Anda di halaman 1dari 1

Soalan Tutorial 4:

Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Timur sangat jelas dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Buktikan dengan justifikasi yang tepat.

Jawapan:

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dibentuk dalam menggabungkan Falsafah Pendidikan Timur dan
Falsafah Pendidikan Islam. Dalam Falsafah Pendidikan Timur telah memberi tekanan kepada Emosi dan
Rohani. Manakala Falsafah Pendidikan Islam memberi tekanan kepada Intelek dan Rohani. Penekanan
aspek emosi dalam FPK terbukti dalam ajaran Konfusianisme. Ajaran ini telah menekankan kepada
pemupukan tingkah laku yang baik. Selain itu, ajaran ini juga menekan kepada mengekalkan nilai dan
norma masyarakat, melestarikan kebudayaan serta mengekalkan struktur kekeluargaan. Ini telah
memfokuskan masyarakat supaya sentiasa berjaga terhadap emosi dengan mengambil tingkah laku yang
rasional supaya menjaga kesejahteraan dan kebahagian dalam kehidupan. Penekanan aspek rohani
dalam falsafah pendidikan timur pula dapat dibuktikan dalam ajaran hinduisme. Dalam hinduisme telah
memberi ajaran tentang fahaman Yoga. Yoga ini telah memberi pegajaran kepada masyarakat untuk
mencapai kesatuan dengan Tuhan dan mempunyai hubungan antara alam-jiwa dan kesedaran-material.
Manakala dalam Falsafah Pendidikan Islam pula, pendidikan berperanan untuk membantu masyarakat
untuk sentiasa berfikir dan bersikap kritis dalam menanggapi sesuatu berpandukan ilmu fakta yang
sahih. Selain menekankan kepada intelek, ajaran islam juga menekan kepada aspek kerohanian dengan
menggalakkan masyarakat menggunakan kecerdikan untuk mendalami al Quran. Memandangan ajaran-
ajaran yang ditekankan dalam falsafah pendidikan adalah berbeza dalam timur dan islam, Falsafah
Pendidikan Islam telah membentukkan dengan mempunyai keinginan untuk membentuk individu yang
mematuhi kedua-dua ajaran yang dikemukakan dalam Falsafah Pendidikan Islam dan Timur. Oleh itu,
falsafah Pendidikan Kebangsaan ini telah dibentuk dengan menginginkan membentuk indivitu yang
berkembang secara menyeruluh dan bersepadu dari segi JERI, iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

Anda mungkin juga menyukai