Anda di halaman 1dari 3

Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala
adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan seperti yang berikut:
i) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah
ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja
iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat
Selain itu, pengguna bahasa Melayu enderung untuk menggunakan ungkapan adalah !
kata kerja seperti yang berikut:
"adalah berasaskan"
"adalah berdasarkan"
"adalah dibuat"
"adalah digalakkan"
"adalah dinasihati"
"adalah diperakui"
"adalah melambangkan"
"adalah menjadi"
"adalah merupakan"
"adalah tertakluk"
#ontohnya:
$yat atau frasa di atas dikategorikan sebagai frasa yang salah kerana tanpa kata adalah,
ayat atau frasa tersebut sudah menapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. Kata
adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi
tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau yang seumpama dengannya.
Kesimpulannya:
a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang
bersifat huraian sahaja.
b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat
persamaan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai