Anda di halaman 1dari 3

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF

L1 : KENAL PASTI KATA GANTI NAMA DIRI

L2 : KENAL PASTI SUSUNAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF


 SUSUNAN AYAT AKTIF [1234]
1 2 3 4
ORANG KATA KERJA BENDA KETERANGAN
Ramya membeli makanan itu di pasar malam.
Saya membeli basikal itu di kedai.

 SUSUNAN AYAT PASIF [3214 – KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA]


3 2 1 4
BENDA KATA KERJA ORANG KETERANGAN
Makanan itu dibeli oleh Ramya di pasar malam.

 SUSUNAN AYAT PASIF [3124 – KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA DAN KEDUA]
3 1 2 4
BENDA ORANG KATA KERJA KETERANGAN
Basikal itu saya beli di pasar malam.
LATIHAN 1: TUKARKAN AYAT -AYAT AKTIF DI BAWAH INI KEPADA AYAT-AYAT PASIF.

1) Salleh menuntun basikal yang rosak itu dengan bersusah payah.

2) Azizah membeli kek itu untuk adik sempena hari jadinya.

3) Para peserta perlu membawa topi dan bekalan makanan apabila menghadiri latihan itu.

4) Murid-murid di sekolah itu mementingkan disiplin agar tidak membebankan pihak


sekolah

LATIHAN 2 : TUKARKAN AYAT -AYAT PASIF DI BAWAH INI KEPADA AYAT-AYAT AKTIF.

1) Gambar pemandangan yang indah itu saya lukis semalam. [ ]

2) Makanan didermakan oleh Datin Marina kepada mangsa banjir di Kelantan. [ ]

3) Kem motivasi di Pantai Morib itu akan disertai oleh Amirul jika diizinkan oleh ibunya.
[ ]

4) Lagu ‘Warisan’ didendangkan oleh Munif pada majlis sambutan Hari Kebangsaan itu.
[ ]

Anda mungkin juga menyukai