Anda di halaman 1dari 5

Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dan ayat. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
(Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 252), kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya
di hadapan frasa nama.
Contoh kata sendi nama ialah.
di bagai laksana antara ke demi
sejak untuk dari tentang terhadap dengan
daripada seperti akan dalam kepada bagai
oleh sampai pada umpana hingga -

Kata sendi nama terletak di depan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan
dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya. Kata sendi nama ialah perkataan
yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa
yang lain.
Kata Sendi
Penggunaan Contoh Ayat
Nama
Menunjukkan tempat
Di Tidak boleh digunakan untuk Ah Geok tinggal di Perak
menunjukkan masa
Dia hendak pergi ke Kedah pada bulan
hadapan.
Ke Menunjukkan tempat arah dan masa
Ekspo Kerjaya ini dibuka dari pukul 10.00
pagi hingg ke pukul 5.00 petang.
David berasal dari Pulau Pinang
Dari Menunjukkan tempat dan masa Ahmad menunggu kawannya dari pukul tiga
petang tadi.
Hingga Maksud had masa Amin bekerja dari pagi hingga petang.
Dengan Maksud bersama-sama Ayah pergi ke pasar dengan adik
Chandran menerima surat itu daripada
abangnya.
Tempat datangnya sesuatu
Baju batik ini diperbuat daripada benang
Daripada Asal kejadian sesuatu benda
sutera.
Perbandingan
Bangunan Maybank lebih tinggi daripada
bangunan itu.
Menunjukkan tempat bagi perbuatan
Lukisan itu digantung pada dinding.
Pada sesuatu kata kerja.
Hujan turun dengan lebat pada pagi semalam.
Keterangan waktu.
Menunjukkan arah, tempat orang Surat jemputan itu ditujukan kepada
Kepada
yang ditujui. pengerusi persatuan.
Bagi / Menunjukkan tujuan sesuatu itu Hari Kantin diadakan bagi / untuk mengisi
Untuk dilakukan tabung kewangan sekolah.
Sejak /
Menunjukkan waktu / masa Sejak pagi tadi, Munira asyik termenung saja.
Sementara
Merujuk kepada unsur yang Setiap pemuda mestilah menanam rasa hormat
Terhadap
melibatkan penyambut yang tertentu. terhadap orang yang lebih tua.
Digunakan di depan kata nama yang
Antara Antara makanan yang dihidangkan ialah sate.
membawa maksud
Sendi nama "di" atau "ke", "dalam"
Seok Hwa berada di dalam bilik bacaan.
Dalam berfungsi untuk menunjukkan arah /
Daniel masuk ke dalam rumahnya.
tempat.
Kita mesti sanggup berkorban demi negara
Demi Menunjukkan maksud tujuan
yang kita cintai.
Encik Ahmad memberitahu pelajarnya
Maksud perkara atau hal yang
Tentang tentang latihan bola sepak yang akan
dilakukan
diadakan pada hari Selasa.
Murid-murid yang ponteng sekolah itu
Oleh Maksud sebab
berjaya ditangkap oleh guru disiplin.
Menunjukkan maksud "kepada" atau
Akan Amidi rindu akan keluarganya di Sabah.
"terhadap"

 Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama

 Menurut Awang Sariyan (1980:14), kesalahan umum penggunaan kata sendi nama terbahagi
kepada dua iaitu

 a) Kesalahan penggunaan kata sendi


 b) Pengabaian penggunaan kata sendi.

 Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada, di dan pada, ke dan
kepada (Awang Sariyan, 1980:14).
 

Kata Sendi Nama Penggunaan


dari tempat, masa
daripada perbandingan, asal kejadian
di tempat
pada masa, orang, benda abstrak
ke tempat, masa
kepada benda bernyawa, benda abstrak

 Contoh penggunaannya:
 
Salah Betul
 Dia berasal daripada Pulau Pinang.  Dia berasal dari Pulau Pinang.
 Surat itu dari pengetua.  Surat itu daripada pengetua.
 Meja itu dibuat dari kayu.  Meja itu dibuat daripada kayu.
 Di masa depan  Pada masa depan
 Di zaman teknologi maklumat  Pada zaman teknologi maklumat
 Di hari ini  Pada hari ini
 Diserahkan ke Siti.  Diserahkan kepada Siti
 Dilontar ke Ali  Dilontar kepada Ali
 Oleh kerana  Oleh sebab
 Suka manggis  Suka akan manggis
 Balik Pahang  Balik ke Pahang
 Pergi perpustakaan  Pergi ke perpustakaan
 Suka gadis itu  Suka kepada gadis itu

 Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama

1. Dari digunakan untuk masa dan tempat.

    Daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan benda

    a) Meja ini diperbuat dari kayu jelutong. (Salah)

        Meja ini diperbuat daripada kayu jelutong. (Betul)

       Daripada digunakan untuk asal kejadian sesuatu benda.

    b) Bangunan ini lebih tinggi dari bangunan itu. (Salah)

        Bangunan ini lebih tinggi daripada bangunan itu. (Betul)

        Daripada digunakan untuk perbandingan.

    c) Mereka menjalani latihan bola sepak daripada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.
(Salah)

        Mereka menjalani latihan bola sepak dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. (Betul)

        Dari digunakan untuk masa.

 2.  Penggunaan kata sendi nama ‘di’ digunakan untuk tempat.

    a) Di hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Salah)

        Pada hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Betul)
 3. Kata sendi nama ‘pada’ digunakan untuk masa, orang dan benda abstrak.

    a) Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada dengan Cikgu Ahmad.
(Salah)

        Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada pada Cikgu Ahmad.
(Betul)

 4. Penggunaan ‘ke’ untuk tempat, masa dan benda tidak bernyawa. Kata sendi
     ‘kepada’ digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak.

    a) Surat permohonan itu telah diserah ke guru biasiswa. (Salah)

        Surat permohonan itu telah diserah kepada guru biasiswa. (Betul)

    b) Ayah pergi kepada pasar besar dengan menaiki motosikal. (Salah)

        Ayah pergi ke pasar besar dengan menaiki motosikal (Betul)

 5. Kata sendi nama ‘oleh’ digunakan selepas kata kerja pasif berwawlan di- dan ter-.
     Kata sendi nama ‘dengan’ tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif.

    a) Khadijah tertarik dengan keindahan pemandangan di tepi pantai. (Salah)

        Khadijah tertarik oleh keindahan pemandangan di tepi pantai. (Betul)

 6. Kerana digolong sebagai kata hubung. Katahubung ‘kerana’ tidak boleh diletakkan
     selepas kata sendi nama ‘oleh.’

    a) Oleh kerana sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di
        sekolah tersebut telah dibatalkan. (Salah)

        Oleh sebab sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di
        sekolah tersebut telah dibatalkan. (Betul)

Anda mungkin juga menyukai