Anda di halaman 1dari 16

KEMAHIRAN

ASAS SENI
DALAM
PENDIDIKAN
Disediakan oleh : Nur Qamarina binti Karia@Zakaria (BM 3)
4.1 Seni visual
4.1.1 Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual
Kurikulum PSV sekolah rendah merangkumi empat bidang kegiatan
iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan dan mengenal kraf tradisional (rujuk Rajah 4.1). Murid
dilatih untuk melihat subjek ini pada perspektif yang lebih luas sama
ada dari aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman tersebut,
murid akan dapat membuat pemahaman mengenai khazanah dalam
konteks seni warisan bangsa.
Pengetahuan Asas
Pendidikan Seni Visual

Empat
Empat Bidang
Bidang Asas
Asas Seni
Seni Reka
Reka
ekgiatan
ekgiatan

Mengenal
MEnggambar Kraf
Tradisional
Unsur Seni Struktur
Reka Rekaan
Membuat
Corak & Membentuk
Rekaan & Membuat
Binaan Prinsip Seni
Reka

Rajah 4.1: Pengetahuan Asas dalam Pendidikan Seni Visual


4.1.2 Asas Seni Reka- Unsur Seni dan Prinsip Rekaan
Unsur Seni –terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam komposisi sesuatu karya seni visual.

i.
Garisan
vi. ii.
Warna Jalinan

v.
iii Rupa
Ruang
iv
Bentuk
Garisan

Garisan merupakan cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan
mempunyai jarak-jarak tertentu adalah unsur yang terpenting dalam kerja
melukis dan menggambar. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa,
jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan
dalam seni visual. Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, purtus-
putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Melalui garisan kita boleh
menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk.
Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti teknik koyakan, teknik
tampalan, teknik kolaj, gosokan, cetakan dan capan.
Rupa

Rupa mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan mengelilinginya. Rupa bersifat
dua dimensi (tidak berjisim) dan merupakan pertemuan antara penghujung garisan
dan permulaannya. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau
mendatar. Rupa terbahagi dua iaitu rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik
mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Rupa
geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus seperti bulat, empat segi, kun,
kubus, silinder, empat segi bujur, dan piramid yang boleh dihasilkan berbantukan alat
geometri.
Bentuk
Mempunyai struktur jisim, isi padu dan berbentuk tiga dimensi. Bentuk dapat
dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi yang terdiri daripada
dua jenis iaitu bentuk ilusi (maya) dan bentuk konkrit. Bentuk ilusi wujud dalam
bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi dan lukisan. Bentuk ilusi hanya dapat
dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam bentuk
dua dimensi. Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim
dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh bentuk konkrit ialah seperti
bakul, bola, durian, bangunan, dan manusia.
Jalinan

Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek sama ada kasar, halus
atau kesat. Jalinan dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan
yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa.
Jalinan terbahagi dua jenis iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh.Jalinan tampak adalah jalinan
yang dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi yang terdiri daripada gambar, slaid,
bill-board, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab jalinan tampak dalam bentuk gambar, kita
tidak dapat merasai jalinan secara sentuhan. Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat
maujud dan sifatnya tiga dimensi seperti kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, dan buah-buahan.
Ruang

Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan


kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek. Ruang merupakan
kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek yang menggambarkan
aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi,
atau di atas. Dalam aktiviti menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan
menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang
dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.
Warna

Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan.


Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna
sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna merah, biru
dan kuning. Ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.
Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu yang
dapat dihasilkan daripada percampuran dua warna asas. Warna tertier
terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder
4.1.3 Prinsip Rekaan
Prinsip Rekaan terdiri daripada:
i.
Imbangan

vii.
ii Harmoni
Kesatuan

vi.
Kepelbagaa iii. Kontra
ian

v. iv.
Pergerakan Penegasan
HARMONI
• Kesan ini wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan
atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang
tertentu.
• Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik
perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej.
• Gabungan ini akan menimbulkan keadaan yang selesa, aman
dan tenang

KONTRA
• Keadaan ini berlaku apabila satu daripada unsur-unsur seni
mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain.
• Bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada
sesebuah karya seni.
• Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar
kontra semakin jelas penegasan).
• Kontra boleh dikaitkan dengan rupa, garisan, bentuk dan warna
PENEGASAN
• Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada
pemerhatian tampak.
• Penegasan berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya,
mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih menarik.
• Penegasan diwujudkan untuk menimbulkan kesan kelainan

IMBANGAN
• Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan
graviti, sama kecerahan warna , sama padan dan sama gaya
penampilan.
• Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, tidak
simetri dan imbangan semua arah.
• Secara umumnya imbangan adalah agihan ruang dalam
sesuatu hasil karya
• Pergerakan wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar,
bergoyang, bergegar, berayun, dan bersinar-sinar.
• Pergerakan bertujuan untuk memberi `nyawa’, rupa dan
PERGERAKAN bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi.
• Pergerakan boleh ditampilkan melalui jalinan, rupa dan ruang.

• Sesuatu komposisi karya akan mengujudkan satu keadaan


yang terdapat penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea
yang berbeza, susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang
KEPELBAGAIAN bertentangan arah dan berbeza saiznya.
• Ketidakseragaman ini mempelbagaikan elemen atau prinsip
yang digubah dalam karya.
• Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara
sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau idea
sesuatu hasil karya.
• Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna
KESATUAN
dapat mewujudkan keseragaman atau kesatuan.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai