Anda di halaman 1dari 12

TUJUAN

KAJIAN

Kewangan merupakan isu yang sangat penting dan perlu


diberi perhatian dalam menguruskan sesebuah persatuan. Dengan
adanya pengurusan kewangan yang baik, maka setiap aktiviti
persatuan yang ingin diadakan akan dapat berjalan dengan lancar
sekaligus memastikan matlamat serta misi persatuan akan dapat
dicapai. Sekiranya sesebuah persatuan mempunyai perancangan
akitviti tahunan yang mantap namun isu kewangan dipandang
remeh walaupun menghadapi masalah, nescaya persatuan ini tidak
akan dapat bertahan dan kekal untuk jangka masa yang lama.
Setiap persatuan perlu memastikan bahawa pengurusan kewangan
sesuatu persatuan dijalankan dengan baik serta mengikut apa yang
telah ditentukan dalam Perlembagaan Persatuan.

Dalam PSM, isu kewangan adalah dalam keadaan yang


baik. Namun demikian, untuk memastikan agar persatuan ini dapat
melakukan lebih banyak aktiviti yang boleh memberikan manfaat
kepada sejaraha tanah air, dana kewangan perlu dicari dengan lebih
proaktif. Sebagai contoh, untuk memantapkan lagi bidang sejarah
tanah air, penyelidikan serta kajian-kajian semula perlu dilakukan
untuk memastikan bahawa sumber sejarah di Malaysia lebih
tertumpu kepada sentrik Malaysia berbanding sentrik Barat. Dan
untuk
melakukan kajian dan penyelidikan ini, kos yang sangat tinggi
diperlukan. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk sumber
kewangan sesuatu persatuan itu berapa dalam keadaan kukuh
demi memastikan setiap aktiviti yang boleh menaikkan nama
persatuan akan dapat diadakan dengan jayanya.

Terdapat pelbagai cara untuk PSM menambahkan dan


meningkatkan lagi dana kewangan persatuan ini. Antara alternatif
yang boleh dilakukan adalah dengan menerbitkan bahan-bahan
rujukan sejarah Melayu yang boleh dijadikan sumber ilmiah dan
boleh digunapakai. Dengan penerbitan sumber-sumber ini, hasil
jualannya boleh digunakan untuk manfaat persatuan sekaligus juga
dapat mengembangkan lagi bidang penulisan Sejarah di Malaysia.

Selain itu, PSM juga bleh mengambil inisiatif lain seperti


menerbitkan kisah-kisah sejarah Malaysia dengan berkolaborasi dengan
mana-mana badan perfileman. Cara ini bukan sahaja dapat menjana
dana untuk persatuan bahkan juga dapat mempelbagaikan lagi sumber
sejarah di Malaysia. Selain dalam bentuk penceritaan, rakaman
temubual juga boleh dilakukan bersama tokoh-tokoh sejarah untuk
mendapatkan sumber-sumber sejarah lisan. Pada masa ini, kegunaan
sumber lisan dalam rujukan sejarah semakin berkembang. Walaupun
sumber bertulis masih menjadi keutamaan untuk dijadikan sumber
dalam membuat rujukan, namun sumber lisan juga boleh digunapakai
dan kegunaannya pada masa kini makin berkembang (Pudentia, 2015).
PSM boleh melakukan kolaborasi dengan pihak Arkib Negara.

ANALISIS DISKRIPTIF DATA Sesuai


dengan kehendak perlembagaan, PSM bergerak dalam pelbagai aktiviti
dari semasa ke semasa seperti mengelolakan dan menganjur bersama
pihak lain seperti universiti, seminar dan persidangan, karangan/esei
dan perdebatan, kuiz, pameran untuk belia dan dewasa, mengadakan
lawatan dan kajian di dalam dan di luar negara, memperakukan
peninggalan bangunan yang berunsur sejarah, dipulih dan diabadikan
dan kadang kala membuat pendirian umum melalui media terhadap
pelbagai isu sejarah bahkan isu politik.

Antara pencapaian yang kurang diketahui ramai ialah PSM telah


memperolehi kerjasama Pengarah Pelajaran Negeri untuk membuat
kajian dan menghasilkan buku sejarah mengenai perkembangan
sekolah dan pendidikan di Negeri Terengganu, Pulau Pinang, Melaka,
Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan Johor. Sumbangan ini amat
tinggi nilainya dari segi rakaman yang memungkinkan pengkaji melihat
gambaran dan perkembangan pendidikan di negeri-negeri di seluruh
Malaysia
Antara pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh
PSM ialah Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia, Kuiz Sejarah dan
Patriotisme, Pertandingan Galeri Sejarah Sekolah dan juga
Pertandingan Menulis Novel Sejarah. Pertandingan ini diadakan adalah
untuk menarik minat masyarakat Malaysia agar mereka turut melibatkan
diri dalam usaha untuk memartabatkan sejarah negara kita sendiri.
Pertandingan yang dianjurkan banyak melibatkan sekolah dan juga
pelajar-pelajar. Pendekatan seperti dilihat dapat memupuk rasa minat
dalam diri pelajar terhadap sejarah. Hal ini dilihat penting kerana mereka
inilah yang akan menjadi peneraju kepada kepimpinan negara kelak.

Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) melalui Jawatankuasa


Jejak Sejarah sentiasa membuat perancangan bagi PSM mengadakan
program Jejak Sejarah di dalam dan luar negara, mengunjungi
tempat-tempat bersejarah khususnya yang ada hubung kait dengan
Malaysia, Agama Islam dan Dunia Melayu.

Melalui program yang diadakan ini dapat diwujudkan


hubungan yang rapat dengan institusi dan pertubuhan-pertubuhan
sejarah di luar negara khususnya negara-negara jiran di Asia Tenggara.
Ini membolehkan pelbagai aktiviti diadakan seperti pertukaran
maklumat, penerbitan, dan kerjasama penyelidikan serta penganjuran
persidangan peringkat antarabangsa.

Program Jejak Sejarah mula diadakan pada 1-8 Mei 1990


apabila PSM mengadakan lawatan ke Acheh, Sumatera (Indonesia).
Sehingga kini sebanyak 26 siri Program Jejak Sejarah sudah diadakan.

Penglibatan PSM dalam


Kongres/Persidangan/Seminar/Bengkel dilaksanakan sama ada melalui
peranan PSM sebagai penganjur atau penganjur bersama dan juga
melalui penyertaan PSM dalam program yang dianjurkan oleh pihak
lain.

Penganjuran bersama lazimnya dibuat dengan jabatan atau


agensi kerajaan berkaitan seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Arkib
Negara Malaysia, dan Jabatan Sejarah Intitut Pengajian Tinggi
Tempatan. Sehingga kini PSM telah menganjurkan tiga program besar
peringkat Kebangsaan:

i. Kongres Sejarah Malaysia!


(1978). ii. Kongres Sejarah
Malaysia II (1996), dan ii. Sidang
Puncak Sejarah (2013).
Di peringkat antarabangsa PSM
bekerjasama dangan pertubuhan
seperti Masyarakat Sejarawan
Indonesia dan Philippinnes
Historical Society menganjurkan
program untuk menggerakkan
kesedaran sejarah dalam kalangan
masyarakat di gugusan kepulauan
Melayu. Seminar dan Bengkel dianjurkan dari semasa ke semasa oleh
ibu pejabat PSM atau PSM Cawangan. Program seperti ini dibuka
penyertaannya kepada orang awam atau pun melibatkan kumpulan
khusus seperti guru sejarah, mahasiswa, dan pelajar.

Program Sembang-Sembang Sejarah' adalah aktiviti yang


dianjurkan secara kerap oleh ibu pejabat PSM dan mendapat sambutan
baik daripada penggiat dan pencinta sejarah. Program ini menjemput
seorang tokoh atau individu daripada pelbagai bidang untuk bercerita
dan berkongsi pengalamannya sepanjang kerjaya atau ketika
penglibatannya dalam satu episod sejarah yang penting. Sessi ini dibuat
secara santai bagi memudahkan interaksi.Penyertaan bagi program ini
secara percuma.

HASIL
KAJIAN
PSM merupakan satu persatuan berdaftar yang berada dibawah seliaan
kerajaan. Sebahagian daripada kewangan persatuan ini adalah
berpunca daripada dana daripada kerajaan pusat. Sungguhpun begitu,
PSM tidak hanya bergantung kepada biayaan kerajaan semata-mata
sebaliknya mengikhtiarkan cara untuk menjana kewangan persatuan
sendiri.

Antara usaha yang dilakukan adalah dengan mengenakan


yuran ahli terhadap mana-mana individu yang ingin menyertai persatuan
ini. Selain itu, PSM juga turut menyewakan dewan, ruang pejabat dan
bilik seminar di wisma sejarah. Melalui cara ini, persatuan akan dapat
menjana sedikit pendapatan lebih untuk menampung kewangan
persatuan
.

RUMUSAN DAN IMPLIKASI


DASAR
PSM merupakan satu persatuan yang tidak asing lagi dalam
Malaysia. Namun demikian, timbul isu apabila sangat sedikit bilangan
golongan anak muda masa kini yang ingin menyertai persatuan ini.
Perkara ini dianggap sebagai satu permasalahan yang serius kerana
pada masa kini, ahli persatuan ini kebanyakannya terdiri daripada
golongan golongan veteran. Dalam ucapan Pengerusi Persatuan
Sejarah Malaysia, Tan Sri Omar Mohd. Hashim pada Mesyuarat
Tahunan Majlis Ke-61, Persatuan Sejarah Malaysia baru baru ini, beliau
melahirkan rasa terkilan kerana menurutnya tidak ramai golongan muda
bergiat secara aktif dalam persatuan itu dan kerisauan beliau terbukti
kerana rata-rata kepimpinan persatuan termasuk di peringkat negeri
terdiri daripada mereka yang telah bersara daripada perkhidmatan
(Alimudin, 2016).
Sudah tiba masanya persatuan ini memerlukan suntikan
baharu dengan menarik minat dan penglibatan lebih ramai golongan
muda untuk bergiat secara aktif. Langkah ini

penting kerana dalam melaksanakan aktiviti berkaitan bidang


sejarah, ia memerlukan ruang masa dan tenaga. Tambahan pula, pada
masa ini terdapat penemuan baharu dan isu berkaitan sejarah yang
memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam.

ANALISIS KES (KAEDAH


ANALISIS SWOT)
Weakness
(Kelemahan)
daripad
a
Kurang penyertaan
generasi muda.
Strength
(Kekuatan)
Telah diasaskan lebih dari
separuh
abad yang lalu - Diterajui
oleh mereka yang
mempunyai pengalaman luas
dalam bidang sejarah
Mempunyai cawangan di
setiap
negeri di
Malaysia. Opportunity
(Peluang)
Mengembangkan lagi bidang
sejarah
di Malaysia - Memupuk
minat generasi muda
terhadap sejarah tanah air.
Memelihara sumber sejarah
tanah air
Platform rujukan sejarah bagi
masyarakat Malaysia
Threat
(Ancaman)
Tidak mempunyai perintis masa akan datang.
untuk
PENUTU
P

Untuk mewujudkan satu persatuan yang baik, sistem


pengurusan dan cara pengendaliannya perlulah dititikberatkan. Peranan
ketua persatuan juga sangat penting dalam memastikan sistem
pengurusan berjalan dengan baik dan lancar. Ketua persatuan juga
perlulah sentiasa memantau pergerakan anak buah dan memastikan
setiap ahli menjalankan tanggungjawab dan tugas masing-masing dalam
persatuan. Ketua yang mampu untuk mengetuai satu persatuan dengan
baik merupakan salah satu aspek yang penting untuk mewujudkan satu
persatuan yang baik (Philip, 2014). PSM merupakan sebuah persatuan
yang boleh dijadikan contoh untuk cara pengurusan yang efektif dan
juga penjanaan kewangan yang baik.
RUJUKAN Alimudin, M. N. (2016. Oktober 25). Memperkasakan
persatuan sejarah malaysia. Retrieved
from Utusan:
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memperkasakan-persat
uan sejarah-malaysia-1.399149

Persatuan Sejarah Malaysia. (2007). Sejarah penubuhan. Retrieved


from Persatuan Sejarah
Malaysia:
http://www.psm.org.my/index.php/imbasan-sejarah/penubuh
an-psm

Philip, A. F. (2014). The open organisation; A new era of leadership and


organizational
development. UK: Gower Publish
Limited.

Pudentia, M. P. (2015). Metodologi kajian tradisi lisan (Edisi revisi).


Indonesia.: Yayasan
Pustaka Obor
Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai