Anda di halaman 1dari 3

APA ITU SEJARAH LISAN?

Sejarah lisan berkait dengan teknik yang memperlihatkan kenangan individu terpilih
melalui sesi temu ramah yang direkodkan. Individu yang terpilih adalah individu yang dapat
memberikan maklumat yang berkait terus dengan diri mereka melalui pengalaman yang mereka
alami di dalam sesuatu peristiwa bersejarah sepanjang mereka hidup. Rekod temu ramah yang
telah ditranskripkan memudahkan penggunaan Sejarah Lisan sama ada di dalam kajian
mahupun bahan bantu mengajar. Di dalam keadaan ini, Sejarah Lisan dapat dibuat untuk
menyumbang kepentingan kepada sumber sedia ada di dalam sejarah termpatan.
Rakaman sesuatu ucapan, maklumat mengenai acara sosial atau negara tertentu
ataupun temu bual yang dirakamkan oleh wartawan tidak membentuk Sejarah Lisan. Ini adalah
kerana Sejarah Lisan tidak terikat kepada sesuatu topik ataupun aspek sahaja. Skop Sejarah
Lisan seharusnya menyeluruh untuk memenuhi pelbagai keperluan penyelidik yang berkunjung
ke Arkib Negara.
Sejumlah besar individu tidak berpeluang dari segi masa ataupun peluang untuk
mendokumentasikan pengalaman mereka. Mereka berkemungkinan mempunyai pengalaman
yang pelbagai dan berpengaruh di dalam sesuatu peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah.
Individu ini berkemungkinan salah seorang saksi dalam sesuatu peristiwa bersejarah yang
berkait rapat dengan diri mereka sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Kita harus
memastikan

agar

segala

maklumat

yang

diperolehi

daripada

individu-individu

ini

didokumentasikan dengan sebaiknya, dengan itu ia akan memperkayakan lagi warisan sejarah
negara. Walaubagaimanapun, ini tidak membenarkan Sejarah Lisan untuk menggantikan
sumber rekod bertulis. Dokumen, surat peribadi, memoir dan diari akan terus menjadi sumber
utama sejarah. Sejarah Lisan hanya berfungsi sebagai sumber tambahan dan bukan sumber
yang menggantikan sumber konvensional sejarah.
Sejarah Lisan boleh menjadi sesuatu sumbangan yang penting dan berguna di dalam
penyimpanan sejarah warisan negara. Dalam hubungan ini Sejarah Lisan mempunyai potensi
seperti yang berikut:
1)

Di Malaysia, seperti kes di kebanyakan negara yang lain, cerita rakyat dan
pengalaman zaman dahulu berdepan dengan kepupusan yang pesat. Buktinya,
gangguan di dalam penghantaran mahupun penurunan warisan kita kepada

generasi muda. Potensi komunikasi yang pantas melalui alat-alat mekanikal


seperti telefon ataupun peluang untuk melakukan komunikasi secara langsung,
memberi impak kepada tradisi terdahulu di dalam penulisan surat dan
memorandum. Tabiat menulis diari mahupun surat dilihat menjadi sesuatu yang
kurang penting dari tahun ke tahun. Ini membuktikan bahawa Sejarah Lisan
dapat membantu di dalam penyimpanan maklumat penting dalam peristiwa
sejarah yang tidak direkodkan.
2)

Salah satu halangan utama dalam usaha untuk menulis semula sejarah Malaysia
adalah atas sebab kekurangan sumber asal dan utama yang berkaitan dengan
evolusi sejarah. Hanya beberapa negeri di Malaysia yang mempunyai sumber
primer yang berkaitan dengan evolusi perubahan sejarah masing-masing, itupun
hanya terhad kepada sejarah pada abad ke-19 sahaja. Disebabkan kekurangan
rekod bertulis, maka sumber Sejarah Lisan dilihat sebagai satu wahana yang
terbaik dalam proses pemerolehan maklumat mengenai sesuatu peristiwa
bersejarah melalui temu bual orang sumber. Sejarah Lisan berupaya dalam
merapatkan jurang kekurangan sumber maklumat, oleh itu ianya dapat
memperkayakan lagi sumber warisan negara.

3)

Sejarah Lisan tidak seharusnya terikat kepada temu bual eksklusif yang
melibatkan sesuatu individu yang terlibat secara langsung sahaja di dalam
sesuatu peristiwa sejarah. Individu yang terlibat secara tidak langsung juga perlu
di ambil perhatian. Hal ini kerana Sejarah Lisan merangkumi pelbagai aspek.
Nilai sesuatu sejarah tidak boleh dilihat dari sudut pandang individu yang
ternama sahaja. Ianya juga melihat kepada golongan biasa sahaja. Maklumat ini
amat bermakna dalam memperkayakan lagi pendokumentasian sumber warisan
sejarah negara.

4)

Sejarah Lisan juga berperanan di dalam pendidikan iaitu sebagai bahan bantu
mengajar. Sejarah Lisan, berkaitan dengan sesuatu pengalaman individu yang
penting dapat memberi gambaran kepada murid untuk membuat perbandingan
dari segi keadaan sesuatu masyarakat pada zaman dahulu dan zaman kini.
Pita rakaman dan transkrip boleh digunakan untuk menghidupkan lagi suasana
pengajaran subjek sejarah di sekolah dan institusi yang lain. Contohnya di
muziumm, paraa pelajar dapat mempertingkatkan lagi daya kefahaman mereka

dengan melihat pameran-pameran yang diadakan di dalam muzium. Sejarah


Lisan dapat memberi pemahaman yang efektif kepada murid-murid melalui
pennceritaan bagi sesuatu perkara yang tidak dapat diperlihatkan melalui
pameran-pameran.
5)

Peranan pelbagai masyarakat bersejarah di seluruh negara itu boleh


meningkatkan lagi melalui projek-projek Sejarah Lisan. Masyarakat-masyarakat
ini telah dibentuk bukan sahaja untuk menggalakkan penyelidikan atau menarik
minat untuk sejarah tempatan, tetapi juga untuk membantu memelihara kesan
sejarah masa lalu di negeri-negeri masing-masing. Setakat ini, mereka telah
mengumpul dan memelihara bahan-bahan penyelidikan dan menjadikannya
tersedia untuk kegunaan penyelidikan. Kedua-dua artifak dan juga imej
dipelihara untuk menggambarkan dinamik masyarakat lalu. Ini dipamerkan
kepada orang ramai melalui Muzium yang dijumpai di dalam setiap negeri.
Masyarakat sejarah juga boleh menggalakkan penyelidikan dan menyebarkan
hasil kerja itu melalui penerbitan dan program kuliah. Dengan cara yang sama,
projek sejarah lisan juga boleh meningkatkan aktiviti yang sedia ada masyarakatmasyarakat, membantu untuk mengurangkan jurang dalam pendokumentasian
sejarah tempatan. Melalui aktiviti ini, maklumat yang tidak selalunya direkod
dapat didokumentasikan.

Anda mungkin juga menyukai