Anda di halaman 1dari 20

LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

SET 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
manfaat pemakanan petai kepada kesihatan dan usaha-usaha untuk
mempopularkan amalan pemakanan petai. Panjang rumusan anda hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Mendengar saja perkataan petai, pasti ada yang terus memikirkan bau nafas yang
kurang menyenangkan apabila kita menikmatinya. Oleh itu, berkemungkinan besar
ada yang tidak menjamahnya sekiranya menjadi menu makanan pada siang hari
ketika waktu bekerja. Petai merupakan sejenis tanaman yang berasal dari negara
tropika, seperti di negara kita Malaysia dan juga Indonesia. Dengan nama saintifik
parkia speciosa dan dimakan sebagai ulam ini, di sebalik ketidakenakan bau nafas,
sebenarnya petai sejenis ulam yang banyak memberikan manfaat kesihatan
kepada kita.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan, petai ialah sumber gizi
penting terhadap kesihatan manusia. Penelitian menunjukkan bahawa buah petai
memiliki kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga-tiga jenis zat ini ialah
sumber gula semula jadi yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka
yang memakannya. Bahkan, kandungan protein dalam petai empat kali lebih
banyak daripada buah epal. Kandungan zat besi yang tinggi dalam petai sangat
bermanfaat untuk mengurangkan masalah anemia dalam badan manusia. Petai
memiliki kandungan kalium yang cukup tinggi untuk mengatasi stres dan depresi
yang kita
alami. Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan
otak seterusnya berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar.
Di samping kandungan kalium yang tinggi, ciri-ciri petai yang rendah garam
mampu menstabilkan degupan jantung sekali gus mengurangkan penyakit
kardiovaskular. Tekanan darah yang terjaga akan menurunkan risiko diserang sakit
jantung dan merendahkan risiko gejala strok di samping mengurangkan masalah
migrain. Dalam jurnal perubatan baharu edaran The New England Journal of
Medicine, hasil penelitian turut mengatakan bahawa pemakanan petai secara
teratur mampu melancarkan sistem pencernaan dalam usus. Serat yang banyak
terkandung dalam petai berguna melancarkan proses penghadaman dan
perkumuhan. Bagi yang sering mengalami gangguan pencernaan seperti sembelit,
pemakanan petai akan dapat membantu mengurangkan penderitaan sembelit.
Dengan amalan pemakanan petai, toksin tubuh yang mengganggu kesihatan dapat
diatasi segera.
Petai juga memiliki manfaat yang pelbagai. Kementerian Kesihatan Malaysia
harus menjalankan kajian yang lebih mendalam untuk mengenal pasti khasiat petai
kepada kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana khasiat dalam petai
yang mudah dicari di Malaysia mampu memberikan impak baharu kepada bidang
perubatan tradisional. Amalan pemakanan yang sihat mampu memberikan nikmat
kesihatan yang baik dan menyejahterakan kehidupan
manusia.
(Dipetik dan diubah suai daripada
rencana Khasiat Petai kepada Manusia
dalam blog akademik www.cikgutancl.blog.spot.com)
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata toksin tubuh.

[2 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. Pengarang mengemukakan beberapa kebaikan daripada penjagaan tekanan

darah.
Nyatakan kebaikan-kebaikan tersebut.
[3 markah]
____________________________________________________________

iii. Anak-anak kecil kurang meminati makanan tradisional seperti petai, jering,
ulam-ulaman, dan herba dalam amalan pemakanan mereka.
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-
anak mereka mengamalkan pemakanan makanan tradisional?
[4 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

SET 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cabaran-
cabaran guru abad ke-21 dan impaknya terhadap pembelajaran murid.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Era teknologi digital abad ke-21 merupakan suatu era perubahan dan juga inovasi
yang berkembang pesat di seantero dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana
belum pernah lagi ada dalam sejarah manusia, kita didedahkan dengan pelbagai
maklumat secara terbuka. Dalam bidang pendidikan, guru dan pelajar boleh
mendapatkan akses kepada data dan maklumat di mana-mana dan pada bila-bila
masa dengan sangat mudah. Oleh hal yang demikian, guru pada abad ke-21
haruslah sedar bahawa pendidikan kini tidak lagi tertumpu kemahiran menghafal
semata-mata. Para guru hendaklah menyedari antara cabaran yang perlu dihadapi
ialah cara belajar untuk menilai dan memanfaatkan maklumat untuk kegunaan
seharian.
Agenda utama untuk memastikan transformasi berlaku dalam pendidikan
ialah pola pemikiran guru perlu berubah. Dalam hal ini, para guru perlu
mencorakkan pemikirannya berkaitan kemahiran dan kemenjadian murid. Selain
itu, strategi dan kejayaan dalam pembelajaran sepatutnya berubah lebih sesuai
dengan tuntutan zaman sekarang. Dengan adanya banyak media sosial,
sebenarnya telah membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk para guru
meningkatkan perkembangan profesionalisme pendidikan. Oleh itu, guru perlu
bersedia untuk bertukar-tukar idea dan pendapat tentang aktiviti di dalam kelas.
Pada masa yang sama, para guru harus berfikiran terbuka untuk bekerjasama
dengan guru-guru lain dari serata dunia untuk menambah baik kualiti pengajaran.
Oleh sebab itu, guru pada era abad ke-21 seyogianya memerlukan kepekaan
yang tinggi bahawa murid mengawal sepenuhnya proses pembelajaran mereka.
Prinsip asas dalam pendidikan adalah melahirkan generasi yang mampu
melakukan perkara baharu. Generasi baharu perlu kreatif, mencipta, menemukan,
kritis dan mampu memberi pilihan lain terhadap perkara yang diberikan kepada
mereka. Guru bukan satu-satunya sumber ilmu. Dengan sekian banyak data dan
maklumat daripada Internet boleh diakses, sikap keterbukaan guru dalam
menerima maklumat baharu termasuklah maklumat daripada murid itu sendiri perlu
diperkukuh. Dalam hal ini, guru menyiapkan diri sebagai pemudah cara yang
berkesan kepada anak didiknya.
Konklusinya, Internet dan teknologi digital ternyata memberi impak signifikan
dalam membantu murid menyelesaikan tugasan mereka dan mendatangkan kesan
positif terhadap pembelajaran di sekolah. Hal ini, bertepatan dengan anjakan ke-7
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, yang
memberikan ruang dan peluang kepada pelajar untuk mengakses lebih banyak
maklumat untuk keperluan pembelajaran mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘ Cabaran Menjadi Guru Abad 21’
Oleh Norhailmi Abdul Mutalib, Pendidik, Mac 2017
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata berkembang pesat

[2 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. Pengarang berpendapat bahawa Internet dan teknologi digital mempunyai

kebaikan-kebaikan kepada murid.
Nyatakan kebaikan-kebaikan tersebut.
[3 markah]
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

iii. Bukan guru sahaja bertanggungjawab mendidik murid dalam bidang

akademik sematamata tetapi warga guru juga berperanan membentuk
personaliti dan sahsiah murid-murid supaya dapat melahirkan modal insan
yang seimbang.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh
ibu bapa agar anak-anak menghormati guru?
[4 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

SET 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-
faedah penggunaan dron dalam pengurusan hutan dan cara-cara untuk
menggalakkan penggunaan dron . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) ialah pesawat tanpa juruterbang yang dikawal
jauh oleh juruterbang, sama ada juruterbang ini berada di stesen kawalan atau UAV
diterbangkan secara automatik berdasarkan penerbangan praprogram yang dirancang
oleh individu yang pakar atau terlatih sahaja. Belakangan ini, keupayaan dron lebih
terserlah setelah ditingkatkan perkakasan kemudahan rakaman. Lantaran itu, seiring
dengan perkembangan teknologi globalisasi pada hari ini, penggunaan dron menjadi
pilihan pengkaji dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan pengurusan perhutanan. Hal
ini dikatakan sedemikian kerana dron dapat diubah suai daripada pelbagai aspek untuk
membantu memberikan hasil yang terbaik.
Aktiviti pengumpulan maklumat lapangan dengan menggunakan dron memerlukan
perancangan kerja yang teliti kerana keadaan keliling kawasan perlu diambil kira. Bagi
kawasan hutan yang agak ekstrem, perancangan yang teliti seperti mengenal pasti
keadaan awan, cuaca dan faktor keliling perlu diambil kira. Dalam konteks ini, pihak
Jabatan Perhutanan mengorak langkah dengan menggunakan dron untuk melakukan
kerja pemantauan dan pengurusan hutan. Dron mampu bergerak dengan jarak yang laju
dan jauh, iaitu sehingga 100 kilometer dengan sekali penerbangan. Oleh hal yang
demikian, alat tersebut dapat membantu jabatan ini memantau aktiviti kawasan hutan
dengan lebih sistematik dan berkesan. Sementara itu, penambahan kemudahan rakaman
dalam bentuk audio - visual membolehkan gambar kawasan hutan yang diambil, diolah
menjadi data pelbagai guna seterusnya menambahkan nilai cerapan.
Di samping itu, penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
mengkaji kegunaan dron untuk membantu kajian pemantauan aktiviti pembalakan dan
kajian keadaan status kesihatan hutan untuk membolehkan tindak balas terhadap
kawasan difokuskan serta tindakan segera kepada kawasan berimpak, seperti tanah
runtuh atau kebakaran, dapat dilakukan. Berdasarkan hasil awal daripada kajian FRIM,
didapati bahawa pengaplikasian dron dengan konsep
perhutanan dapat membantu perolehan data untuk pemetaan yang lebih jitu. Pada masa
yang sama, penggunaan tenaga kerja dalam bidang perhutanan dapat diminimumkan.
Bagi aktiviti pemantauan hutan yang luas, dron jenis sayap kekal digunakan. Dron jenis ini
mampu bergerak jauh dan tempoh penerbangannya lama. Walau bagaimanapun, ada
juga kekangan terhadap penggunaan dron jenis ini
dalam aktiviti pemantauan kawasan hutan kerana dron ini memerlukan kawasan untuk
berlepas dan mendarat. Sektor perhutanan tidak mahu ketinggalan dalam penggunaan
teknologi terkini, seperti dron, dalam pengurusan dan penyelidikan perhutanan.
Penggunaan dron oleh Jabatan Perhutanan dalam pemantauan kawasan hutan, dan oleh
FRIM dalam penyelidikan ternyata dapat menjimatkan kos dalam jangka masa yang
panjang. Penggunaan dron menyumbang aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan
hutan secara signifikan. Berdasarkan hasil penggunaan dan penyelidikan, didapati
bahawa dron ialah fenomena baharu dalam sektor perhutanan negara.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Dron dalam Pengurusan

Hutan’ oleh Mohd. Izwan Ramlan
Dewan Kosmik, Mac 2017
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata ditingkatkan perkakasan.

[2 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa masalah daripada

penggunaan dron dalam pengurusan hutan.
Nyatakan masalah-masalah tersebut.
[3 markah]
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

iii. Dron digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang pada hari ini.
Pada pendapat anda, selain fungsinya merakamkan gambar atau video
apakah fungsifungsi dron yang lain?
[4 markah]

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Set 4

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang insentif-insentif
menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan kekangan-
kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Setiap ibu bapa pasti mempunyai impian dan harapan untuk melihat anak mereka Berjaya
melanjutkan pengajian ke menara gading selepas menamatkan pelajaran pada peringkat
sekolah. Namun begitu, ibu bapa sering memikirkan masalah apabila anak-anak mereka
mendapat tawaran melanjutkan pelajaran terutamanya tentang kos yang tinggi untuk
membiayai yuran pengajian dan kos sara hidup anak-anak di universiti. Dalam hal ini,
perancangan kewangan untuk anak-anak sejak kecil merupakan perkara paling penting
dalam merealisasikan impian berkenaan. Sehubungan dengan itu, amalan menabung
yang diamalkan oleh ibu bapa akan membantu mereka membiayai kos pendidikan yang
sempurna untuk anak-anak.
Kini, pelbagai institusi kewangan menawarkan perkhidmatan tabungan atau
simpanan yang menjanjikan pulangan dividen yang tinggi tetapi ibu bapa perlu berhati-hati
dalam membuat simpanan dan bijak memilih pelan tabungan terbaik untuk anak-anak
mereka. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) merupakan satu pilihan terbaik
untuk ibu bapa menabung. Simpanan ini merupakan pelan tabungan pendidikan patuh
syariah terbaik yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu,
SSPN menawarkan dividen simpanan kompetitif pada setiap tahun dengan kadar 4
peratus. Perolehan daripada dividen ini dapat meningkatkan jumlah simpanan. Tambahan
pula, skim ini dijamin oleh kerajaan dan penyimpan mempunyai risiko yang paling
minimum dari segi keselamatan wang simpanan mereka.
Satu perkara yang kurang diketahui oleh penyimpan SSPN ialah simpanan ini turut
menawarkan manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal seperti penyakit jantung, barah,
diabetes, hipertensi dan penyakit buah pinggang. Hal ini menyebabkan ibu bapa tidak
perlu menampung kos rawatan anakanak di universiti sekiranya mereka jatuh sakit. SSPN
juga menawarkan manfaat perlindungan kemalangan sehingga RM1 juta dan khairat
kematian kepada penyimpan, pasangan dan sehingga tiga orang anak. Walaupun manfaat
ini tidak akan dinikmati oleh penyimpan sepenuhnya, tetapi sekurangkurangnya dapat
meringankan bebanan ahli keluarga dalam meneruskan kehidupan. Bagi menggalakkan
masyarakat menabung dalam SSPN, kerajaan telah mengumumkan satu insentif paling
menarik semasa pembentangan Belanjawan Tahun 2019, iaitu pelepasan taksiran cukai
pendapatan pada setiap tahun kepada penyimpan sehingga RM8,000.00. Aspek
pelepasan cukai ini sepatutnya diambil kira oleh ibu bapa dalam membuat sebarang
pelaburan atau caruman kerana pelepasan cukai dapat mengurangkan jumlah cukai yang
perlu dibayar pada setiap tahun dan mengukuhkan kewangan mereka.
Oleh itu, SSPN ialah instrumen simpanan terbaik yang wajar dipilih oleh ibu bapa,
terutama bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kerajaan dilihat
komited dalam meneruskan usaha menambah baik manfaat apabila mencarum dalam
SSPN dengan cara ibu bapa boleh mencarum secara bulanan serendah RM30.00 sebulan
bagi setiap anak dan boleh dilakukan dengan cara potongan gaji atau arahan bank. Jelas
sekali, ibu bapa perlu merebut peluang yang ditawarkan oleh kerajaan demi masa
hadapan anak-anak mereka bagi tujuan menyiapkan mereka dalam menanggung kos
pengajian yang semakin meningkat.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Rebut Tawaran Terbaik Menabung dalam SSPN’
oleh Puteri Atikah Farhanah Mohd Ruzaidi
Berita Harian, 5 Disember 2018
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata mempunyai risiko..

[2 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. Pengarang mengemukakan beberapa masalah yang difikirkan oleh ibu bapa
apabila anak-anak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti.
Nyatakan masalah-masalah tersebut..
[3 markah]
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

iii. Selain menabung untuk anak-anak, apakah persediaan-persediaan yang

perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menjamin kehidupan anak-anak pada
masa hadapan?
[4 markah]

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

SET 5
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cabaran-
cabaran dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya dan inisiatif-inisiatif
untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Konsep pembelajaran maya sudah menjadi satu realiti dengan adanya platform
pembelajaran maya yang semakin hari semakin pesat dibangunkan oleh syarikat
pembelajaran maya di Malaysia. Hal ini sesuai dengan konsep pembelajaran abad
ke-21 yang semakin hari semakin mendapat tempat dalam hati pengguna Internet.
Hampir 25 juta pengguna Internet di Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur
lebar dan peranti komunikasi telefon pintar berbanding dengan pengguna telefon
talian tetap dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Namun begitu, sebanyak 23.1%
penduduk di negara ini yang tidak memiliki akses Internet telah menjadi halangan
kepada pelaksanaan pendidikan maya ini.
Berdasarkan perspektif yang berbeza, ibu bapa pada masa ini masih belum
dapat menerima konsep pembelajaran maya sepenuhnya kerana mereka
beranggapan bahawa pembelajaran secara konvensional di dalam kelas lebih
efektif. Ibu bapa lebih meyakini guru dapat memantau perkembangan anak-anak
mereka di dalam kelas. Pada masa yang sama, minda mereka belum terbuka untuk
menerima gaya pembelajaran alaf baru. Selain itu, masyarakat juga beranggapan
anak-anak mudah menyalahgunakan Internet untuk mengakses laman-laman yang
tidak bermanfaat. Hal ini dibuktikan dengan peratus penggunaan Internet untuk
pengisian hiburan seperti permainan dalam talian dan sembang amat tinggi dalam
kalangan murid. Natijahnya, ramai murid yang mengabaikan pelajaran dan terlibat
dengan perkara-perkara negatif.
Menerusi platform pendidikan maya, murid dapat mengelakkan diri daripada
menjadi jaguh siber yang membazirkan masa semata-mata. Mereka juga dapat
memasuki alam pembelajaran yang diperkenalkan oleh platform pendidikan maya.
Selain itu, platform ini mampu mempertingkatkan kefahaman dan kualiti
pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama, ibu bapa bimbang interaksi yang
terhad antara guru maya dengan muridnya dalam bidang akademik. Hal ini
dikatakan demikian kerana masalah ini akan mengekang perkembangan prestasi
akademik anak-anak mereka.
Persoalannya, mampukah murid-murid di Malaysia untuk mendepani serta
memanfaatkan konsep pembelajaran maya pada hari ini? Hal ini berlaku kerana
platform pendidikan maya bukan mudah untuk dibentuk dan operasinya
memerlukan kos yang tinggi. Murid-murid milenium ini yang mudah berasa bosan
juga mahu maklumat diperoleh secepat mungkin dengan konsep maklumat di
hujung jari. Namun begitu, kekurangan dalam pembelajaran maya juga ialah murid
tidak memiliki peranti untuk mengakses Internet. Situasi ini tidak seharusnya
berlaku kerana pakej perkhidmatan jalur lebar dan peranti mampu milik sudah lama
bertapak di negara kita. Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia perlu seiring
dengan perkembangan teknologi maklumat agar negara kita mampu bersaing di
peringkat global.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Konsep Pembelajaran Maya’ Majalah Pendidik, November 2018
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata lebih efektif..

[2 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. Menerusi platform pendidikan maya, pengarang mengemukakan beberapa

faedah yang diperoleh seseorang murid.
Nyatakan faedah-faedah tersebut..
[3 markah]
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

iii. Murid dapat memperoleh pelbagai maklumat daripada Internet untuk

meningkatkan pengetahuan mereka.
Pada pendapat anda, nyatakan cara-cara lain untuk memperoleh maklumat.

[4 markah]

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

SET 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-
sebab remaja perlu didedahkan dengan pengurusan kewangan dan kesannya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Melalui artikel yang bertajuk “Kadar Muflis Golongan Muda di Malaysia Merisaukan”
terdapat sebanyak 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan muda di
bawah umur 25 tahun. Menurut Azaddin Ngah Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), faktor utama yang menjadikan
mereka muflis ialah ketidakcekapan mengurus kewangan sendiri yang didorong
oleh kegagalan perancangan kewangan yang baik dan kurangnya pendidikan
mengenai hal ini. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa maklumat yang tepat tentang
pengurusan kewangan yang berkesan perlu dimiliki oleh remaja agar dapat
membimbing mereka untuk tidak melakukan aktiviti kewangan yang berisiko yang
menjadikan mereka berstatus "muflis" yang boleh mendatangkan banyak masalah
pada kemudian hari. Panduan menjayakan perancangan kewangan ialah setiap
kali mempunyai duit berlebihan, jadikannya sebagai bahagian wang yang hendak
disimpan dan mewujudkan akaun khas. Selain itu, hadkan penggunaan kad kredit
dan bijak membuat keputusan terhadap kewangan mereka.
Remaja yang bijak mengurus wang dengan teliti turut dapat merancang
masa depan dengan lebih strategik. Tabiat menabung yang diamalkan dapat
membantunya untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat pengajian yang lebih
tinggi. Walaupun remaja mempunyai aliran masuk daripada sumber yang terhad
seperti ibu bapa dan biasiswa atau pinjaman pendidikan, remaja yang cekap
mengurus kewangannya tidak akan terbelenggu dengan masalah kekurangan
wang saku jika mereka menggunakan wang yang ada dengan sebaik-baiknya.
Pengurusan kewangan yang baik dapat memastikan remaja mampu membayar
balik wang pinjaman pendidikan setelah tamat belajar. Mereka boleh menggunakan
wang simpanan yang dikumpulkan untuk menjalankan perniagaan bagi
meneruskan kelangsungan hidup sekiranya mereka tidak mendapat sebarang
pekerjaan. Selain itu, sekiranya remaja gemar menabung juga, tidak mustahil
simpanannya nanti dapat membantunya untuk memulakan pekerjaan yang
mungkin memerlukannya untuk membelanjakan sejumlah wang untuk pembelian
kenderaan untuk ke tempat kerja.
Remaja yang didedahkan dengan pengurusan kewangan sejak awal boleh
menampung perbelanjaan kehidupan harian dengan menjalankan kegiatan yang
dapat menjanakan pendapatan sampingan seperti perniagaan kecil-kecilan.
Remaja harus bijak merancang perbelanjaan sendiri demi memastikan keadaan
kewangan masa depan yang kukuh. Pilihan terletak di tangan remaja, sama ada
mahu mengurus kewangan dengan cekap dan kurang berisiko atau terperangkap
dalam godaan perbelanjaan tanpa mengikut kemampuan diri seperti pepatah
Melayu ukur baju di badan sendiri.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengurusan Kewangan Remaja’

oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Mac 2017
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata kes kebankrapan berdasarkan petikan.

[2 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. Pengarang menyatakan beberapa panduan untuk menjayakan perancangan

kewangan.
Kemukakan panduan-panduan tersebut.
[3 markah]
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

iii. Sekolah merupakan institusi yang bertanggungjawab dalam menyemai

pendidikan berkaitan pengurusan kewangan.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh
pihak sekolah bagi membantu murid-murid bijak dalam pengurusan
kewangan?
[4 markah]

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

SET 7

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan
sekolah dalam memupuk perpaduan antara kaum dan kekangan mewujudkan
perpaduan antara kaum. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Perpaduan merujuk satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar
belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti
serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejarah juga menunjukkan
bahawa perpaduan penting dalam sesebuah negara untuk mengekalkan keharmonian dan
keamanan negara. Negara yang mengamalkan perpaduan ternyata mampu mencapai
kemajuan dan membina peradaban dengan lebih gemilang di puncak jaya. Merujuk
Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, penekanan telah diberikan kepada sistem
persekolahan yang bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan, khususnya
sekolah merupakan satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum.
Oleh hal yang demikian, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara
Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar.
Sekolah juga berperanan dalam memupuk semangat muhibah dan semangat
toleransi antara kaum. Hal ini dapat membantu menyuburkan semangat perpaduan kaum
dan membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di
sekolah juga harus menitikberatkan aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani
dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Semangat
perpaduan juga perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi
dan moral pelajar. Di samping itu, peranan bahasa Melayu ini perlu dilihat sebagai
medium utama yang mampu menyempurnakan banyak perkara seperti mewartakan
arahan-arahan untuk dipatuhi, menyuburkan nilai manusiawi dan mengukuhkan semangat
kekitaan dalam jati diri warga sekolah. Perpaduan sesame pelajar akan dapat dieratkan
sekiranya bahasa kebangsaan digunakan secara meluas mencakupi urusan rasmi atau
tidak rasmi, dalam perbualan sehari-harian dan menjadi bahasa pendidikan dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan.
Pelaksanaan Sekolah Wawasan telah memberikan kesan yang positif dalam
menanam sifat perpaduan ke dalam diri pelajar sekolah pada peringkat sekolah rendah
lagi. Pelajar dan guru dapat mewujudkan hubungan komunikasi yang baik dengan
berkongsi infrastruktur yang sama, sekali gus mewujudkan perpaduan dalam kalangan
kaum. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menerapkan perpaduan melalui aktiviti
kokurikulum di sekolah. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti aktiviti sukan,
pengurusan kelab dan persatuan serta aktiviti ceramah kesedaran haruslah dipergiat dan
ditingkatkan. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengukuhkan perpaduan dan semangat
kekitaan dalam diri pelajar, malah aktiviti ini dapat menjadi platform yang berguna untuk
membina daya kepemimpinan diri dan mengasah kemahiran insaniah para pelajar.
Kesimpulannya, di sebalik isu-isu perkauman yang dibakar apinya oleh sesetengah
pihak, hakikatnya kita dapat melihat bahawa peranan sekolah sebagai agen penyatuan
untuk memupuk nilai
perpaduan tidak dikesampingkan. Kepelbagaian merupakan kekuatan kita, namun jika
tersilap langkah boleh juga menjadi malapetaka yang bakal menimpa kita pada bila-bila
masa. Semua pihak harus mempunyai kesedaran dan sama-sama berganding bahu
mempertingkatkan nilai-nilai perpaduan antara kaum dan mewujudkan masyarakat madani
yang cinta akan negara dan saling bekerjasama.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Perpaduan Kaum Sekolah Sebagai Agen Penyatuan’
oleh Zulfazlan Jumrah,Dewan Siswa, Ogos 2017
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata mengasah kemahiran berdasarkan petikan.

[2 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. Dalam petikan, pengarang menjelaskan beberapa kepentingan perpaduan

dalam sesebuah negara.
Nyatakan kepentingan-kepentingan tersebut.
[3 markah]
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

iii. Ibu bapa berperanan penting dalam memupuk perpaduan antara kaum
kepada generasi muda.
Apakah usaha-usaha yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memupuk
perpaduan antara kaum kepada generasi muda?
[4 markah]

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

SET 8
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
cabaran-cabaran mengembangkan produk kraf dan langkah-langkah
mempopularkan produk kraf. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan kesenian masyarakat.

Sebagai tamsilnya, masyarakat Melayu sangat sinonim dengan seni ukiran kayu
dan tenunan. Masyarakat Cina popular dengan seni tembikar dan kaligrafi. Kolam
pula sering disebut-sebut sebagai seni masyarakat India dan kelompok peribumi
pula sangat berkait rapat dengan seni anyaman. Umum mengetahui bahawa seni
kraf sangat popular dalam kalangan penduduk luar bandar dan pedalaman. Situasi
ini berlaku kerana pengusaha lebih mudah mencari bahan utama bagi pembuatan
produk kraf. Walaupun begitu, pelbagai cabaran yang perlu diatasi dengan sebaik-
baik mungkin.
Cabaran utama yang mengganggu perkembangan produk kraf di kawasan
bandar ialah lambakan produk berteknologi moden dalam pasaran. Kuantiti produk
berteknologi moden yang dihasilkan pada satu masa juga sangat tinggi jika
dibandingkan dengan produk buah tangan. Produk buatan tangan pula
menawarkan harga yang agak tinggi sedikit kerana produk kraf menggunakan
bahan semula jadi. Kemunculan bahan kimia dan sintetik juga merancakkan
pengeluaran produk yang berasaskan plastik. Pada zaman yang serba maju ini,
sangat sukar untuk mencari bahan utama pembuatan produk kraf. Sungguhpun
begitu, pembangunan yang pesat mampu menjejaskan habitat semula jadi flora,
iaitu kawasan rimba.

Sememangnya produk kraf tangan pada hari ini sukar untuk diketengahkan.
Hal ini demikian kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendidikan dan
tidak mengikuti perkembangan semasa tetapi produk yang dihasilkan mempunyai
kualiti yang tinggi. Di samping itu, ketiadaan pewaris dalam kalangan generasi
muda juga menyukarkan perkembangan dan kemajuan produk kraf. Sebetulnya,
golongan muda perlu lebih menonjol dan memainkan peranan bagi
mempopularkan produk kraf. Kekurangan promosi atau pameran sama ada di
peringkat nasional atau antarabangsa juga menjadi punca pengamal seni kraf
sukar untuk menonjolkan bakat mereka.

Cabaran lain ialah kekurangan penawaran program latihan yang berteraskan

seni di pusat pengajian tinggi. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak
yang kurang memikirkan kepentingan dan nilai sesuatu karya seni. Tidak kurang
juga, pengamal seni kraf pada hari ini tidak mempunyai modal yang cukup untuk
memajukan perusahaan mereka. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan
cabang perniagaan yang terpenting pada hari ini. Walau bagaimanapun,
pengusaha kraf yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya masih kurang arif
mengenai penggunaan teknologi. Sewajarnya, usaha mengembangkan produk kraf
tidak boleh dipandang sebelah mata kerana seni ini warisan turun-temurun dan
mempunyai nilai estetik yang amat tinggi.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kekangan dalam industri kraf’
oleh Aliff Ishak,Dewan Budaya, Julai 2016)
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata pengeluaran produk dalam petikan.

[2 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. Pengarang ada menyatakan beberapa faktor produk kraf amat sesuai
dikembangkan oleh pengusaha kraf tangan.
Nyatakan tiga faktor tersebut.
[3 markah]
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

iii. Pengarang ada menyebut bahawa golongan muda kurang berminat dalam
kemahiran menghasilkan kraf sehinggan ketiadaan pewaris.
Huraikan punca-punca golongan muda kurang berminat untuk mewarisi
kemahiran tersebut.
[4 markah]

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

SET 9

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri
perunding yang berkesan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kemahiran
perunding. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Rundingan merupakan proses membuat keputusan bersama antara pihak yang

mempunyai kepentingan masing-masing. Perkara yang dirundingkan itu merangkumi
pelbagai aspek rundingan seperti rundingan hak milik, pengambilalihan syarikat dan
rundingan antara majikan dengan pekerja. Semua rundingan ini, jika tidak dikendalikan
secara berhemah, boleh menimbulkan konflik antara pihak yang terlibat. Bagi
mengelakannya, kemahiran berkomunikasi yang berkesan perlu ada, sekurang-kurangnya
pada sebelah pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut. Sebaik-baiknya pihak yang
berunding perlu memiliki daya pemikiran kritis yang mampu berfikir di luar kebiasaan atau
pemikiran di luar kotak. Hal ini demikian kerana kecekapan mengenal pasti peluang yang
ada membolehkan hasil rundingan itu berpihak kepada mereka.
Kejayaan sesuatu rundingan bergantung pada kebijaksanaan pengurusan masa
oleh para perunding. Sesuatu rundingan dianggap tidak berkesan sekiranya rundingan itu
memakan masa yang panjang untuk mencapai penyelesaian. Oleh sebab itu, dalam
sesuatu perundingan, kedua-dua belah pihak hendaklah menumpukan perhatian terhadap
topik perundingan dengan mengetepikan hal-hal yang tidak berkaitan. Jika tidak,
rundingan itu meleret-leret sehingga ada pihak yang lupa akan perkara pokok yang
dirundingkan. Di samping itu, orang yang terlibat dalam sesuatu rundingan mestilah
berfikiran matang dan bernas kerana kebolehan itu dapat membantu mereka memberikan
pendapat alternatif sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Dalam apa-apa rundingan, setiap pihak yang terlibat seharusnya memperlihatkan
tahap profesionalisme yang tinggi biarpun dalam keadaan yang sukar. Misalnya, mereka
tidak boleh melenting, sebaliknya hendaklah bertenang, bersabar dan sentiasa mengawal
emosi. Lazimnya, orang yang mahir dalam rundingan sentiasa mempamerkan perwatakan
yang bersahaja. Dalam keadaan yang sedemikian, mereka tidak menunjuk-nunjuk
kebijaksanaan kerana sesiapa yang bersikap begini sering menganggap bahawa mereka
sahaja yang betul dan tidak mampu melihat kelebihan yang ada pihak lain. Sikap seperti
itu akan menyebabkan rundingan berlangsung secara tidak teratur hingga menemui jalan
buntu. Natijahnya, perundingan ditamatkan secara mengejut dan hubungan antara pihak
yang berunding menjadi bertambah keruh hingga mengundang ketegangan dan
menghilangkan perasaan hormat sesama mereka.
Biasanya sesuatu rundingan menghadapi kegagalan apabila ada pihak yang
membangkitkan hal-hal peribadi yang tiada kena-mengena dengan topik perbincangan.
Keadaan bertambah buruk sekiranya sesuatu pihak terang-terangan menyentuh sensitiviti
pihak lain. Atas dasar itulah maka semua pihak perlu sentiasa memahami bahawa
rundingan bukanlah medan untuk menyerang peribadi mana-mana pihak. Oleh yang
demikian, setiap perunding hendakah berfikiran terbuka dengan menerima keputusan
yang telah dibuat walaupun pada awalnya keputusan tersebut bertentangan dengan
pendiriannya.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana
‘Rundingan yang Berkesan’
oleh Mohd Nadzri Kamsin,
Dewan Ekonomi, Disember 2010)
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata pendapat alternatif.

[2 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. Pengarang mengemukakan beberapa kesan negatif jika rundingan

berlangsung secara tidak teratur.
Nyatakan kesan-kesan tersebut.
[3 markah]
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

iii. Sebelum berunding, pihak-pihak yang terlibat perlu melakukan persiapan-

persiapan tertentu. Jelaskan pendapat anda tentang persiapan-persiapan
yang perlu dilakukan itu.
[4 markah]

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

SET 10
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
meningkatkan industri pelancongan dan cabarannya. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Di Malaysia, industri pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat
memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang kesemuanya berperanan sebagai
wahana dalam pembangunan Malaysia menuju negara maju. Memandangkan Malaysia
mempunyai potensi besar dalam bidang pelancongan, inisiatif yang efisien perlulah
diambil untuk memajukan industri pelancongan di tanah air kita. Antara inisiatif yang boleh
dijalankan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bukan sahaja
dengan memperbanyak tempat pelancongan di Malaysia malah mempelbagai cabang
bidang pelancongan seperti pelancongan kesukanan dan kesihatan.
Dalam usaha untuk memudahkan pelancong luar ke negara kita, kerajaan telah
menawarkan perkhidmatan permohonan visa secara dalam talian kepada beberapa
buah negara seperti China, India, Amerika Syarikat dan Kanada. Seterusnya, pihak
kerajaan telah meningkatkan kadar bayaran balik kepada pengusaha pelancongan iaitu
daripada RM1 sebelum ini kepada RM5 bagi setiap RM10 yang dikutip daripada
pelancong. Hal ini sudah pasti menguntungkan para pengusaha industri pelancongan.
Jadi inilah masa yang terbaik untuk pengusaha pelancongan menjana pendapatan selain
dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan. Seperti yang kita ketahui, Pulau
Langkawi merupakan sebuah pulau yang terkenal di seluruh dunia. Oleh itu, sudah pasti
Pulau Langkawi menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain itu, Pulau
Langkawi juga merupakan pulau bebas cukai yang menjadi destinasi pelancong. Di sana,
mereka dapat membeli cenderamata seperti pinggan mangkuk, kraf tangan, coklat dan
lain-lain lagi. Oleh hal yang demikian, bagi memudahkan pelancong, pusat perkhidmatan
tukaran wang asing perlu diperbanyak. Dalam usaha mempromosi Malaysia di mata
dunia, pihak kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barang supaya pelancong
boleh membeli-belah dengan perbelanjaan yang sederhana.
Menyediakan prasarana yang terbaik merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan
oleh kerajaan dalam memastikan Malaysia sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Hal ini
dikatakan demikian kerana prasarana yang lengkap akan memudahkan dan memberikan
keselesaan kepada pelancong. Sebagai contoh, Kementerian Pengangkutan Malaysia
bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk
menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam dengan kadar yang berpatutan dan
efisien. Selain itu, pihak yang terbabit secara langsung dalam industri pelancongan perlu
memberi layanan terbaik terhadap para pelancong agar para pelancong berasa selesa
sepanjang berada di Malaysia. Oleh itu, barulah terserlah betapa berbaloinya mereka
melancong ke negara kita.
Pihak pengurusan hotel dan chalet perlu mengenakan kadar bayaran yang
berpatutan kepada pengunjung terutamanya semasa musim cuti. Tambahan lagi,
Malaysia cukup dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya,
makanan, flora dan fauna. Tidak cukup dengan itu, Malaysia juga terkenal dengan
pelbagai tempat menarik, bersejarah, dan pulau-pulau yang indah. Kelebihan inilah yang
menyebabkan Malaysia antara 10 negara yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong
dari serata dunia. Namun keindahan tempat-tempat yang cantik itu akan cacat sekiranya
tahap kebersihan tidak dijaga. Pihak pengusaha perlu memastikan kebersihan sentiasa
dijaga dengan baik, misalnya memastikan tandas berada dalam keadaan yang bersih
serta sampah sarap diurus dengan baik.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana
‘Merancakkan Sektor Pelancongan Negara’
oleh Rohami Shafie, Utusan Online, November 2015)
LATIHAN: RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN UMUM

Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat

anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata menawarkan perkhidmatan.

[2 markah]

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii. Malaysia merupakan antara negara yang menerima pelancong dengan kadar
yang tinggi pada setiap tahun kerana mempunyai banyak kelebihan.
Nyatakan kelebihan-kelebihan yang ada pada negara kita untuk menarik
ramai lagi pelancong berkunjung ke negara kita.
[3 markah]
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

iii. Malaysia mempunyai banyak tempat yang indah dan menarik untuk
dikunjungi.
Pada pendapat anda, mengapakah masih ramai rakyat Malaysia yang gemar
melancong ke luar negara?
[4 markah]

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai