Anda di halaman 1dari 10

Bahasa Melayu

Bahagian C- Karangan

Sebelum menulis karangan..


1. Kamu hendaklah membaca dan memahami soalan yang diberikan.
2. Pastikan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis.
3. Kegagalan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis
menyebabkan karangan kamu kekurangan isi dan mungkin akan terkeluar daripada tajuk.
4. Catatkan isi-isi penting yang hendak kamu tulis berdasarkan tajuk karangan.
5. Susun isi-isi penting tersebut mengikut keutamaanya; isi yang paling penting ditulis dahulu
dikuti dengan isi yang kurang penting.

Semasa menulis karangan


Mesti ada tiga bahagian iaitu; Pendahuluan, Isi dan Penutup

Pendahuluan
 Karangan hendaklah dimulakan dengan pendahuluan dalam satu perenggan sahaja.
 Pendahuluan mestilah berkaitan dengan kehendak soalan
 Perenggan pendahuluan adalah mencukupi dengan dua atau tiga baris ayat sahaja.
 Jangan masukkan isi ke dalam perenggan pendahuluan.

Isi

 Merupakan bahagian terpenting dalam sesuatu karangan


 Menurut kehendak peperiksaan, karangan kamu haruslah mempunyai empat isi utama.
 Setiap isi itu hendalah ditulis dalam satu perenggan yang berasingan.
 Satu isi, satu perenggan. Isi-isi penting haruslah diutamakan.
 Kembangkan isi dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat dan cerita yang menarik.
 Isi karangan mestilah ditulis dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
 Isi-isi yang diceritakan haruslah berkaitan dengan soalan.
 Jangan ceritakan isi-isi secara meleret-leret dan tidak dapat diterima oleh akal ataupun tidak
logik
Penutup

 Setiap karangan haruslah mempunyai penutup


 Penutup yang baik merupakan kesimpulan tentang apa yang telah kamu tuliskan sebelumnya.
 Penutup juga tidak perlu ditulis dengan panjang lebar. dua atau tiga baris ayat sudah memadai
untuk menulis penutup.

Selepas menulis karangan


1. Semak dan baca semula karangan setelah selesai menulisnya.
2. Pastikan tiada isi penting yang tertinggal.
3. Cari kesilapan yang mungkin ada seperti kesalahan tatabahasa, penggunaan perkataan, ejaan
dan tanda baca.
4. Betulkan setiap kesilapan tersebut.
5. Baiki tulisan cakar ayam dan sukar dibaca.

CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK

1. Pemahaman terhadap tajuk mestilah tepat, iaitu segala keterangan dan penjelasan serta contoh
yang diberi mestilah tidak terkeluar daripada tajuk.
2. Setiap karangan mestilah mempunyai isi yang menepati maksud atau kehendak soalan. Sebuah
karangan yang baik dan menepati kehendak pemeriksa mesti mempunyai empat isi utama.
3. Pendahuluan sesebuah karangan mestilah sesuai dengan isi dan menepati tajuk serta dapat
menarik pembaca untuk membaca karangan itu sehingga selesai.
4. Isi karangan mestilah dikembangkan dengan baik. Isi yang mencukupi belum tentu dapat
menjadikan karangan kamu itu menarik sekiranya kamu tidak pada menghuraikan isi-isi
tersebut dengan baik.
5. Untuk bahagian penutup pula, hendaklah menulis suatu kesimpulan yang kemas tentang
karangan yang telah kamu tuliskan itu.
6. Penggunaan tatabahasa yang betul dalam karangan dapat mempengaruhi markah karangan
kamu. Oleh itu, cara kamu membentuk ayat-ayat dalam karangan mestilah berpandukan
tatabahasa yang betul.
7. Karangan kamu hendaklah menggambarkan bahawa penulisnya mempunyai fikiran atau
pendapat yang matang.
8. Pengolahan karangan hendaklah menarik sehingga dapat memberi kesan di hati pembaca.
Bahagian c

25 markah

Anda mungkin juga menyukai