Anda di halaman 1dari 1

Masa lapang keluarga dapat diisi dengan pelbagai

aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan. Satu


daripada pengisian aktiviti tersebut adalah berkebun.
Berkebun mempunyai banyak faedah.
Antaranya ialah dapat mengisi masa lapang. Masa
lapang kita tidak dibazirkan dengan menagih dadah,
berpelesiran, berjudi dan berlumba haram.
Selain itu, hubungan silaturahim juga bertambah
erat. Kita dapat bekerjasama dengan keluarga kita atau
jiran sebelah rumah kita.
Di samping itu, minda kita dapat direhatkan
dengan berkebun. Kita dapat menghilangkan rasa stres
dan letih setelah belajar.
Tambahan pula, berkebun juga dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat tahu
bagaimana cara membaja pokok, cara untuk menyiram
pokok dan cara untuk menanam pokok.
Oleh yang demikian, berkebun mempunyai
banyak faedah.

Anda mungkin juga menyukai