Anda di halaman 1dari 6

Sejarah Perkembangan Linguistik

Perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 SM


sehinggalah ke hari ini. Dari segi pengkajiannya pula, pengkajian ilmu
linguistik telah bermula pada Yunani dan diikuti zaman Iskandariah, zaman
Rom, zaman pertengahan, zaman peralihan, zaman Arab, zaman India,
zaman Linguistik Pembandingan serta zaman Linguistik Moden.
Menurut catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa
telah berlaku di India seawal 800 tahun sebelum masihi lagi. Akan tetapi,
permulaan kajian ilmu linguistik dikatakan bermula pada zaman Yunani. Hal
ini demikian kerana, adanya penemuan kegiatan kajian orang-orang India
yang didasarkan kepada kajian Panini yang telah diwartakan pada abad ke17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti
dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di
Eropah.
i.

Zaman Yunani

Orang-orang Yunani mula mengkaji bahasa sejak tahun 500 SM lagi


(Abdullah Hassan, 2007:4). Bagi mereka, kajian bahasa adalah termasuk
dalam ilmu falsafah biarpun pada zaman itu manusia sering menganggap
bahasa sebagai suatu perkara biasa dan jarang dipersoalkan. Mereka juga
beranggapan bahawa bahasa adalah sesuatu yang melambangkan tamadun
yang tinggi dan dikaji bagi menerangkan segala kejadian alam.
Hal ini seterusnya telah mendorong mereka untuk mengetahui sama
ada unsur bahasa seperti perkataan dan makna itu terbentuk secara
semulajadi ataupun dibentuk oleh manusia melalui kebudayaan (Dr. Abdullah
Hassan, 1974 dalam Abdullah Hassan, 2005:4). Berdasarkan persoalan sama
ada bahasa terbentuk secara semulajadi atau melalui kebudayaan ini, maka
timbullah pertentangan pendapat antara dua puak pada zaman itu, iaitu puak
Naturalis dan puak Konvensyen. Puak Naturalis berpendapat bahawa katakata terbit secara kebetulan (Dr. Abdullah Hassan, 1974) manakala puak
Konvensyen pula berpendapat bahawa perkataan terbit dengan cara
kebiasaan (Dr. Abdullah Hassan, 1974).
Selain itu, terdapat juga perbezaan pendapat dalam bentuk lain, iaitu
dalam bentuk analogi dan anomali dalam perkembangan linguistik zaman
Yunani. Sarjana berfahaman analogi mengatakan unsur bahasa harus dapat
diseragamkan melalui analogi (Dr. Abdullah Hassan, 1974) dan sarjana yang
berfahaman anomali mengatakan bahasa mengandungi ciri-ciri
ketidakseragaman.
Antara tokoh linguistik yang terkenal pada zaman Yunani adalah Plato,
Aristotle dan Thrax. Penglibatan mereka dalam dunia linguistik Yunani telah

banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa pada zaman itu. Satu


daripadanya adalah definisi ayat yang dimukakan oleh Plato yang mana ayat
menurutnya adalah rentetan kata yang membentuk pemikiran lengkap, iaitu
logos. Logos terbahagi kepada dua, iaitu onoma dan rhema (Abdullah Hassan,
2007:5). Jika kita meneliti karya Pelita Bahasa Melayu 1 oleh Za'ba, maka kita
akan mendapati bahawa Za'ba menggunakan definisi yang sama bagi
menerangkan ayat dalam bahasa Melayu. Za'ba telah membahagikan ayat
kepada benda (onoma) dan cerita (rhema). Maka terbuktilah bahawa
sumbangan mereka dalam ilmu linguistik sedikit banyak telah mewarnai ilmu
bahasa Melayu kita pada zaman ini.
ii.

Zaman Rom

Perkembangan ilmu linguistik pada zaman Rom bermula setelah


runtuhnya ketamadunan Yunani. Pada zaman ini, Rom telah menjadi pusat
pengkajian keilmuan yang berkembang pesat sehingga timbulnya tatabahasa
Latin yang agak lengkap oleh ahli-ahli bahasa seperti Varro dan Priscian
(Abdullah Hassan, 2005:5).
Perkembangan ini sedikit banyak telah menerima pengaruh dari
tamadun Yunani. Robin (1990) dalam Modul HBML3403 muka surat 39,
mengatakan bahawa orang-orang Rom telah lama dipengaruhi oleh
kebudayaan dan idea intelektual Yunani. Menurutnya lagi, orang-orang Rom
mempelajari cara menulis daripada orang-orang Yunani. Jadinya, tradisi
keilmuan yang wujud pada zaman Rom, khususnya ilmu linguistik sebenar
adalah kesinambungan nilai ilmu linguistik pada zaman Yunani. Sebahagian
besar ilmu linguistik tamadun Yunani telah diterap dan disesuaikan oleh
sarjana-sarjana Rom ke dalam bahasa Latin. Kesimpulannya, satu
pengkodifikasian pemikiran dan konsep nahu Yunani telah berlaku dalam
tradisi keilmuan pada zaman Rom.
Antara tokoh linguistik yang terkenal pada zaman Rom ialah Marcus
Terentius Varro dan Priscian. Mereka telah mencetuskan pelbagai idea
tentang linguistik serta menghurai dan menganalisis tatabahasa Latin dan
selok belok bahasa itu dengan olahan mereka yang tersendiri.
iii.

Zaman Pertengahan

Pada zaman Pertengahan, kajian linguistiknya bertumpu kepada


bahasa Latin. Kedudukan bahasa Latin dan pengetahuan mengenai bahasa
Latin amatlah istimewa pada zaman pertengahan di Eropah. Bahasa Latin
pada masa itu dianggap sebagai bahasa ilmu pengetahuan, budaya dan
diplomasi.
Pada zaman ini, kitab Injil telah diterjemahkan ke dalam beberapa
bahasa dan hasilnya menjadi bahan bertulis untuk kajian linguistik. Usaha

penterjemahan ini seterusnya telah mewujudkan kaedah untuk menganalisis


bahasa bagi mengembangkan agama Kristian. Usaha ini dilakukan
menggunakan tatabahasa Latin susunan Priscian sebagai acuan membina
tatabahasa lain (Abdullah Hassan, 2007:7), seperti yang dilakukan terhadap
bahasa Eire, iaitu bahasa di negara Wales dan Iceland.
Kajian tatabahasa pada masa itu menggabungkan sintaksis dan logik.
Falsafah digunakan dalam mengkaji bahasa, iaitu dengan membincangkan
kesempurnaan sesuatu ayat yang dihasilkan. Oleh itu, sesebuah ayat yang
dibina hendaklah terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Kata-kata
daripada golongan kata yang lain disatukan menjadi ayat. Mereka
beranggapan bahawa setiap kesimpulan mengenai tatabahasa hendaklah
berdasarkan logik.
iv.

Zaman Arab

Setelah kejatuhan tamadun Yunani dan Rom, usaha mengkaji bahasa


di Eropah mula menjadi sepi dan Eropah mula mengalami zaman gelap.
Dikatakan bahawa tempoh zaman gelap Eropah bermula sejak kejatuhan
empayar Rom sehingga zaman pembandingan bahasa pada abad ke-18 dan
ke-19 (Modul HBML3403 muka surat 47). Sepanjang tempoh Erpoah
mengalami zaman gelap, tradisi keilmuan mula berkembang pesat di ibu
wilayah empayar Islam di Baghdad (Abdullah Hassan, 2007:6) yang pada
masa itu merupakan pusat pengajian tinggi zaman Islam.
Pada zaman ini, perkembangan ilmu linguistik berkembang melalui
ilmu falsafah Islam yang didominasi oleh dua sarjana Islam iaitu Al-Khalil dan
Al-Masri. Al-Khalil merupakan seorang ahli leksikografi yang menumpukan
tenaga dan pemikiran dalam mengkaji fonetik dan kata. Dalam
pengkajiannya, beliau telah mendeskripsikan bunyi-bunyi bahasa Arab
dengan memilih bunyi-bunyi konsonan sahaja dan bunyi-bunyi vokal diberi
fungsi sebagai bunyi yang memberi perbezaan terhadap bunyi konsonan
tersebut (Abdullah Hassan, 2007:6).
Pada masa ini, pengajian linguistik Arab lebih bertumpu kepada
fonetik bahasa Arab khususnya dalam menghasilkan sebutan ayat-ayat AlQuran yang tepat. Selain itu, tatabahasa Arab juga telah berkembang maju
(Abdullah Hassan, 2005:6). Paradigma atau pola bentuk digunakan dalam
deskripsi bahasa. Pendeskripsian ini seterusnya telah menyebabkan tidak
perlunya penggolongan kata dalam bahasa Arab, cukup sekadar merujuk
kepada kepada bentuk paradigmanya sahaja. Pada zaman ini juga telah
banyak kamus lengkap bahasa Arab ditulis oleh ahli-ahli bahasa pada zaman
itu.
v.

Zaman India

Perkembangan ilmu linguistik zaman India sebenarnya bermula labih


awal daripada zaman Yunani. Bidang yang dikaji pada zaman ini agak luas
dan konsep-konsep linguistik yang dikemukakan sebahagiannya lebih maju
berbanding keilmuan pada zaman Yunani dan Rom. Buktinya, Panini dalam
karyanya yang bertajuk Astadhyayi (Delapan Kuliah) ada menyebut tentang
karya lain yang sudah ada pada zaman Yunani dan Rom (Abdullah Hassan,
2007:7-8). Panini juga mendasarkan penulisannya kepada usaha yang ada
pada masa itu. Terdapat sekitar 400 buah huraian demikian dan kesemuanya
mencakupi tiga bidang linguistik iaitu bunyi, tatabahasa dan makna.
Selain itu, Panini juga menulis kurang lebih seribu makalah berkenaan
tatabahasa dan semuanya wujud sehingga kini. Ahli bahasa India
mengumpulkan teks dan karya agama sebagai bahan kajian dan seterusnya
dideskripsikan secara terperinci agar tidak berubah mengikut peredaran
zaman. Cara ahli bahasa India membezakan kata nama dan kata kerja agak
selari dengan apa yang dilakukan oleh Plato, tetapi ahli bahasa India
menyebutnya sebagai proposisi dan partikel (Abdullah Hassan, 2005:6-7).
Ahli bahasa India juga telah menggunakan simbol dalam pemerian
tatabahasa demi kepentingan ekonomi ruang, sama seperti yang dilakukan
oleh Chomsky dalam rumus tatabahasanya. Perkara ini jelas menunjukkan
bahawa ahli bahasa India lebih maju dan berjaya berbanding ahli bahasa
Yunani dan Rom. Hasil keilmuan linguistik India yang menyeluruh, konsisten
dan ekonomis itu telah memberi impak dan mempengaruhi ahli bahasa hari
ini.
vi.

Zaman Linguistik Pembandingan

Zaman linguistik pembandingan bermula setelah berakhirnya zaman


pertengahan iaitu sekitar abad ke-19. Pada zaman ini telah muncul berbagaibagai pandangan umum mengenai bahasa (Abdullah Hassan, 2007:8). Ada
antaranya yang berpandangan bahawa bahsa tidak boleh dikaji kerana takut
kajian itu akan merosakkan pandangan orang lain, ada juga mengatakan
bahawa dan itu sebagai suatu kurniaan suci daripada tuhan dan tidak kurang
ada juga yang menjalankan kajian terhadap bahasa dengan menggunakan
logik tanpa menjalankan penyelidikan yang khusus.
Namun apabila kuasa-kuasa besar Eropah mula menjelajah dan
menjajah kawasan di luar Eropah dan maka menjadi satu keperluan untuk
mereka mengkaji bahasa secara saintifik. Hal ini adalah bagi memenuhi
tuntutan penyebaran agama Kristian oleh ahli dakwah Kristian. Maka
timbullah kepentingan untuk menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasabahasa kawasan jajahan tersebut.
Bertitik tolak dari situlah, sarjana Eropah mula menyedari bahawa
bahasa itu tidak tetap dan sentiasa berkembang. Hal ini seterusnya telah

mendorong mereka untuk menjalankan kajian pembandingan kata-kata dan


melihat banyak persamaan bentuk kata. Hasilnya, sarjana-sarjana Eropah
telah membuat kesimpulan bahawa unsur-unsur yang sama dalam kata-kata
itu adalah disebabkan oleh pergeseran bunyi.
Berdasarkan kesimpulan tersebut, maka sarjana-sarjana bahasa di
Eropah dapat mengkelaskan bahasa-bahasa mengikut keluarganya dan
mencari bahasa induk bagi bahasa-bahasa Eropah. Dengan ini, mereka dapat
menentukan hubungan kekeluargaan bahasa di Eropah. Sebagai contoh,
mereka telah dapat mengenalpasti bahawa bahasa Sanskrit dan bahasabahasa Eropah berasal daripada satu induk, iaitu bahasa induk Indo-Eropah
(Abdullah Hassan, 2007:10)
vii.

Zaman Linguistik Moden

Perkembangan linguistik moden boleh dikatakan bermula pada abad


ke-19 (Abdullah Hassan, 2005:7). Pada zaman ini ahli-ahli bahasa mula
mengkaji bahasa secara objektif dengan tidak dipengaruhi oleh tatabahasa
Yunani dan Latin. Zaman ini juga digelar sebagai zaman struktur kerana
kajian bahasa yang dijalankan pada zaman ini lebih menjurus ke arah
struktur bahasa.
Pelopor keilmuan linguistik pada zaman ini adalah Von Humboldt dan
Ferdinand De Saussure. Namun begitu, Von Humboldt kurang dikenali
berbanding Ferdinand. Hal ini demikian kerana, Ferdinand De Saussurelah
orang pertama yang mengemukakan konsep sinkronik dan dikronik, konsep
langue dan parole serta struktur mengenai bahasa (Abdullah Hassan, 2005:89). Sumbangan besar Ferdinand De Saussure inilah yang membuatkan beliau
digelar sebagai Bapa Linguistik Moden.
Sinkronik bermaksud suatu kajian yang dilakukan terhadap bahasa
pada suatu masa dalam titik sejarah, dan menerangkan apa sahaja unsur
yang wujud dalam bahasa pada waktu itu dengan tidak dipengaruhi oleh
perkembangan bahasa tersebut (Abdullah Hassan, 2005:9) manakala dikronik
pula adalah suatu pendekatan kajian bahasa dari aspek sejarah dan
pembandingan (Abdullah Hassan, 2005:9). Dalam erti kata lainnya, dikronik
boleh diterangkan sebagai kajian muncul berdasarkan dua atau lebih kajian
sinkronik.

Bagi langue pula, langue bermaksud lebih dekat dengan apa yang
kita anggap sebagai loghat, manakala parole pula bermaksud segala ciri
individu yang terkandung dalam pertuturan seseorang individu pada satusatu masa (Abdullah Hassan, 2005:9). Parole memiliki unsur-unsur
persendirian manakala langue memiliki ciri-ciri umum yang terdapat pada

sekumpulan parole. Dalam konteks yang lebih besar pula, ciri-ciri umum yang
terdapat pada langue pula terkandung dalam langage atau bahasa. Bertitik
tolak daripada pemikiran Ferdinand De Saussure inilah berkembangnya
linguistik moden yang telah berkembang pesat dalam abad ini.
http://abangasyraff.blogspot.com/2014/09/sejarah-perkembanganlinguistik.html
PERKEMBANGAN LINGUISTIK ZAMAN ARAB
Perkembangan bahasa
berkembang pesat pada zaman ini disebabkan Eropah mengalami zaman
yang gelap. Baghdad menjadi sebuah pusat mengembangan ilmu yang
termasyur di dunia ketika itu. Sarjana Islam dan ahli fikir yang lahir ketika
zaman itu menumpukan kajian dengan menjadikan Kitab Al-Quran sebagai
sumber rujukan. Hasilnya ilmu fonetik semakin pesat lebih-lebih lagi dalam
usaha mereka mengembangkan ilmu yang terkandung dalam kitab suci itu.
Antara tokoh yang membuat pembaharuan dalam bidang bahasa ketika
zaman itu ialah; Al-Khalil
Al-Khalil merupakan seorang ahli
leksikografi iaitu seorang yang pakar dalam bidang pembuatan kamus. Beliau
yang hidup dari tahun 718 masihi hingga 786 masihi telah membuat kajian
bahasa dari segi makna, perkembangan, fungsi dan cara menggunakannya
serta cara menyebutnya dan maklumat lain yang bertujuan untuk
dihimpunkan dan disusun dalam bentuk buku yang mudah dirujuk ( kamus ).
Dalam proses pembuatan kamus itu, beliau telah mula mendekripsi bunyibunyi bahasa arab dengan memilih bunyi-bunyi konsonan sahaja. Beliau
beranggapan bunyi-bunyi konsonan adalah tetap berbanding bunyi vokal
yang sering berubah-ubah mengikut situasi pengucapan seseorang. Ayatayat yang disusun mengandungi 2 unsur penting iaitu amnah ( benda ) dan
khabar ( cerita ).
Idea menghasilkan kamus pada ketika itu telah
membuka ruang untuk pengkaji bahasa-bahasa di seluruh dunia
menghasilkan kamusnya sendiri dan penggunaannya kamus masih kekal
hingga ke hari ini.
http://lamancikgubahri.blogspot.com/2014/04/perkembangan-linguistik-dinusantara.html

Anda mungkin juga menyukai