Anda di halaman 1dari 10

PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2

PEPERIKSAAN SEMESTER 1 (AR2) 2019

Soalan 1: Rumusan

Markah penuh 30 markah dibahagi kepada:


(a) Isi : 20 markah
(b) Bahasa : 10 markah

(a) Isi (20 markah)

Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
 nama khas
 perkataan berulang/ kata ganda
 penggunaan kata sendi di dan ke
 tarikh
 angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
 gelaran
(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
(iii) Periksa setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu
diperiksa.
(iv)Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Jumlah isi Markah


Pendahuluan 2
Isi tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16
Isi tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4
Penutup 2
Jumlah markah 20

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan
dalam jadual berikut:
Peringkat Markah Markah Bahasa Huraian
Isi
Baik 18-20 9-10 -kesinambungan isi baik
15-17 7-8 -struktur ayat/ tatabahasa baik
-kosa kata luas
-tanda baca /ejaan betul
Sederhana 12-14 6-7 -kesinambungan isi masih baik
8-11 4-6 -struktur ayat/ tatabahasa masih memuaskan
-kosa kata masih memuaskan
-tanda baca/ ejaan juga memuaskan
Lemah 1-7 1-4 -pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/
tidak memuaskan

BM2_AR2T4_2019 1
Nota:

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.


(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv)Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

Pendahuluan:

Petikan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan kepada pelajar. (2 markah)

Petikan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan dan kejayaan yang harus dicapai oleh seseorang pelajar selain pelajaran.
(2 markah)

Rumusan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan dan kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang pelajar. (2 markah)

Petikan membincangkan manfaat/ kebaikan/ kepentingan pengurusan masa dengan


berkesan. (1 markah)

Isi Tersurat - Faedah-faedah pengurusan masa dengan berkesan:

1. Pelajar dapat memanfaatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran secara


menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan.
(2 markah)

2. Masa yang terluang dapat digunakan untuk aktiviti yang berfaedah.


(2 markah)

3. Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan.


(2 markah)

4. Pelajar dapat memanfaatkan masa dengan keluarga tersayang bagi memupuk sikap
kasih sayang dalam keluarga.
(2 markah)

5. Pelajar dapat menjalankan kegiatan riadah supaya mempunyai badan yang sihat dan
otak yang cerdas.
(2 markah)

6. Para pelajar berupaya menggunakan masa senggang pada hari cuti sekolah untuk
membaiki kelemahan diri dalam pelajaran.
(2 markah)

7. Masa cuti sekolah bertujuan untuk memberi pelajar peluang bagi menenangkan
fikiran setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun.

BM2_AR2T4_2019 2
(2 markah)

8. Para pelajar boleh membuat kerja kebajikan.


(2 markah)

9. Mereka juga boleh mencari kerja sambilan untuk mendapatkan kemahiran dan
wang.

(2 markah)

Isi Tersirat - Kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang pelajar:

1. Pelajar tidak mematuhi jadual waktu belajar yang disediakan.


(2 markah)

2. Pelajar lebih gemar menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

(2 markah)
3. Pelajar lebih berminat menghabiskan masa dengan aktiviti yang menghiburkan
berbanding membaca buku/ mengulang kaji pelajaran.
(2 markah)

4. Pelajar terpaksa melakukan kerja rumah yang disuruh oleh ibu bapa.
(2 markah)

Penutup - Kesimpulannya, semua pelajar haruslah bijak menguruskan masa agar


dapat menjadi masyarakat yang berdaya saing/ cemerlang/ maju.
(2 markah)

Soalan 2 : Pemahaman

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)

1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.


2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/ sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan
separuh(50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH
Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2
Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1
Jawapan tidak tepat/ salah 0

Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3

BM2_AR2T4_2019 3
Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis 2
Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis
Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

Soalan 4 markah:
DESKRIPSI MARKAH
Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis 2
Isi kurang lengkap/ kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1
Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

Soalan 2 (a) : Pemahaman Umum

i. Maksud rangkai kata melahirkan modal insan ialah menghasilkan sumber manusia.
[2 markah]

ii. Dua kejayaan yang harus dicapai oleh seorang pelajar selain pelajaran ialah:
- kejayaan dalam bidang sukan
- aktiviti kokurikulum
- agama
- aktiviti kemasyarakatan.
[2 isi cukup]
[Maksimum :3 markah]

iii. Pada pendapat saya, penyediaan jadual belajar dapat membantu kecemerlangan
seseorang pelajar dengan cara:
- membantu pelajar mengulang kaji pelajaran
- pelajar dapat membahagikan masa untuk belajar dan beriadah
- aktiviti akademik dan kokurikulum dapat diseimbangkan
- mengelakkan pelajar daripada membuang masa dan terlibat dalam gejala tidak sihat.
[3 isi cukup]
[Maksimum: 4 markah]

Soalan 2(b) Cerpen

i. Gambaran keadaan wanita tua yang menjual makanan burung di Egyptian Market
ialah:
- pakaiannya hanya kain kapas yang nipis
- tudungnya ditarik menutupi sebahagian mukanya yang merah kesejukan
- kakinya berstoking lusuh
- kasutnya koyak
[Isi cukup : 2]
[Maksimum :2 markah ]

BM2_AR2T4_2019 4
ii. Usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membela kehidupan golongan tua yang
terbiar dan disisihkan oleh masyarakat sekeliling ialah:
- memberikan bantuan dari segi material seperti bantuan berupa makanan, pakaian,
dan ubat-ubatan
- membina dan menyediakan rumah kebajikan untuk golongan tua yang malang dan
tidak terbela
- menyediakan rawatan percuma di hospital kerajaan
- memberikan tambang separuh harga untuk penggunaan pengangkutan awam

[Isi cukup : 2]
[Maksimum:3 markah ]
(Jawapan lain yang sesuai juga diterima)

iii. Satu persoalan dalam petikan cerpen:


- Persoalan kemiskinan dan kesengsaraan hidup warga tua
Contoh: Aku berasa sayu melihat seorang wanita tua yang menjual makanan burung
kerana kesejukan. Hal ini disebabkan pakaiannya nipis dan lusuh dan hujung kasutnya
koyak.
(1+1)

- Persoalan sikap pemurah dalam diri


Contoh: Aku membeli tiga piring makanan burung dan memberi wanita tua itu LT5
walaupun harga satu piring cuma LT1. (1+1)

Satu persoalan dalam keseluruhan cerpen:


- Persoalan perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan eksotik
Contoh: Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban
kerana kulitnya dijadikan bahan komersial. (1+1)

- Persoalan sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan
negara
Contoh: ‘Aku’ melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu
menyakitkan hati pekedai Turki itu. (1+1)

- Persoalan kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan


atau pelancong
Contoh: Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya
dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada
pelanggannya.
(1+1)

- Persoalan kebijaksanaan sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki


Contoh: Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan
jualan.
(1+1)

BM2_AR2T4_2019 5
- Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan
Contoh: ‘Aku’ telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan
dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.
(1+1)

Soalan 2(c) Prosa Tradisional

i. Maksud rangkai kata terlalu gemuruh bahananya:

- bunyi sangat bising serta tidak keruan, riuh-rendah [Maksimum:2


markah ]

ii. Perancangan awal yang dilakukan oleh Laksamana:


- memakai pakaian penjurit
- berjalan dalam hujan rintik-rintik pada waktu malam
- masuk ke dalam kota
- tidur di tengah pasar
- sedia menghunus keris semasa berbaring
[Isi cukup:2]
[Maksimum:3 markah ]

iii. Langkah-langkah untuk memastikan keselamatan di tempat tinggal saya:


- mewujudkan rukun tetangga
- mengadakan rondaan
- menggajikan pengawal keselamatan
- membina pondok kawalan
- memasang kamera litar tertutup
- membina pagar/tembok
- memasang sistem penggera
[Isi cukup:2]
[Maksimum:3 markah ]

Soalan 2(d) Syair

i. Maksud rangkap pertama:


- Di Negeri Kembayat terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa.
- Baginda merupakan raja yang bijaksana
- Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang ramai
untuk mendalami ilmu agama.
[Isi cukup : 2]
[Maksimum :2 markah ]

ii. Ciri-ciri perlu ada pada seorang pemimpin:


- pemimpin yang sanggup bekerja demi rakyat
- Pemimpin yang selalu mengutamakan kepentingan rakyat
- Pemimpin yang amanah
- Pemimpin yang boleh dijadikan contoh/idola/ikutan
- Pemimpin yang adil

BM2_AR2T4_2019 6
- Pemimpin yang bijaksana
[Isi cukup : 2]
[Maksimum:3 markah ]
(Jawapan lain yang sesuai juga diterima)

iii. Dua nilai kemanusiaan dalam syair:


- Kita haruslah bertanggungjawab dalam menjalankan amanah yang diberikan
contoh: Raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir urus negerinya dengan
sempurna.

- Kita hendaklah taat kepada pemerintah


contoh: Seluruh rakyat Negeri Kembayat taat dan setia terhadap Raja Negeri
Kembayat

- Kita hendaklah bijak dalam dalam melaksanakan sesuatu perkara


Contoh: Raja Negeri Kembayat bijak dan cekap memimpin rakyat.
[Isi cukup: 2]
[Maksimum: 4 markah]

Soalan 3 (Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa)

Markah penuh iaitu 30 markah dibahagikan kepada :


Soalan 3 (a) : 6 markah
Soalan 3 (b) : 6 markah
Soalan 3 (c) : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Soalan 3 (e) : 6 markah
Perhatian bagi soalan 3 (a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul


2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada
keseluruhan soalan
3. Kata yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah
4. Kata yang digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan markah penuh 1 markah
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi
setiap ayat
7. Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu
ayat
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya
9. Ayat tidak jelas, tolak ½ markah
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan) berikan 0 markah

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[ 30 markah ]
Jawab semua soalan.

BM2_AR2T4_2019 7
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah.

(i) lauk-pauk - Ibu telah menyediakan lauk-pauk yang istimewa untuk kami
sekeluarga sempena hari ulang tahun ayah.

(ii) mandi-manda - Puteri Hang Li Po sedang mandi-manda di kolam belakang


istana ketika Laksamana Hang Tuah mencarinya.

(iii) desas-desus - Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan


meletakkan jawatannya dalam syarikat.

(iv) lintang-pukang - Budak nakal itu lari lintang-pukang apabila dikejar oleh
seekor anjing garang.

(v) gilang-gemilang - Majlis perkahwinan bintang popular itu berlangsung dalam


suasana gilang-gemilang dengan kehadiran ribuan peminat.

(vi) turun-temurun - Alat muzik tradisional yang merupakan warisan turun-


temurun masyarakat Melayu akan dipamerkan di Muzium Kesenian itu.

(b) Jenis-jenis ayat perintah.

(i) Jemput ke majlis perkahwinan saya. (ayat silaan)


(ii) Jangan lalu di kawasan peperiksaan. ( ayat larangan)
(iii) Buang sampah ke dalam tong sampah. (ayat suruhan)
(iv)Jika aku pulang lewat, usah tunggu aku. (ayat larangan)
(v) Baca soalan dengan teliti sebelum menjawabnya. (ayat suruhan)
(vi) Harap bersabar sementara menunggu giliran anda. (ayat permintaan)

(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan.

Bil Kesalahan Pembetulan


(i) Unifom Uniform
perlengkapan kelengkapan
(ii) kerinting Keriting
berpakai Memakai
(iii) merialisasikan merealisasikan
Mengila Menggila

(d) Kesalahan penggunaan kata dan kesalahan tatabahasa.

Bil Kesalahan Pembetulan


(i) Lukisan-lukisan yang Lukisan-lukisan yang cantik /
cantik-cantik Lukisan yang cantik-cantik
Dijulang Dijilat
(ii) Dari masa ke semasa Dari masa ke masa / Dari semasa
ke semasa
disangsi Disyaki
(iii) Dari Daripada
Tinggi
BM2_AR2T4_2019 Cemerlang
8
(e) Nyatakan peribahasa
(i) sudah jatuh ditimpa tangga
(ii) seperti kacang lupakan kulit
(iii) jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Soalan 4 : Novel

(15 markah)

Panduan pemarkahan:

Soalan 4(a)
1. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
3. Beri 1 markah bagi setiap latar masyarakat yang betul.
4. Beri 1 markah bagi huraian / contoh yang lengkap dan jelas.
5. Markah isi maksimum 4 markah.
6. Markah bahasa maksimum 3 markah.
7. Markah bahasa diberikan secara impression
Baik -3m
Sederhana -2m
Lemah -1m
8. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.

(a) Dua latar masyarakat

Novel Di Sebalik Dinara


Masyarakat yang penyayang - Farisha menangis apabila mendapat
tahu abangnya , Azrai menghidap penyakit jantung
Masyarakat yang bijaksana - Farisha berjaya menggodam sebuah
pelayan data di Nusa Jaya dalam tempoh 10 minit
Masyarakat yang berani - Farisha berani menerima tawaran untuk
menggodam sistem Dinara
Masyarakat yang baik hati - Farisha akan memberikan ganjaran setiap
kali Shida menolongnya
Masyarakat yang mementingkan diri, - Karl menjalankan pelbagai uji
kaji saintifik terhadap anaknya Farisha supaya anaknya menjadi genius

Masyarakat yang taasub kepada teknologi, - Karl menukarkan Alia


daripada seorang manusia kepada cybor

Soalan 4(b)

1) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari di tingkatan empat.


2) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
3) Beri 1 markah bagi setiap pernyataan tentang kepincangan masyarakat.

BM2_AR2T4_2019 9
4) Beri 2 markah bagi setiap huraian peristiwa yang betul untuk setiap pernyataan.
5) Markah isi maksimum 6 (maksimum 3 markah bagi setiap isi).
6) Markah bahasa maksimum 2.
7) Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
8) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
9) Calon tidak menjawab 0 markah.

(b) Peristiwa bagi setiap novel yang menunjukkan kepincangan masyarakat

Novel Di Sebalik Dinara


1. Kepincangan masyarakat dalam hubungan kekeluargaan
Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat disebabkan pertelingkahan
antara kedua ibu bapanya iaitu Karl dan Medina untuk menjadi seorang saintis yang
paling terkemuka sehinggakan membahayakan nyawa Farisha.

2. Kepincangan masyarakat dalam penyalahgunaan teknologi


Karl seorang saintis terkemuka telah memasukkan mikrocip khas ke dalam tubuh
Farisha bagi membolehkan pemikirannya disalurkan kepada Farisha.

3. Kepincangan masyarakat yang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan


Dr Maxi tetap ingin meneruskan ujian terhadap Shida walaupun keadaan Shida
semakin teruk dan berkemungkinan otaknya akan rosak sekiranya ingatan tidak
dipadamkan.

4. Kepincangan masyarakat yang tidak bertanggungjawab


Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia
mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis.

5. Kepincangan masyarakat yang melakukan kesalahan jenayah untuk mencapai


matlamat yang diinginkan
Medina sanggup mengupah Farid dan Amin untuk menculik Farisha untuk berjumpa
dengannya dan menyatakan dia amat menyayanginya.

**Jawapan lain yang sesuai diterima.


-PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT-

BM2_AR2T4_2019 10

Anda mungkin juga menyukai