Anda di halaman 1dari 23

Bentuk dan Jenis Kesantunan

Verbal

Nonverbal
Kesantunan
Lisan

Penulisan
Kesantunan Verbal
Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan
upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai dengan
situasi. Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk menjaga wajah yang berfungsi
sebagai kehormatan seseorang
Terdapat lima jenis komunikasi lisan atau verbal yang lazimnya melibatkan tugas guru di sekolah,
iaitu perbincangan, pembentangan, ucapan, mesyuarat dan perbualan.
Ciri-Ciri Kesantunan Verbal
Penggunaan Bahasa Halus
Contoh: Terima kasih, selamat pagi, jemput dudk, minta kerjasama dsb.

Penggunaan Kata Ganti Nama


Contoh: Kata ganti nama diri pertama (saya), Kata ganti nama kedua (beliau), dan kata ganti nama ketiga (mereka).
Kata Ganti Nama Bahasa Diraja
Kata Kekeluargaan
Contoh: anakanda, ayahanda, bonda, kakanda, adinda.

Kata Ganti Nama Diri


o Kata Ganti Nama Diri Pertama
Contoh: Beta, Patik
o Kata Ganti Nama Diri Kedua
Contoh: Tuanku
o Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Contoh: Patik, Baginda, Tuanku, Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia
Kata Ganti Nama Orang Kebanyakan
Kata Ganti Nama Diri Keluarga
Contoh: Long, Ngah, Lang, Cik, Andak, Teh, Busu.

Gelaran Keluarga
Contoh: Pak Long & Mak Long, Pak Ngah & Mak Ngah.

Gelaran Pergaulan Biasa


Contoh: Cik, Puan, Encik.

Gelaran Pergaulan Formal


Contoh: Tuan, Puan, Encik, Cik, Saudara, Saudari.
Gelaran Warisan
Contoh: Raja, Tunku/ Ungku, Tuanku dsb.

Gelaran Anugerah
Contoh: Tun, Tan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka dsb.

Gelaran Kurniaan Ikhtisas


Contoh: Profesor, Profesor Diraja, Doktor, Cikgu, Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Berhormat dsb.

Gelaran Keagamaan
Contoh: Haji, Hajah, Labai.

Gabungan Gelaran
Contoh: Pak Haji, Puan Hajah, dsb.
Cara menghormati orang lain
melalui percakapan(verbal)
Dalam berkomunikasi seseorang bukan saja menunjukkan siapa dirinya,tetapi juga harus
menghormati orang lain.
Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain.
Menghargai pendapat dan percakapan orang lain.
Tidak memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan orang lain.
Mewujudkan persefahaman.
Melatih dari supaya berkelakuan sopan.
Menjaga perasaan orang lain.
Kesantunan Nonverbal
Merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat
Konsep kesantunan berbahasa non verbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak
menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
Sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku.
Fungsi Komunikasi Bukan Verbal
Mengulangi mesej verbal.
Sebagai pengganti komunikasi verbal.
Mengesahkan komunikasi verbal.
Menunjukkan maksud atau keadaan sebenar.
Sebagai pelengkap komunikasi verbal.
Kawal interaksi.
Jenis Kesantunan Bukan Verbal
Pergerakkan anggota badan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pergerakkan kepala,
tangan dan kaki.
Ekspresi wajah contohnya air muka, pergerakkan mata, dan senyuman.
Postur badan contohnya menundukkan badan, cara berjalan, berdiri dengan tangan di poket
seluar dan duduk dengan menyilang kaki.
Kesantunan Lisan
Komunikasi lisan
Dikenali sebagai komunikasi verbal .
Komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual .
Kebaikannya :
Mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia
Menjalinkan hubungan peribadi antara dua pihak
Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktivti seperti perbualan wawancara, ucapan,
pengacara majlis, pengumunan dan arahan dalam perhimpunan,mesyuarat, protocol pertemuan
dengan murid, rakan setugas, guru,guru besaratau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu dan
seumpamanya.
Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan :
Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
Penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta.
Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.Buruk budi bahasa kita,
buruk pulanya kemungkinannya tindak balas yang kita terima.
Dari segi bahasa , aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
Suara dan intonasi yang bersopan ( intonasi merupakan lagu kalimat yang meliputi nada atau
tinggi dan rendahnya lagu kalimat, dan dinamik atau keras dan lemahnya lagu kalimat. )
Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
Penggunaan system panggilan yang betul
Gaya hidup yang sesuai
Isi perbincangan yang tidak sensitif
Dari segi bahas tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :
Gaya percakapan yang bersopan
Pandangan mata yang sesuai
Gerak laku yang bertatasusila
Mimik muka (ekspresi wajah ) yang positif
Hayunan tangan yang sesuai
Imej sendiri
Pemilihan kata , ungkapan, ayat dan gaya haruslah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan
yang berkenaan.
Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa haruslah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu
ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik,
sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
Maksud:
Linguistik ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya
Sosialinguistik antardisiplin ilmu yang menghubungkan antara penggunaan bahasa dengan budaya yang
mempengarhinya
Mesyuarat,syarahan,
Rasmi/Formal ucapan,pidato,forum dan
lain-lain
Komunikasi
secara lisan
Tidak rasmi / Tidak Perbualan telefon,perbualan
di kedai kopi,perbualan di
Formal majlis kenduri dan lain-lain

Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan
bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.
Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan
kata sapaan dan budi bahasa.
Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti cik atau saudari , encik
dan saudara.
Encik dan puan lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.
Bahasa yang digunakan perlulah menepati sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
Sebagai contohnya, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat haruslah menurut
sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.
Kata ganti diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri sendiri seseorang.
Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri Bahasa Santun Bahasa Kasar

Pertama Saya , kami Aku

Kedua Anda , awak Engkau , kamu

Ketiga Dia , beliau , mereka Keparat itu


Kesantunan Penulisan
Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-
lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
Kesantunan berbahasa juga dapat dilihat dalam bahan bertulis.
Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi
rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal.
Bentuk komunikasi bertulis secara formal ialah:
a. Surat kiriman rasmi
b. Laporan
c. Kertas kerja
d. Ucapan rasmi
e. Pidato
f. Minit mesyuarat
Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga,
ibu bapa dan lain-lain.
Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:
a. Penggunaan kata panggilan yang betul
b. Kata sapaan yang betul
c. Gaya bahasa yang betul
d. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks
e. Isi yang tidak sensitive
Strategi Kesantunan Negatif / Formal:
Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan
tindakannya.
Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan
antara orang muda dengan orang yang lebih tua.
Strategi Kesantunan Positif / Keakraban :
Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.
Protokol Panggilan Hormat
Pangkat / Gelaran Cara Mengalamatkannya

Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia

Perdana Menteri Yang Amat Berhormat

Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri Besar / Ketua Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri / Timbalan Menteri Yang Berhormat

Wakil Rakyat / ADUN Yang Berhormat

Ahli Dewan Negara / Senator Yang Berhormat Senator


Protokol Panggilan Hormat
Pangkat / Gelaran Cara Mengalamatkannya

Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia

Perdana Menteri Yang Amat Berhormat

Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri Besar / Ketua Menteri Yang Amat Berhormat

Menteri / Timbalan Menteri Yang Berhormat

Wakil Rakyat / ADUN Yang Berhormat

Ahli Dewan Negara / Senator Yang Berhormat Senator


Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai