Anda di halaman 1dari 7

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU TEORI HURAIAN BAHASA Definisi tatabahasa berlainan antara ahli bahasa dari segi

susunan perkataan dan ayat. Tatabahasa Namun begitu, ini tidak jauh menyimpang daripada maksudnya. dapat disimpulkan sebagai satu konsep tatabahasa yang

mempunyai peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Teori bahasa terbahagi kepada empat, iaitu teori tradisional, teori struktural, teori transformasi generatif, dan teori fungsional. Teori-teori ini

dilahirkan hasil daripada ketidakpuasan hati terhadap beberapa aspek teori dan metodologi yang telah dipakai oleh aliran sebelumnya. Tiap-tiap aliran

dipengaruhi oleh ilmu lain yang ada kaitan dengannya. Sebagai contoh, teori tradisional dipengaruhi oleh ilmu falsafah, teori struktural dipengaruhi oleh teori psikologi behaviorisme, teori transformasi generatif dipengaruhi oleh teori kodkognitif. Pengaruh yang diterima oleh tiap-tiap aliran tatabahasa itu berlainan. Lantaran itu, sudut pandangan yang terdapat dari tiap-tiap aliran tatabahasa itu juga berbeza. Namun demikian, ada juga ciri-ciri persamaan itu terletak pada istilah-istilah dan konsep-konsep yang dibuat oleh teori yang baru adalah berasaskan pada apa yang telah dicapai oleh teori yang sebelumnya. Berikut merupakan huraian bagi setiap teori ang dinyatakan di atas: 2.1 Teori Tradisional

Teori tradisional ini telah bermula sejak zaman silam Yunani pada abad ke-15 Sebelum Masihi terhadap bahasa Yunani. Ahli-ahli falsafah Yunani ialah seperti Plato iaitu mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri daripada bahan-bahan penulisan. Kajian-kajian mereka dibuat

berasaskan falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabang falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabang falsafah yang penting. Bahasa juga merupakan satu bidang yang dapat

membantu mereka untuk menyelidik tabii alam.

Kegiatan orang-orang

Yunani meliputi aspek-aspek tatabahasa yang ada pada masa itu, contohnya penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru, dan kata partikel. Teori ini kemudiannya terus berkembang terhadap bahasa latin, bahasa Arab, dan bahasa Sanskrit. Tokoh utama bagi menghuraikan

bahasa Sanskrit ialah pendeta Panini. Manakala di Malaysia pula, tokoh bahasa ialah pendita Zaaba san Profesor Asmah Omar. Kajian bahasa bentuk ini diteruskan hinga abad ke-19 di mana orang mulai sedar bahawa bahasa tidaklah kekal lama sekiranya tidak diamalkan dan menurut pensejarahan, bahasa berubah-ubah dari abad ke abad. Teori ini lebih menfokuskan kepada huraian aspek-aspek

tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis.

Menurut kamus dewan edisi

keempat, morfologi membawa maksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Morfologi terbahagi kepada dua iaitu kata nama dan kata kerja. Manakala, sintaksis pula menurut kamus dewan edisi keempat membawa maksud pengetahuan dalam cabang ilmu linguistik, peraturan tentang susunan kata dalam ayat. Kajian sintaksis terbahagi kepada

empat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seru, dan ayat perintah. Bahagian-bahagian dalam ayat mempunyai subjek, predikat, objek, dan keterangan. Pengajaran tatabahasa bersifat deduktif iaitu daripada umum kepada sepesifik iaitu dengan membuat penerangan dan memberikan sedikit contoh. Sebagai contoh, konsep nilai murni diajarkan dalam

sesuatu pengajaran dan pembelajaran, murid diberikan contoh kemudian murid diminta untuk memberikan contoh yang mereka ketahui. Hal ini dapat diaplikasikan oleh murid itu sendiri apabila mereka melalui situasi ini.

Bahasa merupakan pengucapan buah fikiran dan perasaan. Namun begitu, penulisan adalah lebih penting daripada pengucapan mahupun lisan. Hal ini kerana apa yang dikaji merupakan apa yang ditulis sahaja bukan apa yang diucapkan. 2.1.1 Konsep Bahasa merupakan salah satu disiplin dalam ilmu falsafah. Huraian bahasa dibuat berdasarkan tanggapan atau perspektif ahli falsafah. Hal ini kerana, bahasa merupakan organisma yang hidup dan berkembang. Di samping itu, kajian bahasa dibuat dalam Tambahan lagi, bahasa dapat

bentuk perbandingan bahasa.

dihuraikan berasaskan tatabahasa sejagat yang berindukkan bahasa Yunani dan bahasa lain. Dalam teori ini, mereka berpegang kepada konsep di mana kajian bahasa dibuat terhadap bentuk tulisan semat-mata. 2.1.2 Ciri-ciri Ciri-ciri yang terdapat dalam teori ini ialah, tulisan lebih penting daripada pengucapan atau lisan. Kajian bahasa juga berbentiuk deduktif serta huraian bahasa berasaskan tanggapan atau perspektif daripada ahli falsafah. 2.1.3 Implikasi Dalam bilik darjah, sangat ditekankan pengajaran bahasa yang berbentuk deduktif di mana pelajar diajarkan dahulu sesuatu konsep kemudian mengapliaksikannya sendiri. Dalam konteks ini, hukum-hukum bahasa perlu dilkuasai oleh pelajar dan kemhiran menulis merupakan kemahiran utama yang hendak dikuasai kepada murid. Tatabahasa terjemahan juga digunakan untuk

pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua.

2.2

Teori Struktural

Teori ini dikaitkan dengan pertumbuhan linguistik ilmiah di Amerika pada tahun 1930-an iaitu pada abad ke-20 Sebelum Masihi. dikenali sebagai Taxanomic atau Bloomfieldian. Teori ini juga

Tokoh bahasa yang

terlibat dalam teori ini terdiri daripada Sausure, Otto Jespherson, Harris dan sebagainya. Teori ini juga telah dijadikan asas untuk kaedah

mengajar pegawai dan tentera semasa perang dunia kedua. Ini dikenali sebagai kaedah terus dan kaedah tentera. 2.2.1 Konsep Dalam teori ini, bahasa merupakan satu sistem yang mempunyai talian antara unit fonem iaitu sebagai unit bahasa dengan morfem dalam satu unit bahasa. Di samping itu, teori ini menekankan

bahasa dalam sebagai satu sistem pertuturan yang arbitrari. Arbitrari menurut kamus dewan edisi keempat ialah, tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti. Dalam

teori ini, bahasa merupakan alat komunikasi yang utama dan aspek pertuturan merupakan alat perhubungan asas utama. Kajian ini

juga berdasarkan struktur iaitu dimulai dengan fonologi kemudian morfologi dan akhir sekali sintaksis. 2.2.2 Ciri-ciri Dalam teori ini, bahasa dikaji sebagai sistem lambang pertuturan. Bahasa dikaji secara diskriptif, dan bersifat serta empirikal. Empirikal membawa maksud berdasarkan pemerhatian atau eksperimen iaitu dengan kata lain, boleh diuji. Bahasa yang

dianalisis ialah bahasa lisan dengan bersifat structured-centered. Konsituen yang paling kecil dalam teori ini ialah mengecilkan perkataan, diikuti frasa, klausa, subjek, dan predikat. Di samping itu, perkaitan unit tatabahasa dan ayat dianalisis secara konsituen terdekat.

2.2.3 Implikasi Dalam teori ini pembelajaran lebih kepada berasaskan rangsangan dan gerak balas. Bahan rangsangan untuk penguasaan lisan

ditunjukkan dahulu sebelum pengajaran kemahiran menulis. Berbanding teori tradisional, teori ini lebih kepada pengajaran berbentuk induktif. Pengajaran juga berasaskan fakta dalam erti kata lain, ia dijalankan secara formal. Teori ini tidak menekankan penyampaian makna dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Makna perkataan dijelaskan dengan cara memberikan makna yang sama dalam bahasa natif dalam pembelajaran bahasa kedua. 2.3 Teori Transformasi Generatif

Selepas aliran struktural, timbul pula satu aliran baru dalam tahun 1950an iaitu aliran Transformasi Generatif (TG). Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structures (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). Analisis TG bertujuan membentuk rumusrumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi. Manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk

berbahasa. Bagi penutur asli, mereka mempunyai kecekapan berbahasa ini iaitu competense. Kecekapan ini merupakan satu set implisit iaitu

dinyatakaan secara tidak langsung atau tidak secara terang-terangan. Penguasaan bahasa berdasarkan penguasaan bahasa pertama dahulu. Pengetahuan bahasa merupakan fenomena mental. Struktur dalaman

penutur asli membolehkan ayat berfrasa dan ayat yang mempunyai ketaksaan. Dua struktur ayat dalam teori ini ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.

Rumus-rumus transformasi berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun semula. Pendekatan huraian bersifat deduktif dan kaji diri. Teori ini juga

menunjukkan kajian berbentuk hipotesis tentang bagaimana bahasa bertugas. Kita juga dapat lihat dalam teori ini, bahasa bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol untuk menganalisis nahu. 2.4 Teori Fungsional Teori ini berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Ahli-ahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi struktur malahan mereka juga memberikan perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Kajian bahasa bukan semata-mata tertumpu kepada bentuk-bentuk bahasa bahkan juga terhadap perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. sebagai alat perhubungan. Teori ini mewujudkan pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan bahasa. Fungsi sosial bahasa memainkan peranan penting dalam Hal ini kerana teori ini mementingkan Halliday menganggap bahasa

pembentukan sistem bahasa.

aspek semantik. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal. Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan

emosi penutur. Turut memberi perhatian kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Aspek yang ditekankan ialah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi. Tiga fungsi utama dalam berbahasa ialah fungsi ideasional, interpersonal, dan tekstual. Fungsi ideasional menyatakan pengucapan serta hasrat dan fikiran. Manakala, fungsi interpersonal menggambarkan gambaran operasi bahasa sebagai alat interaksi. Dan akhir sekali, fungsi

tekstual

menggambarkan

bagaimana

bentuk-bentuk

ayat

untuk

menyampaikan mesej. Teori ini sangat mementingkan aspek semantik. Kajian bahasa

bukan setakat struktur tetapi fungsinya sebagai alat komunikasi. Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antara lainnya ialah sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis. Seterusnya, asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Kemudian, variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial. Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan penuturnya. fikiran tetapi juga dapat menggambarkan

Anda mungkin juga menyukai