Anda di halaman 1dari 24

1.

Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana


:Namun, Tetapi, Malah, ManakalaSepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu,
(Penanda wacana)…..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk
menghubungkan dua ayat)

2. Ayat tergantung. ( Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat.


Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat)

3. Kesalahan ejaan…bah kata peribahasa….sepatutnya …bak kata


peribahasa. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.

4. Memberi kasih sayang …… sepatutnya memberikan kasih sayang.


Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa
manakala ‘memberi’ diikuti objek bernyawa.

5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. Ini menunjukkan….. sepatutnya Hal/


Perkara ini menunjukkan……

6. Ini kerana …… sepatutnya Hal ini demikian kerana…

7. Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana. ‘justeru’ ialah kata


hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.

8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. …mempunyai banyak


pilihan….. ‘banyak’ bukannya objek. ‘banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu.
Objek mesti kata nama. Pembetulan : ….. mempunyai pilihan yang banyak…

9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti
kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.

10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi
nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang
perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang……sepatutnya
….adalah dengan menguatkuasakan………/ adalah untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan… antara kata sendiri nama yang dapat digunakan ( adalah
untuk/adalah dengan/adalah melalui, adalah seperti)

11. Bentuk lewah. Sebagai contoh : Antara faktor-faktor …… sepatutnya


Antara faktor. Pelbagai langkah-langkah ….. sepatutnya …. Pelbagai
langkah…

12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan
sahaja digunakan. Sebagai contoh: memperbaiki…..sepatutnya …membaiki
atau memperbaik.

13. Kesalahan Hukum D-M. Sebagai contoh: …dan lain-lain lagi.


Sepatutnya…. aktiviti-aktiviti lain. (berdasarkan perkara yang dibincangkan).

14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara.
Sebagai contoh: Salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan
alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara
besar-besaran. ‘ia’ sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu,
kempen. Pembetulan: Kempen ini perlu diadakan ……

15. Masih terdapat murid yang masih menulis …di kalangan…..sepatutnya


‘dalam kalangan’. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.

16. Pada masa kini….sepatutnya Pada masa ini, atau Kini,.

17. Kesalahan penanda wacana. Sebagai contoh : Selain daripada itu/ Selain
dari itu , sepatutnya … Selain itu,… Sehubungan itu sepatutnya….
Sehubungan dengan itu,…

18. oleh kerana.. sepatutnya oleh sebab…


19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : …di
mana, yang mana, bagaimana, siapa, apa ….. sepatutnya kata-kata tersebut
digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh : apa –
(perkara/hal), bagaimana – (cara/langkah), siapa – (orang/individu).di
mana (tempat) /yang mana perlu digantikan dengan kata hubung yang
sesuai.Jika anda menulis ayat tanya, pastikan anda meletakkan tanda soal
(?).

20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa,


semulajadi sepatutnya semula jadi.

21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan.


“tambahan pula” tidak digunakan untuk isi baharu.

Dicatat oleh annur_iman di 00:04 0 ulasan

Kesalahan Penggunaan Kata


 

Salah Betul
kelinik klinik
goreng pisang pisang goreng
perabut perabot
kampong kampung
pelancung pelancong
tulin tulen
talipon telefon
masok masuk
Minibas Bas mini

Ajenda Agenda

Patriotisma Patriotisme

Teknoloji Teknologi

Profession Profesion

Television Televisyen
Bekerja Bekerja

e-mail e-mel

Berlajar Belajar

 Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan


 

Salah Betul
Para-para pelajar Para pelajar
Mereka-mereka Mereka
Semua penduduk-penduduk Semua penduduk
Setengah-tengah Sesetengah / Setengah-setengah
Berpuluh-puluh orang-orang Berpuluh-puluh orang
Tiap-tiap pekerja-pekerja Tiap-tiap pekerja/ Setiap pekerja
Sepuluh buah sekolah-sekolah Sepuluh buah sekolah
Setiap peserta-peserta Setiap peserta
Pelbagai buku-buku Pelbagai buku
Baju-baju di kedai itu cantik-cantik. Baju di kedai itu cantik-cantik.
Tiap Tiap-tiap / Setiap
Berbagai Berbagai-bagai

 Kesalahan penggunaan kata bilangan dalam ayat.

 1. Berbagai juadah atau kuih-muih dijual di pasar malam. (Berbagai-bagai)


     Kata Bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan.

 2. Setengah murid masih lemah dalam penguasaan tatabahasa. (Setengah-setengah / sesetengah)
     Setengah tidak boleh disingkatkan.

 3. Tiap murid dikehendaki memakai pakaian seragam ke sekolah. (Setiap, tiap-tiap)

 4. Para-para guru digalakkan mengambil bahagian dalam acara sukaneka. (Para)
     Para tidak perlu diulang kerana menunjukkan maksud jamak.

 5. Ayah membeli ikan bawal dengan harga lapan setengah ringgit. (lapan ringgit setengah)
     Kata bilangan tentu tidak boleh bersama kata bilangan pecahan.

 Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama


 Menurut Awang Sariyan (1980:14), kesalahan umum penggunaan kata sendi nama terbahagi kepada
dua iaitu

 a) Kesalahan penggunaan kata sendi


 b) Pengabaian penggunaan kata sendi.

 Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada, di dan pada, ke dan kepada
(Awang Sariyan, 1980:14).
 

Kata Sendi Nama Penggunaan


dari tempat, masa
daripada perbandingan, asal kejadian
di tempat
pada masa, orang, benda abstrak
ke tempat, masa
kepada benda bernyawa, benda abstrak

 Contoh penggunaannya:
 

Salah Betul
 Dia berasal daripada Pulau Pinang.  Dia berasal dari Pulau Pinang.
 Surat itu dari pengetua.  Surat itu daripada pengetua.
 Meja itu dibuat dari kayu.  Meja itu dibuat daripada kayu.
 Di masa depan  Pada masa depan
 Di zaman teknologi maklumat  Pada zaman teknologi maklumat
 Di hari ini  Pada hari ini
 Diserahkan ke Siti.  Diserahkan kepada Siti
 Dilontar ke Ali  Dilontar kepada Ali
 Oleh kerana  Oleh sebab
 Suka manggis  Suka akan manggis
 Balik Pahang  Balik ke Pahang
 Pergi perpustakaan  Pergi ke perpustakaan
 Suka gadis itu  Suka kepada gadis itu

 Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama

1. Dari digunakan untuk masa dan tempat.

    Daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan benda

    a) Meja ini diperbuat dari kayu jelutong. (Salah)


        Meja ini diperbuat daripada kayu jelutong. (Betul)

       Daripada digunakan untuk asal kejadian sesuatu benda.

    b) Bangunan ini lebih tinggi dari bangunan itu. (Salah)

        Bangunan ini lebih tinggi daripada bangunan itu. (Betul)

        Daripada digunakan untuk perbandingan.

    c) Mereka menjalani latihan bola sepak daripada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. (Salah)

        Mereka menjalani latihan bola sepak dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. (Betul)

        Dari digunakan untuk masa.

 2.  Penggunaan kata sendi nama ‘di’ digunakan untuk tempat.

    a) Di hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Salah)

        Pada hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Betul)

 3. Kata sendi nama ‘pada’ digunakan untuk masa, orang dan benda abstrak.

    a) Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada dengan Cikgu Ahmad. (Salah)

        Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada pada Cikgu Ahmad. (Betul)

 4. Penggunaan ‘ke’ untuk tempat, masa dan benda tidak bernyawa. Kata sendi
     ‘kepada’ digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak.

    a) Surat permohonan itu telah diserah ke guru biasiswa. (Salah)

        Surat permohonan itu telah diserah kepada guru biasiswa. (Betul)

    b) Ayah pergi kepada pasar besar dengan menaiki motosikal. (Salah)

        Ayah pergi ke pasar besar dengan menaiki motosikal (Betul)

 5. Kata sendi nama ‘oleh’ digunakan selepas kata kerja pasif berwawlan di- dan ter-.
     Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif.

    a) Khadijah tertarik dengan keindahan pemandangan di tepi pantai. (Salah)


        Khadijah tertarik oleh keindahan pemandangan di tepi pantai. (Betul)

 6. Kerana digolong sebagai kata hubung. Katahubung ‘kerana’ tidak boleh diletakkan
     selepas kata sendi nama ‘oleh.’

    a) Oleh kerana sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di
        sekolah tersebut telah dibatalkan. (Salah)

        Oleh sebab sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di
        sekolah tersebut telah dibatalkan. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

 Beliau - orang yang terhormat

 Ia        - benda atau binatang

 Contoh:

 Dia merasmikan bangunan baru itu. (Salah)

 Beliau merasmikan bangunan baru itu. (Betul)

 Susunan kata (Hukum D-M) Diterangkan dan Menerangkan


 

Salah Betul
Dr. Mariam Klinik Klinik Dr. Mariam
Medan Restoran Restoran Medan
Cili sos Sos cili
Mini bas Bas mini
Goreng pisang Pisang goreng
Lain-lain hal Hal-hal lain
Lain-lain perkara Perkara-perkara lain

 Kesalahan Penggunaan Kata Kerja Pasif 

 1. a) Surat khabar itu aku akan baca. (Salah)

        Surat khabar itu akan kubaca. (Betul)

 2. a) Bilik darjah itu saya sudah bersihkan. (Salah)

        Bilik darjah itu sudah saya bersihkan. (Betul)


 3. a) Kerja rumah itu kita mesti siapkan pada hari ini. (Salah)

         Kerja rumah itu mesti kita siapkan pada hari ini. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Makna

 1. a) Apa nama bapa awak? (Salah)

        Siapakah nama bapa awak? (Betul)

        Apa menanya nama benda atau binatang. Siapa digunakan untuk menanya tentang  orang.

 2. a) Bila dia sampai, kami boleh balik ke rumah. (Salah)

         Apabila dia sampai, kami boleh balik ke rumah. (Betul)

         Bila untuk menanya masa.


         Apabila merupakan kata hubung.

 3. Ramai tetamu menghadiri majlis perkahwinan Radiah. (Betul)

     Banyak - binatang, benda


     Ramai   - manusia, suasana tempat

 4. Golongan - kalangan / kelompok


     Gulungan - benda / barang yang bergulung (tikar, kertas)

 5. Pedalaman - kawasan / daerah yang jauh terpencil


     Pendalaman - usaha mendalamkan sesuatu

 6. Pendapat - buah fikiran / pandangan


     Pendapatan - hasil pencarian / nafkah

 Kesalahan Penggunaan Imbuhan


 

Salah Betul
kebanyakkan kebanyakan
mengalakan menggalakkan
menggosokan menggosokkan
menaikan menaikkan
 Akhiran 'kan' dan ' i '
 

Salah Betul
menghadiahkan ibu menghadiahi ibu
mengurniakan beliau mengurnai beliau
menganugerahkannya ilmu menganugerahinya
mengirimkan saya surat mengirimi saya surat
mengirimkan surat kepada saya

 Kesalahan Penggunaan Kata Penguat


 

Penguat hadapan agak, begitu, paling, terlalu


Penguat belakang benar, betul, nian, sekali
Penguat bebas amat, sangat, sungguh

 1.a) Pemandangan di pantai Port Dickson amat cantik sekali. (Salah)

    b) Pemandangan di pantai Port Dickon amat cantik.(Betul)

    c) Pemandangan di pantai Port Dickson cantik sekali. (Betul)

  2. a) Mereka amat gembira sekali. (Salah)

      b) Mereka amat gembira. (Betul)

      c) Mereka  gembira sekali. (Betul)

 3. a) Pemain-pemain bola sepak amat yakin benar dalam pertandingan itu. (Salah)

     b) Pemain-pemain bola sepak yakin benar dalam pertandingan itu. (Betul)

     c) Pemain-pemain bola sepak amat yakin dalam pertandingan itu. (Betul)

 4. a) Amin terlalu percaya sangat akan kata-kata kawannya. (Salah)

     b) Amin percaya sangat akan kata-kata kawannya. (Betul)

     c) Amin terpercaya  akan kata-kata kawannya. (Betul)

 5. a) Jambatan Pulau Pinang amat panjang sekali di Asia Tenggara. (Salah)

     b) Jambatan Pulau Pinang panjang sekali di Asia Tenggara. (Betul)


     c) Jambatan Pulau Pinang amat panjang  di Asia Tenggara. (Betul)

 6. a)  Menara Kuala Lumpur paling tinggi sekali. (Salah)

     b) Menara Kuala Lumpur paling tinggi / tinggi sekali (Betul)

 7. a) Dia murid tertinggi sekali di dalam kelas 2A. (Salah)

     b) Dia murid tertinggi / tinggi sekali di dalam kelas 2A. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Partikel  'kah'

 1. a) Dia pergi ke Melakakah? (Salah)

     b) Bilakah dia pergi ke Melaka? (Betul)

 2. a) Azman lewat datang ke sekolahkah?(Salah)

     b) Mengapakah Azman datang lewat ke sekolah? (Betul)

 3. a) Siti Radiah tinggal di manakah?(Salah)

     b) Di manakah Siti Radiah tinggal? (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif

 1. a) Baju itu saya akan jahit. (Salah)

     b) Baju itu akan saya jahit. (Betul)

 2. a) Novel itu saya membaca. (Salah)

     b) Novel itu saya baca. (Betul)

 3. a) Karangan itu ditulis oleh kami. (Salah)

     b) Karangan itu kami tulis. (Betul)

 4. a) Hadiah itu sudah diterima oleh saya. (Salah)

     b) Hadiah itu sudah saya terima. (Betul)

 5. a) Dewan perasmian itu mereka hiasi dengan cantik.(Salah)


    b) Dewan perasmian dihiasi oleh mereka dengan cantik. (Betul)

 6. a) Motosikal itu Ali bonceng. (Salah)

     b) Motosikal itu dibonceng oleh Ali. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Tatabahasa


 

Salah Betul
menceritakan tentang menceritakan
bercerita tentang

 Kesalahan Penggunaan Ayat Aktif dan Ayat Pasif


 

Subjek Pelaku Predikat (Kata kerja)


Tempat itu saya kunjungi
kamu

 Ayat itu tidak boleh diucap sebagai

 Tempat itu saya mengunjungi. (Salah)

 Tempat itu dikunjungi oleh saya. (Salah)

 Pelaku pertama dan kedua.


 Ayat  - Subjek + Predikat

 Jika kita ingin menggunakan kata bantu atau kata lain, kata itu hendaklah disisipkan sebelum pelaku. 
 (Awang Sariyan, 1989:12)

 a) Tempat itu saya belum kunjungi. (Salah)

 b) Tempat itu belum saya kunjungi. (Betul)

 Pelaku ketiga.
 

Subjek Predikat
  kata kerja sendi pelaku
Tempat itu dikunjungi oleh mereka
    a) Tempat itu mereka kunjungi. (Salah)

    b) Tempat itu dikunjungi oleh mereka. (Betul)

 Kesalahan Membina Struktur Ayat

 1. Dalam Ayat Tanya, kata tanya tidak boleh diletakkan di akhir ayat.

    a) Harga Ikan Bawal sekilogram berapakah? (Salah)

        Berapakah harga sekilogram Ikan Bawal? (Betul)

    b) Dia datang ke rumah kamu bilakah? (Salah)

        Bilakah dia datang ke rumah kamu? (Betul)

 2. Kata penegas 'kah' tidak boleh diletakkan di hujung ayat penyata.

    a) Emak awak masih sihatkah? (Salah)

        Masih sihatkah emak awak? (Betul)

    b) Barangan yang dijual di kedai itu murahkah? (Salah)

        Murahkah barangan yang dijual di kedai itu? (Betul)

 3. Perkataan dalam ayat mesti disusun dengan betul iaitu mengandungi subjek dan  predikat.

    a) Ke kedai runcit dia pergi untuk membeli tepung jagung. (Salah)

       Subjek                                    Predikat


       [ Dia ] [ pergi ke kedai runcit untuk membeli tepung jagung.] (Betul)

 4. Ayat tergantung atau ayat yang tidak lengkap.

     Menaiki bas untuk ke pasar merupakan predikat. Ayat ini tergantung kerana tidak 
     mempunyai subjek dalam ayat.

    a) Menaiki bas untuk pergi ke pasar. (Salah)

        Minah menaiki bas untuk pergi ke pasar. (Betul)

    b) Budak yang tinggi itu. (Salah)


        Budak yang tinggi itu adik Kassim. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Frasa

 1. Kata nama tidak perlu diulang apabila kata bilangan mendahuluinya.

    a) Semua murid-murid berada di dewan sekolah. (Salah)

        Semua murid berada di dewan sekolah. (Betul)

 b) Semua guru-guru dikehendaki menghadiri mesyuarat pada hari Selasa. (Salah)

     Semua guru / Guru-guru dikehendaki menghadiri mesyuarat pada hari Selasa. (Betul)

     Semua guru-guru tidak perlu diulang kerana ‘semua guru’ meliputi keseluruhan guru.

 c) Kebanyakan orang-orang Malaysia suka akan durian. (Salah)

     Orang-orang Malaysia suka akan durian. (Betul)

 2. Kata nama tidak perlu diulang apabila kata adjektif menerangkan frasa nama.

    a) Baju-baju Kak Siti cantik-cantik belaka. (Salah)

        Baju Kak Siti cantik-cantik belaka. (Betul)

        Baju-baju Kak Siti cantik belaka. (Betul)

    b) Pemain-pemain bola jaring sekolah saya handal-handal belaka. (Salah)

        Pemain bola jaring sekolah saya handal-handal belaka.(Betul)

        Pemain-pemain bola jaring sekolah saya handal belaka. (Betul)

 3. Perkara diterangkan mendahului penerang.

    a) Makanan yang dijual di Sahur Restoran sangat mahal tetapi sedap. (Salah)

        Makanan yang dijual di Restoran Sahur sangat mahal tetapi sedap. (Betul)

 4. Kata penegas digunakan sekali.

    a) Suasana pemandangan di Gunung Kinabalu sungguh cantik sekali. (Salah)


        Suasana pemandangan di Gunung Kinabalu sungguh cantik. (Betul)

        Suasana pemandangan di Gunung Kinabalu cantik sekali. (Betul)

 5. Kata adjektif dengan imbuhan 'ter' tidak perlu disertai dengan kata penguat (sangat, amat, sekali).

    a) Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan yang tertua sekali di Malaysia. (Salah)

        Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan yang tertua  di Malaysia. (Betul)

        Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bangunan yang tua sekali di Malaysia.(Betul)

 6.a) Roslinda suka buah manggis. (Salah)

        Roslinda suka akan buah manggis. (Betul)

 7. Hukum DM (Diterangkan dan menerangkan)

    a) Cili sos itu amat pedas. (Salah)

        Sos cili itu amat pedas. (Betul)

    b) Adik Rosli suka makan Maggie Mi. (Salah)

        Adik Rosli suka makan Mi Maggie. (Betul)

    c) Dia mendapat rawatan di Samuel Klinik. (Salah)

        Dia mendapat rawatan di Klinik Samuel. (Betul)

8. a) Dengan lain-lain kata saya tidak akan menghadiri majlis itu. (Salah)

        Dengan perkataan lain, saya tidak akan menghadiri majlis itu. (Betul)

    b) Dalam mesyuarat itu, mereka membincangkan tentang lain-lain hal. (Salah)

        Dalam mesyuarat itu, mereka membincangkan hal-hal lain. (Betul)

        Dalam mesyuarat itu, mereka berbincang tentang hal-hal lain. (Betul)

 Kesalahan Penggunaan Kata Kerja Transitif

 1. a) Dia berdoa yang ibunya akan cepat sembuh daripada penyakit. (Salah)
         Dia berdoa agar ibunya akan cepat sembuh daripada penyakit. (Betul)

 2. Kata kerja ‘pergi’ perlu diikuti dengan Frasa Sendi Nama dan bukan Frasa Nama.

     a) Munira pergi perpustakaan. (Salah)

         Munira pergi  ke perpustakaan. (Betul)

 3. Dia berpendapat yang program Bulan Bahasa dapat menarik minatmurid-murid
     mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa. (Salah)

     Dia berpendapat bahawa program Bulan Bahasa dapat menarik minat murid-murid
     mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa. (Betul)

 4. Kata kerja tak transitif berimbuhan ‘ber…kan’ perlu diikuti dengan Frasa Nama
     dan bukan Frasa Sendi Nama.

    a) Ahmad tidur beralaskan dengan tikar. (Salah)

        Ahmad tidur beralaskan tikar. (Betul)

 5. Kata kerja transitif berimbuhan 'ber…an' tidak perlu diikuti oleh frasa sendi nama.

    a) Kelulusan projek itu berdasarkan pada laporan kertas cadangan yang dikemukakan.(Salah)

        Kelulusan projek itu berdasarkan laporan kertas cadangan yang dikemukakan. (Betul)

 6. Kata kerja tak transitif ‘bermula’ perlu diikuti oleh kata sendi nama.

     Bulan Patriotisme akan bermula bulan Ogos. (Salah)

     Bulan Patriotisme akan bermula pada bulan Ogos. (Betul)

 7. Kata sendi nama ‘dengan’ digugurkan kerana ‘Dengan kehadiran ibu bapa’ bukan
     Frasa Nama. Contoh,  untuk menjadi Frasa Nama ‘dengan’ digugurkan. ‘Kehadiran
     ibu bapa’ menjadi Frasa Nama dalam ayat.

     Dengan kehadiran ibu bapa akan memeriahkan lagi suasana sukan tahunan di sekolah. (Salah)

     Kehadiran ibu bapa akan memeriahkan lagi suasana sukan tahunan di sekolah. (Betul)

 8. Objek dalam kata kerja transitif mesti selepas kata kerja.
    a) Mereka membincangkan tentang masalah disiplin di sekolah tersebut. (Salah)

        Mereka membincangkan masalah disiplin di sekolah tersebut. (Betul)

 9. Kata kerja transitif diterangkan dengan menggunakan frasa keterangan yang
     terbentuk daripada frasa sendi nama.

    a) Keluarga Amin pulang kampung sempena perayaan Hari Raya. (Salah)

        Keluarga Amin pulang ke kampung sempena perayaan Hari Raya. (Betul)

 10. Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja berimbuhan 'di'.

    a) Buku itu dibaca oleh kamu. (Salah)

        Buku itu kamu baca. (Betul)

 11. Frasa kerja pasif diri ketiga menerima kata kerja imbuhan pasif 'di'.

    a) Balai raya di Kampung Sungai Emas mereka dirikan sejak tahun lepas. (Salah)

        Balai raya di Kampung Sungai Emas  didirikan oleh mereka sejak tahun lepas.  (Betul)

Home      Naik atas

KESALAHAN PEMBENTUKAN KATA


Antara kesalahan penggunaan kata yang kerap dikemukakan dalam peperiksaan ialah;
i. Kata ganti nama diri.
ii. Kata sendi dan kata hubung
iii. Kata kerja transitif dan tak transitif
iv. Kata adjektif
v. Kata ganti (kata ganti nama tak tentu, kata ganti penunjuk, kata ganti tempat)
vi. Penggunaan kata bilangan
vii. Penggunaan penjodoh bilangan
viii. Penggunaan kata yang tidak tepat
ix. Kesalahan penggunaan imbuhan
x. Kesalahan-kesalahan Penggunaan Kata

i. Kesalahan Penggunaan kata Ganti Diri


Bagi kesalahan kata ganti diri, kesalahan yang kerap dikemukakan ialah ketidaktepatan
penggunaan kata ganti diri dalam situasi ayat.
Contoh Kesalahan:
1. Pencuri itu diberkas ketika beliau cuba mencuri wang Encik Rahman.
2. Mereka-mereka telah berkhemah di pinggir hutan itu selama tiga hari.
3. Kerbau-kerbau itu terpaksa dibunuh kerana ianya dijangkit penyakit berjangkit.

Ayat Sepatutnya:
1a. Pencuri itu ditangkap ketika dia cuba mencuri wang Encik Rahman.
2a. Mereka telah berkhemah di pinggir hutan itu selama tiga hari.
3a. Kerbau-kerbau itu terpaksa dibunuh kerana dijangkiti penyakit berjangkit.
Ulasan Ringkas:
- Kata ‘beliau’ hanya digunakan untuk orang yang dihormati sahaja.
- Kata ‘mereka’ tidak boleh digandakan kerana telah menunjukkan maksud jamak.
- Kata ‘ianya’ perlu digugurkan kerana kedua-dua kata ganti nama diri tersebut tidak
boleh digabungkan. Kata ganti nama diri ‘ia’ juga tidak boleh digunakan untuk
menunjukkan kata nama selain manusia.

ii. Kesalahan Penggunaan kata Bilangan


Kesalahan penggunaan kata bilangan merupakan bentuk yang paling kerap dikemukakan
dan merangkumi kesemua bentuk kata bilangan.
Contoh Kesalahan:
1. Tiap pelajar perlu mendisiplinkan diri untuk menjadi warganegara yang berguna.
2. Para-para guru perlu berkorban demi masa depan pelajar dan negara.
3. Setengah negara mengenakan hukuman yang berat ke atas pengedar-pengedar dadah.

Ayat Sepatutnya:
1. Setiap (atau tiap-tiap) pelajar …….
2. Para guru (atau guru-guru) …………
3. Sesetengah negara (atau: setengah-setengah negara) ..............
Ulasan Ringkas:
- Kata ‘Setiap’ atau ‘Tiap-tiap’ tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya.
- Kata ‘para’ telah menunjukkan maksud jamak dan tidak boleh digandakan untuk
menunjukkan bilangan kerana bermaksud ‘rak’. Kata ‘setengah’ pula merujuk kepada
maksud ‘separuh’ atau ‘satu perdua’ bahagian.

iii. Kesalahan Penggunaan Kata Kerja


Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah tidak meletakkan imbuhan pada kata kerja atau
menggugurkan awalan MeN… pada kata kerja transitif atau kesalahan meletakkan objek
tepat pada kata kerja
Contoh Kesalahan:
1. Ahmad kerap jalan kaki ke sekolah.
2. Pak Osman sering nasihat anaknya supaya berbuat baik.
3. Tuan hakim telah menjatuhi hukuman penjara selama lima tahun ke atas pencuri itu.

Ayat Sepatutnya:
1. ……… berjalan kaki …..
2. ……… menasihati anaknya ……….
3. ……… menjatuhkan hukuman ….
4. atau ……… menjatuhi pencuri itu…

iv. Kesalahan Pembentukan Kata Adjektif


Sesetengah kata adjektif tidak nyata yang bersifat emotif (perasaan) dapat diperluas
dengan menambahkan frasa nama selepas kata adjektif berkenaan. Sekiranya hal ini
berlaku, kata adjektif berkenaan perlu menerima kata sendi nama. Kata adjektif
berkenaan tidak boleh menerima akhiran ‘kan’ untuk menggantikan kata sendi nama
‘akan’. Kata adjektif berkenaan juga tidak boleh diikuti terus oleh kata nama tanpa kata
sendi nama.
Contoh Kesalahan:
Saya sayangkan negara ini.
Mereka sukakan makanan yang tidak mengandungi lemak.
Saya percaya Ahmad akan datang sebentar lagi.
Ayat Sepatutnya:
Saya sayang akan negara ini.
Mereka suka akan makanan yang tidak mengandungi lemak.
saya percaya bahawa Ahmad akan datang sebentar lagi.

v. Kesalahan Penggunaan Kata Ganti


Kata ganti tak tentu merupakan kesalahan yang kerap dikemukakan dalam peperiksaan.
Kata ganti tak tentu digunakan untuk menggantikan sesuatu sama ada benda (apa-apa),
orang (siapa-siapa atau sesiapa), tempat (mana-mana), masa (bila-bila) dan bilangan
(beberapa). Penggunaannya mesti digandakan dalam ayat-ayat penyata kerana tanpa
penggandaan perkataan berkenaan akan membentuk kata ganti pertanyaan dalam ayat-
ayat tanya.
Contoh Kesalahan:
Saya tidak pergi ke mana pun semasa cuti persekolahan yang lalu.
Kamu boleh datang ke rumah kami bila sahaja kamu suka.
Siapa sahaja yang melakukan kesalahan mengedarkan dadah akan dikenakan hukuman
yang gantung sampai mati.
Ayat Sepatutnya:
.....pergi ke mana-mana pun .....
.....ker rumah kami bila-bila......
Sesiapa (atau sesiapa) sahaja yang .......

vi. Kesalahan Penggunaan Kata Sendi dan Kata Hubung.


Kesalahan yang sering dikesan ialah kesalahan penggunaan kata sendi dan kata hubung
yang tidak tepat dengan maksud atau kehendak ayat.
Contoh Kesalahan:
1. Saya baru pulang daripada rumah nenek.
2. Kami akan menghubungi saudara daripada semasa kepada semasa.
3. Kami amat terpesona dengan keindahan pulau itu.

Ayat Sepatutnya:
1. ………pulang dari rumah………
2. ………dari semasa ke semasa …….
3. ………oleh (atau akan) keindahan ...
Ulasan ringkas:
- rumah nenek menunjukkan tempat dan mesti menerima kata sendi 'dari'.
- ‘semasa’ menunjukkkan masa dan perlu menerima kata sendi dari atau 'ke'.
- Penggunaan kata hubung ‘dengan’ menunjukkan maksud bersama. Contohnya; Dia
datang dengan Ahmad.

vii. Kesalahan Penggunaan Kata yang Tidak Tepat Dengan Maksud Ayat.
Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah penggunaan kata yang tidak tepat dalam ayat
terutamanya pada kata kerja dan kata adjektif yang hampir sama maksud.
Contoh Kesalahan:
1. Dia menangis tersipu-sipu kerana sedih dengan kejadian itu.
2. Banyak kawasan pendalaman di negara ini telah dimajukan.
3. Mail selalu merengek kerana kerap dibebani tugas yang berat oleh ketuanya.

Ayat Sepatutnya:
1. ………menangis tersedu-sedu……
2. ………kawasan pedalaman………
3. ………selalu merungut kerana……
Ulasan Ringkas:
- Kata ‘tersipu-sipu’ hanya digunakan bagi maksud perasaan malu.
- Kata ‘pendalaman’ menunjukkan maksud menerangkan kata kerja mendalamkan.
Maksud ayat ialah kawasan.
- Kata ‘merengek’ menunjukkan maksud meminta-minta dengan suara manja.

viii. Kesalahan Penggunaan Penjodoh Bilangan.


Kerapkali kesalahan yang dikemukakan ialah meletakkan penjodoh bilangan pada kata
nama abstrak ataupun pada kata bilangan tak tentu.
Contoh Kesalahan:
1. Dia mempunyai sebuah impian untuk menjadi seorang angkasawan.
2. Semua orang pelajar dikehendaki mematuhi peraturan sekolah.
3. Kebakaran itu telah memusnahkan seluruh buah bangunan itu.

Ayat Sepatutnya:
1. ………mempunyai impian………
2. Semua pelajar ………….
3. ………memusnahkan seluruh bangunan……….
Ulasan Ringkas:
Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama kata nama abstrak dan kata bilangan
tak tentu kecuali kata bilangan tak tentu ‘beberapa’.

ix. Kesalahan Penggunaan Imbuhan


Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah penggunaan imbuhan yang tidak tepat dengan
maksud ayat atau menyalahi hukum pembentukan imbuhan.
Contoh Kesalahan:
1. Ahli politik itu cuba memperluaskan pengaruhnya ke seluruh negara.
2. Malaysia telah mengalami penumbuhan ekonomi yang pesat.
3. Kami telah menemui mayat itu di bawah pokok bakau.

Ayat Sepatutnya.
1. ………memperluas pengaruhnya…..
2. ………mengalami pertumbuhan ekonomi……….
3. ………telah menemukan mayat itu…
Ulasan Ringkas:
- Kata adjektif ‘luas’ tidak boleh menerima imbuhan ‘Memper…kan’ – hanya menerima
‘MeN... kan/i’ atau ‘Memper...’
- Kata ‘penumbuhan’ terbit daripada kata kerja menumbuhkan sedangkan maksud ayat
menunjukkan ber….
- Kata ‘menemui’ menunjukkan maksud bertemu atau berjumpa dengan seseorang.

Justeru
Penggunaan justeru tidak tepat kerana sering ditulis atau digunakan pada awal
ayat. Justeru dianggap sebagai penanda wacana dan sama makna dengan oleh itu.
Makna justeru ialah kebetulan, tepat atau kena benar. Justeru juga bermakna
malahan atau bahkan.
Contoh penggunaan justeru yang salah:
i) Banjir kilat sering melanda bandar raya Kuala Lumpur. Justeru itu, kerajaan akan
mengambil langkah yang sesuai untuk mengatasi banjir kilat itu.
ii) Banjir kilat sering melanda bandar raya Kuala Lumpur. Justeru, kerajaan akan
mengambil langkah yang sesuai untuk mengatasi banjir kilat itu.

Kedua-dua ayat di atas tidak gramatis. Ayat di atas sepatutnya diubah seperti yang
berikut:

Banjir kilat sering melanda bandar raya Kuala Lumpur. Oleh sebab itu, kerajaan
akan mengambil langkah yang sesuai untuk mengatasi banjir kilat itu.
Contoh yang betul:
Rakyat bukan sahaja perlu berjimat-cermat ketika kemelesetan ekonomi malah
perlu merancang perbelanjaan harian mereka.
Dalam ayat di atas, kata malah tidak boleh diganti dengan

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat


1. Mengenal pasti jenis-jenis kata hubung
2. Mengisi tempat kosong dengn kata hubung yang sesuai.
3. Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata hubung dalam ayat.
4. Membina ayat yang betul dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
Kata Hubung
Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal
atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua
ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.
Kata Hubung Gabungan

Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung
gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama
taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut
ayat majmuk gabungan.
Contoh:
1. Dia membuka almari lalu mengambil bajunya.
2. Roziah mendengar radio sambil menggosok baju.
Kata Hubung Pancangan
 
Kata hubung pancangan menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat
 
kecil.
Ayat utama Ayat Kecil  
1. [ Asmah senyum ] kerana [ dia sangat gembira ]
2. Kami akan berhenti menjalani latihan bola sepak jika hujan bertambah lebat.  
3. Dia tidak putus asa walaupun dia tidak berjaya dalam temuduga tersebut.
 
Menurut Tatabahasa Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 :240), kata hubung
pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa-klausa tak setara atau  
klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi
kepada tiga jenis, iaitu:  
1. Kata hubung pancangan relatif
2. Kata hubung pancangan komplemen  
3. Kata hubung pancangan keterangan  

Kata hubung pancangan relatif.  


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 240), kata
hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah kata yang berfungsi  
menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain. Bentuk kata
 
hubung pancangan relatif ialah "yang".
Kata hubung pancangan komplemen.  
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung, pancangan komplemen berfungsi menghubungkan satu klausa yang menjadi  
komplemen atau pelengkap pada satu klausa utama. Dua contoh kata komplemen
 
yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
Kata hubung pancangan keterangan  
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 241), kata
hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi  
keterangan pada satu klausa utama.
Contoh kata keterangan adalah seperti;  
"kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, apabila".  
Latihan 1: Latihan 2: Latihan 3:
 

 
 

 
 

Anda mungkin juga menyukai