Anda di halaman 1dari 13

UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

Bahasa memainkan peranan yang penting dalam komunikasi seharian. Manusia

menggunakan bahasa untuk memberi maklumat, menyampaikan perasaan dan idea kepada

orang lain. Inilah sebabnya bahasa boleh dikatakan sebagai medium komunikasi. Bahasa

digunakan dalam situasi formal dan tidak formal. Terdapat beberapa kepelbagaian bahasa yang

digunakan dalam konteks tidak rasmi. Salah satunya adalah slanga. Slanga merujuk kepada

Kamus Dewan edisi keempat (2005) bermaksud kata-kata yang terdiri daripada ungkapan dan

sebagainya yang tidak tergolong dalam bahasa baku, sering digunakan dalam percakapan tidak

rasmi. Slanga juga boleh diertikan sebagai penyimpangan norma sebutan atau tatabahasa di

dalam pertuturan.

Coleman (2012) juga mencadangkan bahawa slanga dibezakan dalam perubahan

semantik yang lebih umum kerana ia biasanya mempunyai kaitan dengan tahap tertentu

'keseronokan’. Pembangunan slanga adalah dianggap sebahagian besarnya proses ucapan

yang "spontan, meriah, dan kreatif". Francis Katamba dalam English Words (2005)

mendefinisikan slanga sebagai istilah yang digunakan untuk menghuraikan salah satu variasi

bahasa yang mempunyai kosa kata yang tidak formal atau yang bukan standard.

Perkara seumpama ini terjadi dalam semua bahasa di dunia, tambahan pula slanga

muncul seusia atau lebih awal dengan bahasa bagi sesebuah bangsa (Nik Safiah Karim, 1996).

Teo Kok Seong (1996) juga mengatakan bahawa slanga yang kompleks sifatnya telah wujud

sejak bahasa mula muncul dalam tamadun manusia. Fenomena slanga bukanlah suatu yang

baru, malah sudah wujud dalam masyarakat semenjak masyarakat tersebut mempunyai bahasa

rasmi yang digunakan dalam situasi formal. Ini kerana slanga hanya digunakan dalam kalangan

kelompok masyarakat tertentu dalam situasi tidak formal.

Pada zaman globalisasi ini, terdapat pelbagai medium seperti blog, WhatsApp, Twitter

dan Facebook yang menjadi bahan untuk menyampaikan maklumat dan menjadi kegilaan
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

remaja. Akibatnya, remaja menggunakan medium globalisasi ini untuk berhubung antara satu

sama lain dan secara langsung telah mengembangkan lagi bahasa slanga dengan lebih mudah.

meluas kosa kata slanga baharu yang muncul bagi memudahkan pengungkapan sesuatu

perkara. Kosa kata baharu ini pada peringkat awal digunakan hanya untuk memeriahkan

suasana sahaja, namun demikian lama kelamaan kosa kata tersebut menjadi budaya dalam

percakapan. Hal ini menyebabkan generasi muda yang akan datang terpengaruh dengan

budaya bahasa slanga yang digunakan pada masa kini. yang menyalahi sistem bahasa Melayu

standard. Menurut Ramaa Prasad (1992), simbol paling penting manusia adalah bahasa

mereka dan melalui bahasa ini mereka mentakrifkan realiti.

Slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang tidak

dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa. Bahasa slanga juga sering dijumpai di

kawasan kosa kata yang merujuk kepada perkara-perkara yang dianggap tabu. Ia sering

digunakan untuk mengenal pasti seorang rakan dan walaupun ia mungkin biasa di kalangan

orang muda, ia juga digunakan oleh semua peringkat umur dan kumpulan sosial.

Perkataan slanga bermaksud kata-kata yang tidak tergolong dlm bahasa baku (biasa digunakan

dalam percakapan tidak rasmi). Sebagai contoh, cun, awek. Pada kata dasar lain,

bahasa slanga ialah kata-kata yang digunakan dalam konteks percakapan tidak rasmi atau

tidak baku. Sesuatu kata slanga boleh diputuskan oleh pakar-pakar bahasa untuk dijadikan

bahasa standard (berdasarkan peruntukan tertentu). Mengikut Kamus Bahasa Melayu

Nusantara DBP Brunei "Bahasa Slanga "bermaksud: ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku

yang sifatnya tidak tetap atau musiman, biasanya digunakan oleh kaum remaja atau kelompok

sosial tertentu untuk berkomunikasi dalam kelompok itu sendiri.

Gosta Orang utara paling gemar mengunakan pekataan ni bila nak mengundur kereta

2
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

n “Hang gostan kereta hang sikit” kata orang kedah. Walaupun lawak bunyinya,

gostan memang wujud dalam kamus dewan edisi keempat yang membawa maksud

secara amnya ‘undur atau ‘ke belakang.

Barai Istilah ‘barai’ kini semakin kerap digunakan untuk mengatakan sesuatu yang

kurang elok tentang gadis seperti ‘awek barai’ ataupun enjin motor (“habis barai

enjin gua bro”). istilah ‘barai’ di dalam kamus dewan edisi keempat sebenarnya

merujuk kepada sesuatu yang luruh dan bertaburan seperti kita membawa satu

plastik buah, tetapi plastinya bocor. Habis barai buah itu ketanah.

Palat Masyarakat zaman sekarang mengetahui perkataan ‘palat’ adalah perkataan yang

kotor, akan tetapi ‘palat’ juga merujuk kepada seseorang yang tidak berguna.

Sesetengah individu menggunakan perkataan palat untuk melabelkan seseorang

itu tidak berguna seandainya dia hanya tahu makan tidur sahaja.

Koman Satu lagi istilah yang popular untuk orang utara ‘koman’ selalu digunakan untuk

merujuk kepada barang kurang berkualiti. Ya, istilah ini adalah benar. ‘Barang

koman’ merujuk kepada barang-barangan, produk atau benda yang biasa-biasa

sahaja.

Ngam ‘ngam’ atau ‘ngam-ngam’ memang merujuk kepada maksud tepat, cukup, cocok

atau sepadan.

Tapau “mamak! Roti canai tapau 2” merupakan ayat biasa yang kita dengar merujuk

kepada bahan yang perlu dibungkus untuk dibawa pulang. Pengunaan istilah tapau

3
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

adalah membawa maksud menapau membungkus untuk dibawa pulang.

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009: 598), proses pembentukan kata ialah proses

yang terlibat dalam penghasilan binaan-binaan perkataan, iaitu bagaimana morfem sebagai

unsur perkataan disusun dan dicantumkan untuk membentuk perkataan. Untuk menjawab

objektif pertama kajian ini, iaitu menghuraikan kosa kata slanga yang digunakan di dalam media

sosial, proses pembentukan kata dijelaskan dari sudut morfologi, iaitu bahagian tatabahasa

yang memberikan perhatian terhadap perkataan dan pembentukan kata (O’Grady & Archibald

2009: 109).Berdasarkan analisis penggunaan slanga di dalam media sosial, terdapat tiga

proses pembentukan kosa kata slanga. Proses-proses tersebut ialah pengimbuhan,

pengakroniman dan penggandaan.

Kota Kata
Contoh Ayat Makna
Slanga

Dah habis charge tenaga,lepas zohor pergi berjimba


Berjimba Bersuka-ria
pula

Orang datang hotel kemain cantik meletops bagai


Meletops hangat
kan,aku pakai siper jepun de.

Lettew Kalau suruh balik tu almaklum,bye bye..tak dapat lettew. Lah itu

Aku dah cakap 2 kali nak buat, buat la. Tanak buat sila
Tanak Tidak hendak
bayar bil.

Terngiang-ngiang ayat tu sampai kiamat.terasa wey tapi


Watlek Buat relaks
aku watlek je masa tu.

So kalau pergi Korea,pegi la ramai-ramai,tong-tong


Tong-tong kongsi
dapat murah sikit.

Riban-riban Nak beli riban-riban memang tak mampu derr. Ribu-ribu

4
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

Nor Hafidah Ibrahim (2011) juga telah mengenal pasti dan menganalisis percampuran

bahasa dan slanga dalam ruangan blog remaja. Beliau melihat kesendirian kata atau frasa yang

meliputi beberapa aspek seperti percampuran bahasa dan penggunaan slanga. Beliau

mendapati kebanyakan penulis blog lebih gemar mencampurkan bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris. Penggunaan slanga pula mendapati pengguna slanga bukan hanya menjadikan

bahasa Inggeris sahaja sebagai slanga, tetapi mereka juga membina istilah tertentu dalam

interaksi sosial. Menurutnya lagi, penggunaan kata slanga yang dimanifestasikan daripada

bahasa asing dan dieja dengan rumus bahasa Melayu sama ada mengekalkan atau mengubah

makna asal perkataan tersebut.

Kota Kata Contoh Ayat Makna

Slanga

Jeles Jangan jeles. Cemburu

Gerenti dia kena marah punya pasal biarkan aku


Gerenti Sudah pasti
kelaparan.

Terer Dia memang terer melukis. Pandai

Dunno Dia buat dunno je. Tidak peduli

Obesi Dia akhirnya melajutkan pelajarannya ke obesi. Luar negara

Kaler Macam Power Rangers kaler hijau. Warna

Hensem Abang Najmuddin la nampak hensem jugak. Kacak

Menurut Fatin Hafizah Mohd. Sahar dan Mahani Ishak (2016) melalui kajiannya

berkenaan “Pelacuran Jejas Moral Masyarakat” ingin mengfokuskan berkaitan Bahasa slanga

yang dituturkan oleh pelacur dengan mengambil kira analisis makna konotatif dalam bidang

5
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

semantik. Golongan ini menggunakan bahasa-bahasa rahsia tertentu dalam komunikasi antara

mereka dengan pelanggan. Bahasa-bahasa rahsia atau dalam konteks kajian ini bahasa

slanga telah menjadi kata kunci antara mereka ketika berurusan. Merujuk Nur Afiqah Wan

Mansor dan Nor Hashimah Jalaluddin (2015), segala suatu hajat, hasrat dan permintaan

tidak dinyatakan dengan cara berterus terang namun, ia diungkapkan secara berkias dan

berlapik agar kelihatan lebih sopan melalui kiasan ini. Samalah juga dengan konteks dan

situasi golongan pelacur ini tidak menggunakan bahasa yang mudah untuk mendapatkan

pelanggan.

Kota Kata Contoh Ayat Makna

Slanga

“ko tolong lah kenalkan aku dengan orang yang


Voodoo Guna-guna
boleh voodoo customers aku jugak”.

“Gundik tu baru sampai semalam maa”.


Gundik Perempuan simpanan

“cuba China Doll bos.Terbaik punya”. Pelacur diimport dari


China Doll
China

Sales “Bape banyak sales dapat malam ni”. Keuntungan

Kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf - huruf pertama atau suka kata

beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan (Kamus Dewan Edisi

Keempat 2005). Selain itu, pengkaroniman ialah satu proses morfologi yang menerbitkan kata

dengan cara mencantumkan elemen - elemen tertentu daripada kata dasar yang membentuk

satu frasa atau kata majmuk (Harishon Radzi 2007). Umumnya, kata akronim itu ialah singkatan

beberapa kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar (Mashudi Kader et al.

2006).

6
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

Kota Kata Contoh Ayat Makna

Slanga

Camtu “Kalau camtu, jom la” seperti Itu

“Apa diorang merepek ni?”


Diorang mereka

Seposen “... buat muka seposen” sepuluh sen

Apecer “Apacer rumah yang terbakar tu” Apa cerita

Sado “sado betul badan lelaki itu” Besar bodoh

Kata ini dibentuk dengan mengambil kata yang sedia ada atau wujud sama ada dari

kata pinjaman atau dari kata dalam bahasa itu sendiri tetapi pengertiannya diubah (Amat Juhari

Moain 1985). Kata diperbaharui makna adalah kata yang telah tercatat dalam Kamus Dewan

Edisi Keempat (2005) tetapi telah diperbaharui dengan pengubahsuaian atau penambahan

daripada segi makna. Perubahan makna terjadi kerana perkembangan pemikiran penutur yang

kreatif dalam meluaskan makna sesuatu perkataan. Perubahan makna diberi kepada setiap

kata berdasarkan konteks iaitu memenuhi kehendak dan keperluan ujaran.

Kota Kata Contoh Ayat Makna

Slanga

“Kalau terus camni, kita kat bawah ni yang *Bergerak

Jalan jalan dulu!”


* Maksud asalnya tempat lalu

lintas

“No problem la kawan ... Kacang Aje” *Senang

Kacang *Maksud asalnya ialah sejenis

makanan kekacang

Kencing “Cis! Adam dah kencing aku le ni!!” *Menipu atau ditipu

7
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

*Maksud asalnya air najis yang

keluar daripada kemaluan

“aku dah pisang dah ni tunggu kau” *Bosan

Pisang *Maksud asalnya ialah sejenis

buah

Penggunaan bahasa slanga sebenarnya penting dalam interaksi sosial. Ia dianggap

sebagai keseronokkan semasa berbahasa. Ia juga membantu mendedahkan makna-makna

tersirat di sebalik setiap perkataan yang digunakan oleh penutur bahasa slanga ini. Ini adalah

bagi menyedarkan masyarakat di luar sana bahawa kreativiti juga boleh wujud dalam pelbagai

bentuk dan salah satu daripadanya ialah bahasa slanga. Masyarakat seharusnya melihat

bahasa slanga sebagai satu bentuk ciptaan baru yang boleh memperkayakan lagi kosa kata di

dalam bahasa Melayu dan bukannya sebagi perosak. Malah dengan adanya variasi bahasa

sebegini akan membuatkan bahasa Melayu lebih ‘segar’ dan kelihatan lebih produktif.

Selain daripada itu juga, kepentingan bahasa slanga ialah ianya dapat meringkaskan

sesebuah perkataan yang panjang menjadi pendek dan lebih mudah untuk diingati. Sebagai

contoh, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia, diringkaskan

menjadi FSKB, UKM. Ringkasan ini hanya difahami oleh golongan yang berada dalam

lingkungan kawasan itu sahaja dan dalam konteks ini, hanya pelajar UKM sahaja yang

memahami istilah dan maksud FSKB itu. Maka secara tidak langsung, ia memudahkan sesuatu

itu disebut tanpa mengelirukan orang ramai.

Penggunaan bahasa slanga ini telah menular dengan begitu meluas sekali dalam

kalangan remaja penutur Melayu. Penggunaan bahasa slanga telah menjadi gaya pertuturan

8
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

dalam penutur jati Melayu itu sendiri. Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga

selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada

perkataan tersebut. Bahasa slanga telah mula digunakan lebih 30 tahun dahulu yang

dipopularkan oleh penyanyi rock,ungkapan-ungkapan popular yang menjadi ikutan para remaja

pada ketika itu ialah tangkap cintan, tangkap leleh di samping ganti nama lu dan gua.

Pada hari ini, penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi

maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Melalui ruang ‘chatting’ dalam internet pula

pelbagai bentuk bahasa slanga terhasil, antaranya, slanga yang terbentuk daripada

percantuman dua perkataan seperti pekabor (apa khabar,) askum (assalamualaikum) dan

banyak lagi. Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan sahaja digunakan dalam bahan

bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini.

Antara faktor yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan penggunaan

bahasa slanga ini adalah kerana Bahasa Slanga dianggap sebagai sesuatu kiasan atau

sebutan spontan yang mampu menghilangkan tekanan emosi dan stress. Ini kerana

kebanyakan remaja yang menggunakan bahasa slanga ini terdiri daripada remaja yang

menghadapi masalah dan sering berkumpul bersama kawan-kawan seusianya untuk

melupakan atau menghilangkan tekanan emosi yang dihadapi. Kedua, ialah dengan wujudnya

istilah kerahsiaan dalam kumpulan. Sebagai contoh, golongan remaja sering menggunakan

Bahasa slanga untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu

sahaja. Kadang kala bahasa slanga yang digunakan menjadi kod rahsia kumpulan remaja

tersebut. Ketiga, ialah faktor pendedahan melalui media massa. Ini kerana, rata-rata

pencemaran bahasa berlaku di alam siber adalah gara-gara penulisnya ingin menjimatkan

masa. Pastinya kerana telah terbiasa dengan cara komunikasi dalam telefon bimbit, melalui

sistem pesanan ringkas dan pergaulan sesama. Walau bagaimanapun, berkomunikasi di

9
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

telefon bimbit adalah berlainan dengan berkomunikasi di alam siber. Ini kerana, mesej yang

dihantar melalui telefon hanya dibaca dan difahami oleh penerimanya sahaja. Akhir sekali,

masyarakat selalu menyalahkan pengaruh rakan sebaya apabila berlakunya sesuatu masalah

yang melibatkan remaja. Sebenarnya, apa yang masyarakat tidak sedar ia adalah kehendak

seseorang itu sendiri sama ada ingin dirinya dipengaruhi ataupun tidak. Bagi faktor rakan

sebaya, betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain kerana mereka

sendiri tidak pasti akan identiti mereka sendiri.

Antara keburukan Bahasa Slanga adalah ia mampu menjejaskan kedaulatan Bahasa di

negara kita pada kian hari. Dengan pengunaan bahasa slanga yang meluas dikalangan remaja

juga menyebabkan wujudnya bahasa yang bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi

juga dalam penulisan. Penulisan-penulisan yang digunakan dalam sesebuah buku terutama

dalam bacaan ringan seperti komik juga telah terpengaruh dengan bahasa slanga. Ia kian hari

mampu menjejaskan kedaulatan Bahasa yang telah sekian lama kita jaga.

Selain itu, wujudnya istilah baru dari kesan penggunaan bahasa yang serba mudah dan

meluas ini. Banyak istilah baru dicipta yang muncul bagi memudah ekspresi semasa

berinteraksi. Contoh istilah-istilah baru yang muncul dari kesan penggunaan bahasa slanga

ialah caye (percaya), camni (macam ini) dan teypon (telefon). Istilah-istilah ini pada

peringkat awalnya digunakan hanya untuk memeriahkan suasana sahaja, namun demikian

lama kelamaan istilah ini menjadi budaya dalam percakapan.

Seterusnya, ialah Bahasa Melayu Formal yang semakin kurang dek ditelan zaman.

Sekiranya kita menerima kebiasaan pengunaan bahasa slanga bagi penggunaan di alam realiti

maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Penggunaan bahasa slanga yang

berleluasa pada masa kini akan menyebabkan bahasa melayu yang asal akan terhakis sedikit

demi sedikit.

10
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

Akhir sekali, pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya

mendatangkan kerisauan bukan sahaja dalam kalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa

Melayu, malah ibu bapa juga tidak begitu setuju dengan pengaruh bahasa slanga ini. Ini kerana

bimbang akan penggunaannya yang menular daripada bentuk lisan kepada bentuk penulisan.

Memastikan semua pegawai dan kakitangan kerajaan menggunakan Bahasa Melayu

yang baik dan betul dalarn semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan,

dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang

melibatkan negara asing dan untuk tujuan melatih pegawai dan kakitangan supaya fasih

berkomunikasi dalam bahasa asing). Mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan

betul dari segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa dalam hal-hal seperti mesyuarat, surat-

menyurat, arahan pada papan tanda dan papan kenyataan, iklan, dokumen rasmi, kawasan

perumahan, premis pemiagaan dan lain-lain. Bahasa-bahasa lain boleh digunakan berdasarkan

kepada keperluan sahaja.

Dari segi pendidikan pula, para guru harus menitik beratkan cara penyampaian Bahasa

Melayu di dalam bilik darjah terutamanya aspek tatabahasa dalam kalangan pelajar sejak di

peringkat sekolah rendah lagi supaya pelajar-pelajar dapat mengetahui kelainan erti perkataan

yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam

lisan dan penulisan, menggunakan frasa yang betul serta menggunakan ayat dengan betul,

tepat dan gramatis. Hal ini dapat disokong dengan kenyataan Yahya Othman (2005:11) bahawa

rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-ansur sehingga membentuk

operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan operasi membina ayat. Abd. Aziz

Abd. Talib (2000:236) pula menyatakan bahawa pengajaran tatabahasa membolehkan pelajar-

pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran

berkomunikasi ini membantu pelajar menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi

11
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

dengan berkesan. Hal ini akan mengelakkan penggunaan Bahasa Melayu yang tercemar dari

segi tatabahasa.

Kesimpulannya,Bahasa slanga bukanlah merupakan satu perkara baru dalam dunia

bahasa di mana-mana. Ia bukanlah baru dalam budaya pertuturan masyarakat Melayu di

negara ini. Slanga yang dicipta juga sering berubah-ubah mengikut peredaran zaman dan

kegunaan dalam interaksi sosial. Istilah-istilah yang baru akan sentiasa muncul dari masa ke

semasa. Namun begitu, masih ramai yang tidak sedar akan kehadirannya di dalam komunikasi

seharian. Apa yang pasti, bahasa slanga mempunyai pro dan kontra dalam penggunaannya.

Maka, sama-samalah kita menilai baik dan buruknya penggunaan bahasa slanga dalam

kehidupan masyarakat.

Berikut merupakan antara rujukan yang boleh didapati sekiranya ingin mengetahui secara

terperinci berkenaan Bahasa slanga.

1. https://jurnal.plm.org.my/wp-content/uploads/2017/10/3.-.Rumus-bahasa-dalam-kosa-

kata-slanga.pdf

2. https://www.researchgate.net/publication/319580331_Semantik_Dan_Makna_Konotasi_

Dalam_Slanga_Pelacur.

3. https://www.researchgate.net/publication/283622571_PENGGUNAAN_SLANGA_DALA

M_KALANGAN_PELAJAR_KADAZAN_DUSUN_DI_UNIVESITI_PENDIDIKAN_SULTA

N_IDRIS

12
UVW410: BAHASA MELAYU UNIVERSITI

4. https://www.researchgate.net/publication/308964425_BAHASA_SLANGA_DALAM_KO

MIK_KANAK-

KANAK_SLANG_IN_CHILDREN'S_COMIC/link/57fb00f308ae91deaa63311e/download

5. https://www.studocu.com/my/document/universiti-utara-malaysia/bahasa-melayu-

pengurusan/mandatory-assignments/kesan-penggunaan-bahasa-slanga/2924148/view

13

Anda mungkin juga menyukai