Anda di halaman 1dari 2

SELOKA EMAK SI RANDANG

Maksud Emak Si Randang mempunyai budi yang baik tetapi tidak bertempat. Apabila tetamu datang atau orang dagang melalui kawasan rumahnya, dia menanak nasi untuk menjamu tetamunya itu. Apabila kayu api tiada, rumahnya diruntuhkan untuk dijadikan kayu api. Anaknya sendiri tidak diberi makan dan pulang ke rumah dalam keadaan lapar kerana nasi sudah habis diberi kepada tetamu atau orang dagang. Emak Si Randang sanggup meletakkan anak yang sedang dipangkunya untuk melayan orang lain. Tetamu atau orang dagang dilayan secara istimewa sehingga sanggup berhutang. Selepas orang dagang pergi, Emak Si Randang mengalami kerugian yang banyak. Beras milik Emak Si Randang sudah habis dan padinya pula tidak menjadi. Tema Tema seloka ini ialah berbuat baik kepada orang lain mengikut kemampuan. Persoalan a) Nasib malang akan menimpa kita jika akal fikiran tidak digunakan dengan baik. Tindakan Emak Si Randang merobohkan rumah untuk dijadikan kayu api adalah suatu kerja bodoh, sia-sia, dan merugikan diri sendiri. b) Terlalu mementingkan tetamu sehingga anak sendiri diabaikan. Sikap Emak Si Randang yang mengabaikan anak sendiri sehingga kelaparan adalah salah dari segi norma kehidupan.

c) Kesanggupan membebankan diri sendiri demi kepentingan orang lain. Emak Si Randang sanggup merobohkan rumah, membiarkan anaknya kelaparan, dan berhutang demi kepentingan orang dagang. d) Kepentingan bertindak secara rasional. Setiap perbuatan yang hendak kita lakukan mestilah dilakukan mengikut fikiran yang rasional supaya tidak mengalami kerugian. Bentuk

a) Terdiri daripada satu rangkap. b) Bilangan baris dalam rangkap tersebut ialah 8 baris. c) Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5. d) Terdiri daripada 8 hingga 10 suku kata. Dagang lalu ditanakkan (8 suku kata) Tiada kayu rumah diruntuhkan (10 suku kata) e) Rima akhir seloka ini ialah abbbbcac f) Seloka ini berbentuk bebas. Gaya Bahasa a) Anafora. Anak pulang kelaparan Anak di pangku diletakkan b) Paradoks. Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, c) Asonansi. (pengulangan vokal a - Anak pulang
kelaparan) d) Aliterasi. (pengulangan konsonan n Dagang lalu ditanakkan) e) Sinkope. Beras habis padi tak jadi

Nilai a) Berbudi Emak Si Randang sangat berbudi kepada tetamu yang bertandang ke rumahnya. Pengajaran a) Kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada orang lain tetapi harus kena pada tempatnya. b) Kita hendaklah menilai kemampuan kita terlebih dahulu sebelum mencurahkan budi kepada orang lain agar tidak membebankan kita. c) Seseorang ibu hendaklah bertanggungjawab terhadap anaknya agar anaknya itu dapat hidup dengan sempurna. d) Kita hendaklah memberi layanan istimewa kepada tetamu tetapi layanan itu hendaklah mengikut kemampuan kita. e) Kita hendaklah menjauhi amalan meraikan sesuatu atau orang lain secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan kesusahan kepada kita pada hari kemudian.

Anda mungkin juga menyukai