Anda di halaman 1dari 11

1.1 Definasi Sebutan Baku.

Menurut KAMUS Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan baku sebagai ‘sesuatu
yang pokok, yang dasar, yang benar’. Kata itu diertikan sebagai ‘ sesuatu yang sudah diterima
sebagai betul dan sah ( bentuk, sifat dan lain-lain ) dan dapat dijadikan asas perbandingan
bagi bentuk dan sebagainya’ (berkenaan bahasa, ejaan, dan sebagainya.

Marzuki Nyak Abdullah dalam bukunya Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (1997),
sebutan baku bermaksud ‘Bentuk bahasa yang diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi
seperti dalam perundangan, pentadbiran, persekolahan, pengajian tinggi, dan alat sebaran am’.
Bahasa Melayu baku ialah variasi yang dianggap standard berbanding dengan variasi lain
dalam pertuturan banasa Melayu.

Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan di dalam
semua aspek bahasa; berusaha dan melakukan proses pengekodan, kutipan informasi pelbagai
aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat dan telah menjadi norma kebahasaan
bagi seluruh masyarakat itu. Dengan kata lain, pengkodan adalah satu persetujuan tidak rasmi
yang diambil tentang satu variasi daripada beberapa variasi yang wujud dan variasi itu
menjadi kelainan yang mewakili bahasa.

Kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga mentakrifkan perkataan baku sebagai ”sesuatu yang
pokok , yang dasar , yang benar ”.Kata itu turut diertikan sebagai ”sesuatu yang sudah
diterima umum sebagai betul dan sah (bentuknya , sifatnya , dan lain-lain) dan dapat dijadikan
asas perbandingan bagi bentuk dan sebagainya (berkenaan bahasa , sebutan , ejaan , dan
sebagainya ) ”.
Menurut Marzukhi Nyak Abdullah dalam bukunya Kamus Tatabahasa Bahasa
Melayu (1997) , Bahasa baku bermaksud ”bentuk bahasa yang diterima untuk digunakan
dalam urusan rasmi seperti perundangan , pentadbiran , persekolahan , pengajian tinggi dan
alat sebaran am”.Bahasa baku adalah variasi yang dianggap paling utama berbanding variasi
lain dalam pertuturan bahasa Melayu.
Awang Sariyan pula berpendapat bahawa bahasa baku dapat dikatakan sebagai
bahasa golongan terpelajar , iaitu golongan yang memegang peranan penting dalam
pentadbiran , pendidikan , kehakiman , perdagangan, dan sebagainya (Awang Sariyan ,1994)
Dasar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu.
Menurut Awang Sariyan (1988:6) , ahli – ahli bahasa telah bersependapat tentang
dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata Bahasa Melayu hendaklah
berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.. Perkara ini adalah bertepatan
dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja
sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja , dan tidak ada huruf yang
senyap”.
Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu adalah seperti berikut :

.Sebutan Huruf : umumnya , setiap huruf dalam ejaan rumi atau jawi perlulah
dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi Bahasa Melayu yang dilambangkan.

.Sebutan Kata : hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga


berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.

Intonasi : nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan
hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta
keperihalan keadaan yang berkenaan.

Jelaskan perbezaan sebutan baku dengan sebutan Johor-Riau (biasa) dari segi
fonologi.

Fonologi merupakan satu bidang kajian yang mengkaji sistem bunyi yang
bermakna yang diucapkan oleh manusia. Bunyi-bunyi yang bermakna ini berlaku
apabila dua orang atau lebih bertutur, mereka saling memahami bunyi yang dituturkan.
Bunyi-bunyi yang bermakna ini dihasilkan oleh alat artikulasi.Kesimpulannya, bidang
fonologi merupakan bidang yang merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala
bentuk bunyi di dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan pertuturan dan
bentuk bunyi tertentu. Bidang fonologi terbahagi kepada dua, iaitu bidang fonetik dan
bidang fonemik. Bidang fonetik ialanh kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan,
sifat bunyi bahasa dan pendengaran. Bidang fonemik pula merupakan bidang yang
menkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsinya atau struktur
bunyi bahasa itu.

Sebutan Huruf
Huruf dan fonem vokal ‘a’

Sebutan Baku

Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian manapun ia terletak sama ada terbuka ,
tertutup , ,di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan
dieja seperti mana dilafazkan.

Contoh:

Huruf vokal Fonem/bunyi ejaan sebutan

a [a] saya [ sa . ya ]

berapa [ be . ra. pa ]

apa [ a . pa ]

Sebutan Johor - Riau

Akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘ě’. Contoh:

Huruf vokal Fonem/bunyi ejaan sebutan

a [a] saya [ sa . yě ]

berapa [be .ra .pě]

apa [a . pě]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’.


Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ], samada terletak
pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan
seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup
dibunyikan dengan [e].

Contoh :
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
Alih [ a.lih ] [ a.leh ]
Hasil [ ha.sil ] [ ha.sel ]
Mukim [ mu.kim ] [ mu.kem ]
Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’.
Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ], samada
terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu
dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata
tertutup dibunyikan dengan [o].

Contoh :
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
Betul [ be.tul ] [ be.tol ]
Lanun [ la.nun ] [ la.non ]
Tutup [ tu.tup ] [ tu.top ]

Sebutan Kata
Penyebutan Kata Terbitan

Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa
Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK +
KVK.

Kata terbitan dengan imbuhan awalan.

Ejaan standard Sebutan baku Sebutan Johor - Riau

Pengajar [ pe . nga . jar ] [ pe . nga .ja ]

Pengedar [ pe . nge . dar ] [ pe . nge . da ]

Terasa [ te . ra . sa ] [ te . ra . sě]

Berlari [ ber . la . ri ] [ be . la . ri ]

terangkat [ te . rang . kat ] [ te . rang . kat ]

Kata terbitan dengan imbuhan awalan.

Ejaan standard Sebutan baku Sebutan Johor - Riau


Pengajar [ pe . nga . jar ] [ pe . nga .ja ]

Pengedar [ pe . nge . dar ] [ pe . nge . da ]

Terasa [ te . ra . sa ] [ te . ra . sě]

Berlari [ ber . la . ri ] [ be . la . ri ]

terangkat [ te . rang . kat ] [ te . rang . kat ]

Kata terbitan dengan imbuhan awalan.

Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor - Riau

Terangkat [ te.rang.kat ] [ te.rang.kat ]

Pengedar [ pe.nge.dar ] [ pe.nge.da ]

Berlari [ ber.la.ri ] [ be.la.ri ]

Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris

Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa
Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.

Ejaan standard Sebutan baku Sebutan Johor - Riau

(i)Bahasa Indonesia

Sama bunyi:

Anda [ an .da ] [ an .da ]

Merdeka [ mer . de . ka ] [ mer . de . ka ]

Berbeza bunyi

bangsa [ bang . sa ] [ bang . sě]


(ii) Bahasa Arab

Sama bunyi:

Fatwa [ fat . wa ] [ fat . wa ]

Takwa [ tak . wa ] [ tak . wa ]

Beza bunyi

Makna [ mak . na ] [ mak . ně]

(iii)Bahasa Inggeris

Frasa [ fra . sa ] [ fra . sa ]

drama [ dra . ma ] [ dra , ma]

(Kata atau ungkapan pinjaman


daripada bahasa Inggeris yang
diterima bentuk ejaannya yang
asal ,dilafaz atau disebut menurut
sebutan asal dalam bahasa sumber)

Bincangkan kebaikan dan keburukan baku bahasa Melayu.

Kebaikan sebutan baku bahasa Melayu.

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis dialek.Setiap tempat mempunyai dialek yang


tersendiri tetapi semuanya berbahasa Melayu. Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
( bahasa kebangsaan ) menyatakan bahawa “Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi
Negara yang merdeka”.

Sebutan baku merupakan tunjang dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu memikul
pelbagai peranan seperti bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu. Antara
fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan
umum serta bahasa pengantar dan ilmu di sekolah-sekolah dan instutusi-instutusi pengajian
tinggi. Terdapat pelbagai kebaikan atau peranan sebutan baku di dalam kehidupan rakyat
Malaysia khususnya adalah :

Sebutan baku sebagai bahasa ilmu


Konsep bahasa Melayu sebagai ‘bahasa ilmu ‘diperkenalkan dalam tahun 90-
an..Bahasa ilmu bermakna bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu
pengetahuan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi.Ini bermakna penggunaan
bahasa dan sebutan baku bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan moden
berkaitan sains , teknologi , kedoktoran , undang-undang dan ekonomi ,sastera , dan agama.
Sebagai bahasa ilmu , bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata , istilah , dan
bahasa yang sesuai dari aspek ejaan , sebutan , tatabahasa dan laras bahasa yang cukup untuk
menyampaikan konsep dan pemikiran ilmu moden. Bagi mencapai keperingkat bahasa ilmu
pemantapan sistem ejaan, perbendaharaan kata dan struktur kata yang lengkap perlu biberi
perhatian dan pemantapan ahli-ahli bahasa dari masa ke semasa. Secara tidak lansung bahasa
Melayu akan dapat dimartabatkan kedaulatannya. Bahasa Melayu boleh menjadi dinamik dan
bertaraf intelektual setanding dengan bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris.

Sebutan Baku Sebagai Bahasa Komunikasi.

Bahasa merupakan alat untuk memyampaikan perasaan dan fikiran secara lisan
ataupun bertulis.Kepelbagaian bangsa dan dialek menyebabkan kesukaran dalam
menyampaikan maklumat.. Sebutan baku telah menjadi pilihan tiap-tiap pihak yang
menggunakan pelbagai dialek ini sebagai variasi pilihan dalam pertuturan dan perbincangan
agar apa yang ingin disampaikan mudah dan dapat difahami oleh semua pihak. Ini bermakna
sebutan baku dapat berfungsi sebagai alat komunikasi yang berjaya menyampaikan maklumat
kepada semua pihak yang berlainan bahasa ibundanya.

Sebutan Baku sebagai bahasa perpaduan.

Bahasa boleh dijadikan satu alat perpaduan untuk sesebuah Negara. Malaysia
merupakan sebuah Negara yang unik kerana mempunyai pelbagai kaum. Setiap kaum
mempunyai bahasa ibunda mereka sendiri. Setiap bahasa ibunda mempunyai dialek yang
pelbagai terutamanya bahasa Melayu. Pembakuan dalam bahasa Melayu yang merupakan
bahasa kebangsaan Malaysia diharapkan dapat melahirkan pelbagai bangsa yang bersatu padu
dalam satu Malaysia. Negara Indonesia merupakan sebuah Negara yang mempunyai ribuan
suku kaum dengan pelabagai bahasa. Namun begitu bahasa Indonesia dapat berfungsi dengan
baik dalam menjalankan peranannya sebagai alat untuk menyatupadukan ribuan suku kaum
tersebut. Membakukan bahasa Melayu juga diharapkan dapat memainkan peranannya yang
sama seperti di Indonesia. Ini kerana salah satu matlamat pembakuan bahasa Melayu adalah
untuk memupuk semangat kekitaan dan bersatu padu dikalangan rakyat Malaysia.

Sebutan Baku Sebagai Bahasa Ilmu.

Konsep bahasa Melayu sebagai ‘bahasa ilmu ‘diperkenalkan dalam tahun 90-
an..Bahasa ilmu bermakna bahasa yang mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu
pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi.Ini bermakna penggunaan bahasa dan sebutan baku
bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan moden berkaitan sains , teknologi ,
kedoktoran , undang-undang dan ekonomi ,sastera , dan agama. Sebagai bahasa ilmu , bahasa
Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata , istilah , dan bahasa yang sesuai dari aspek
ejaan , sebutan , tatabahasa dan laras bahasa yang cukup untuk menyampaikan konsep dan
pemikiran ilmu moden.Lantaran itu ,untuk mencapai ke tingkat bahasa ilmu , pemantapan
sistem ejaan , perbendaharaan kata dan struktur kata yang lengkap perlu giat dijalankan oleh
ahli-ahli bahasa...Secara tidak lansung bahasa Melayu dapat dimartabatkan kedaulatannya
kerana sifat bahasa itu yang dinamik dan bertaraf intelektual setanding dengan bahasa asing
terutamanya bahasa Inggeris.

Keburukan dan Kekangan Penggunaan Sebutan Baku.

Masyarakat dalam sesebuah komuniti akan berhubung di antara mereka melalui


‘bahasa biasa’.Bahasa biasa merupakan bahasa yang digunakan dalam keadaan biasa dan
pertuturan harian masyarakat biasa.Lantaran itu timbul konflik atau pertentangan di kalangan
pengguna bahasa tentang penggunaan bahasa dan sebutan baku dalam urusan rasmi dan
biasa.Penutur biasanya akan memilih untuk menggunakan bahasa biasa atau dialek ibunda
mereka apabila berkomunikasi secara lisan.Ini menyebabkan timbul masalah sebutan baku
secara fonologi yang lebih ketara di kalangan penutur berbanding secara tulisan dan ejaan.

Kelemahan penggunaan sebutan baku di kalangan masyarakat di negara in boleh di


kategorikan kepada dua sebab utama:

Aspek Sebutan Huruf Dan Kata.

Penggunaan dan pengaruh bahasa ibunda dan dialek telah menyebabkan berlaku
kesilapan dalam sebutan huruf atau fonem.Contohnya bagi bangsa Cina yang sukar untuk
menyebut huruf /b/ telah menyebabkab sebutan kata seperti /banyak/ telah bertukar
menjadi /manyak/.
Selain daripada itu ,kewujudan gugusan konsonan dan vokal terutamanya yang
melibatkan kata pinjaman menyebabkan berlakunya kesilapan dalam sebutan
sukukata.Contohnya ,penutup sukar untuk menyebut perkataan seperti /psikologi/ kerana
perubahan yang berlaku dalam tatabahasa yang menyanggahi tatabahasa yang telah digunakan
sejak zaman berzaman.Ada di kalangan penutur tidak pasti atau kenal fonem seperti bunyi
(kha.mis ) disebut (ka . mis )

Pengaruh bahasa asing yang dijadikan sumber masukan atau pinjaman di kalangan
penutur yang tidak memahami hukum D-M juga menyebabkan berlaku kesilapan
berbahasa.Contohnya frasa ‘Aminah’s Restaurant ‘ telah dituturkan dengan frasa ‘ Aminah
Restoran ‘ dan bukannya ‘ Restoran Aminah ‘.

Kelemahan dari aspek penggunaan ayat dan tatabahasa pula berlaku dalam sebutan
baku apabila ayat-ayat yang diucapkan tidak lengkap subjek dan predikatnya.Ini
menyebabkan ayat-ayat yang dituturkan tergantung dan tidak lengkap.

Bahasa baku Bahasa Melayu banyak menggunakan kata-kata pinjaman dari bahasa
Arab.Pengaruh bahasa Arab yang telah sebati dengan sebutan zaman berzaman menyebabkan
kesukaran mengubah bunyi seperti kata (Ithnin) kepada (Isnin) .Ramai penutur yang
melakukan kesilapan apabila membunyikan konsonan geseran seperti (f) kepada letupan
(p).Contohnya (fikir) dibunyi kan (pike)

Aspek Persekitaran.
Aspek persekitaran boleh dikategorikan sebagai aspek utama dalam pembakuan
bahasa Melayu. Sikap orang Melayu yang mengagungkan bahasa lain terutamanya bahasa
Inggeris menyebabkan pembakuan bahasa Melayu sukar untuk dicapai. Ramai pemimpin
yang tidak bertutur dalam bahasa Melayu baku semasa majlis-majlis rasmi termasuklah
semasa bermesyuarat dan di dalam sidang Parlimen menjadi contoh kepada pengguna yang
lain. Setakat ini tiada lagi pemimpin yang betul-betuk memperjuangkan bahasa Melayu.
Dasar kerajaan dalam memertabatkan bahasa Melayu baku tidak jelas. Hanya ahli-ahli
bahasa sahaja yang memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Perjuangan mereka bersama
Dewan Bahasa dan Pustaka dipandang sepi oleh semua pihak termasulah oleh agensi kerajaan
sendiri yang sepatutnya menjadi pendokong kepada perjuangan ini. Orang-orang Melayu
sendiri hanya menggunakannya semasa temuduga sebagai syarat untuk melayakkan mereka
bekerja dalam agensi kerajaan. Bahasa Melayu bagaikan dianggap tiada martabat dalam
agensi swasta. Agensi swasta lebih mementingkan bahasa Inggeris dan bahasa Cina.
Kemuncaknya ialah apabila kerajaan sendiri mengeluarkan SURAT PEKELILING
IKHTISAS BIL.3/200 bertarikh 16 Febuari 2000 yang menyatakan sebutan baku hanya akan
diteruskan didalam pengajaran dan pembelajaran sahaja.
Dasar kerajaan yang lemah tentang penggunaan bahasa Melayu baku menyebabkan
agensi swasta terus menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan dan surat-menyurat
mereka. Hanya agensi kerajaan yang menggunakan bahasa Melayu. Rangkaian televisyen
yang ada juga tidak menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu baku samada rangkain milik
kerajaan mahupun swasta. Ini menyebabkan bahasa Melayu baku tidak dapat berfungsi
dengan baik untuk menjadi alat menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Istilah-istilah yang diperkayakan dari semua dialek dan bahasa di Malaysia
termasuklah kata pinjaman dan serapan tidak mendapat sambutan dikalangan penutur.
Terdapat juga istilah yang tidak mahu diterima semua kaum lain dan suku kaum di Sabah dan
Sarawak menjadikan bahasa Melayu bagaikan terpinggir di bumi sendiri.
Kebanyakkan penutur tidak bertolak ansur dalam menggunakan dialek mereka sendiri.
Mereka akan terus menggunakan dialek mereka sendiri walaupun bertutur dengan orang yang
asing dalam dialek tersebut. Ini menjadikan orang yang asing dengan dialek tersebut terpinga-
pinga dan tidak memahami apa yang diucapkan oleh sipenutur. Akibatnya mesej yang hendak
disampaikan tidak sampai.

Rumusan

Berdasarkan isi yang telah dibincangkan dalam kertas kerja ini , ternyata proses
pembakuan bahasa Melayu terutama daripada aspek sebutan baku masih lagi berada pada
tahap yang minima .Pengaruh sebutan Johor – Riau masih kuat mencengkam dalam segala
urusan komunikasi harian masyarakat sama ada di dalam majlis tidak formal maupun formal.

Perbezaan yang ketara di antara sebutan baku dan sebutan Johor – Riau adalah dari
aspek fonem huruf , sukukata , klausa , kata dan ayat yang ingin disampaikan.Namun begitu
dari aspek intonasi , tidak nampak perbezaan yang sangat ketara kerana kedua-duanya dapat
memberi makna yang jelas kepada penutur dan pendengar.

Ahli-ahli bahasa dan sasterawan yang memperjuangkan penggunaan sebutan baku


sebenarnya kurang mendapat sokongan dari pemimpin dan masyarakat kerana kesempitan
pandangan mereka tentang peranan yang dapat dimainkan oleh bahasa dalam pembentukan
tamadun bangsa .Mereka masih tidak jelas tentang peranan penting bahasa baku sebagai
bahasa perpaduan , bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.

Apa yang mereka nampak ialah bahasa baku terutama sebutan baku terlalu
menyukarkan mereka kerana mereka telah didedahkan dengan hukum tatabahasa yang
diwarisi sejak zaman berzaman.Ketidakbiasaan dalam penggunaan tatabahasa dan kurang
pasti tentang dasar umum sebutan baku menyebabkan sebutan baku hanya diamalkan di
institusi pendidikan dan majlis-majlis rasmi sahaja.Keadaan ini yang telah membantutkan
perkembangan dan dinamik bahasa dan sebutan baku tersebut.