Anda di halaman 1dari 21

ANALISIS SKRIP DRAMA

‘’TERJEBAK’’ OLEH
ROSNANI HJ MOHD BAKIR
NAMA AHLI:

AFIQAH
AFLAH
FARAH
FATIN
MUIZZUDDIN
DEFINISI TEMA
 Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat
dirumuskan daripada keseluruhan intipati cerita. Persoalan
pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh
penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui
dialog dan aksi watak - wataknya.
TEMA DAN PEMIKIRAN
 Tema yang diolah oleh pengarang dalam drama ini ialah keperitan dan
kemiskinan hidup menyebabkan kehidupan seseorang itu tertekan.
 Hal ini dapat dilihat daripada watak Ah Wong yang tidak bertimbang rasa dan
kedekut membawa bencana hidup orang lain.
 Selain itu, banyak pemikiran yang boleh kita kupas dalam drama ini antaranya
ialah manusia hendaklah bersikap sabar dalam menerima dugaan dan cabaran
hidup.
 Selain itu, sikap tidak bertimbang rasa dan kedekut adalah sikap yang tidak baik.
 Seterusnya, kita haruslah berhati-hati dan tanamkan sifat curiga apabila diminta
melakukan sesuatu pekerjaan yang ringan tetapi memperoleh pendapatan yang
lumayan.
 Tambahan pula, berfikir sebelum bertindak bagi mengelakkan penyesalan di
kemudian hari.
 Justeru jelaslah di sini tema dan pemikiran yang ingin disampaikan daripada
drama ini.
DEFINISI WATAK
 Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan
cara berinteraksi sesama watak dan alam.

 Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak,
iaitu watak utama, watak sampingan, watak bulat, watak pipih, watak dinamik, watak
statik, protagonis dan antagonis.

 Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan
pembaca.

 Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada
menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.

 Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan
permasalahan dari awal hingga akhir.
 Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak
bergerak.

 Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting
dalam cerita disebut watak sampingan.

 Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka.

 Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan.

 Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya. Watak antagonis menjadi
penentang atau lawan kepada watak protagonis.
DEFINISI PERWATAKAN
 Perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran
dan dalaman.

 Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara


berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan
ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
WATAK DAN PERWATAKAN
BIL WATAK PERWATAKAN
1. Pak Seorang lelaki yang berusia lewat 40, bekerja sebagai nelayan di
Sapar sebuah kampung. Dia sudah beristeri mempunyai tujuh orang
anak yang berusia di antara 14 hingga 23 tahun. Dia seorang
yang miskin tetapi bertanggungjawab terhadap keluarganya dan
berusaha untuk menyara keluarga. Dia bersifat kurang sabar
apabila terlalu menghadapi tekanan dan desakan hidup.
Walaubagaimanapun, Pak Sapar juga seorang yang mudah
menyesali akan perbuatannya yang salah.
2. Zakiah Zakiah ialah isteri kepada Pak Sapar yang berusia pertengahan
40. Seorang isteri yang setia, lemah lembut dan penyayang. Dia
mengharapkan agar Pak Sapar dapat mengawal perasaan
marahnya itu. Zakiah begitu terkejut setelah mendapat berita
akan penangkapan suaminya. Dia sangat yakin bahawa
suaminya tidak bersalah untuk mengugut Ah Wong.
BIL WATAK PERWATAKAN
3. Syukur Anak sulung bagi Pak Sapar dan Zakiah. Syukur baru berusia 23
tahun. Dia tidak bekerja dan hanya membantu bapanya ke laut
menangkap ikan. Seorang yang bertanggungjawab kepada
keluarganya tetapi naif. Dia berasa sedih apabila mendapati bapanya
bersalah atas tuduhan mengugut. Dia sanggup menerima tugasan
yang diberikan oleh rakannya untuk menghantar suatu bungkusan
kepada kawannya yang berada di Kuala Belait setelah dijanjikan akan
dibayar dengan upah yang lumayan. Malangnya Syukur telah dianiaya
oleh kawannya sendiri demi kepentingannya.

4. Ah Wong Taukeh Cina yang kaya seusia Pak Sapar. Dia seorang yang kurang
mahir berbahasa Melayu. Dia sudah lama bermastautin dan membuka
kedai di kampung Pak Sapar. Seorang yang tidak bertimbang rasa,
sombong, mementingkan diri dan kedekut. Dia sanggup menganiaya
Pak Sapar demi kepentingan dirinya. Dia telah merancang untuk
mengenakan tuduhan palsu kepada Pak Sapar.
BIL WATAK PERWATAKAN
5. Munif Seorang pemuda yang seusia Syukur dan seorang pengedar dadah.
Dia merupakan kawan Syukur dan mengajak Syukur untuk mencari
kerja di bandar. Syukur percaya kepadanya tetapi Munif mengambil
kesempatan untuk mempergunakan Syukur dalam menangani
masalah Syukur demi kepentingannya sendiri. Munif telah menyuruh
Syukur untuk menghantar suatu bungkusan ke Kuala Belait dan dia
akan diupah dengan bayaran lumayan.
DEFINISI PLOT
 Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita.
Setiap penstiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.

 Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara
berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.

 Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan
teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi.
Plot ialah penyusunan kronologi yang diubahsuai mengikut kemahuan pengarang.

 Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi.
Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai
peleraian.
 Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk
memperkenalkan watak -watak, latar, dan suasana.

 Perkembangan plot mengakibatkan konflik.

 Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu perumitan


(komplikasi).

 Perumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi


yang maksimum.

 Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang -kadang puncak


dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.
STRUKTUR DRAMATIK

 Struktur dramatik sebetulnya merupakan sebahagian dari plot


kerana di dalamnya merupakan satu kesatuan peristiwa yang terdiri
daripada bahagian-bahagian yang memuat unsur-unsur plot.
Rangkaian ini memiliki atau membentuk struktur dan saling
bersinambung dari awal cerita sampai akhir. Fungsi dari struktur
dramatik ini adalah sebagai satu alat untuk lebih dapat
mengungkapkan fikiran pengarang dan melibatkan fikiran serta
perasaan penonton ke dalam cerita.
PLOT DAN STRUKTUR DRAMATIK
 Kisah drama Terjebak bermula dengan seorang pemuda yang terkenang
kembali detik-detik yang berlalu mengenai tragedi hidupnya. Pemuda itu
bernama Syukur terpaksa menerima hukuman gantung sampai mati kerana
membawa dadah tanpa disangkanya sendiri. Syukur berasa
bertanggungjawab untuk membela nasib ayahnya, Pak Sapar yang dijatuhi
hukuman tiga tahun penjara akibat tuduhan mengugut seorang taukeh Cina
bernama Ah Wong. Pak Sapar ialah seorang nelayan yang hidup dengan
penuh keperitan dan kemiskinan. Kehidupan mereka yang ala kadar itu
bertambah payah apabila tiba musim tengkujuh menyebabkan dia tidak
dapat turun ke laut menangkap ikan. Pak Sapar juga berusaha untuk
meminta bantuan daripada saudara maranya tetapi kehidupan mereka pun
sama sepertinya jua. Akhirnya, Pak Sapar meminta bantuan daripada Ah
Wong. Ah Wong pula seorang yang sering menabur janji tanpa berniat pun
untuk menolong Pak Sapar.
 Suatu hari, Pak Sapar meminta bantuan kewangan daripada Ah Wong
tetapi permintaanya telah ditolak oleh Ah Wong. Dengan rasa kesal
seakan-akan dipermainkan, Pak Sapar marah sehingga berkata tanpa niat
hendak membakar kedai Ah Wong dan membunuhnya. Kemudian dia
pun balik ke rumah. Setibanya dia di rumah, dia berasa sangat menyesal
lalu memberitahukan hal itu kepada isterinya. Isterinya memahami
perasaan suaminya menyuruh supaya dia meminta maaf. Pada keesokan
harinya, dia memohon maaf kepada Ah Wong dan Ah Wong pula telah
memberikan wang sejumlah tiga ratus ringgit kepada Pak Sapar. Tanpa
menyedari muslihat Ah Wong, Pak Sapar terkejut kerana dia ditahan oleh
polis dan dipenjara kerana tuduhan mengugut. Anak sulungnya, Syukur
berasa sangat sedih akan keadaan nasib bapanya yang dianiaya, maka
dia berusaha untuk melepaskan bapanya dari penjara.
 Oleh itu, Syukur cuba mendapatkan kerja agar dapat mengupah seorang
peguam bagi melepaskan tuduhan ke atas bapanya. Akhirnya tanpa ragu-
ragu Syukur telah menerima bantuan rakannya Munif untuk menghantar
sebungkus hadiah kepada kekasihnya di Kuala Belait. Malang bagi Syukur,
dia tidak tahu akan kandungan bungkusan itu dan dia tertangkap. Rupa-
rupanya bungkusan itu berupa dadah yang mengheretnya ke tali gantung.
Syukur berasa kesal kerana dia tidak dapat membantu bapa, emak dan
adik-adiknya. Dia berdoa semoga Allah melindungi keluarganya dan dia
redha dengan kehendakNya.
GAYA BAHASA DAN AKSI

Dalam menuliskan drama Terjebak ini, pengarang banyak


menyelitkan penggunaan sinkope. Hal ini disebabkan oleh dialog-
dialognya diciptakan secara realisme mendekati bahasa
percakapan sehari-hari. Penggunaan bahasa Inggeris juga
terdapat dalam dialog-dialog dalam drama ini, lebih sebagai
penanda kepada status penggunanya. Dialognya dicipta untuk
dimainkan dengan pantas, dan bersahaja.
GAYA BAHASA
JENIS GAYA HURAIANNYA
BAHASA
1. Diksi • Pemilihan dan penyususnan kata-kata oleh pengarang
dalam karyanya
• Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan
tema dan persoalan, latar, watak dan mesej.

2. Ayat • Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun


ayat dalam karyanya, misalnya ayat pendek dan ayat
panjang.
3. Personafikasi • Dikenali juga sebagai perorangan atau penginsanan •
membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat
manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau
tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea,
atau hal-hal yang abstrak.
• Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut
gunung, benaknya mendandan sejuta persoalan
GAYA BAHASA
JENIS GAYA HURAIANNYA
BAHASA
4. Simile • Perbandingan yang menggunakan kat a konkrit
(dapat dihitung) dengan kata abstrak (tidak dapat
dihitung)
• Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran.
5. Metafora • Merupakan perbandingan secara terus atau langsung
tanpa menggunakan katakata seperti, bak, umpama,
ibarat, dan sebagainya
• Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
6. Hiperbola • Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan
sesuatu secara berlebihlebihan daripada maksud
yang sebenarnya
• Contohnya: serihu lautan sanggup diharungi
7. Sinkope • Bermaksud penyingkatan perkataan
• Contohnya : “Apa dah jadi ini?’
GAYA BAHASA
Jenis Gaya Bahasa Huraiannya
8. Rima bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang
bersetentang antara dua ba ris atau lebih daripada dua
baris dalam puisi • terdiri daripada rima awal, rima
daiam, dan rima akhir
9. Asonansi merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam
baris-baris sajak • contohnya: pengulangan vokal w
daiam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku
10. Aliterasi bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama
dalam baris sajak • contohnya: pengulangan konsonan
m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan
AKSI

 Definisi : 1 tingkah laku (sikap, gerak-geri) yang dibuat-buat. 2 tindakan;


gerakan. beraksi 1 bertingkah laku yang dibuat-buat; berlagak. 2 bergerak
melakukan sesuatu; bertindak.

 Dalam persembahan drama, aksi ini dapat dilihat melalui gerak-geri,


tingkah laku watak-watak yang dapat menunjukkan ekspresi seperti
ekspresi marah, sedih atau gembira.

 Aksi juga dapat melambangkan penekanan kepada dialog yang dapat


menambahkan lagi keberkesanan sesebuah watak.
ELEMEN AKSI DALAM SKRIP
DRAMA
 Pak Sapar : (MARAH DAN MENJERIT) A... ya, esok kau datanglah.

 ZAKIAH : (MENGELUH) Ah...! Kenapa bang? tak elok kita bergaduh tinggal
sekampung, eloklah abang minta maaf.

 ZAKIAH : (MENANGIS) Mak tak percaya semua ini berlaku kepada kita, nak.
Bapamu akan dipenjara tiga tahun nak.

 PAK SAPAR : (MINUM) Menyesal abang Kiah. Apa dah jadi dengan abang ini?

Anda mungkin juga menyukai