Anda di halaman 1dari 36

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

BAB 1 PENDAHULUAN 1.0. Pengenalan Di dalam kertas kerja ini juga akan membincangkan tentang kajian bahasa minoriti salah satu daripada tujuh puak di Negara Brunei Darussalam iaitu puak Iban yang mana kertas kerja ini akan menerapkan salah satu bidang linguistik ke dalamnya iaitu ilmu fonetik. Kertas kerja ini adalah mengenai terjemaahan bahasa Iban ke bahasa Melayu, berserta fonetik dan transkripsinya sekali. Mentranskripsi bahasa puak-puak di Negara Brunei Darussalam adalah sudah menjadi kebiasaan bagi mahasiswa-mahasiswi di Universiti Brunei Darussalam, terutama sekali bagi mereka yang meletakkan Linguistik Bahasa Melayu sebagai kursus utama mereka. Dalam bahagian ini menerangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan kajian iaitu seperti asal usul puak Iban, latar belakang bahasa Iban di Negara Brunei Darussalam, objektif kajian, metodologi, skop kajian, permasalahan kajian, kepentingan kajian dan kajian lepas.

1.1. Puak Iban

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Puak Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut. Mereka mempunyai reputasi yang menakutkan sebagai puak yang kuat, yang terkenal dengan mengamalkan pengembangan memburu kepala (atau dalam bahasa Iban dikenali sebagai ngayau), serta berjaya berperang pada zaman purba. 1.1.1. Asal Usul Puak Iban Orang Iban berasal dari Lembah Kapuas di Kalimantan Barat Indonesia. Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yg terbesar di Sarawak. Sejumlah 876 400 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak adalah orang Iban. Mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu dan Limbang. Kepadatan penduduk Iban bertempat di Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu Kapit Bintulu dan Miri. Puak Iban juga adalah orang asli yang terbesar daripada kumpulan suku-suku di Sarawak yang mana di antaranya telah berhijrah ke Negara Brunei Darussalam beberapa tahun yang lampau. Penghijrahan mereka adalah untuk mendapatkan pekerjaan dan sara hidup yang lebih baik. Di negara ini, masyarakat Iban tinggal di rumah panjang di beberapa kawasan pedalaman di daerah Belait, Temburong dan Tutong (Marsidah Md. Yahya, 1997). Menurut mitos, bahasa Iban adalah warisan budaya yang dturunkan kepada seorang ketua lagenda Iban yang bernama Segalanh Burung di Batang Kapuas Indonesia. 1.1.2. Latar Belakang Puak Iban di Negara Brunei Darussalam. Puak Iban di Negara Brunei Darussalam adalah merupakan etnik yang tidak tergolong sebagai 7 puak yang secara rasminya disytiharkan di dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959. Puak Iban merupakan salah satu etnik yang dipercayai berasal dari negeri jiran iaitu Sarawak. Akan tetapi, puak ini yang sudah lama berhijrah dan menetap di Negara Brunei semenjak kurun ke-14 Masehi lagi. Sehingga kini, puak Iban di Negara Brunei Darussalam masih belum dimasukkan ke dalam golongan puak-puak yang diiktiraf sebagai puak jati Brunei di dalam Perlembagaan Negeri Brunei 1959.
2

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

1.2. Objektif Kajian Tajuk ini adalah dari hasil undian dan kami telah mendapat bahasa Iban untuk dikaji di sepanjang kursus AB-1202 Fonetik dan Fonologi. Dengan itu, kajian ini adalah penting untuk mengenal pasti segala sistem-sistem fonetik yang terdapat di dalam bahasa Iban. Kajian bahasa Iban ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan penyebaran bunyibunyi vokal, konsonan dan juga diftong yang terdapat dalam bahasa Iban. Tambahan pula, kajian ini bertujuan untuk mengetahui bilangan fonem-fonem vokal, konsonan dan diftong yang terdapat di dalam bahasa Iban. Secara tidak langsung, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana penerapan dan penggunaan bahasa Iban dalam kehidupan sehari-hari puak Iban, khususnya di Negara Brunei Darussalam, serta berapa ramai puak Iban yang masih menggunakan atau menuturkan bahasa Iban sebagai bahasa komunikasi mereka seharian.

1.3. Metodologi Secara umumnya, kaedah sistematik adalah salah satu kaedah yang paling berkesan bagi menghasilkan kajian yang baik dan bermutu tinggi. Kajian ini pada lazimnya telah dilaksanakan melalui beberapa kaedah. Kaedah yang pengkaji gunakan dalam kajian bahasa ini adalah seperti kaedah lapangan, kaedah temubual, kaedah keperpustakaan dan juga kaedah terjemahan. Pengkaji telah membuat kaedah lapangan dengan berjumpa dengan informan kemudian menemu bual mereka. Selain itu, pengkaji juga mencari buku-buku dan artikel-artikel yang berkaitan dengan kajian serta menterjemahkan teks-teks Iban dengan bantuan informan.

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

1.3.1. Kaedah Temu bual Ini adalah salah satu kaedah yang sangat mencabar iaitu beberapa temu bual yang berlainan tempat dan waktu, terutama sekali jika dilihat dari segi komitmen masing-masing, sama ada dari pihak penutur bahasa Iban mahupun pengkaji itu sendiri. Pertama sekali adalah pertanyaan asas mengenai nama, umur dan asal informan di dalam bahasa Melayu. Lalu, pengkaji menerangkan akan hajat dan tujuan kedatangan mereka. Pengkaji juga memaklumkan bahawa semua perbualan akan dirakam dan direkodkan di dalam kajian mereka. Informan bersetuju untuk bekerjasama malahan bersedia untuk diambil gambar mereka sebagai pengukuh lampiran biodata mereka. Temu bual itu adalah merupakan temu bual yang ringkas dan pendek untuk menceritakan tentang sesebuah kisah yang diketahui oleh informan sendiri sama ada dari pengalaman, sesuatu cerita yang berkaitan dengan kehidupan bangsa puak Iban, dan tentang maklumat diri informan. 1.3.2. Kaedah Rakaman Rakaman telah dilakukan bagi mendapatkan salinan suara bagi rujukan semasa untuk membuat fonetik bahasa Iban dan juga mentranskripkannya ke bahasa Melayu, serta untuk rujukan dan untuk digunakan dikemudian hari. Ianya hasil daripada temu bual dari beberapa informan yang boleh berbahasa Iban dengan fasih. Perbualan tersebut dirakam bagi mendapatkan bahan rujukan yang kukuh dan bagi kegunaan bila-bila masa, walaupun hanya untuk beberapa minit. Rakaman itu lebih kurang dalam 10 minit lamanya. Data yang diperolehi daripada rakaman tersebut kemudiannya ditranskripikan dan seterusnya dianalisis bagi menentukan sistem fonetik yang terdapat dalam bahasa Iban tersebut.

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

1.3.3. Teknik Terjemahan Beberapa ayat dan perkataan dalam bahasa Iban telah sedia diketahui hasil dari temu bual yang awal. Semasa temu bual itu juga, pengkaji juga sempat bertanya beberapa perkataan yang amat mengelirukan bagi mempermudahkan semasa mentranskripsi bahasa Iban nanti. Selain itu juga beberapa buah kajian lepas, perbincangan dengan teman-teman dan beberapa laman web yang berkaitan juga digunakan sebagai bahan rujukan bagi melaknsanakan proses mentranskripsi dan menterjemaah dari bahasa Iban ke bahasa Melayu. 1.3.4. Kaedah Perpustakaan/Laman Sesawang Bahan-bahan sememangnya adalah sangat-sangat berguna. Tetapi malangnya, bahan-bahan rujukan yang diperlukan bagi bahasa Iban sukar ditemui dan kekurangan. Cuma bilik sumber dari Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik ada menyimpan beberapa naskah rujukan yang berkaitan dengan bahasa Iban. Itupun kurang berkenaan dan sangat terhad, serta tidak dibenarkan untuk dipinjam. Manakala, laman-laman sesawang juga kurang memuaskan dan tidak bertepatan dengan apa yang hendak dikaji.

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

1.4. Skop Kajian Kajian ini memfokuskan tentang penyebaran bunyi-bunyi vokal dan konsonan yang terdapat dalam bahasa Iban. Pengkaji hanya mengkaji berdasarkan teks-teks yang dibaca oleh informan dan cerita-cerita yang diperdengarkan kepada pengkaji. Kawasan kajian adalah tidak terhad kerana agak sukar untuk menemui bangsa Iban yang menetap pada satu tempat sahaja seperti puak Bisaya kabanyakannya menetap di Sungai Bebuloh yang hampir kesemua penduduknya berbangsa Bisaya. Informan-informan yang ditemui adalah seperti informan 1 adalah informan yang dikenali melalui seorang kawan yang pernah membuat kajian tentang bahasa Iban dan juga merupakan pangkat bapa saudaranya sendiri. Manakala, informan 2 adalah merupakan sebuah keluarga yang sedang melawat suaminya (bangsa Iban Brunei) yang sedang menerima rawatan di RIPAS, yang sangat asli bahasa Ibannya dan bahasa Iban adalah merupakan bahasa ibunda mereka. Tetapi, mereka hanya berada di Negara Brunei Darussalam untuk beberapa hari sahaja kerana informan tersebut berasal dari Miri, Sarawak, dan mereka terpaksa pulang kerana suaminya sudah semakin pulih. Makan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan informasi dari keluarga tersebut adalah sangat terhad dan kurang memuaskan. Informan 3 pula adalah dari keluarga terdekat yang mana salah seorang dari pengkaji juga ada mengenali bapa saudara yang berkahwin dengan seorang wanita yang berketurunan bangsa Iban yang berasal dari negeri Limbang, Sarawak. (Gambar Kenangan Informan-Informan)

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

(Gambar Kenangan pengkaji bersama Informan)

Manakala, dua informan lagi yang disarankan dari kawan-kawan menarik diri dari ditemu ramah kerana informan kurang pasti akan kefasihannya dalam berbahasa Iban.

1.5. Permasalahan Kajian Berdasarkan penghasilan kertas kerja ini, berbagai rintangan dan cabaran yang telah dirasai oleh pengkaji. Walau bagaimanapun, kajian ini perlu diteruskan dan diselesaikan, walau macam mana susah dan banyaknya dugaan. Pertama sekali, pengkaji kurang pengetahuan dan kurang arif dalam mana-mana bahasa puak selain bahasa Melayu Brunei. Kedua, komitmen dan masa bagi kedua pihak, iaitu pihak informan dan pihak pengkaji itu sendiri adalah sangat-sangat terhad dan sukar untuk menepati setiap individu yang terlibat dalam kajian ini. Kemudian ketiga dan seterusnya adalah permasalahan yang timbul dalam mencari informan bagi memenuhi ciri-ciri yang diperlukan seperti informan yang bertukar-tukar, informan yang kurang jelas percakapannya, situasi semasa temu bual itu kurang sesuai (bising) dan kurangnya bahan rujukan mengenai bahasa Iban atau puak Iban.

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Masalah lain adalah sewaktu kajian dilakukan, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengkaji iaitu seperti: i) ii) Informan lebih memilih untuk berkongsi tentang perkara yang lain daripada topik yang dipilih oleh pengkaji. Mempunyai kesukaran untuk menetapkan jadual untuk bertemu dengan informan kerana informan mempunyai komitmen lain.

1.6. Kepentingan Kajian Kajian ini adalah penting untuk dapat menambah atau memperbaiki mana-mana kesalahan yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas, terutama mahasiswa-mahasiswi yang mengkaji bahasa Iban sebagai kerja khusus mereka. Ianya juga dapat menambahkan koleksi bahan-bahan yang mengandungi kajian bahasa Iban dan bagi menambahkan rujukan yang telah sedia ada. Sememangnya kajian tentang bahasa Iban ini perlulah diperluaskan lagi kerana sejak kajian ini bermula, barulah disedari bahawa bahasa Iban ini juga semakin pupus dan kurang pengamalannya. Bahasa Iban ini juga semakin menghilang dan banyak yang menyatakan bahawa mereka (puak Iban itu sendiri seperti mereka yang berusia dalam lingkungan 40an ke bawah) kurang fasih berbahasa Iban dan tidak lagi menggunakan bahasa Iban untuk berkominukasi sesama keluarga mereka terutama sekali puak Iban yang berada di Negara Brunei Darussalam. Mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu atau dialek Brunei, dan juga bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi mereka sehari-hari. Maka adalah penting untuk kajian ini diteruskan dan diperluaskan, serta memang sesuai untuk menetapkan tajuk kajian ini, iaitu Sistem Fonetik dalam Bahasa Iban. Kajian seumpama ini juga akan dapat dikumpulkan dan direkodkan agar bahasa Iban tidak pupus begitu saja disebabkan oleh perkembangan hidup serta arus globalisasi yang semakin maju dan meluas, dan juga oleh bahasa-bahasa asing yang semakin menningkat taraf misalnya bahasa Korea, bahasa Perancis dan lain-lain lagi.
8

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Selain itu juga, kajian bahasa Iban ini amatlah penting bagi generasi-generasi yang akan datang terutama sekali bagi generasi-genarasi puak Iban dan pengkaji-pengkaji bahasa di masa hadapan. Dengan kajian ini, maka ianya akan menjadi bahan-bahan rujukan yang paling berharga dan amat diperlukan di masa akan datang oleh semua.

1.7. Kajian Lepas Salah satu kesukaran yang dihadapi oleh pengkaji adalah untuk mendapatkan bahan kajian lepas tentang bahasa Iban di Universiti Brunei Darussalam. Walau bagaimanpun, terdapat satu kertas kerja tentang kajian bahasa Iban yang pengkaji perolehi iaitu mengenai Bunyi Diftong ai dalam bahasa Iban oleh Marsidah Md. Yahya, 1997. Di dalam kajian ini, penulis tidak membincangkan fonetik dan fonologi secara meluas. Penulis hanya memfokuskan kepada satu sahaja iaitu bunyi diftong ai dalam bahasa Iban. Dengan itu, pengkaji hanya menggunakan informasi yang diberikan oleh penulis mengenai asal usul bahasa Iban di Brunei Darussalam untuk dimasukkan ke dalam kertas kerja pengkaji.

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

BAB 2 SISTEM FONETIK 2.0. Pengenalan Penuturan, kalimat, ujaran adalah hasil daripada bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh alat artikulasi manusia. Bahasa yang dihasilkan itu disebut bunyi bahasa. Bahasa Melayu juga mempunyai sistem bunyinya sendiri. Seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan yang tuntas untuk menguasai kemahiran menuturkannya dengan baik dan efektif. Daripada Penalosa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008:87) bahasa bertindak melalui dua bentuk. Pertama melibatkan bunyi bahasa yang dihasilakan melalui alat ujaran manusia. Kedua, merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. 2.0.1. Sistem Fonetik di dalam Bahasa Melayu Abdullah Hassan di dalam bukunya Linguistik Am Untuk Guru Bahasa (1993: 40) meringkaskan sebagai fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Fonetik amnya adalah pengkajian terhadap unsur-unsur bahasa dalam bentuk bunyi. Manakala di dalam Kamus Linguistik Harimurthi Kirdalaksana mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa (1984: 51). Fonetik boleh disimpulkan sebagai kajian terhadap organ pertuturan dan sifat bunyi bahasa itu sendiri yang membawa makna dan difahami. Ia berfungsi merumus, menghurai dan mengklasifikasikan bentuk bunyi dalam satu bahasa untuk menentukan peraturan dalam bentuk bunyi melalui tiga kaedah:1) Fonetik Artikulasi 2) Fonetik Akustik 3) Fonetik Auditori

10

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Maka dengan itu sistem fonetik ini ialah untuk mengenal, menentu dan mengklasifikasikan sistem bunyi atau mengenalpasti serta menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu untuk melahirkan sistem ejaan yang sistematik bagi Bahasa Melayu. Di bawah ini disediakan rajah yang menyenaraikan nama alat-alat artikulasi yang terlibat dalam membunyikan system fonetik dan juga gambar tempat alat-alat artikulasi berada.

Alat-Alat Artikulasi
1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras 8. Anak tekas 9. Hujung lidah 10. Hadapan lidah 11. Tengah lidah 12. Belakang lidah 13. Akar lidah 15. Pita suara 16. Rongga tekak 17. Rongga hidung 18. Rongga mulut 19. Rahang 20. Tengkorak 21. Paru-paru

7. Lelangit lembut 14. Epiglotis

2.1. Analisis tentang Bunyi-Bunyi Vokal Menurut Prof. Dr Abdul Hamid Mahmmod (1998:31), vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi konsonan. Dengan itu, mudahlah untuk pengkaji menganalisis penyebaran bunyibunyi vokal yang tertentu, sama ada penyebaran bunyi-bunyi vokal di dalam bahasa melayu mahupun di dalam bahasa Iban.
11

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

2.1.1. Fonem Vokal Vokal merupakan komponen penting yang terdapat dalam bidang fonetik yang lazimnya terdiri daripada huruf-huruf seperti A, E, I, O dan U. Bunyi vokal dihasilkan apabila udara mengalir dengan bebas tanpa sebarang gangguan di sepanjang saluran suara dan pita suara bergetar. Menurut Rahmat Sato, 2002, bunyi vokal dapat digolongkan berdasarkan tiga kriteria iaitu:1) Bahagian lidah sama ada dinaikkan atau diturunkan sebagai alat artikulasi; Bunyi vokal yang dihasilkan dengan menaikkan depan lidah terhadap lelangit keras yang disebut vokal depan, manakala bunyi vokal yang dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah terhadap lelangit lembut disebut sebagai vokal belakang dan apabila tengah lidah dinaikkan maka terhasillah vokal tengah.

12

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

2) Striktur (stricture) diantara dagu bawah dan dagu atas; Vokal digolongkan sebagai vokal sempit, separuh sempit, vokal separuh luas dan juga vokal luas. Kriteria ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh tinggi rendahnya kedudukan lidah yang dikenali sebagai vokal tinggi, vokal madya dan vokal rendah.

3) Bentuk bibir; Penghasilan bunyi vokal juga melibatkan keadaan bentuk bibir. Antara bentuk bibir yang terlibat dalam menghasilkan bunyi vokal ialah seperti bundar, hampar dan neutral. Hal ini akan lebih jelas dengan gambar rajah di bawah:

13

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Semua bunyi vokal merupakan bunyi bersuara. Antara bahasa-bahasa di dunia jarang sekali kita jumpai vokal yang tidak bersuara. Di bawah ini menunjukkan beberapa bentuk bibir apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

2.1.2. Kajian Bunyi-Bunyi Vokal dalam Bahasa Iban Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa bunyi-bunyi vokal yang terdapat dalam bahasa Iban adalah hampir sama seperti bahasa melayu. Dalam kajian bahasa Iban, pengkaji hanya menemui enam sahaja bunyi-bunyi vokal iaitu /a/, /u/, /o/, /i/, /e/ dan //. Terdapat tiga penyebaran bunyi vokal iaitu depan, tengah dan juga belakang. Berikut adalah penghasilan bunyi-bunyi vokal (Menurut Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, 2006) dan contoh penyebaran bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Iban. 1) Vokal depan luas /a/ Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah diturunkan ke titik paling bawah dalam rongga mulut. Puncak dari depan lidah tertarik ke belakang sedikit. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Bibir berada dalam keadaan terhampar.
14

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Fonem /a/

Depan [ar] [ala] [apa]

Tengah [pamadu] [lala] [kumba]

Belakang [paja] [taka] [sda]

Dengan itu di dalam vokal depan luas, dapatlah dianalisis bahawa vokal /a/ sangat kerap digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan sama ada penyebaran bunyi-bunyi vokal itu berada di tengah atau di belakang perkataan. Cuma didapati penyebaran bunyi-bunyi vokal di depan perkataan, sungguhpun ada tetapi penggunaannya sukar ditemui dan tidak banyak. 2) Vokal belakang sempit /u/ Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin seperti merapati lelangit keras. Walau bagaimanapun tiada sekatan aliran udara berlaku. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Bentuk bibir dalam keadaan bundar. Fonem /u/ Depan [ulh] [ukur] [udah] Tengah [umpul] [kaul] [uan] Belakang [datu] [empu] [nmu]

Dengan itu di dalam vokal belakang sempit, dapatlah dianalisis bahawa vokal /u/ juga sangat kerap digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban, dan ianya digunakan pada banyak perkataan sama ada penyebaran bunyi-bunyi vokal itu berada di depan, di tengah atau di belakang perkataan. 3) Vokal belakang separuh sempit /o/ Vokal ini terhasil dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling tinggi semasa melafazkan bunyi /u/. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan

15

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Bibir terbentuk bundar ketika melafazkan bunyi ini. Fonem /o/ Depan [ora] [opis] Tengah [prsonaliti] [ekonomi] Belakang [no] -

Dengan itu di dalam vokal belakang separuh sempit, dapatlah dianalisis bahawa vokal /o/ juga sangat kerap digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban tetapi cuma pada penyebaran bunyi-bunyi vokal di depan dan di tengah perkataan. Manakala, pengkaji sukar menemui penyebaran bunyi pada belakang perkataan dan hanya berjaya menemui satu perkataan sahaja. 4) Vokal depan sempit // Terhasil apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang paling tinggi dibahagian depan mulut. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar. Fonem // Depan [ja] [dup] [du] Tengah [pjak] [dtu] [kabh[ Belakang [para] [kta] [mata]

Dengan itu di dalam vokal depan sempit, dapatlah dianalisis bahawa vokal /i/ juga sangat kerap digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban, dan ianya digunakan pada banyak perkataan sama ada penyebaran bunyi-bunyi vokal itu berada di depan, di tengah atau di belakang perkataan. 5) Vokal separuh sempit /e/ Apabila menghasilkan bunyi vokal ini bahagian depan lidah agak ke bawah sedikit, iaitu sepertiga daripada tinggi lidah semasa melafazkan bunyi /i/. Lelangit lembut diangkat rapat

16

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil mengetarkan pita suara. Bibir berkeadaan terhampar ketika melafazkan bunyinya. Fonem /e/ Depan [enda] [empa] Tengah [pelaba] [jerta] Belakang -

Dengan itu di dalam vokal separuh sempit, dapatlah dianalisis bahawa vokal /e/ juga sangat kerap digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban tetapi cuma pada penyebaran bunyi-bunyi vokal di di tengah perkataan. Namun, penyebaran bunyi vokal /e/ di depan perkataan adalah agak sukar ditemui dan tidak banyak digunakan sepertimana penggunaannya di tengah perkataan. Hanya terdapat beberapa perkataan yang menggunakan penyebaran bunyi vokal /e/ di awal perkataan. Manakala, pengkaji tidak menemui penyebaran bunyi pada belakang perkataan. 6) Vokal Tengah // Vokal ini terhasil dengan lidah diletakkan seperti biasa di lantai rongga mulut tetapi bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit dan rongga munlut berada di dalam keadaan sederhana luas. Fonem // Depan [ga] [nda] [mpu] Tengah [sekda] [bsa] [mpar] Belakang -

Dengan itu di dalam vokal tengah, dapatlah dianalisis bahawa vokal // juga sangat kerap digunakan dan mudah ditemui di dalam bahasa Iban tetapi cuma pada penyebaran bunyibunyi vokal di depan dan di tengah perkataan. Manakala, pengkaji tidak menemui penyebaran bunyi pada belakang perkataan.

2.2. Analisis tentang Bunyi-Bunyi Konsonan

17

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Bunyi konsonan adalah bunyi selain daripada bunyi vokal. Ia terjadi apabila berlaku gangguan atau halangan oleh alat artikluasi terhadap udara yang datang dari paru-paru. Konsonan terbahagi kepada dua iaitu: 1) Konsonan Bersuara yang terhasil ketika tekanan udara keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara. 2) Konsonan Tidak Bersuara adalah konsonan yang dihasilkan oleh udara daripada paru-paru tidak menggetarkan pita suara. (Rajah Bunyi-Bunyi Konsonan; Daerah Sebutan & Cara Sebutan)

Maka, di dalam analisis tentang bunyi-bunyi konsonan, khususnya di dalam bahasa Iban akan dapat dikaji dan dianalisa penyebaran bunyi-bunyinya serta dinyatakan perkataan-perkataan yang menggunakannya berdasarkan pemahaman pendefinisian bunyi konsonan dan jenis-jenis konsonan yang terdapat di dalam bahasa Melayu secara amnya. 2.2.1. Fonem Konsonan

18

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan menggunakan organorgan pertuturan. Menurut Rahmat Sato (2002), konsonan dapat didefinisikan sebagai bunyi yang dihasilkan dengan menghambat arus udara di suatu bahagian di sepanjang saluran suara. Konsonan juga mempunyai tiga kriteria yang berikut: 1) Daerah Artikulasi; Maksud daerah artikulasi ialah kedudukan alat artikulasi yang menghasilkan bunyi-bunyi konsonan yang terdapat di dalam jadual IPA. Antara bunyi-bunyi konsonan tersebut ialah: a. Dua bibir (Bilabial) b. Bibir gigi (Labiodentals) c. Gigi (Dental) d. Gigi gusi (Alveolar) e. Gigi gusi Lelangit Keras (Postalveolar) f. Gelungan (Retroflex) g. Lelangit keras (Palatal) h. Lelangit lembut (Velar) i. Anak tekak (Uvular) j. Rongga tekak (Pharyngeal) k. Pita suara (Glottis) 2) Cara Artikulasi; Cara artikulasi ialah cara bunyi ujaran yang dihasilkan. Terdapat 9 cara artikulasi iaitu: a. Letupan (plosive) b. Sengauan (nasal)
19

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

c. Getaran (trill) d. Ketukan atau libasan e. Geseran (fricative) f. Geseran Sisian (lateral fricative) g. Malarantak bergeser (approximant) h. Siantak bergeser (lateral approximant) i. Letusan (affricates) 3) Ada tiadanya getaran suara; Pita suara yang terbuka dan tidak bergetar akan menghasilkan konsonan yang tidak bersuara manakala pita suara yang tertutup dan bergetar akan menghasilkan konsonan yang bersuara. Rajah menunjukkan keadaan pita suara.

2.2.2. Kajian tentang Bunyi-Bunyi Konsonan dalam Bahasa Iban Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa bunyi-bunyi konsonan yang terdapat dalam bahasa Iban adalah sama seperti bahasa Melayu. Di dalam bahasa Iban terdapat tujuh jenis konsonan yang diperolehi dan ditemui hasil dari temu bual bersama informan. Di sini juga, analisis bunyi-bunyi konsonan dibahagikan kepada tiga penyebaran bunyi konsonan iaitu depan, tengah dan juga belakang.

20

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Jenis-jenis konsonan yang diperolehi di dalam bahasa Iban adalah seperti berikut:1) Konsonan Letupan: Konsonan letupan ini pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu:a. Letupan dua bibir /p/ (tidak bersuara) & /b/ (bersuara) Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak. Keadaan ini menyebabkan udara dari paru-paru tertahan di dalam rongga mulut dan saluran suara. Udara yang tertahan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta. Apabila udara tertahan yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita suara maka bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bibir tak bersuara [p]. manakala apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maa bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bersuara [b]. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem /p/ /b/ Depan [pmaulah] [pndau] [bansa] [bs] Tengah [dpebasaka] [nmpara] [raban] [laban] Belakang [dup] [agap] -

Dengan itu dalam konsonan letupan dua bibir, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /p/ sangat kerap digunakan di dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di belakang perkataan. Manakala, konsonan /b/ pula hanya dapat ditemui pada penyebaran bunyi-bunyi konsonan di depan dan di tengah perkataan sahaja. b. Letupan gusi /t/ (tidak bersuara) & /d/ (bersuara) Letupan ini dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kedudukan lidah ini menyekat udara dari paru-paru. Dan apabila udara yang tersekat tersebut dibebaskan serta-merta maka bunyi yang terhasil itu ialah bunyi letupan gusi. Apabila letupan gusi berlaku dengan tidak
21

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

menggetarkan pita suara, maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan gusi tak bersuara [t]. Apabila letupan gusi itu dilakukan dengan getaran pita suara, maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan gusi bersuara [d]. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem /t/ /d/ Depan [tauka] [tgalan] [data] [dua] Tengah [kta] [ktrubah] [skda] [da] Belakang [nseput] [rart] -

Dengan itu dalam konsonan letupan gusi, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /t/ juga sangat kerap digunakan di dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan, sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di belakang perkataan. Manakala, konsonan /d/ pula hanya dapat ditemui pada penyebaran bunyi-bunyi konsonan di depan dan di tengah perkataan sahaja, dan tiada ditemui pada penyebaran di belakang perkataan.

c.

Letupan lelangit lembut /k/ (tidak bersuara) & /g/ (bersuara) Letupan ini dihasilkan apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut. Udara yang tertahan kemudiannya dilepaskan dengan serrta-merta. Apabila pelepasan udara tersebut tidak menyebabkan pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut tak bersuara [k]. Sebaliknya apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem /k/ /g/ Depan [ktrubah] [kbuah] [gmbar] [gawa] Tengah [ukur] [saka] [magang] [ag] Belakang [bak] [manuk] -

22

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Dengan itu dalam konsonan letupan lelangit lembut, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /k/ juga sangat kerap digunakan di dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan, sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di belakang perkataan. Manakala, konsonan /g/ pula hanya dapat ditemui pada penyebaran bunyi-bunyi konsonan di depan dan di tengah perkataan sahaja. Tiada ditemui pada penyebaran di belakang perkataan, cuma dengan penggunaan penyebaran bunyi konsonan /ng/ sahaja yang banyak ditemui. 2) Konsonan Geseran: Konsonan geseran pula terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:a. Geseran gusi /s/ (tidak bersuara) Bunyi geseran gusi dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras. Keadaan ini juga tidak menyekat aliran udara. Udara yang keluar dari paru-paru akan menyebabkan geseran berlaku. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem /s/ Depan [skalika] [sru] Tengah [bs] [basa] Belakang [rurus] [untus]

Dengan itu dalam konsonan geseran gusi, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /s/ juga sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan, sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di belakang perkataan. b. Geseran glotis /h/ (tidak bersuara) Geseran pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan yang mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser. Seperti keadaan bunyi letupan glotis, bunyi ini juga berlaku di pita suara maka dengan itu tidak timbul soal sama ada bunyi ini bersuara ataupun tak bersuara.
23

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem /h/ Depan Tengah [ayahka] [nthka] Belakang [suah] [pmajuh]

Dengan itu dalam konsonan geseran glotis pula, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /h/ hanya dapat ditemui pada penyebaran bunyi-bunyi konsonan di tengah dan di belakang perkataan sahaja, dan tiada ditemui pada penyebaran di depan perkataan. Mungkin ini adalah kerana penyebaran bunyi konsonan /h/ di dalam bahasa Iban digugurkan atau dihilangkan, misalnya bagi perkataan hari (ari) hidup (idup). 3) Konsonan Letusan: Konsonan letusan pula hanya terdapat satu bahagian sahaja, iaitu:a. Letusan gusi lelangit keras /c/ (tidak bersuara) dan // (bersuara) Terdapat dua bunyi letusan dalam bahasa melayu. Bunyi ini dihasilkan dalam keadaan yang sama seperti bunyi letupan. Yang membezakannya adalah bunyi nini dilepaskan nsecara perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi geluncuran. Dalam keadaan ini, lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tak bersuara. Konsonan letusan dalam bahasa melayu adalah letusan lelangit keras tak bersuara [c] dan letusan lelangit keras bersuara [j]. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem /c/ // Depan [cura] [aku] Tengah [pana] [aa] Belakang -

Dengan itu dalam konsonan letusan gusi lelangit keras, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /c/ sangat jarang digunakan di dalam bahasa Iban dan pengkaji cuma berjaya menemui satu perkataan sahaja pada penyebaran bunyi konsonan di depan perkataan. Jika
24

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

dianalisa, penggunaan konsonan /c/ di dalam bahasa Iban adalah gandingan dengan konsonan /h/ iaitu /ch/, misalnya /cherita/ dan /enchuri/. Manakala, konsonan /j/ pula hanya dapat ditemui pada penyebaran bunyi-bunyi konsonan di depan dan di tengah perkataan sahaja, dan tiada ditemui pada penyebaran di belakang perkataan. 4) Konsonan Getaran: Konsonan getaran juga hanya mempunyai satu bahagian sahaja, iaitu:a. Getaran gusi /r/ Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran, iaitu [r]. Bunyi ini dihasilkan apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut. Dalam kkeadaan begini lidah diangkat ke arah gusi. Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Ini menghasilkan bunyi getaran [r]. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem /r/ Depan [raban] [rdak] Tengah [sru] [ra] Belakang [bendar] [tklanur]

Dengan itu dalam konsonan getaran gusi, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /r/ juga sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan, sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di belakang perkataan. 5) Konsonan Sisian: Konsonan sisian juga hanya mempunyai satu bahagian sahaja, iaitu:a. Sisian gusi /l/ Bahasa melayu mempunyai satu bunyi konsonan sisian, iaitu [l]. bunyi konsonan sisian ini dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah. Dalam keadaan ini hujung lidah diangkat ke arah tengah gusi. Lelangit lembut dirapatkan ke belakang
25

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

rongga tekak. Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisis kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita suara. Bunyi yang terhasil adalah [l]. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem /l/ Depan [lalau] [laban] Tengah [mla] [belman] Belakang [akal] [pnekul]

Dengan itu dalam konsonan sisian gusi, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /l/ juga sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan, sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di belakang perkataan. 6) Konsonan Sengauan: Konsonan sengauan pula mempunyai empat bahagian, iaitu:a. Sengauan dua bibir /m/ Konsonan sengau dua bibir dihasilkan apabila bibir bawah dirapatkan kepada bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem /m/ Depan [mga] [magang] Tengah [tmua] [nmpara] Belakang [bmaam] -

Dengan itu dalam konsonan sengauan dua bibir, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /m/ juga sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan, tetapi cuma pada penyebaran bunyi-bunyi konsonan di depan dan di tengah perkataan. Manakala, penyebaran bunyi konsonan /m/ pada belakang perkataan adalah sukar ditemui dan pengkaji cuma berjaya menemui satu perkataan sahaja. b. Sengauan gusi /n/
26

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Bunyi sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan kepada gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem /n/ Depan [nada] [nua] Tengah [mntas] [nda] Belakang [aan] [tusun]

Dengan itu dalam konsonan sengauan gusi, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /n/ juga sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan, sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di belakang perkataan. c. Sengauan gusi lelangit keras / / Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Depan Tengah Belakang [but] [mana] [aga] [dua] Dengan itu dalam konsonan sengauan gusi lelangit keras, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /ny/ juga sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban terutama sekali penyebaran bunyi pada depan perkataan. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan bunyi konsonan /ny/ di dalam bahasa Iban pada penyebaran bunyi di depan perkataan adalah sebagai ganti bagi imbuhan meny di dalam bahasa Melayu. Manakala, penyebaran bunyi di belakang perkataan tidak ditemui oleh pengkaji. d. Sengauan gusi lelangit lembut // Fonem //

27

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat dan dirapatkan kepada lelangit lembut. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalui rongga hidung. Semasa melafazkan bunyi ini, pita suara digetarkan. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem // Depan [mbuan] [ayanka] Tengah [gau] [tkra] Belakang [ditaga] [ska]

Dengan itu dalam konsonan sengauan gusi lelangit lembut, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /ng/ juga sangat kerap digunakan dalam bahasa Iban dan ianya digunakan pada banyak perkataan, sama ada penyebaran bunyi-bunyi konsonan itu berada di depan, di tengah atau di belakang perkataan. Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan bunyi konsonan /ng/ di dalam bahasa Iban pada penyebaran bunyi di depan perkataan adalah sebagai ganti bagi imbuhan meng di dalam bahasa Melayu. 7) Konsonan Separuh Vokal: Konsonan separuh vokal pula mempunyai dua bahagian, iaitu:a. Separuh vokal dua bibir /w/ Bunyi ini dinamakan separuh vokal kerana bunyi vokal ini tidak dihasilkan dalam keadaan yang sempurna. Bunyi ini tidak dapat dikatakan sebagai bunyi vokal kerana semasa ia dilafazkan berlaku sekatan kepada aliran udara. Semasa pengucapannya, kedudukan lidah sama seperti ketika melafazkan bunyi vokal tetapi keadaan ini hanya berlaku separuh jalan sahaja. Kedudukan lidah berubah selepas itu. Ada dua bunyi separuh vokal, iaitu separuh vokal dua bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [y]. keadaan bibir dibundarkan semasa melafazkan [w]. Manakala semasa melafazkan [y] keadaan bibir dihamparkan. Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban:
28

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Fonem /w/

Depan -

Tengah [awakka] [gawa]

Belakang -

Dengan itu dalam konsonan separuh vokal dua bibir, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /w/ begitu sukar ditemui oleh pengkaji di dalam bahasa Iban terutama sekali tiada penyebaran bunyi di depan dan belakang perkataan. Hanya dua perkataan sahaja berjaya pengkaji temui bagi penyebaran bunyi di tengah perkataan. b. Separuh vokal lelangit keras /y/ Ini adalah contoh bunyi konsonan ini dalam bahasa Iban: Fonem /y/ Depan Tengah [ayan] [ya] Belakang -

Dengan itu dalam konsonan separuh vokal lelangit keras, dapatlah dianalisis bahawa konsonan /y/ juga begitu sukar ditemui oleh pengkaji di dalam bahasa Iban terutama sekali tiada penyebaran bunyi di depan dan belakang perkataan. Hanya dua perkataan sahaja berjaya pengkaji temui bagi penyebaran bunyi di tengah perkataan. 2.3. Analisis tentang Bunyi-Bunyi Diftong 2.3.1. Bunyi Diftong Bunyi diftong adalah bunyi geluncuran. Bunyi ini dihasilkan dengan geluncuran dua vokal, iaitu dari satu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. Bermakna terdapat dua bunyi vokal yang dibunyikan secara berturut-turut. Namun, lafaz bunyi vokal pertama lebih lantang dibandingkan dengan bunyi vokal yang kedua. Bunyi ini dilambangkan dengan dua lambing vokal. Yang pertama menunjukkan keadaan lidah semasa mula melafazkan bunyi vokal yang pertama. Manakala vokal kedua menunjukkan keadaan lidah diakhir sebutan. Bunyi diftong ini mempunyai satu puncak kelantangan. (Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, 2006)
29

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Manakala menurut Dr Rahmat Sato (2002), Bunyi vokal dihasilkan apabila udara mengalir dengan bebas tanpa sebarang gangguan di sepanjang saluran udara. Dalam hal ini, sekatan yang terjadi pada pita suara lazimnya tidak disebut artikulasi. Apabila glotis dirapatkan sehingga pita suara bergetar, maka lahirlah bunyi vokal bersuara. Sebaliknya apabila glotis terbuka dan pita suara tidak bergetar, terhasillah bunyi vokal tak bersuara. Terdapat tiga bunyi diftong dalam Bahasa Melayu, iaitu /ai/, /au/ dan /oi/. Ketiga-tiga bunyi diftong ini boleh menbentuk suku kata seperti /pantai/, /limau/ dan /samboi/. Berikut adalah rajah kedudukan diftong bahasa Melayu.

a) Diftong /ai/ Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah secara anggarannya pada posisi semasa menghasilkan bunyi vokal depan /a/ dan secepatnya beralih kepada bunyi vokal depan tertutup /i/. Bahagian depan lidah yang dinaikkan ini tidak sebenar-benar sampai kepada posisi seperti melafazkan bunyi /i/. Hujung lidah menyentuh gigi depan bahagain bawah. Bentuk bibir dalam keadaan neutral dan pembukaan rahang dalam keadaan antara sederhana dan luas. b) Diftong /au/ Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah seperti melafazkan bunyi /a/ dan secepatnya beralih kepada bunyi vocal belakang tertutup /u/. Ketika menghasilkan bunyi ini bahagian belakang lidah tidak benar-benar menaik seperti melafazkan bunyi /u/. Bentuk bibir pada
30

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

mulanya tidak berkeadaan bundar tetapi apabila hamper pada selesainya lafaz bunyi ini bentuk bibir menjadi bundar. Hujung lidah hampir-hampir menyentuh gigi depan bahagian bawah dan pembukaan rahang antara luas dan sederhana. c) Diftong /oi/ Bunyi ini dihasilkan dengan kedudukan lidah mula menggeluncur pada posisi vokal belakang separuh tertutup /o/ dan secepatnya beralih pada bunyi vokal depan tertutup /i/. Walau bagaimanapun bahagian belakang lidah ini tidak benar-benar menaik seperti ketika melafazkan bunyi /u/. Bentuk bibir pada mulanya tidak dalam keadaan bundar tetapi apabila hampir kepada selesainya lafaz bunyi ini bentuk bibir menjadi bundar. Hujung lidah hampirhampir menyentuh gigi depan bahagian bawah dan pembukaan rahang antara sederhana dan luas. 2.3.2. Bunyi-Bunyi Diftong dalam Bahasa Iban Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa bunyi-bunyi diftong yang terdapat dalam bahasa Iban adalah lebih kurang seperti di dalam bahasa Melayu. Di dalam bahasa Iban cuma terdapat tiga jenis bunyi-bunyi diftong yang diperolehi dan ditemui hasil dari temu bual bersama informan dan bahan-bahan rujukan iaitu bunyi diftong /ai/, /au/ dan /ui/. Di sini juga, analisis bunyi-bunyi diftong dibahagikan kepada tiga penyebaran bunyi konsonan iaitu depan, tengah dan juga belakang perkataan. Penyebaran bunyi-bunyi diftong dalam bahasa Iban adalah seperti berikut:1) Diftong /ai/ Terdapat beberapa perkataan yang menggunakan penyebaran bunyi-bunyi diftong /ai/ di dalam bahasa Iban, iaitu seperti:Fonem /ai/ Depan Tengah

Belakang [uka]

31

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

Dengan itu di dalam penyebaran diftong /ai/, dapatlah dianalisis bahawa diftong /ai/ sangat kerap digunakan dan mudah ditemui oleh pengkaji di dalam bahasa Iban. Ianya digunakan pada banyak perkataan yang mempunyai penyebaran bunyi diftong /ai/ pada belakang perkataan. Manakala, hanya satu perkataan sahaja yang ditemui oleh pengkaji yang mempunyai penyebaran bunyi diftong /ai/ pada tengah perkataan. Akan tetapi, penyebaran bunyi diftong /ai/ ini merupakan penyebaran bunyi di belakang perkataan yang paling banyak digunakan di dalam bahasa Iban. Namun, pengkaji tidak berjaya menemui perkataanperkataan di dalam bahasa Iban yang menggunakan penyebaran bunyi diftong di depan perkataan. Bagi memperkukuhkan lagi kenyataan yang dibuat oleh pengkaji, di bawah ini dinyatakan beberapa perkataan di dalam bahasa Iban yang menggunakan penyebaran bunyi diftong /ai/: [data] [kta] [dua] 2) Diftong /au/ Terdapat beberapa perkataan yang menggunakan penyebaran bunyi-bunyi diftong /au/ di dalam bahasa Iban, iaitu seperti:Fonem /au/ Depan Tengah [taka] Belakang [pendia] [le [apa] [nada] [uka] [penata] [umba] [uta] [pana] [ala] [mata] [gula] [maka] [besa]

Dengan itu di dalam penyebaran diftong /au/, dapatlah dianalisis bahawa diftong /au/ adalah tidak mudah ditemui. Jika pun ada, ianya digunakan pada beberapa perkataan yang mempunyai penyebaran bunyi di belakang perkataan. Dan pengkaji hanya berjaya menemui satu perkataan juga bagi penyebaran bunyi diftong /au/ di tengah perkataan. Manakala,

32

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

pengkaji tidak berjaya menemui perkataan-perkataan di dalam bahasa Iban yang mempunyai penyebaran bunyi diftong /au/ di depan perkataan. 3) Diftong /ui/ Terdapat beberapa perkataan yang menggunakan penyebaran bunyi-bunyi diftong /ui/ di dalam bahasa Iban, iaitu seperti:Fonem /ui/ Depan Tengah Belakang [nusu] -

Dengan itu di dalam penyebaran diftong /ui/, dapatlah dianalisis bahawa diftong /ui/ sangat sukar ditemui oleh pengkaji di dalam bahasa Iban, sama ada penyebaran bunyi tersebut di awal, di tengah atau di belakang perkataan. Dan hanya satu sahaja pengkaji berjaya menemui iaitu perkataan yang mempunyai penyebaran bunyi diftong /ui/ di belakang perkataan.

33

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

BAB 3 KESIMPULAN 3.0. Rumusan Fonetik bukan sahaja mengkaji bunyi bahasa tetapi juga membabitkan penangkapan dan pemprosesan bunyi. Bunyi- bunyi dan sebutan yang berbeza mempunyai organ- organ artikulasi sendiri untuk dihasilkan. Di dalam bahasa Melayu standard, kebanyakan bunyi konsonan akan diselitkan pada beberapa vokal. Manakala di dalam bahasa yang pengkaji telah kaji, iaitu bahasa Iban, susunan konsonan dan vokal tiada hadnya. Maka dapatlah disimpulkan bahawa di dalam kajian tentang Sistem Fonetik di dalam Bahasa Iban ini mempunyai perbezaan dari segi penggunaan penyebaran bunyi-bunyi, terutama sekali dapat dilihat di dalam penggunaan penyebaran bunyi-bunyi diftong yang hanya mempunyai tiga bunyi-bunyi diftong sahaja. Dari kajian ini juga, pengkaji dapat menganalisis penggunaan penyebaran bunyi diftong /ai/ yang seringkali berlaku di dalam perkataan-perkataan di dalam bahasa Iban, terutama sekali pada penyebaran bunyi di akhir perkataan. Tambahan lagi, penggunaan penyebaran bunyi-bunyi konsonan bagi konsonan /ng/ dan /ny/ yang juga banyak didapati di awal perkataan di dalam bahasa Iban ini, yang mana jika dilihat dari sudut bahasa Melayu, ianya adalah seperti bahasa singkatan dalam penggunaan SMS, misalnya ngmbil, nyuci dan lain-lain lagi bahasa singkatan yang digunakan oleh belia masa kini semasa menggunakan teks SMS. Selain itu, pengaji juga menemui pengguguran penyebaran bunyi konsonan /h/ di awal perkataan di dalam bahasa Iban. Secara tidak langsung, melalui kajian ini, pengkaji dapat memperolehi beberapa dapatan-dapatan baru yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang akan datang, dan akan dapat member informasi dan maklumat yang terkini bagi pengkaji-pengkaji bahasa yang lain.

34

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

3.1. Saranan dan Cadangan Setelah merumuskan kajian bahasa Iban yang mengfokuskan pada Sistem Fonetik di dalam Bahasa Iban, maka dapatlah pengkaji mengulas beberapa saranan dan cadangan yang mungkin bersesuaian, dan berguna bagi pengkaji-pengkaji bahasa yang lain agar kertas kerja yang diusahakan akan lebih bermutu dan bermakna. Pertama sekali adalah disarankan supaya meluangkan banyak masa bersama penutur-penutur bahasa yang hendak dikaji dan bersikap terbuka dalam pergaualan bersama mereka. Pertemuan dan sesi temu bual dengan informan hendaklah lebih daripada tiga sesi supaya kajian akan lebih terbuka dan banyak pengalaman bersama informan. Tambahan lagi, bilangan informan yang hendak ditemui atau ditemu bual juga haruslah lebih daripada tiga orang agar banyak penemuan dan isi-isi penting serta perbandingan yang bakal ditemui oleh pengkaji, supaya dapat dianalisis dan dicatatkan dalam kajian. Seterusnya, peralatan yang lengkap untuk menjayakan kajian tersebut seperti alat rakaman suara, alat rakaman video, kamera, pensel, buku catatan, zip-block dan mana-mana peralatan yang penting dalam membantu kelancaran kajian bahasa tersebut. Kemudian disarankan supaya semasa sesi temu bual itu hendaklah dilakukan secara one-to-one, bukan secara berkumpulan atau sekaligus kerana ianya boleh membawa kepada ketidakpuasan dalam mendapatkan informasi-informasi yang dikehendaki dan tiada peluang untuk menemuramah informan yang lain. Akhir sekali adalah saranan yang penting untuk pengkaji itu sendiri supaya lebih sistematik dan pro-aktif. Sepatutnya menyediakan segala butir-butir dan mengetahui tujuan yang utama kajian itu dibuat. Pengkaji juga hendaklah terlebih dahulu tahu akan apa yang perlu dikaji dan bersedia

35

AB-1202 FONETIK DAN FONOLOGI

dengan segala idea-idea atau cara yang bersesuaian bagi mendapatkan informasi-informasi dan segala maklumat yang diperlukan.

36

Anda mungkin juga menyukai