Anda di halaman 1dari 2

PRINSIP PENTERJEMAHAN Theodore Savory (1968: 50) dalam bukunya The Art of Translation mengemukakan beberapa prinsip terjemahan

dalam bentuk pasangan. Prinsip-prinsip itu adalah seperti yang berikut: a. penterjemah sepatutnya dapat mencari padanan kata yang sesuai dengan makna kata asal; b. penterjemah haruslah dapat menyajikan gagasan-gagasan yang terkandung dalam teks sumber; c. penterjemah sepatutnya menghasilkan karya terjemahan yang dapat dibaca dengan mudah seperti membaca teks asal; d. penterjemah sepatutnya menghasilkan sebuah karya yang boleh dibaca sebagai sebuah karya terjemahan; e. penterjemah hendaklah menghasilkan karya terjemahan yang mencerminkan gaya pengarang asal; f. penterjemah juga hendaklah mempunyai gaya terjemahan yang tersendiri; g. penterjemah juga hendaklah menghasilkan sebuah karya terjemahan yang dapat dibaca sesuai dengan bahasa semasa teks asal; h. penterjemah juga hendaklah dapat menghasilkan sebuah karya terjemahan yang dapat dibaca sesuai dengan bahasa semasa teks terjemahan; i. penterjemah boleh menambah ataupun menggugurkan bahagian-bahagian tertentu daripada teks asal; j. penterjemah juga boleh melakukan kerja-kerja penterjemahan seadanya, iaitu tanpa menggugurkan atau menambah bahagian-bahagian tertentu; k. penterjemah boleh menterjemahkan sebuah sajak dalam bentuk prosa; l. penterjemah juga boleh menterjemahkan sajak itu dalam bentuk sajak juga. Sekali pandang, prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh Savory ini nampak bercanggah dan bertentangan antara satu sama lain, dan ia boleh membuatkan bakal penterjemah atau penterjemah sendiri kebingungan dan keliru, tetapi apabila diamati, sebenarnya ia mengajarkan kita cara yang lebih bertolak ansur, dan memberi lebih banyak pilihan kepada penterjemah. Menurut Finlay (1971: 14-15), seseorang penterjemah itu haruslah: a. memiliki pengetahuan bahasa sumber yang sempurna dan terkini; b. memahami bahasa sasaran dan berkemahiran untuk menguruskan bahasa tersebut; c. memahami bahan atau teks yang akan diterjemahkan; d. mempunyai kemampuan untuk mengungkapkan dan mengapresiasi serta merasakan gaya, irama, nuansa, dan laras kedua bahasa yang terlibat. Hal ini boleh membantu penterjemah dalam mencipta mood dan keadaan yang diinginkan oleh penulis asal; e. mempunyai fikiran yang terbuka, ingatan yang baik, suka bertanya, mempunyai minat yang mendalam, dan berupaya memahami dengan cepat prinsip dan

perkembangan terbaru dalam bidang terjemahan; f. boleh bekerja sendiri, dan tidak malu bertanya andainya menghadapi masalah dan kesukaran ketika proses terjemahan berlaku; g. beliau juga dituntut agar mempunyai ilmu kesusasteraan yang cukup, andainya diminta menterjemahkan teks sastera.

Anda mungkin juga menyukai