Anda di halaman 1dari 2

1.

Jelaskan asas nyanyia yang kamu tahu

2. Jelaskan tentang postur dalam nyanyian

3. Ceritakan bagaimanakah cara menarik nafas untuk menyanyi.

4. Berikan sebab-sebab mengapa kita menyanyi.

5. Bagaimana membina keyakinan untuk menyanyi secara padu suara?

6. Klasikasikan suara manusia.

7. Apakah prinsip dalam bidang nyanyian?

8. Senaraikan aspek penting seorng penyanyi.

1. Asas nyanyian merujuk kepada udara yang keluar dari rongga-rongga dalam paru-paru menggetarkan
pita suara yang terdapat dalam peti suara manusia lalu menghasilkan bunyi suara manusia. Bunyi suara
ini kemudian “dibentuk” oleh organ vokal yang terdapat di sekitar mulut dan hidung. Bahagian tubuh
(organ) yang bertanggungjawab membentuk bunyi yang dapat dikenali ialah bibir, gigi, rongga hidung,
rongga mulut, lelangit keras, lelangit lembut dan lidah.

2. Postur adalah kedudukan badan semasa menjalankan sesuatu aktiviti muzik, contohnya menyanyi,
bermain rekoder atau bermain piano. Tidak kira samada secara duduk atau berdiri, kedudukan postur
tubuh hendaklah betul semasa menyanyi. Ini membolehkan pengaliran udara masuk dan keluar berlaku
dengan selesa. Postur yang baik juga membolehkan seseorang kelihatan segak,kemas dan nampak
bersedia serta mengelakkan cepat letih Secara amnya, tubuh dari kepala hingga ke kaki hendaklah lurus.
Ini dilakukan dengan duduk atau berdiri tegak.Walaupun begitu semua otot tubuh hendaklah lembut
dan selesa.

3. Menarik nafas hendaklah lakukan melalui hidung, udara dikumpulkan secukupnya supaya suara
nyanyian bertenaga dan stabil. Pada asasnya, nafas diambil semasa pertukaran frasa melodi. Biasanya
not akhir frasa melodi mempunyai nilai yang panjang. Sedikit latihan pernafasan perlu dilakukan
sebelum menyanyi supaya rongga-ronga dalam tubuh cukup bersedia semasa aktiviti menyanyi.

4. Menyanyi dapat memperluaskan budaya dan memahami perasaan dan budaya sesebuah masyarakat
dan memperkayakan imaginasi. Menyanyi juga dapat mempertingkatkan daya pemikiran, memberi
kegembiraan dan keseronokan serta memperbaiki kesihatan melalui latihan pernafasan yang betul.
Selain itu, menyanyi dapat memperbaiki kekuatan dan mutu suara dalam percakapan, memperkuatkan
daya ingatan dan konsentrasi serta melepaskan perasaan yang kurang senang. Seterusnya, menyanyi
juga dapat membina keyakinan diri, membina personaliti yang dinamik dan terpuji serta kualiti
kepimpinan, dan memberi kepuasan kepada diri sendiri dan orang lain.
5. Untuk membantu membina keyakinan dalam menyanyi, kita perlu fokus kepada ketepatan pic dan
kualiti pic dan suara dalam nyanyian unison. Kita boleh menjalankan latihan nyanyian dalam kumpulan
kecil dan kadang kala secara berpasangan atau solo. Kita juga boleh mendengar lagu sambil menyanyi.
Setelah mereka mahir dalam menghasilkan ketepatan pic dan yakin dengan kebolehan mereka barulah
lagu-lagu yang mengandungi harmoni diperkenalkan. Di dalam pengajaran harmoni pembimbing boleh
memulakan dengan suara harmoni dahulu atau melodi lagu tersebut. Ini bergantung kepada kebolehan
ahli dan kesukaran lagu yang dipilih. Ada sesetengah kumpulan mudah mempelajari harmoni dahulu
sebelum melodi.

6. Setiap orang mempunyai suara yang unik. Suara wanita dan lelaki, sama ada dewasa atau remaja
boleh dikategorikan mengikut jenis suara dan renj not yang boleh dinyanyikan. Ada wanita yang
mempunyai suara yang tinggi dikenalkan sebagai penyanyi soprano, sesetengah lelaki mempunyai suara
yang dalam dan rendah digelar bes. Jenis-jenis suara mengikut urutan ialah soprano atau treble, mezzo
soprano, alto, contralto atau counter-tenor, tenor, baritone dan bes. Biasanya di dalam kumpulan koir
hanya empat suara yang kerap digunakan iaitu soprano, alto, tenor dan bes atau untuk koir yang terdiri
dari wanita ialah soprano, mezzo soprano dan alto.

7. Sebelum seseorang mempelajari nyanyian ia perlu mengamalkan prinsip seperti sentiasa bersikap
positif, sentiasa berlatih, mengamalkan postur yang baik, pengawalan pernafasan yang baik,
pengeluaran suara atau ton yang ekspresif,rata,bersemangat,ringan kaya dan bergema, penguasaan
dalam sebutan dan artikulasi yang jelas,tepat dan cantik, penampilan persembahan fisikal yang
bersahaja-natural,bersopan dan bersikap tenang dan yakin serta sensitif, bijak dalam membuat
intertretasi yang ekspresif.

8. Aspek penting bagi seorang penyanyi ialah suka muzik dan seronok menyanyi, mempunyai deria dan
rasa pic dan irama yang tepat, berimaginasi dan daya interpretasi yang tinggi, sihat dan bersemangat
dan mempunyai tabii dari kesihatan yang baik, mempunyai personaliti yang disenangi, mempunyai daya
usaha yang tinggi untuk mempertingkatkan kebolehan. Selain itu, aspek yang penting ialah mempunyai
kebolehan menyanyi semerta dan memainkan iringan yang mudah serta mempunyai koordinasi fisikal
yang baik iaitu penguasaan dan pengawalan nafas dan otot fonasi yang baik.

Anda mungkin juga menyukai