Anda di halaman 1dari 29

Topik 2 :

Rancangan Pemasaran

T.Shanmugam
Jabatan Pengajian Perdagangan
IPG Kampus Pendidikan Teknik, NIlai
Kandungan
1. Kepentingan Rancangan Pemasaran;
2. Kandungan Penting Rancangan Pemasaran;
i. Ringkasan Eksekutif
ii. Pasaran Sasaran
iii. Trend dan saiz pasaran
iv. Pertumbuhan pasaran
v. Analisis SWOT
vi. Persaingan
vii. Syer Pasaran
viii. Ramalan Jualan
ix. Strategi pemasaran
x. Belanjawan pemasaran
xi. Penyelidikan pemasaran
xii. Tindakan Kawalan
Konsep Pemasaran

i. Mengkaji pengguna untuk mengenal pasti keperluan dan


kehendak pengguna dan seterusnya menjalankan segala
aktiviti di dalam firma untuk memenuhi keperluan dan
kehendak tersebut dan dalam masa yang sama dapat
mencapai matlamat organisasi;
ii. Matlamat pemasaran ialah untuk memberikan kepuasan
pembelian kepada pengguna dan memberikan
keuntungan kepada peniaga. Kedua-dua matlamat ini
seiring;
iii. Bagi sesuatu usaha terokaan baharu, aktiviti pemasaran
perlulah dilakukan sebelum sesuatu usaha penerokaan itu
dimulakan.
Definisi Pemasaran

Pemasaran merujuk kepada usaha yang dilakukan secara


sistematik untuk:
i.Menawarkan produk atau perkhidmatan yang memenuhi
keperluan dan kehendak pelanggan;
ii.Memberikan kepuasan yang berterusan kepada pelanggan
agar sentiasa membuat pembelian berulangan;
iii.Melariskan dan meningkatkan prestasi jualan produk atau
perkhidmatan;
iv.Mengekalkan dan meningkatkan keuntungan kepada
usahawan.
Rancangan Pemasaran
Rancangan Pemasaran merupakan salah satu elemen penting dalam
Rancangan Perniagaan.

Ia merangkumi kesemua aktiviti-aktiviti usahawan untuk mencapai objektif


pemasaran yang spesifik dalam tempohmasa yang ditetapkan.

Rancangan pemasaran bermula mengenalpasti (melalui kajian pasaran)


kehendak spesifik sekumpulan pengguna dan bagaimana usahawan
bertindak memenuhi kehendak ini disamping memperolehi pulangan yang
berpatutan.

Perancangan ini merangkumi analisis tentang keadaan pasaran pada masa


kini dan depan (peluang dan trend) dan program tindakan yang terperinci
beserta dengan belanjawan, ramalan jualan, strategi pemasaran dan
penyata pendapatan proforma (dianggarkan).
Kepentingan Rancangan Pemasaran

Penyediaan Rancangan Pemasaran penting kerana:


i.Memberi peluang untuk seseorang usahawan melihat dan
menilai prospek pemasarannya dengan teliti, objektif dan
kritikal;
ii.Membantu usahawan membuat anggaran berkaitan
keperluan sumber kewangan untuk melaksanakan strategi
pemasaran yang dipilih dan seterusnya membuat pengagihan
sumber diantara aktiviti-aktiviti yang dirancang dengan lebih
berkesan;
iii.Menyedarkan usahawan tentang kemungkinan masalah
yang akan timbul dalam melaksanakan rancangan
pemasaran.
Kandungan Rancangan Pemasaran

i. RINGKASAN EKSEKUTIF
• Bahagian utama Rancangan Pemasaran
yang secara ringkas menerangkan elemen-
elemen utama produk dan perkhidmatan
yang disasarkan untuk pemasaran.
• Panjang ringkasan eksekutif meliputi satu
muka surat dan mesti dianggap sebagai
dokumen penting yang berasingan.
Kandungan Rancangan Pemasaran

i. RINGKASAN EKSEKUTIF (Contoh)


Kandungan Rancangan Pemasaran

ii. PASARAN SASARAN


•Perniagaan khususnya usahawan tersebut perlu terlebih
dahulu mengenal pasti siapakah sasaran pasaran yang akan
menggunakan produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan
oleh perniagaan.
•Sasaran pasaran boleh ditafsirkan sebagai pengguna ataupun
pelanggan.
•Usahawan perlu menerangkan dengan jelas profil pelanggan
yang ingin disasarkan dari segi:-
• Demografi:
• Psikografik
Kandungan Rancangan Pemasaran

ii. PASARAN SASARAN (samb….)


Jelas profil pelanggan yang ingin disasarkan dari segi:-

Demografi: Psikografik:
• Umur, • Keinginan,

• Jantina, • Cita rasa,

• Pendaptan, • Ego,

• Pekerjaan, • Status,

• Taraf Pendidikan,
• Bilangan ahli
keluarga
Kandungan Rancangan Pemasaran

iii. TREND DAN SAIZ PASARAN


Trend Pasaran:
•Usahawan yang terlibat perlu membuat penyelidikan terhadap pasaran yang
ingin dimasukinya.
•Ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti aliran perkembangan semasa
industri yang ingin diceburi.
•Perlu dinyatakan sama ada industri tersebut sedang berkembang, menurun
atau dalam keadaan yang stabil. Berikan statistik jika ada bagi menyokong
kenyataan yang dibuat.
•Penyelidikan secara berterusan di dalam mengenalpasti perubahan terhadap
keinginan dan cita rasa pengguna juga perlu dijalankan untuk mengetahui
perubahan cita rasa semasa dan perubahan cita rasa di masa akan datang.
Ini dapat membantu dalam meramalkan jualan.
Kandungan Rancangan Pemasaran

iii. TREND DAN SAIZ PASARAN


Saiz Pasaran:
•Saiz pasaran ialah jumlah keluasan pasaran atau lebih tepat lagi, jumlah
potensi pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam jangka masa setahun.
•Dalam mengira saiz pasaran, beberapa faktor perlu diambil kira di
antaranya ialah :-
• Jangan mengabaikan pembahagian mengikut pesaing di dalam
pasaran yang luas.
• Saiz pasaran perlu dinyatakan di dalam bentuk unit atau Ringgit
Malaysia (RM)
Kandungan Rancangan Pemasaran

iii. TREND DAN SAIZ PASARAN


Contoh Pengiraan Saiz Pasaran:

Perusahaan Muruku Segera Nona Sdn. Bhd.:


•Pasaran sasaran sekitar 20 km persegi dari lokasi perniagaan. Dua kumpulan
pembeli utama :
1. Murid sekolah rendah pembeli utama
2. 3000 keluarga bermastautin di kawasan yang sama
•Hasil kajian:
• Murid sekolah = Pembelian RM 500/seminggu atau RM 2,000/sebulan
• Keluarga = Pembelian RM 4,000.00 sebulan
• Berdasarkan saiz pasaran jika 12 bulan (1 Tahun)
= RM 24,000 (2000 x 12) + RM 48,000 (4000 x 12) = RM 72,000.00
Saiz Pasaran = RM 66,000.00 setahun (ambil kira cuti sekolah)
Kandungan Rancangan Pemasaran

iv. PERTUMBUHAN PASARAN / PERUBAHAN PERSEKITARAN


PERNIAGAAN
• Perubahan dan perkembangan teknologi, peraturan dan undang-undang dalam
industri, perubahan setempat dan suasana sosiobudaya akan mempengaruhi
pertumbuhan sesuatu pasaran.

• Usahawan perlu peka terhadap perubahan tersebut sekiranya perubahan itu


memberi kesan langsung terhadap perniagaan mereka.
• Contoh :
- Pengharaman penjualan dan pengedaran
VAPE oleh kerajaan negeri Selangor, Melaka, Johor,
Kelantan, Kedah, Perlis atas alasan kesihatan.
- Keadaan telah merugikan banyak usahawan yang
meramalkan permintaan tinggi untuk produk ini dan
berbelanja banyak untuk mendapatkan stok jualan
tetapi diharamkan penjualannya.
Kandungan Rancangan Pemasaran

v. ANALISIS SWOT

• Analisis SWOT merujuk analisis tentang kekuatan (Strength),


kelemahan (Weaknesses), peluang (Opportunities) dan ancaman
(Thread) bagi sesebuah firma perniagaan

• Merangkumi analisis dalaman dan luaran firma perniagaan yang boleh


memberikan kesan ke atas keputusan firma pada masa sekarang dan
masa hadapan

• Analisis ini berguna dan membantu firma berada di landasan yang


sepatutnya.
Kandungan Rancangan Pemasaran

v. CONTOH ANALISIS SWOT

Produk kecantikan SIMPLYSITI


• Ditubuhkan pada awal 2010 oleh penyanyi terkenal
Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza.

• Syarikat ini menawarkan barisan produk kecantikan


kulit (skin care) dan hiasan muka (make-up)

• Mengorak langkah meningkatkan penawaran lebih


banyak produk kecantikan untuk mengatasi
persaingan dari Eau de Parfume, Avon dan The Body
Shop,Adidas Sprays dll

• Kini mempunyai syer pasaran sebanyak 85% dengan


kumpulan sasarannya pengguna kelas pertengahan.
Kandungan Rancangan Pemasaran

v. CONTOH ANALISIS SWOT

KEKUATAN KELEMAHAN
(STRENGTHS) (WEAKNESSES)
•Sesuai untuk lelaki •Kurang kesedaran
dan wanita pengguna terhadap
•Harga sepadan jenama (lack of
dengan nilai (value brand awareness)
pricing)

PELUANG ANCAMAN
(OPPORTUNITIES) (THREADS)
•Meningkatkan •Persaingan dari
permintaan produk pesaing tempatan
•Meningkatkan dan luar negara.
kesedaran terhadap
jenama
Kandungan Rancangan Pemasaran

vi. PERSAINGAN
• Usahawan perlu menerangkan keadaan sebenar yang berlaku di
pasaran dengan mengenal pasti siapa pesaing yang menawarkan
barangan ataupun perkhidmatan yang serupa mahupun barangan
pengganti kepada kumpulan pelanggan/sasaran yang sama.
• Seandainya terdapat pengeluar-pengeluar lain yang telah dan akan
mengeluarkan barang-barang yang serupa,
• Senaraikan sekurang-kurangnya tiga pesaing utama yang wujud dalam
kawasan pasaran
• Nyatakan kekuatan dan kelemahan semua pesaing yang telah dikenal
pasti
• Nyatakan sama ada terdapat perniagaan lain yang serupa yang telah
menamatkan operasi atau menarik diri dengan sebab-sebabnya
Kandungan Rancangan Pemasaran

vi. PERSAINGAN (samb…..)


• Contoh analisis kekuatan dan kelemahan pesaing bagi Perniagaan
SimplySiti:

Nama
Kekuatan Kelemahan
Pesaing
• Harga produk : agak mahal
• Tidak memberi tumpuan kepada
AVON kumpulan pengguna
• Pelbagai barisan produk untuk berpendapatan menengah
kecantikan muka, badan, kulit dll bawah
untuk lelaki dan wanita pelbagai
umur • Harga produk : mahal dan ada
• Jenama yang terkenal luas di yang berpatutan
arena global • Tidak memberi tumpuan kepada
BODY SHOP
kumpulan pengguna
berpendapatan menengah
bawah
• Menyediakan produk deodorant • Lebih terkenal dengan produk
untuk badan dan kulit untuk semua sukan
ADIDAS
lapisan umur • Produk lebih kepada pengguna
Kandungan Rancangan Pemasaran
viii. RAMALAN JUALAN
• Usahawan perlu membuat ramalan jualan produk/servis berpandukan
kepada pengalaman lepas, pengalaman syarikat lain dalam penjualan
produk yang sama, maklumat pasaran dll.
• Anggaran jualan penting kepada usahawan dalam persediaan mengawal
stok jualan dan keupayaan kewangan.

• Contoh : Untuk perniagaan Simplysiti….berasaskan pengalaman lepasa, produk


kecantikan ini mungkin menjadi tarikan sebagai hadiah untuk Hari Kekasih
(Valentine’s Day) atau ketika musim perayaan seperti Hari Raya Puasa, Tahun
Baru Cina, Christmas dll.
Kandungan Rancangan Pemasaran
ix. STRATEGI PEMASARAN
• Elemen produk (product); tempat (place); harga (price) dan promosi (promotions)
adalah unsur pemasaran yang digabungkan dan dibentuk menjadi strategi
pemasaran perniagaan. Empat elemen ini dikenali sebagai campuran pemasaran
(marketing mix) atau 4P’s of Marketing.
Kandungan Rancangan Pemasaran
ix. STRATEGI PEMASARAN (Samb…)
• Contoh Strategi Pemasaran untuk iPhone:
Kandungan Rancangan Pemasaran
x. BELANJAWAN PEMASARAN
•Peruntukan belanjawan promosi jualan boleh dilihat berdasarkan kedudukan sesuatu keluaran di
dalam pasaran.

•Contohnya jika keluaran yang berada di dalam peringkat pengenalan mungkin memerlukan
peruntukan yang lebih besar, ini kerana alat promosi jualan yang sesuai diperingkat ini seperti
sampel, pek pengenalan yang memerlukan belanja yang agak besar.

•Berikut contoh menyediakan belanjawan pemasaran.

BELANJAWAN PEMASARAN
Belanja Aset Tetap Belanja Bulanan Lain-lain Belanja
Aktiviti
(RM) (RM) (RM)
Papan tanda 3,000

Promosi 10,000

Urusniaga harian:
Gaji 5,000
Komisen 5,000
Pengangkutan 5,000
JUMLAH 3,000 15,000 10,000
Kandungan Rancangan Pemasaran
xi. PENYELIDIKAN/TINJAUAN PEMASARAN
•Untuk mendapatkan maklumat tentang pasaran yang akan/telah diceburi supaya
membantu usahawan membuat perancangan perniagaan yang sesuai dan selaras
dengan perubahan dalam pasaran dan keadaan semasa.
•Tinjauan dan penyelidikan pemasaran akan membantu kebolehpasaran produk/servis
usahawan agar barangan tidak tertinggal dari segi keperluan teknologi dan pengguna.
Contoh kehilangan syer pasaran oleh telefon bimbit Nokia akibat kemunculan pesaing
seperti iPhone, Samsung.
•Dari masa ke semasa, usahawan hari meneliti perubahan dalam pasaran dari aspek:
• Trend perubahan permintaan sama ada meningkat atau menurun;
• Kemasukan produk/servis baru yang menjadi pesaing kepada
produk/servis yang dipasarkan;
• Sentiasa meneliti strategi/teknik pemasaran pesaing
Kandungan Rancangan Pemasaran
xii. MASALAH PEMASARAN & TINDAKAN KAWALAN

1. Pengembangan Idea Kreatif


2. Melakukan Inovasi
3. Menyusun Jadual Waktu
4. Menyampaikan Maklumat
5. Kerjasama Pasukan Yang Handal
6. Menyatukan Persepsi/ Tanggapan
7. Fokus Pada Sasaran
8. Menganalisis Perniagaan/Data
9. Mengelola Sumber Manusia
10. Membangun Komunikasi
11. Menyimpan Maklumat/Data
12. Menjalin Hubungan Jaringan (Peribadi, Awam dan Perniagaan)
13. Meraih Kejayaan/Untung
14. Ciri Keusahawanan

Anda mungkin juga menyukai