Anda di halaman 1dari 24

JENIS-JENIS AYAT

LEZAWATI BINTI AHMAD YUSOP PITO-BAHASA MELAYU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2011

JENIS-JENIS AYAT

AYAT PENYATA

AYAT TANYA

AYAT SERUAN

AYAT PERINTAH

AYAT PENYATA
Ayat Penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.

Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Contoh Ayat Penyata


1. 2. 3. 4. 5. Nadiah seorang jurugambar. Penjual sayur itu sentiasa tersenyum. Abdullah sedang tidur. Bunga ros itu harum baunya. Dewan Bahasa dan Pustaka terlibat dengan pembinaaan dan pengembangan bahasa.

AYAT SERUAN
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seru untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya. Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda seru (!) yang diletakkan di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata-kata seru yang biasa digunakan antaranya, ialah oh, amboi, wah, cis,eh, aduh, syabas, dan sebagainya.

Contoh Ayat Seruan


1) Amboi, garangnya kakak kamu itu! 2) Wah, besarnya rumah kamu! 3) Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan kamu itu!

4) Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!

AYAT TANYA
Ayat tanya tanpa kata tanya Ayat tanya dengan kata tanya

Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

Contoh Ayat Tanya


Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Contoh : Apa yang kamu buat di sini?

Kamu hendak pergi ke mana?

Ayat Tanya tanpa kata tanya


Ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Contoh :
1) Dia tersenyum ? 2) Adik masih menangis ?

Ayat Tanya tanpa kata tanya


Ayat yang lazimnya diakhiri dengan partikel kah?

Contoh :
1) Dia ke sekolahkah ?

2) Mereka berlepas pagi tadikah ?

Ayat Tanya dengan kata tanya


Ayat yang menggunakan kata tanya. Kata tanya: Apa, Siapa, Berapa, mengapa, dan Bagaimana.

Ayat Tanya dengan kata ganti nama tanya

Ayat Tanya dengan frasa sendi nama tanya

Ayat Tanya dengan kata tanya


Ayat Tanya dengan kata ganti nama tanya Kata ganti nama tanya: 1) Apa? 2) Siapa? 3) Mana?

Contoh ayat 1) Benda itu apa? 2) Gurunya siapa? 3) Adik awak mana?

Ayat Tanya dengan kata tanya


Ayat Tanya dengan frasa sendi nama tanya
Frasa sendi nama tanya: 1) Di mana ? 2) Dari mana? 3) Sejak bila? 4) Bagaimana? 5) Dengan Siapa

Contoh ayat 1) Tuan tinggal di mana? 2) Mereka datang dari mana? 3) Penyakit ini merebak sejak bila?

AYAT PERINTAH
Ayat yang mengandungi unsur arahan atau kemahuan yang kuat oleh penutur terhadap pendengar.

Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan.

Ayat ini terdiri dari ayat yang bertujuan untuk menyuruh, melarang, mempelawa dan meminta

AYAT PERINTAH
Ayat perintah diujarkan dengan intonasi rendah dan menurun dengan nada keras pada manamana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya bertujuan untuk mendapat respon pendengar.

Ayat perintah boleh disertakan dengan partikel lah. Dengan adanya partikel lah, maka nada suara pada akhir ayat menjadi rendah untuk melembutkan perintah. Contoh: Duduklah di tempat masing-masing

AYAT PERINTAH
Ayat perintah ditandai dengan penggunaan kata khusus seperti jangan, usah, sila, jemput, tolong, minta dan sebagainya. Contoh Ayat Perintah: 1) Anda semua hendaklah hadir untuk menduduki peperiksaan. 2) Jangan tunjuk sikap buruk kamu itu. 3) Silalah ke pentas utama. 4) Tolong jaga kebersihan kawasan rumah masing-masing

JENIS-JENIS AYAT PERINTAH

AYAT SURUHAN

AYAT LARANGAN

AYAT PERMINTAAN

AYAT SILAAN

AYAT SURUHAN
Ayat yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan arahan kepada pendengar. Secara umumnya ayat ini mempunyai susunan yang terdiri daripada subjek iaitu kata ganti nama diri orang kedua diikuti oleh predikat. Namun demikian, subjek kebiasaannya digugurkan, contoh: Tutup pintu itu. Ayat yang sama boleh dilengkapi oleh subjek seperti berikut: Awak tutup pintu itu. Partikel lah turut boleh digunakan dibahagian predikat ayat suruhan, contohnya: Tutuplah pintu itu.

AYAT SILAAN
Ayat yang diucapkan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya digunakan pada permulaan ayat. Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput. Boleh dilembutkan dengan menambah kata penegas -lah. Contoh ayat: 1. Silalah lapangkan masa untuk menghadiri majlis kesyukuran tersebut. 2. Jemputlah dudu kdibangku yang disediakan diruang tamu.

AYAT PERMINTAAN
Ayat permintaan ialah yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh-contoh ayat permintaan: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. Minta tuan benarkan kami masuk. Minta kamu semua bertenang. Tolong tutup pintu depan itu. Tolong selesaikan pergaduhan ini. Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad.

AYAT PERMINTAAN
Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh sebab itu, contoh-contoh ayat berikut tidak dianggap betul. *Sila jangan merokok. *Tolong jangan bising. *Minta jangan berludah. Tanda (*) bermaksud ayat yang tidak betul dalam bahasa Melayu.

AYAT LARANGAN
Ayat larangan ertinya ayat yang menggunakan kata larangan .

Contoh kata larangan :Jangan Usah Usahlah Tidak usah Janganlah Contoh ayat larangan :1) 2) 3) 4) Jangan duduk di sini Janganlah menangis Usahkau pedulikan dia. Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.

AYAT LARANGAN
Contoh ayat larangan yang tidak menggunakan kata larangan :-

1) Dilarang merokok
2) Ditegah membuang sampah di kawasan ini.

PERBEZAAN
Ayat Suruhan: memberi arahan kepada orang
Ayat Larangan: melarang orang dari melakukan sesuatu Ayat Silaan: mempersilakan atau menjemput seseorang Ayat Permintaan: memohon permintaan dan pertolongan

Anda mungkin juga menyukai