Anda di halaman 1dari 35

Nilai Masyarakat Malaysia

• Setelah hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan,


adalah sesuatu yang amat malang apabila kita
masih tercari-cari jati diri sebenar rakyat Malaysia.
Tidak perlu kita membuka lembaran lebih jauh
untuk berbicara tentang rupa-bentuk bangsa
Malaysia sebagai asas pembinaan negara
bangsa, sekiranya persoalan yang lebih kecil
berkaitan dengan jati diri yang sepatutnya dimiliki
secara sepunya oleh rakyat masih belum selesai.
Rakyat Malaysia seperti dibiarkan untuk memiliki
jati diri mengikut cita rasa masing-masing tanpa
ditunjuki oleh pihak yang berkuasa. Situasi seperti
ini sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan
konflik yang serius di dalam masyarakat.
• Lazimnya sistem nilai dikaitkan dengan kepercayaan yang
dipegang oleh seseorang atau sesebuah
masyarakat.Bagaimanapun bagi mereka yang tidak
menerima sistem nilai sebagai sesuatu yang bersifat
supernatural seperti golongan naturalisme atau realisme,
sistem nilai seseorang atau sesebuah masyarakat diasaskan
kepada banyak faktor termasuk pemikiran, dan budaya
sesebuah masyarakat.Maka lahirlah berbagai sistem nilai
yang tidak berasaskan agama seperti utilitarianisme,
hedonisme dan sebagainya.Biar apapun sistem nilai yang
dipegang, perlu ada nilai-nilai sepunya sehingga sesuatu
yang baik diterima bersama sebagai baik dan sesuatu yang
buruk diterima bersama sebagai buruk.
• Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang
diamalkan oleh orang-orang tua seperti bekerjasama, saling
mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh
generasi zaman kini.Ramai jiran yang tidak mengenali
sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang
aktiviti anak-anak jiran. Masyarakat masa kini
mengamalkan sifat individualistik iaitu mementingkan diri
sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain. Mereka juga
sibuk mengejar kekayaan dan kesenangan selaras dengan
nilai pegangan mereka iaitu materialistik.Kecanggihan sistem
komunikasi seperti telefon telah merenggangkan lagi
hubungan sesama mereka. Kekayaan yang dimiliki
membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang
dihadapi tanpa memerlukan bantuan jiran-jiran
Perubahan nilai masyarakat
Malaysia
• Kota raya Kuala Lumpur diletakkan pada
kedudukan ke 33 daripada 35 buah kota raya
terpilih di seluruh dunia dalam kajian
mengenai keramahan dan kemesraan.
Reader’s Digest telah menghantar
wartawannya untuk melihat sendiri
bagaimana masyarakat di bandar raya
berkenaan bertindak balas terhadap tiga
kriteria : Sanggup membuka pintu kepada
orang yang tidak dikenali, membantu
seseorang yang memerlukan dan ramah
dengan senyuman ketika memberi
perkhidmatan.
• Kota raya Kuala Lumpur diletakkan pada kedudukan ke 33
daripada 35 buah kota raya terpilih di seluruh dunia dalam
kajian mengenai keramahan dan kemesraan. Reader’s Digest
telah menghantar wartawannya untuk melihat sendiri
bagaimana masyarakat di bandar raya berkenaan bertindak
balas terhadap tiga kriteria : Sanggup membuka pintu
kepada orang yang tidak dikenali, membantu seseorang
yang memerlukan dan ramah dengan senyuman ketika
memberi perkhidmatan.
• Daripada senarai yang dikeluarkan, bandar raya New York, Amerika
Syarikat berada pada kedudukan teratas dengan 88 peratus. Ed Koch,
bekas datuk bandar berkata penduduk New York kini lebih prihatin dan
bersikap penyayang selepas kejadian 11/9 kerana menyedari betapa
singkatnya kehidupan.

• Masyarakat kota yang paling biadab ialah Mumbai, India yang mana
ketiga-tiga elemen yang dikaji adalah begitu asing bagi masyarakatnya.
Di Asia, Manila berada pada kedudukan ke 23 iaitu bandar raya terbaik
berbanding bandar raya Asia yang lain.

• Manila berada pada kedudukan ke 23 iaitu bandar raya terbaik


berbanding bandar raya Asia yang lain.
• Kesan pembangunan negara adalah hasil daripada perancangan lima
tahun dan kemuncaknya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971
yang mensasarkan penghapusan kemiskinan tanpa mengira kaum dan
penyusunan semula masyarakat. Setelah DEB berakhir, kerajaan
memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (1991) dan Dasar
Wawasan Negara (2001).

• Kesinambungan ketiga-tiga dasar ini terangkum dalam aspirasi


kerajaan bagi membentuk sebuah negara Malaysia yang maju pada
tahun 2020 melalui Wawasan 2020.

• Pembangunan negara telah memberi beberapa persoalan yang wajar


kita jawab. Apakah kita harus mengenepikan nilai dan norma yang
terpuji semata-mata hendak mengejar sebuah negara yang maju? Di
mana kesudahannya Kempen Budi Bahasa yang telah membelanjakan
jutaan ringgit bagi menyedarkan masyarakat Malaysia?
• Membina masyarakat yang beradab dan berakhlak mulia
harus bermula dari bawah, dari peringkat masyarakat dan
menjalar ke bandar raya.Kesedaran keluarga bagi
menjadikan budi bahasa dan beradab sebagai amalan
harian adalah kunci kepada kejayaan ini. Kita bersetuju
dengan kempen 10 tahun yang akan dilaksanakan oleh
Kementerian Kesenian, Kebudayan dan Warisan untuk
memanjangkan kempen ini ke sekolah-sekolah. Berapa
banyak pula peruntukan yang hendak dikeluarkan
seharusnya berbaloi dengan hasil yang diingini.

• Orang ramai tidak harus melatah apabila Kuala Lumpur


diletakkan jauh ke bawah dalam kajian ini pada tahun ini
sebaliknya perlu muhasabah diri bagi memperbaiki setiap
kelemahan yang ada.
Latihan
1.Nilai tradisonal yang bersifat universal
bagi kaum-kaum utama di Malaysia
yang masih diamalkan dan berusaha untuk
terus kekal diamalkan.
2.Nilai Keperibadian Mulia menurut Agama
Sikhisme.
Perubahan Nilai Budaya dalam
Masyarakat Malaysia
o Apa yang anda faham tentang nilai?

o Nilai-nilai sosial sangat penting dalam masyarakat. Apakah


maksud sosial?

o Sosial bererti hubungan antara seseorang individu


dengan orang lain dalam satu kelompok manusia.

o Nilai-nilai sosial seperti ramah mesra, berbudi bahasa,


bersopan santun, sedia membantu, dsb… sangat perlu
dalam masyarakat Malaysia.
contoh: 1. rakyat Malaysia perlu ramah dan mesra kepada
para pelancong yang melawat negara kita
2. seorang pegawai perlu memberi layanan mesra
(friendly) kepada pelanggannya.
Perubahan Nilai Budaya dalam
Masyarakat Malaysia
o Malaysia sedang berusaha mencapai matlamat Wawasan
2020 untuk menjadi sebuah negara maju dan progresif.
o menurut Zahid Embi (1997) kemajuan sesebuah negara
bergantung kepada nilai budaya masyarakatnya. Sejarah
telah membuktikan bahawa nilai budaya yang buruk atau
negatif boleh menyebabkan kejatuhan sesebuah tamadun
manusia.
o dalam merealisasikan pembangunan dan kesejahteraan
masyarakat, kerajaan telah melancarkan prinsip-prinsip
Rukun Negara (1969) untuk mencapai perpaduan yang
lebih erat dan menjaga keharmonian masyarakat
Malaysia. Contoh: prinsip kesopanan dan kesusilaan
bertujuan memupuk akhlak mulia, beretika dan bermoral.
Perubahan Nilai Budaya dalam
Masyarakat Malaysia
o amalan nilai-nilai murni seperti bersikap ramah mesra,
sopan santun dan mudah tersenyum semakin sukar
didapati dalam masyarakat.
o ucapan “selamat sejahrera”; “apa khabar”; “terimakasih”;
dll… semakin berat dan sukar diucapkan. Ucapan-ucapan
yang menandakan rasa hormat dan sikap menghargai
orang lain adalah nilai sosial yang amat penting dipelihara
o amalan nilai-nilai murni yang disemai kepada murid-murid
di sekolah perlu diambil perhatian serius
o negara-negara yang telah maju mempunyai nilai budaya
yang lebih mantap kerana bidang pendidikan mereka yang
lebih maju
Perubahan Nilai Budaya dalam
Masyarakat Malaysia
Sekumpulan wartawan dari Majalah Reader’s Digest telah
menjalankan penyelidikan keatas 35 kotaraya terkemuka
diseluruh dunia untuk mengkaji tentang ramah mesra
penduduknya.
3 kriteria diguna untuk melihat bagaimana masyarakat di
situ bertindak balas:
o membuka pintu kpd orang yang tak dikenali;
o menolong / membantu orang yg memerlukan;
o ramah dengan senyuman ketika memberi
perkhidmatan
o kajian itu mendapati KL berada pada kedudukan 32/35.
New York (USA) paling atas, Mumbai (India) berada
dikedudukan paling bawah
Perubahan Nilai Budaya dalam
Masyarakat Malaysia
o ini menunjukkan nilai-nilai budaya dan sosial masyarakat
Malaysia semakin berubah.
o masyarakat Malaysia dulunya kaya dengan nilai-nilai
budaya dan adat tradisi yang telah diamalkan turun
temurun.
o nilai-nilai tradisi seperti keharmonian, kestabilan, norma-
norma masyarakat amat perlu dipelihara. keamanan,
kedamaian dan ketenangan perlu menjadi keutamaan.
o semangat kerjasama dalam budaya tradisional seperti
amalan gotong-royong semakin dilupakan dalam
masyarakat kini.
o apakah punca berlakunya perubaan nilai budaya dalam
masyarakat kita?
Perubahan Nilai Budaya dalam
Masyarakat Malaysia
nilai-nilai budaya dan sosial masyarakat Malaysia kini
semakin berubah. Perubahan nilai budaya dan sosial
masyarakat Malaysia boleh dibahagikan kepada 3
peringkat:
o era tradisional – nilai-nilai tradisi seperti keharmonian,
kestabilan, norma-norma masyarakat diamalkan turun
temurun. Rakyat Malaysia ketika itu hidup dalam keadaan
tenang, aman dan damai, tidak banyak berlaku masalah
sosial yang rumit.
o era penjajahan – kesan penjajahan Jepun dan British
banyak mengubah nilai-nilai budaya rakyat Malaysia.
o era pembangunan – kesan pembangunan dimana nilai-
nilai budaya tradisional semakin dilupakan. Moraliti belia
semakin rendah. Masalah sosial semakin menjadi-jadi
dan sukar dikawal.
Perubahan Nilai Budaya dalam
Masyarakat Malaysia
o kemajuan sains dan teknologi moden masa kini berada
dalam keadaan krisis.
o salahguna kuasa boleh berlaku bila seorang pemimpin
terlalu bercita-cita tinggi, pendendam, tamak atau ingin
meluaskan pengaruhnya, sanggup mengenepikan nilai-
nilai moral dan kemanusiaan.
o keghairahan manusia mengejar kebendaan (material),
hidup dalam kemewahan dan kuasa, nilai-nilai moral
menjadi kurang penting.
contoh:
terlalu sibuk mencari keuntungan dalam perniagaannya,
seorang ayah atau ibu mengabaikan tanggungjawab
mendidik anaknya.
nuclear explosion at Nevada, USA
ozone layer depletion
kepesatan perindustrian BASF di tebing Sungai Rhine
(Germany) menyebabkan sungai itu tercemar
F – 35 Fighter

Anda mungkin juga menyukai