hujah anda. Pastikan kamu telah mengenal pasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada mulanya dicatatkan secara ringkas.

CONTOH KARANGAN Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk. Berikan pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Pengenalan kata-kata aluan tajuk yang hendak dibahaskan Perenggan ke-2

tidak bersetuju dengan tajuk alat media massa yang terkenal menyiarkan banyak rancangan Perenggan ke-3 rancangan berita dan peristiwa dunia banyak berfaedah dapat mengetahui perkembangan dunia Perenggan ke-4 banyak rancangan lain dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci Penutup tegaskan pendapat anda tentang tajuk perbahasan ucapan terima kasih ***** Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, Guru Besar, guru-guru, para hakim yang arif, barisan pihak pencadang dan rakan-rakan pelajar sekalian. Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk.

Saya bersama-sama rakan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tajuk yang diberikan itu. Sebagaimana yang diketahui umum, televisyen adalah suatu alat media massa yang terkenal pada masa kini. Setiap hari, ia menyiarkan berbagai-bagai rancangan seperti filem rencana, berita, drama dan lain-lain lagi.

Rancang berita sama ada berita dalam negeri atau pun berita dunia dan juga laporan peristiwa memang berfaedah kepada penonton. Mereka dapat mengetahui perkembangan dunia dengan duduk di rumah sahaja. Banyak rancangan televisyen lain yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan para penonton misalnya Hari Ini Dalam Sejarah, Siaran Ke Sekolah-sekolah , TV Pendidikan dan lain-lain lagi. Filem-filem dokumentari yang sering ditayangkan melalui televisyen dapat membantu pelajar mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci. Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa menonton televisyen mendatangkan kesan yang baik dan bukan yang sebaliknya. Sebelum mengundur diri , sekali lagi saya tegaskan pendirian kami membangkang tajuk di atas. Sekian , terima kasih.

Karangan Jenis Syarahan

Sumber : skbb1002.blogspot.com Syarahan biasanya berdasarkan satu-satu tajuk tertentu dan dipertandingkan. Memberi ucapan salam dan menyebut nama-mana tetamu hadir yang dijemput khas (mengikut urutan betul berdasarkan statusnya ) . Tujukan juga salam kepada pihakpihak lain atau orang ramai yang menghadiri majlis berkenaan.

Bahasa yang digunakan harus mudah difahami, padat, tegas dan berkesan serta meyakinkan Kandungan syarahan adalah berasaskan kepada sesuatu tajuk tertentu yang diberi. Jika mengemukakan masalah, calon hendaklah menyelesaikan masalah berkenaan bukannya dijadikan persoalan. Kemukakan isi demi isi. Sebelum memaparkan isi , sebut ungkapan seumpama tuantuan dan puan yang saya hormati tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin yang saya muliakan...( tulis ungkapan penegasan ini dalam barisnya sendiri sebelum kita mengemukakan sesuatu isi ). Syarahan mesti menarik agar pendengar tidak merasa jemu. Kata-kata hikmat, kiasan, jenaka atau peribahasa boleh diselitkan dalam syarahan supaya lebih menarik. Mengakhiri syarahan dengan memohon maaf / ucapan terima kasih.

Contoh Karangan Anda dikehendaki menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah. Pengenalan -kata-kata aluan -ucapan terima kasih Perenggan ke-2 -tajuk syarahan Perenggan ke-3 -melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum -dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan Perenggan ke-4 -membaca untuk mengisi masa lapang -banyak bahan bacaan -aktiviti yang paling berfaedah Penutup

-ucapan terima kasih ******* Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan pelajar serta hadirin sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi syarahan pada hari ini. Hadirin yang saya hormati sekalian, Tajuk syarahan saya ialah Mengisi Masa Lapang dengan Perkara yang Berfaedah. Masa lapang tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia perlu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Ada berbagai-bagai cara untuk mengisi masa lapang. Di antaranya ialah melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum. Dengan cara itu ia dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan. Ada juga orang yang memilih membaca untuk mengisi masa lapang. Banyak bahan bacaan yang dapat dibaca. Ia merupakan satu aktiviti yang paling berfaedah untuk mengisi masa lapang. Hadirin sekalian, Contoh-contoh yang saya telah sebutkan tadi, mendatangkan faedah serta keuntungan. Itulah antara beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai mengisi masa lapang. Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan assalamualaikum.

Karangan Jenis Ucapan

1. Ucapan lazim disampaikan dalam majlis perasmian, majlis perpisahan, majlis keraian, perayaan tertentu, dan sebagainya. 2. Antara ucapan yang boleh disampaikan termasuklah: ucapan dalam majlis perpisahan ucapan dalam majlis meraikan seseorang. ucapan dalam majlis perasmian.

3. Bahasa yang digunakan dalam ucapan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan, dan mudah difahami. 4. Kiasan, jenaka, pantun, atau peribahasa yang sesuai boleh diselitkan dalam ucapan. Walau bagaimanapun, janganlah berlebih-lebihan sehingga menjejaskan isi ucapan yang disampaikan. 5. Karangan jenis ucapan mempunyai format tertentu yang anda perlu patuhi. Format karangan berbentuk ucapan adalah seperti berikut: Pendahuluan Merupakan pembuka kata yang berupa ucapan selamat dan kata alu-aluan sebagai tanda hormat. Isi Merupakan tujuan ucapan disampaikan. Kata-kata penghadapan

Digunakan apabila hendak memulakan sesuatu isi ucapan. Antara kata-kata penghadapan yang boleh digunakan termasuklah "hadirin yang dimuliakan", "hadirin sekalian", dan "tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati". Penutup Merupakan kata-kata yang diberikan bagi menandakan bahawa ucapan akan ditamatkan. Antara kata-kata yang boleh digunakan termasuklah "akhir kata", dan "mengakhiri ucapan saya". Ucapan hendaklah diakhiri dengan ucapan "sekian, terima kasih".

Contoh Karangan Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guruguru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru. Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. Rakan sekalian,

Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .

Karangan Jenis Peribahasa

Peribahasa merangkumi simpulan bahasa , perumpamaan , pepatah , dan bidalan. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa itu sejelas-jelasnya. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk cerita, cerita itu hendaklah mempunyai pertalian dengan peribahasa itu. Sebaik-baiknya, cerita mengandungi nilai-nilai murni. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk penerangan , maksud peribahasa itu perlu dihuraikan terlebih dahulu. Kemudian jelaskan fungsi dan kepentingannya di dalam masyarakat.

CONTOH KARANGAN Tajuk : Biar Lambat Asalkan Selamat

Pengenalan - maksud peribahasa Perenggan ke-2 - sesetengah orang tidak sabar dalam sebarang pekerjaan Perenggan ke-3 - contoh seorang pemandu kenderaan pandu laju kerana mahu cepat sampai ke destinasinya Perenggan ke-4 - berlaku perkara yang tidak diingini - menyesal dengan tindakan Penutup - peribahasa ini merupakan contoh yang baik dalam kehidupan seharian dan sentiasa selamat kalau mengamalkan peribahasa ini

*******

Peribahasa Biar Lambat Asal Selamat membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya. Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya.

Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujunya. Tanpa disedari, perbuatannya itu berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain. Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu. Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.

Karangan Jenis Biografi CONTOH KARANGAN Tajuk: Penoreh Getah

Sumber :syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com Pada cuti semester yang lalu, anda telah tinggal bersama-sama pakcik anda. Pakcik anda itu penoreh getah. Ceritakan kehidupan seharian pakcik anda itu dalam bentuk karangan.

Rangka Karangan : Pendahuluan - rumahnya tidak jauh dari kebun getah -setiap hari dia pergi menoreh -pergi dengan berbasikal

Perenggan ke-2 - memakai topi berlampu - dapat menoreh walaupun suasana masih gelap - menoreh dengan pisau getah tajam Perenggan ke-3 - selesai menoreh pukul 10 - sentiasa pastikan kebunnya terjaga Perenggan ke-4 - menjual hasil seminggu sekali - mengutip getah skrap dan dikumpulkan - getah dijual Penutup - dapat menanggung keluarga - menanam tanaman lain dan ternakan sebagai sampingan - bangga dengan sikapnya yang rajin ** ** ** ** ** Pakcik saya seorang penoreh getah. Kebun getahnya terletak tidak berapa jauh dari rumahnya. Setiap pagi, sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang Subuh, dia akan segera ke kebun getahnya dengan menunggang sebuah basikal. Sebelum menoreh, pakcik saya akan memakai topi yang berlampu suluh kerana keadaan waktu itu masih gelap. Dia menoreh dengan sebilah pisau getah yang sentiasa diasah tajam supaya kerjanya dapat dilakukan dengar lancar serta lebih banyak susu getah dapat dihasilkan.

Kerja-kerja menoreh itu selesai kira-kira pukul 10.00 pagi. Sebelum pulang ke rumah, pakcik saya akan memastikan kebunnya berkeadaan baik. Jika perlu, dia akan menebas dan sebagainya dahulu sebelum pulang ke rumah. Kira-kira seminggu menoreh, pakcik saya akan menjual hasil kebunnya. Dia akan membawa guni atau baldi untuk mengutip getah skrap yang berlonggok di pangkal pokok-pokok getah, sebelum dikumpulkan di satu tempat sementara menunggu lori pembeli getah tiba. Hasil daripada jualan getahnya itu, dapatlah pakcik saya menanggung perbelanjaan keluarganya. Selain menoreh getah, pakcik saya juga ada menanam sayur dan menternak kambing sebagai pendapatan sampingan. Saya sungguh bangga melihat kerajinan pakcik saya mencari nafkahnya seisi keluarga.

Karangan Jenis Autobiografi 1.Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai sesuatu benda secara terperinci. 2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir. 3. Boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana 4. Aturan membina karangan tempat asal - nama - dilahirkan di mana - proses pembuatan dibungkus perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran - di mana dipamerkan - bertukar milik proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat perasaan - sedih atau gembira 5. Boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia. 6. Paparkan nilai-nilai murni

CONTOH KARANGAN

Tajuk: Saya Sebuah Basikal Aku berasal dari Negara Matahari Terbit. Aku dibuat di sebuah kilang besi waja yang tidak besar. Badanku terdiri daripada besi waja, getah asli, kaca dan plastik. Apabila badanku telah siap dibuat, aku disebut basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain dipamerkan di sebuah bilik pameran. Aku berasa sungguh gembira kerana ramai orang memuji kecantikanku. Tidak lama kemudian aku dan kawan-kawanku menaiki sebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke Malaysia. Melalui perbualan dua orang kelasi kapal itu, aku mendapati ramai kanak-kanak di Malaysia ingin memilikiku. Aku semakin bangga.

Nasib kami sungguh malang . Kapal kami karam. Aku dan kawan-kawanku lemas. Setahun kemudian, aku dijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawa aku dan kawan-kawanku ke kedai yang membeli

besi buruk. Aku dijual di situ. Aku berasa sungguh kesal kerana aku telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia. *****

Tajuk : Aku sehelai baju Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350. Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau

sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar. Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa-gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

Karangan Jenis Berita 1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan. 2. Berita mesti menjawab soalan: Apa Siapa Bila Mengapa Di Mana Bagaimana Apa menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita memberi maklumat kepada keseluruhan berita Siapa nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap jika perlu sertakan usia pelaku Bila menerangkan masa peristiwa itu berlaku tarikh yang tepat untuk kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu. Mengapa sebab-sebab peristiwa berlaku jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan belum diketahui atau pihak polis belum mendapat bukti Di mana tempat kejadian peristiwa

jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil, letakkan sekali nama negeri Bagaimana menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya. 3. Mulakan penulisan dengan mencatatkan tempat (huruf besar) diikuti dengan tarikh peristiwa itu berlaku. Contoh : DUNGUN, 28 Julai Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang berkenaan dalam satu perenggan sahaja.) 4. Pastikan pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca. 5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat. 6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih panjanglebar. 7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas

CONTOH KARANGAN BERITA SOALAN; Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Rangka. 1. PENDAHULUAN:

Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar raya. 2. ISI a) berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu lalubeberapa orang ditahan. b) membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh - lima orang ditahan -salah seorang ialah pakar mekanik. c) polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor palsu dijumpai di bengkel tersebut. 3.PENUTUP seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta memberikan maklumat tentang lelaki berkenaan.

CONTOH KARANGAN. KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut. Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah ditahan untuk siasatan lanjut. Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut. Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari seorang lelaki yang bernama Mutusamy .Dia dapat membantu polis untuk memusnahkan sindiket

tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.

Karangan Jenis Laporan Karangan jenis ini menghendaki anda melaporkan sesuatu peristiwa yang didengar atau dilihat. Hendaklah disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. Dalam membuat karangan berbentuk laporan , kamu hendaklah menggunakan butirbutir yang munasabah atau logik. Kamu perlu memastikan jenis laporan, sama ada laporan aktiviti persatuan, perayaan, sambutan, perasmian, atau lawatan ke sesuatu tempat. Untuk laporan aktiviti persatuan sertakan nama ahli jawatankuasa, sejarah penubuhan, jumlah ahli, dan aktiviti sepanjang tahun. Pelapor mesti berjawatan setiausaha. Untuk laporan lawatan pula , tulis apa yang dilihat, dirasa, dan dialami serta kesan lawatan terhadap pembelajaran. Penulisan mengikut perkembangan peristiwa, yang dahulu didahulukan. Gunakan bahasa yang ringkas dan padat.

Tajuk Laporan Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digaris atau ditulis dengan huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis ditengah-tengah. Boleh ditulis dalam dua baris jika tajuk terlalu panjang. Isi Laporan Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup. Pengakuan pelapor Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir. Tarikh Ditulis di sebelah kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor. Tandatangan pelapor

Ditulis di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor. Nama Pelapor Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan. Jawatan Pelapor Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma dihujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili.

Contoh Karangan Laporan. Tajuk : Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut . Sediakan laporan itu selengkapnya. Rangka: 1.Pendahuluan: penubuhan persatuan-anggota persatuan-tujuan penubuhan 2.Isi a) b) c) d)

kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang ceramah -pensyarah dari USM gotong-royong membersihkan kawasan sekolah lawatan ke Taman Ular

3.Penutup -berterima kasih kepada guru penasihat.

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau. Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 2007.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.

Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2011. Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialahPeraduan Menulis Esei Tentang Sains.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar. Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohonpohon tersebut mengikut istilah sains. Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ. Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan . Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami. Disediakan oleh, Azmi _____________ (AZMI SULAIMAN) Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu. 25 Januari 2012

Surat Kiriman Rasmi Format Surat Rasmi Nama / Organisasi Penghantar Alamat Penghantar ________________Garisan Melintang______________________

Nama / Organisasi Penerima Alamat Penerima

Tarikh (huruf besar)

Sapaan/Gelaran/Alu-aluan , Tajuk Surat (digaris) Isi surat Para 1 (Angka 1 tidak ditaip) - pengenalan/pendahuluan/ rujukan 2. (Taip angka 2) - isi/maksud surat utama sebab dan tujuan 3. (Taip angka 3) - maklumat tambahan, jika ada 4. (Taip anka 4) - penegasan / penuertaan lampiran / harapan Penutup Surat dan ucapan terima kasih. Tandatangan Pengirim

Sumber : www.scribd.com

Contoh Surat Kiriman Rasmi (Permohonan)

Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Taman Tambun, 14000 Simpang Empat Pulau Pinang. ____________________________________________________________ 05 MAC 2012 Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Taman Tambun, 14000 Simpang Empat, Pulau Pinang.

Tuan, Memohon Mengadakan Perkhemahan Tahunan Pengakap Berhubung perkara di atas, Saya Ali bin Abu, setiausaha Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Tambun ingin memohon untuk mengadakan Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap. 2. Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengakap sekolah telah merancang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan tahunan. Butir-butir perkhemahan adalah seperti ketetapan berikut ; Tarikh : 6 Mac 2012 hingga 8 Mac 2012 Tempat : Padang Sekolah Peserta : 40 orang ahli pengakap 3. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai aktiviti tahunan pertubuhan ini. Selain itu, perkhemahan ini diadakan untuk memberikan pengalaman di samping dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid seperti berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya. 4. Kami berharap pihak tuan dapat menimbang permohonan ini. Kami juga berharap

pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, Aiman Hakim (AIMAN HAKIM BIN ILHAM) Setiausaha Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Taman Tambun.

Surat Kiriman Tidak Rasmi 1. Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabathandai. 2. Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya; Surat ucap tahniah Surat ucap takziah Bertanya khabar berita Menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga Membalas surat yang dihantar oleh orang lain.

3. Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatanpenulis. 4. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini. 5. Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :

nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda. Peringatan :Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu. 6. Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

( Nama Penulis )........... ( Alamat )..................... .................................... .................................... Tarikh : ....................... (Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima surat) .... ...................................................................................................... .............................................................................................. Saudara, (atau yang lain) (Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam perenggan yang berasingan) ....................................................................................................... ....................................................................................................... ....................................................................................................... ....................................................................................................... .........................................................................................

Yang benar, ................. ( Nama Huruf Besar )

Sumber: tatabahasabm.tripod.com

CONTOH SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

Alif Bin Arif. No 1, Lorong 2. Taman Tambun, 14000 Simpang Ampat, Pulau Pinang. Menemui sahabatku yang diingati selalu, Zafran yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera. Saudara, Apa khabar ? Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Surat saudara telah selamat saya terima beberapa hari yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya. Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Hanya tinggal beberapa minggu lagi kita akan menghadapi UPSR. Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, saya telah cuba bersedia dari awal lagi untuk menghadapi UPSR. Saya telah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu, saya mengikuti kelas tambahan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Dalam kelas tambahan ini, saya dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan dan bertanyakan soalan kepada guru sekiranya tidak

faham.Saya juga bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan dengan rakan-rakan dari sekolah lain untuk mempelbagaikan soalan latih tubi saya. Saya juga sering mengikuti seminar dan kem motivasi yang diadakan oleh pihak sekolah.Kami banyak mendapat pendedahan tentang cara-cara belajar yang betul. Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga kita akan berjumpa lagi di lembaran yang lain.

Sahabatmu, .................... (ALIF BIN ARIF)

Bahagian C - Membuat Ulasan (20 markah) Kaedah Membuat Ulasan 1.Membaca soalan dan memahami soalan 2.Mengenal pasti kata kunci soalan sama ada: Nilai,nilai murni,amalan baik,,pengajaran atau faedah. 3.Membaca ayat demi ayat untuk mencari isi yang berkaitan dan Garis Isi Yang ditemui. 4.Tukar idea-idea yang ditemui dengan nilai murni 5.Nyatakan 5 saja idea dan tidak lebih. 6.Mesti menghurai idea berdasarkan idea dalam petikan 7.Nilai nagetif dalam petikan boleh dipositifkan. Contoh: Amin tidak suka bersukan - Menjaga kesihatan. 8.Contoh pendahuluan: a.Berdasarkan petikan ialah,pengajaran yang diperolehi ialah.... b.Antara nilai murni yang didapati ialah..... c.Sebagai seorang murid kita mestilah...... 9.Gunakan kata bantu untuk membina ayat ulasan:mestilah,mesti,harus,haruslah,seharusnya,patut,patutlah,sepatutnya,hendakl ah,sewajarnya dan lain-lain lagi

10.Contoh nilai-nilai murni Adil Bantu-membantu Berdisiplin Belas kasihan Mematuhi peraturan Bermaaf-maafan Bersabar Bertindak pantas Berusaha Bergotong-royong Hormati ibu bapa Kasih-sayang Bekerjasama Membri salam Hargai masa Mengikut peraturan Perpaduan Ramah mesra Simpati Semangat kesukanan .

Amanah Rajin Berani Tabah Berdikari Tolong-menolong Bertanggungjawab Murah hati Cekal Tekun Hormati guru Kejujuran Kesopanan Menepati masa Mengenang budi Menjawab salam Persaudaraan Rasional Sedia memaafkan patriotik

Baik hati Sayang Bertanggungjawab Semangat kejiranan Berhati-hati Toleransi Berterima kasih Berhati-hati Gigih Jimat Ikhlas Kebersihan Kesyukuran Kerajinan Mengakui kesalahan Merendah diri Prihatin Redha Sopan Taat ibu bapa

11. Bilangan perkataan antara 50 65 patah perkataan 12. Contoh soalan UPSR 2010 Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi darpada petikan di bawah Sahabatku Fadhil, Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelaab Bahasa Melayu sekolah saya. Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami manfaatkandengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri, dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.

Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya ke Underwater World,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan. Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

13. Menyenaraikan semua idea yang diperolehi. Nilai dalam teks(tersurat) Nilai yang ditukar(tersirat) Menceritakan pengalaman Berkongsi pengalaman/idea Setiap detik...kami manfaatkan Menghargai masa Mengunjungi.....tempata bersejarah patriotisme Kagum akan keindahan alam Menghargai alam/bersyukur Meminta kebenaran Menghormati guru berbaris berdisiplin Membeli....yang perlu sahaja Bijak berbelanja/berjimat Dipesan oleh ibu Patuh/taat Membeli cenderamata Mengingati kawan/prihatin

14. Memilih lima idea yang dikehendaki dan membina ayat menghargai masa menghormati guru berdisiplin berjimat prihatin

15. Kembangkan idea mengikut petak lajur lima Objek Kata bantu nilai Kita patut Menghargai masa

Kata hubung dengan

huraian Melawat tempat bersejaran

Kita kita kita

mesti mestilah hendaklah

Menghormati guru berdisiplin berjimat

dan dengan dengan

kita

sepatutnya

prihatin

dengan

Mendengar nasihat beratur Membeli barang-barang yang penting Membeli cenderamata

16. Membina ayat ulasan Nilai yang diperoleh ialah kita patut menghargai masa dengan melakukan aktiviti berfaedah seperti melawat dalam negara.Selain itu, kita mesti menghormati guru dan mendengar nasihat mereka agar kita sentiasa selamat.Seterusnya kita mestilah berdisiplin dengan beratur sebelum memasuki sesuatu tempat untuk mengelakkan kemalangan.Di samping itu kita hendaklah berjimat-cermat dengan hanya membeli barang-barang yang penting sahaja.Akhirnyai,kita sepatutnya prihatinterhadap kawan-kawan dan keluarga dengan membeli cenderamata kepada mereka sebagai tanda ingatan.

UPSR: BAHAGIAN A PENGENALAN BAHAGIAN A KERTAS 012 BAHASA MELAYU (MEMINDAHKAN MAKLUMAT )

Dalam bahagian ini, murid diberi bahan rangsangan sama ada gambar tunggal, gambar bersiri, carta atau garaf, jadual, dan sebagainya. Dalam gambar tersebut mengandungi pelbagai situasi. Murid perlu memahami bahan rangsangan yang diberikan dan memindahkan maklumat dalam gambar tersebut dalam bentuk ayat Maklumat yang diperoleh haruslah dikembangkan menjadi ayat yang sempurna. Jika banyak terdapat maklumat, pilih maklumat yang penting sahaja. Tidak memberi pandangan peribadi terhadap situasi yang dipaparkan, sebaliknya nyatakan situasi yang terdapat dalam gambar sahaja. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah selama 15 minit dengan anggaran peruntukan masa tiga minit bagi setiap ayat. Setiap ayat yang lengkap akan diberi markah dan keseluruhan membawa 10 markah.

GAMBAR YANG DIBERIKAN DALAM BAHAGIAN A Gambar Gambar Gambar Gambar Gambar Bersiri Tunggal; Graf; Grafik / Rajah / Carta; Carta / Data.

Contoh Gambar Tunggal

Contoh Gambar Bersiri

PEMARKAHAN Pemarkahan sebenar untuk Bahagian A Kertas 012 Bahasa Melayu ialah 10 markah dan dinilai secara holistic oleh pemeriksa dan bukannya 2 markah untuk bagi satu ayat. Rujuk panduan skema pemarkhan di bawah .

Penskoran Cemerlang

Kriteria Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik. Menggunakan pelbagai kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

Baik

Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

Memuaskan

Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas, sesuai dengan bahan grafik. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.

Pencapaian Tahap Minimum

Ayat tidak sesuai dengan bahan grafik. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan grafik. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik) 1.0 Pengenalan Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:

1.1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan - Baca soalan dan fahami arahannya. - Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi. 1.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan - Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat dalam gambar / ilustrasi. - Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat. - Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit. 1.3 Menulis ayat yang lengkap - Ayat yang ditulis hendaklah lengkap. - Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat. - Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit. 1.4 Menyemak - Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara / keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi. - Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang betul. - Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.

2.0 Panduan Umum Menjawab Soalan 2.1 Teliti Bahan - Teliti gambar yang terdapat dalam soalan - Kenal pasti tema / tajuk yang diberi - Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan - Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar 2.2 Membina Ayat - Bina lima ayat (nomborkan 1-5). - Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat. - Membina ayat-ayat tersirat sebagai pelengkap atau ayat utama. - Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada bahan grafik.

- Boleh menamakan watak. - Susun ayat mengikut keutamaan isi. 2.3 Struktur Ayat - Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan. - Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis. - Membina ayat tunggal atau ayat majmuk. - Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja. - Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan dengan bahan grafik 2.4 Menyemak Semula - Semak dengan membaca semula ayat. - Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas. 2.5 Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik - Kenal pasti kata kerja & kata adjektif dalam gambar. - Tulis kata kerja & kata adjektif dalam gambar. (Kertas soalan). - Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif 2.6 Isi Tersurat dan Isi Tersirat - Perkara-perkara atau aktiviti yang terdapat atau yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali sebagai maklumat tersurat. - Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar dikenali sebagai maklumat tersirat.

Contoh Soalan Bahagian A BAHAGIAN A [Masa yang dicadangkan: 15 minit] [10 markah] Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar: Contoh 1:

Aktiviti / Kata Kerja - Mengutip - Mencangkul - Mencabut - Membuang - Menyorong Konsep Memperluas ayat - Adik menangis. - Adik menangis kerana demam. - Adik menangis kerana demam campak. - Adik menangis tersesak-esak kerana demam campak. - Adik menangis teresak-esak di atas katil kerana demam campak. - Adik menangis teresak-esak di atas katil kerana demam campak sejak semalam. Contoh 2:

Teknik: - Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar. - Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut. - Nyatakan isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja atau nama dan kata adjektif yang dicatatkan. - Nyatakan isi tersirat yang boleh memperluas idea. - Membina lima ayat. Contoh 3: Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

Teknik: - Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar. - Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut.

- Nyatakan 4 isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja,kata nama dan kata adjektif yang dicatatkan. - Nyatakan 2 atau 3 isi tersirat yang boleh gambarkan untuk dijadikan predikat (huraian) dalam ayat yang akan dibina. - Membina lima ayat. Mencatatkan Perkataan:

Membina lima ayat: 1. Ahmad tekun membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. 2. Semasa peperiksaan, Ahmad dapat menjawab setiap soalan di dalam kertas peperiksaan dengan penuh keyakinan. 3. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Ahmad mendapat keputusan yang cemerlang. 4. Ahmad berasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana usaha yang bersungguh-sungguh menghasilkan kejayaan. 5. Ahmad mendapat hadiah sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran pada Hari Penyampaian Hadiah.

SELAMAT MENJAWAB.

Bahagian A Arahan Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.

Contoh Jawapan 1. Ayah sedang menebas semak samun dengan menggunakan sabit. 2. Ibu pula sedang menanam pokok bunga di dalam pasu. 3. Adik membantu ibu memasukkan tanah ke dalam pasu bunga. 4. Abang pula memasang tali pada ampaian. 5. Kakak menyapu daun-daun kering lalu melonggokkannya.

Tulis lima ayat yang lengkap.

CADANGAN JAWAPAN: 1. Ahmad tekun membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR. 2. Semasa peperiksaan, Ahmad dapat menjawab setiap soalan di dalam kertas peperiksaan dengan penuh keyakinan. 3. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Ahmad mendapat keputusan yang cemerlang. 4. Ahmad berasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana usaha yang bersungguh-sungguh menghasilkan kejayaan. 5. Ahmad mendapat hadiah sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran pada Hari Penyampaian Hadiah.

Cadangan Jawapan: 1. Pada hari Ahad yang lalu, Mimi sekeluarga pergi berkelah di Pantai Tanjung Aru. 2. Karim memakai pelampung dan berjalan ke arah laut sambil diperhatikan oleh ibunya. 3. Fakrul dan Fatimah sedang membina istana pasir di tepi pantai. 4. Beberapa orang pengunjung sedang mandi-manda di laut dengan gembira. 5. Seorang lelaki sedang berbaring di tepi pantai di bawah payung yang besar

Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.

CADANGAN JAWAPAN: 1. Nyamuk aedes adalah pembawa virus demam denggi yang dapat menyebabkan kematian. 2. Pembiakan nyamuk aedes harus dicegah dengan menanam bekas-bekas yang dapat menakung air seperti botol, tin kosong dan tayar buruk. 3. Gunakan ubat pembunuh jentik-jentik untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes. 4. Selain itu, kita perlu menggunakan semburan asap untuk membunuh nyamuk aedes. 5. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Cadangan Jawapan 1.Beberapa orang pengawas perpustakaan sedang bertugas di perpustakaan pada waktu rehat. 2.Seorang pengawas perpustakaan sedang membantu guru menampal jadual tugasan harian yang baharu pada papan kenyataan. 3.Dua orang pengawas perpustakaan sedang sibuk menyusun buku-buku bacaan di rak-rak. 4.Seorang pengawas perpustakaan mengemaskan tempat yang dikhaskan untuk surat khabar dan majalah.

5.Beberapa orang murid sedang tekun membaca buku untuk mengisi masa lapang pada waktu rehat.

Cadangan Jawapan 1. Pada hari Sabtu yang lepas, Anita dan keluarganya bergotong-royong menyediakan hidangan tengah hari di dapur. 2. Anita sedang mencuci pinggan mangkuk menggunakan sabun pencuci di sinki. 3. Bapa Anita pula sedang memotong buah tembikai di atas landas cencang menggunakan sebilah pisau yang tajam. 4. Ibu Anita sedang menggoreng sayur di dalam kuali di atas dapur dengan menggunakan sebatang sudip. 5. Adik Anita membuka kabinet dapur untuk mengambil cawan yang akan digunakan semasa makan tengah hari.

Cadangan Jawapan 1.Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh murid untuk memanfaatkan masa lapang sama ada di rumah atau di luar rumah. 2.Murid-murid boleh menghabiskan masa lapang di rumah dengan membaca buku atau mengulangkaji pelajaran untuk menambahkan pengetahuan. 3.Di samping itu, murid-murid boleh melakukan hobi yang mereka minati seperti

melukis dan mewarna. 4.Aktiviti bersenam juga boleh dijalankan untuk mengisi masa lapang di samping dapat mengekalkan kecergasan badan. 5.Menanam pokok bunga bukan sahaja dapat mengisi masa lapang bahkan menceriakan suasana di rumah

Contoh Jawapan 1. Pada hari Sabtu yang lalu. keluarga Mazlan telah mengadakan gotong-royong di halaman rumah mereka. 2. Mahani sedang menyapu sampah sarap di halaman rumah.

3. Khairul Nizam mengecat pintu pagar kerana warna cat pagar itu sudah mulai pudar. 4. Hidayah pula menyiram pokok-pokok bunga di taman mini di hadapan rumahnya. 5. Puan Nazirah menghidangkan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anaknya

CADANGAN JAWAPAN: Bahagian A 1. Lelaki itu bekerja sebagai penarik beca. 2. Penarik beca itu membawa dua orang pelancong asing bersiar-siar. 3. Lelaki itu terkejut apabila mendapati pelancong asing itu tertinggal beg tangan di atas becanya. 4. Dia mencari pelancong asing tersebut dan memulangkan beg tangan kepunyaan pelancong itu. 5. Pelancong itu mengucapkan terima kasih dan memberikan hadiah kepada lelaki itu atas kejujurannya.

CADANGAN JAWAPAN: Bahagian A 1. Seorang budak lelaki berbangsa Singh sedang melukis. 2. Dia melukis di dalam biliknya. 3. Budak itu melukis gambar pemandangan. 4. Dia sedang mewarnakan lukisannya dengan warna air. 5. Ada banyak peralatan melukis di biliknya itu.

Soalan 1 Bahagian A: Memindahkan Maklumat

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

Cadangan Jawapan: 1. Gambar menunjukkan keadaan di sebuah balai raya. 2. Mangsa-mangsa banjir ditempatkan di balai raya itu. 3. Kelihatan beberapa buah keluarga yangberselimut berlindung di balai raya itu. 4. Sukarelawan yang bertugas sedangmengagih-agihkan barangan keperluan kepada mangsa bencana. 5. Barangan keperluan yang diagih-agihkan adalah seperti ubat-ubatan, makanan, dan pakaian.

Anda mungkin juga menyukai