Anda di halaman 1dari 4

Program : PISMP Nama Pelajar :

Kod : MPU3041 Semester / Tahun : Semester 2 / Tahun 1

Nama Kursus : Kokurikulum - Permainan Ambilan :

Kumpulan :

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Ujian Amali Kemahiran


30 Mac 2020 19 April 2020
2. Rancangan Latihan Kemahiran (berkumpulan)
23 Mac 2020 6 April 2020
3. Ujian Amali Pengendalian Latihan
6 April 2020 13 April 2020

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Mengaplikasikan pengetahuan tentang kemahiran-kemahiran asas dalam permainan.


( P3, A3, LO2 )
2. Memberi tindakbalas dalam situasi-situasi permainan dengan mematuhi undang-
undang dan peraturan permainan. (C3, P3, LO2 ,LO3, CTPS5 )
3. Mengendalikan latihan yang dirancang secara berkumpulan berasaskan prinsip-prinsip
latihan yang dibina melalui rujukan maklumat dari pelbagai sumber. ( C3,P3, LO2, LO5,
LO6, TS2, LL1 )
4. Mempamerkan nilai dan etika dalam pelaksanaan latihan. ( P6, A5, LO2, LO8, EM2 )

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1,2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut;


1. Melakukan dengan baik satu ujian kemahiran asas bagi setiap permainan Bola Sepak,
Bola Baling, Bola Tampar, Sepak Takraw dan Hoki dalam satu ujian kemahiran.
2. Menghasilkan satu rancangan latihan kemahiran berkaitan dengan kemahiran asas
salah satu permainan yang diplih secara berkumpulan
3. Melaksanakan rancangan latihan kemahiran yang dirancang secara berkumpulan
berasaskan prinsip-prinsip latihan yang dibina berdasarkan rujukan yang pelbagai.
4. Menunjukkan nilai dan sikap profesionalisme, mempunyai ciri-ciri kepimpinan,
bertanggungjawab semasa melaksanakan latihan.

TUGASAN ( 100% )
Anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

1. Tugasan 1 - Individu ( 50% )


Anda perlu melakukan Ujian Amali Kemahiran bagi setiap satu permainan yang dipilih
(bola sepak, bola baling, sepak takraw, bola tampar dan hoki). Satu kemahiran yang
diuji bagi setiap permainan adalah seperti berikut :
A. Bola Tampar
a. Servis
b. Menyangga
c. Mengumpan
d. Merejam
B. Sepak Takraw
a. Servis
b. Mengumpan
c. Menanduk
C. Bola Baling
a. Hantaran aras bahu
b. Menyambut bola tinggi
c. Mengelecek
d. Menjaring
D. Bola Sepak
a. Menghantar bola
b. Mengelecek bola
c. Menanduk bola
d. Menjaring gol
E. Hoki
a. Memukul dan menahan bola
b. Menolak bola
c. Mengelecek
d. Menjaring

2. Tugasan 2 – Kumpulan ( 30% )


Pihak yang terlibat dalam pengurusan permainan seharusnya berupaya
merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti permainan secara sistematik,
cekap dan berkesan.
Oleh itu, anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran harian
kemahiran asas permainan yang telah anda pelajari dan mengendalikan latihan
yang dirancang.

Anda perlu menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (Kemahiran Permainan) yang
dipilih yang berdurasi 60 minit. Secara berkumpulan ( 2- 3 orang ) anda dikehendaki merancang
satu kemahiran permainan yang dipilih. Kriteria yang akan dinilai adalah berdasarkan prinsip-
prinsip latihan yang dibina melalui rujukan maklumat dari pelbagai sumber.

1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan ( 2 hingga 3 orang ).

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format tugasan ini adalah seperti berikut :

 rancangan latihan di muka hadapan perlu mengikut format di bawah


 Tajuk
 kemahiran
 Tarikh
 Masa
 Bilangan murid
 Alatan
 Objektif pembelajaran
i. Psikomotor
ii. kognitif
iii. Afektif

3.1 Pemanasan badan ( dicadangkan 5 minit )


3.2 Latihan Kecergasan (dicadangkan 10 minit )
3.3 Diikuti dengan ansur maju khusus untuk kemahiran asas yang dipilih
( 2 aktiviti ansur maju ) ( dicadangkan 30 minit )

3.4 Aktiviti Pengukuhan - permainan kecil ( dicadangkan 10 minit )

3.5 Diakhiri dengan "cooling down" ( dicadangkan 5 minit )

3. Tugasan 3 – ( 20% )
Anda dikehendaki mengendalikan latihan yang dirancang dengan mempamerkan nilai
dan etika dalam pelaksanaan latihan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan


1. Kulit hadapan hendaklah selaras dengan keperluan tugasan yang mengandungi
butir-butir berikut:
a) Nama anda (mengikut kad pengenalan)
b) Kumpulan / unit
c) Subjek
d) Nama pensyarah
e) Tarikh serahan
2. Tugasan hendaklah dijilid
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
a) Fon Arial dalam bentuk ‘justify’
b) Saiz huruf ialah 11
c) Langkau satu setengah baris
d) Rujukan mengikut format APA
e) Gambar-gambar rajah perlu dilabel dengan jelas dan dinomborkan mengikut urutan
secara tertib termasuk dengan jadual-jadual grafik dan lukisan.
4. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
5. Anda mesti sertakan Borang Maklum Balas Tugasan di hadapan tugasan anda.
6. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang lewat
dihantar tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.
7. Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, penerangan dan ilustrasi yang jelas dan
mudah difahami.

Disemak oleh:
Disediakan Oleh,

( Azulhaimi b Ahmad ) ( Azulhaimi b Ahmad )

Penyelaras Kursus Pakar Bidang SME


Kokurikulum – Permainan Unit Kokurikulum
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Disahkan oleh,

( )

Ketua Jabatan PJK & Kokurikulum


IPG Kampus Pendidikan Teknik

Anda mungkin juga menyukai