Anda di halaman 1dari 2

1.

AYAT AKTIF / AYAT PASIF


Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif.
i.

( a ) Saya telah memulangkan buku itu dua hari yang lalu.


Buku itu telah saya pulangkan dua hari yang lalu.

ii.

( a ) Kamu telah memulangkan buku itu dua hari yang lalu.


Buku itu telah kamu pulangkan dua hari yang lalu.

*Ayat pasif Kata Ganti Nama Diri Pertama & Kata Nama Diri Kedua sama binaan ayatnya
i.

( c) Mereka telah memulangkan buku itu dua hari yang lalu.


Buku itu telah dipulangkan oleh mereka dua hari yang lalu.

( Ayat pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga- kata kerja mesti menerima imbuhan awalan di)
Imbuhan ter pada kata kerja boleh hadir dalam kata kerja aktif atau kata pasif. Struktur
ayat kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga adalah sama. Contohnya:
Batu yang besar itu terangkat oleh

i.

Kakak terangkat batu yang besar itu.


kakak.

ii.

Saya terambil baju yang berwarna merah itu. Baju yang berwarna merah itu
terambil oleh saya.

LATIHAN: Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif


1)Kamu harus membaharui lesen memandu ibu hari ini.
2) Guru disiplin menegur murid yang berambut panjang itu kerana tidak mematuhi peraturan
sekolah.
3) Kalian harus mengembalikan borang permohonan itu esok.
4) Kita harus mendengar kata-kata gadis itu.
5)Abang menghadiahi adik sebuah basikal.
6)Ayah mengambil tiga tandan pisang emas dari kebun.
7)Pengembala itu sedang menghalau sekawan lembu ke dalam kandang.
8)Pemuda itu meragut beg tangan wanita tersebut.
9)Saya telah membeli beberapa buah buku.
10)Kami sedang menunggu ketibaan pengetua.
11)Awak mesti menyiapkan tugasan ini sekarang juga.
12)Kami menyokong cadangan yang bernas itu.
13)Aminah sedang menunggu bas di seberang jalan sana.
14)Dia membantu ibu mencuci pinggan mangkuk.
15)Kamu mesti menyiapkan tugasan itu dengan segera.
16)Beliau menyampaikan hadiah itu kepada para pemenang.

17)Kita perlu menghulurkan bantuan kepada mangsa Tsunami.

Anda mungkin juga menyukai