Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan
Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan tersendiri. Ia bergantung
kepada personaliti seseorang itu sendiri. Dengan gaya pembelajaran yang betul dan sesuai
dengan dirinya sendiri, seseorang itu akan belajar dengan lebih cepat dan berkesan serta
menarik minat mereka untuk belajar. Dengan itu, pencapaian dalam pembelajaran seseorang
itu akan dapat ditingkatkan baik dengan berkesan.

2.0 Definisi Gaya Pembelajaran


Berdasarkan Kamus Dewan edisi, definisi bagi gaya pembelajaran merupakan cara seseorang
pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses maklumat untuk membentuk konsep
dan prinsip. Dengan kata lain, gaya pembelajaran merupakan cara seseorang individu
menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau
kemahiran baru.

3.0 Gaya Pembelajaran VARK


Antaranya adalah Model Gaya Pembelajaran VARK yang merupakan Visual, Aural, Reading-
Writing, Kinesthetic Learning. Bagi seseorang itu yang mempunyai model gaya pembelajaran
Visual, meraka akan belajar lebih baik dengan melihat teks berbentuk perkataan atau ayat
dalam buku, papan hitam atau paparan computer.Sebagai contoh, Power Point, Microsoft
Word, Microsoft Excel, peta, diagram, garfik, flow chart dan symbol visual seperti panah,
lingkaran, hirarki dan sebagainya. Mereka juga lebih mengingati dan memahami arahan dan
penerangan menerusi peta atau simbol. Manakala, meraka tidak memerlukan penerangan lisan
seperti murid Auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan dan
penglihatan atas gambar dan peta. Seterusnya, meraka juga akan melukis peta i-Think untuk
mengukuhkan ingatan meraka. Bagi meraka, strategi untuk belajar adalah mengganti kata-kata
dengan symbol atau gambar.

Bagi yang mempunyai model gaya pembelajaran Auditori pula, meraka belajar dengan
mendengar perkataan atau ayat yang disebut dan juga arahan lisan. Meraka boleh mengingati
penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila
mempelajari sesuatu yang baru. Disamping itu, mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan
mendengar semula rakaman pita audio atau mengajar murid lain dan berbincang dengan guru

1
mata pelajaran. Bagi mereka, strategi untuk belajar ialah berbincang dengan orang lain dan
mencatat isi-isi penting dan membaca buku atau catatan dengan keras.

Seterusnya, bagi meraka yang mempunyai model gaya pembelajaran Reading-Writing


pula, mereka lebih suka menghafal isi-isi penting dengan bacaan julang kali dan menulis isi-isi
tersebut dalam buku catatan meraka. Meraka juga suka mencari bahan di perpustakaan seperti
Kamus, Jurnal, Buku Teks dan sebagainya untuk rujukan mereka. Mereka lebih suka kepada
perkataan berbanding bunyi atau gambar. Bagi mereka, strategi untuk belajar adalah tuliskan
kata-kata secara berulang-ulang, baca catatan secara berkali-kali, dan tulis kembali idea atau
isi dengan kalimat yang berbeda.

Dan yang keempat ialah model gaya saya sendiri iaitu model gaya Kinestetik, mereka
belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal
dalam aktiviti di kelas. Mereka biasanya dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan
apabila melakukan aktiviti dengan tangan mereka atau sendiri. Mereka suka menyentuh segala
sesuatu yang dijumpainya. Mereka juga suka menggunakan objek yang nyata sebagai alat
bantu belajar. Selain itu, mereka juga menyukai penggunaan komputer. Mereka juga sering
bermain-main dengan disekitarnya sambil mendengarkan atau mengejarkan sesuatu. Bagi
saya, strategi untuk belajar adalah menggunakan seluruh panca indera iaitu penglihatan,
sentuhan, pengecap,penciuman dan pendengaran. Selain itu, mereka juga boleh mangadakan
kunjungan lapangan, pameran, sampel, fotografi, dan sebagainya.

4.0 Model Gaya Pembelajaran Saya


Seterusnya, bukan hanya wujud gaya pembelajaran VARK sahaja tetapi juga wujud Model
Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978), Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford,
dan Model Gaya Pembelajaran Kolb yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Walaubagaimanapun, dengan beberapa ujian dan analisi yang dibuat, saya dapati saya ialah
orang Kinestetik dan model gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri saya adalah Model Gaya
Pembelajaran Honey dan Mumford. Gaya pembelajaran ini dibahagi kepada 4 jenis iaitu Aktivis,
Reflektif, Teoris, dan Pragmatis.

Manakala, dengan ujian yang dijalankan, saya dapati saya ialah orang yang Pragmatis
dan Reflektif. Dengan ringkasnya, saya lebih suka mencuba sesuatu perkara dan mentafsir
keputusannya secara praktikal. Ingatan saya dapat diukuhkan sekiranya saya melakukan aktiviti
praktikal tentang sesuatu teoris. Oleh sebab itu, apabila saya menjalankan eksperimen, ia akan

2
menarik perhatian dan minat saya untuk belajara sesuatu yang baru. Selain itu, saya juga
bersifat Reflektif. Saya dapati saya bersifat berhati-hati dan tidak membuat keputusan tanpa
rujukan. Akhirnya, saya juga suka mencari sebab sebenar tentang sesuatu itu berlaku.

Dengan jelasnya, orang Reflektif lebih suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara.
Mereka juga suka mencari hakikat sebenar tentang sesuatu perkara dan suka membuat
pemerhatian melalui pelbagai perspektif. Orang Reflektif ialah orang yang bersikap berhati-hati.
Mereka sentiasa berfikir sebelum membuat tindakan. Walaupun mereka sentiasa menjauhikan
diri daripada perbincangan orang lain tetapi mereka merupkan pendengar yang baik dan
mereka juga berminat memerhatikan tingkah laku manusia di sekelilingnya. Mereka suka
melakukan sesuatu projek atau tugasan dengan sistematik dan tersusun. Dan akhirnya, mereka
tidak terburu-buru membuat keputusan tentang sesuatu perkara dan kejadian. Mereka akan
mengumpul maklumat yang banyak dan menganalisis maklumat terlebih dahulu dan akhirnya
membuat keputusan yang tepat dan betul. Sebagai orang Reflektif, strategi saya untuk belajar
ialah menggunakan komponen CORT 1 yang diperkenalkan oleh Edward De Bono iaitu
Consider All Factors (CAF) yang bermaksud mengambil kira semua faktor tentang sesuatu
perkara. Saya akan berfikir dan meninjau semua aspek bagi sesuatu situasi dengan lengkap
dan menyeluruh. Seterusnya menggunakan Plus, Minus, Interesting (PMI), senaraikan semua
yang baik, semua yang buruk, dan semua yang menarik.

Disamping itu, orang Pragmatis ialah orang yang lebih berkeyakinan, banyak bercakap,
dan lebih proaltif mengikut perkembangan dan sentiasa mengekalkan tahap emosi yang tinggi
bersifat praktikal. Oleh sebab itu, mereka gemar mencuba idea, teori, dan teknik untuk menguji
sama ada berguna atau tidak dalam situasi sebaner. Dalam pembuat keputusan, mereka akan
membuat keputusan secara cuba jaya serta mementingkan bukti dan hakikat sebenar. Mereka
lebih percaya perkara yang dapat dilihat kerana perkara yang dapat dilihat mempunyai bukti
dan hakikat tersendirinya. Justerunya, mereka akan mengutamakan kegunaan dan fungsi
sesuatu objek itu berbanding aspek-aspek lain. Selain itu, mereka lebih bersifat ekspresif
daripada kreatif. Orang yang bersifat Pragmatis suka membuat perbandingan antara dua objek
supaya dapat membezekan dua objek tersebut tentang kegunaannya dan mana satu yang lebih
sesuai untuk digunakan. Sebagai seorang Pragmatis pula, saya akan menggunakan
Consequence and Sequel (C&S) iaitu berfikir dan menjangkakan perkara yang akan berlaku
selepas sesuatu cadangan dijalankan. Selain itu, saya juga akan menggunakan Alternatives,
Possibilities, Choices (APC) dengan berfikir berkenaan beberapa perkara dengan serentak dan
menentukan pilihan yang terbaik bagi sesuatu perkara.

3
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan tersendiri, kita
hendaklah menjalankan beberapa ujian untuk menentukan gaya pembelajaran yang paling
sesuai untuk kita sendiri. Kita perlulah menyusun strategi untuk membantu mereka menguasai
segala isi pelajaran dan maklumat yang diperoleh agar dapat diproses oleh otak dengan lebih
mudah dan berkesan. Akhir sekali, dengan gaya pembelajaran yang betul dan sesuai, kita
dapat mencapai tahap kecemerlangan dalam pembelajaran kita. Ia juga dapat membantu
pelajar di IPTA, IPTS, IPG. Oleh sebab itu, kita dapat melahirkan seorang insan dan guru yang
cemerlang dan seterusnya memajukan negara Malaysia.

4
RUJUKAN

Adila Fadzlyn Ramly. (2016) Gaya Pembelajaran dilayari daripada


http://adilafadzlyn.blogspot.com/2016/09/gaya-pembelajaran-honey-mumford.html

Allen, Scheve & Nieter. (2011) Kemahiran Belajar dilayari daripada


https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-2-pengurusan-pembelajaran/2-3-
mengenali-gaya-pembelajaran-kendiri

Cik Fairuz. (2017) Gaya Pembelajaran dilayari daripada https://prezi.com/qmxhdvlx_31o/gaya-


pembelajaran/

Cikgu Zaki. (2016) Model Gaya Pembelajaran dilayari daripada http://cikgu-


zaki.blogspot.com/2012/06/model-gaya-pembelajaran-vak-visual.html

Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan. (2015) Kemahiran Belajar
Sasbadi SDN. BHD.

Eva Cheong, S.C. Chong, H.N. Ling. (2012) Gaya Pembelajaran dilayari daripada
http://dpliprasekolahsunshine.blogspot.com/2012/09/by-eva-cheong-s.html

Kamus Dewan Edisi Ke-empat (2007),Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Dawama
SDN. BHD

K Johari. (2016) Konsep Pembelajaran dan Gaya Pembelajaran dilayari daripada


https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/.../292

R Jakiwa. (2012) Kemahiran Belajar dilayari daripada


http://studentsrepo.um.edu.my/3983/4/BAB_1-5,_BIBLIOGRAFI,_LAMPIRAN.pdf

Y Zainab. (2008) Hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik dilayari
daripada http://etd.uum.edu.my/4815/2/s86090_abstract.pdf

5
PENGHARGAAN

Saya bersyukur bahawa saya dapat menyiapkan kerja khusus saya ini yang telah diusahakan
selama ini yang bertajuk “Penulisan Esei 1”. Kerja kursus yang ini amat penting menyebabkan
saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja kursus subjek
Kemahiran Belajar (GKB1053).

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang sering membantu saya
sepanjang masa saya membuat kerja kursus saya ini. Pertama sekali kepada Dr. Ramlan
Hamzah. Saya sangat menghargai jasa beliau kerana beliau selalu memberi bimbingan dan
nasihat yang amat penting dan berguna ke atas kerja kursus saya serta membantu saya dari
semasa ke semasa. Beliau telah membantu saya supaya saya dapat menyiapkan kerja kursus
ini dalam masa yang ditetapkan. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga
juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan.

ii
KANDUNGAN

Maklum Balas i

Penghargaan ii

Kandungan iii

1.0 Pengenalan 1

2.0 Definisi Gaya Pembelajaran 1

3.0 Gaya Pembelajaran VARK 1-2

4.0 Model Gaya Pembelajaran Saya 2-3

5.0 Kesimpulan 4

Rujukan 5

iii

Anda mungkin juga menyukai