Anda di halaman 1dari 3

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British

Pendidikan sebelum kedatangan British banyak dipengaruhi oleh adat resam dan budaya
masyarakat setempat. Pendidikan tradisional ini lazimnya diajar oleh ahli agama atau ibu
bapa kanak-kanak dalam membentuk perkembangan mereka. Pendidikan pada zaman ini
terbahagi kepada lima iaitu:

 pendidikan agama
 madrasah
 pendidikan tidak formal
 pendidikan istana
 penglipur lara.

Pendidikan agama

Mulai kurun ke-15 hingga kurun ke-17, orang Melayu telah mula mendapat pendidikan agama.
Pendidikan agama disampaikan oleh guru-guru al-Quran di kampong-kampung. Selain itu,
pendidikan agama juga disampaikan oleh mereka yang berketurunan Sayyid. Sebahagian
besar daripada guru agama ini mengajar menyampaikan pengajarannya di surau atau masjid.
Pada masa yang sama, guru agama itu menjadi imam kampong di mana dia menyampaikan
pendidikan agama. Mereka mengajar perkara-perkara seperti kira-mengira, menulis Jawi,
tajwid, fardu ain, rukun Islam dan rukun Iman. Dalam sehari muris-mrid belajar tiga
pelajaran yang mengambil masa sejam bagi setiap pelajaran. Pelajaran pertama disampaikan
di sebelah pagi iaitu selepas sembahyang subuh, satu lagi selepas sembahyang zohor dan
satu lagi pelajaran pada sebelah petang. Seseorang murid akan memulakan pelajaran dengan
mengulangi perkataan-perkataan Arab yang didengar pada awal pagi dan akhir bacaan al-
Quran. Apabils telah mahir dengan hafazan itu, dia akan dapat membaca al-Quran dan doa-
doa yang membolehkannya bersembahyang. Pelajar tidak dikenakan apa-apa bayaran,
Sebaliknya, pelajar membantu guru membersihkan tempat mereka belajar, mengambil air,
kayu api dan membantu mengerjakan sawah. Segala urusan ini dijalankan di antara waktu
pelajaran. Urusan-urusan seperti ini dapat membina kemahiran hidup bagi pelajar-pelajar
berkenaan.

Pada kurun ke-18, pendidikan agama telah meningkat maju kerana penghijrahan beberapa
orang alim ulama dari Timur Tengah. Contohnya, Syarif Muhammad yang berasal dari
Baghdad telah mengasaskan sekolah agama di Kuala Terengganu. Ketika berlaku kekacauan
di Patani, lebih ramai lagi alim ulama berpindah ke Terengganu dan Kelantan.

Menjelang kurun ke-19, sekolah-sekolah pondok atau sekolah Arab telah di bina di merata
temoat di Tanah Melayu. Kedah, Perak, Kelanatan dan Pulau Pinang merupakan tempat-
tempat di mana terdapat banyak sekolah pondok muncul.

Madrasah

Madrasah merupakan sekolah agama yang moden. Institusi ini lebih kemas dan teratur.
Madrasah menyampaikan pelajaran yang menekankan ajaran-ajaran reformis dari Asia
Barat.

Menurut Khoo Kay Kim, mata pelajaran latihan vokasional juga dikendalikan. Mata pelajaran
seperti perdagangan, kira-kira dan cara tanaman padi serta membuat sabun juga diajar di
madrasah. Walau bagaimanapun, tumpuan pelajaran di kebanyakan madrasah ialah pada
pengajaran agama Islam.

Taraf pendidikan di sesetengah madrasah adalah tinggi seperti di Madrasah al-


Masyhur,Pulau Pinang dan Madrasah di Kota Bharu. Para lulusan dari madrasah-madrasah
tersebut boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti seperti Universiti al-Azhar,
Mesir atau Masjidil-Haram, Makkah.

Pendidikan Tidak Formal

Pendidikan formal berlaku secara tidak langsung. Dalam kehidupan seharian, anak-anak
terpaksa membantu ibu bapa dalam pelbagai tugasan sama ada di kebun atau di rumah.
Dalam pada itu, mereka mempelajari kemahiran membuat atau membaiki alat-alat pertanian
daripada ibu bapa atau orang kampong yang lebih tua.

Selain itu, mereka juga berpeluang mempelajari kemahiran dalam kraftangan seperti
membuat bakul, ukiran kayu, atau logam. Kebanyakan kemahiran ini diperoleh kerana kanak-
kanak membantu dan memerhati bagaimana sesuatu hasil itu dikendalikan.

Golongan muda juga mempelajari seni mempertahankan diri dan segelintir antara mereka
mempelajari ilmu sihir.
Pendidikan Istana

Menurut Sejarah Melayu, mulai kurun ke-15, pendidikan agama Islam mula dipelajari oleh
golongan istana. Lazimnya sultan akan menyediakan satu ruangan di istana bagi
membolehkan pengajaran agama Islam disampaikan.

Tokoh-tokoh agama yang menyampaikan pengajaran di istana juga digalakkan menterjemah


buku-buku bahasa Arab kepada bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi. Bahasa
pengantar yang digunakan oleh guru-guru tersebut ialah bahasa Melayu kerana kebanyakan
kitab dalam bahasa Arab telahpun ditermahkan ke bahasa Melayu. Walaubagaimanapun,
bahasa Arab juga diajar.

Penglipur Lara

Pada zaman dahulu, seseorang pencerita yang mahir dikenali sebagai penglipur lara. Dia
berupaya bercerita sehingga Berjaya menarik minat ramai pendengar tetapi ramai daripada
mereka adalah buta huruf. Lantaran itu, cerita-cerita mereka hanya disampaikan dalam
bentuk tulisan.

Penglipur lara memperoleh koleksi cerita daripada ibu bapanya dan dia menceritakan semula
kepada anak-anaknya atau kanak-kanak lain. Melalui cara ini, cerita-cerita itu disampaikan
dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Cerita-cerita yang disampaikan terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang mengisahkan
raja,pahlawan terkenal dan haiwan. Unsur-unsur dongeng diserapkan ke dalam sesetengah
cerita tersebut. Selain itu, penyerapan nilai-nilai murni ke dalam cerita-cerita bertujuan
mempengaruhi tingkah laku pendengarnya.

Anda mungkin juga menyukai