Anda di halaman 1dari 40

SIRI KEARIFAN

TEMPATAN
PERUBATAN
ALAMI
APA ITU POKOK
JAMBU?

Pada zaman dahulu datuk


dan nenek kita pokok jambu
ini tumbuh meliar. Tiada
sesiapa yang menjaga dan
menanamnya. Pokok ini
tumbuh sendiri.
Di mana tumbuhnya
pokok ini iaitu di tepi
perigi, tepi-tepi parit atau
di tepi rumah.

Jambu batu
(psidiumguava) merupakan
sejenis buah daripada
keluarga Myrtaceae yang
popular di Malaysia. Jambu
batu ini dipercayai dari
kawasan antara Peru dan
Mexico iaitu di kawasan
tropika Amerika.

Jambu batu ini tersebar


ke merata kawasan tropika
dan subtropika. Di katakan
pengembara Sepanyol
membawa jambu batu ke
Filipina dan pengembara
protugis pula membawanya
dari Filipina ke India.
Pokok ini dahulunya tiada
nilai komersial. Buahnya
hanya menjadi makanan
binatang seperti burung.
Kanak-kanak juga suka
makan bauah ini selepas
bermain.

Selepas tahun 80-an


jambu batu merupkan
sejenis makanan yang
popular di Malaysia.
Tanaman jambu batu ini
ditanam secara komersial.

Jambu batu ini mula


ditanam di atas tanah
mineral atau tanah pasir
bekas lombong di sekitar
Bidor daerah Batang
Padang, Perak, dan Johor,
Selangor dan Pahang.
Sehingga hari ini buah
jambu batu ini amat
digemari. Buah ini akan
dimakan secara buah segar,
jus, jem dan puree.
Pengimport utama buah
jambu batu di Malaysia
ialah Singapura, Brunei,
Hong Kong dan Arab Saudi.
Buah Jambu member nilai
eksport yang tinggi kepada
negara.
TAHUKAH KAMU
BAHAGIAN-BAHAGIAN
POKOK INI?

Pokok jambu batu ini


tumbuh rendang,
cabangnya terbuka,
tingginya boleh mencapai
sehingga 6-9 meter.
Jangka hanyat pokok
jambu batu ini lebih kurang
40 tahun.

Sementara pokok ini


berbuah selama 15-25
tahun. Jenis pokok jambu
yang diklon berbuah dalam
masa setahun setelah
ditanam.
Di Malaysia, pokok jambu
batu berbuah sepanjang
tahun. Daunnya mempunyai
24-27 pasang urat daun
literal. Urat ini amat
ketara pada permukaan
daun sebelah bawah margin
daun rata dan licin.
Batangnya pendek, mula
bercabang dari pangkal
pokok. Kulitnya licin,
menggelupas dan berwarna
perang kehijau-hijaun
sehingga ke warna perang.

Bahagian pokok ini


seperti susunan daun
bertentangan antara satu
sama lain, panjangnya
antara 5-15 cm, lebar
daunnya 3-6 cm, bunga
ketiak, daun ada yang
tunggal atau dua kuntum,
warnanya putih dan
lebarnya 3-3.5 cm.

Bunga ini mempunyai


banyak stamen. Buahnya
berbentuk bebola, bujur
telur seperti pear kecil
atau besar.
Panjang buah ini 2-12cm.
Pada hujung buah ada
kelopak yang kekal.

Semasa muda buah


jambu batu ini bewarna
hijau muda. Setelah masak,
masih hijau atau kuning.
Isinya yang keras akan
menjadi lembut setelah
masak. Isinya ada yang
bewarna putih, kuning,
merah jambu atau merah.

Rasanya pula ada manis


atau masam. Isinya banyak
biji dan ada yang tanpa biji.
TAHUKAH KAMU
BAHAGIAN MANAKAH
YANG PALING
MUJARAB?

Pernah kita terdengar


dan terlihat sama ada
dalam keluarga kita atau
jiran kita yang terkena
penyakit deman berdarah
dan sakit gigi.
Sebelum kita ke hospital
kita boleh menggunakan
perubatan alamiah daun
jambu batu sebagai
alternatif.
Daun jambu batu ini
sangat baik untuk
mengubati sakit gigi dan
deman berdarah.

Kandungan minyak atsiri


yang terdapat dalam daun
jambu batu ini sangat
mujarab untuk membantu
kita jika sakit gigi dan
deman berdarah.
Cara penggunaannya kita
bolehlah rebus daun jambu

batu ini. Air rebusan ini


kita guna untuk mandi jika
deman berdarah. Ulang
beberapa hari. Insya-Allah
deman ini akan reda.
Jika kita sakit gigi pula,
air rebusan daun jambu ini
kita guna untuk berkumur.
Untuk lebih cepat tindak
balasnya kita letakkan
secubit garam semasa
merebus daun jambu batu
itu. Kita perlu berkumur
beberapa kali sehingga
rasa sakit gigi hilang.
TAHUKAH KAMU
APAKAH KEGUNAAN
DAUN JAMBU BATU?

Kadang-kadang kita tiba-


tiba terjatuh. Kemungkinan
terjadi luka-luka kecil,
lebam dan bengkak.
Daun jambu batu ini
boleh juga kita gunakan
jika kita mengalami luka-
luka kecil, lebam atau
bengkak pada badan kita.
Kajian yang dilakukan
oleh Universiti Federal
Nigeria, membuktikan
bahawa steroid dalam daun
jambu batu itu dapat
digunakan untuk mengubati
luka-luka kecil, lebam dan
bengkak pada badan kita.

Penggunaan daun jambu


batu untuk membantu
masalah ini, senang sahaja,
iaitu kita ambil daun jambu
batu dan tumbuk seberapa
lumat.
Kemudian letakkan pada
sakit yang kita alami itu.
Daun jambu ini akan
mengurangkan radangan
dan jangkitan untuk terus
merebak.
TAHUKAH KAMU
DAHULU DAUN JAMBU
INI DIJADIKAN UBAT?

Hebatnya anugerah Allah


kepada hamba-Nya, pokok
jambu ini sebenarnya dapat
menghilangkan bau darah
selepas bersalin.
Rasa keselesaan untuk
ibu selepas bersalin juga
boleh kita gunakan air
rebusan daun jambu batu.
Selepas bersalin akan
keluar banyak darah dan
lokia-lokia.

Darah dan lokia-lokia ini


mengeluarkan bau yang
kurang menyenangkan.
Daun jambu batu juga
boleh kita gunakan untuk
mengatasi bau ini.

Pengguaan daun jambu


batu untuk mengatasi
masalah ini, kita ambil
sebanyak segengam erat.
Rebus daun itu dengan air
sehingga mendidih.

Setelah air itu suam


gunakan untuk
membersihkan kemaluan.
Boleh dilakukan setiap kali
buang air kecil atau terasa
darah atau lokia keluar.

Air rebusan ini dapat


menghilangkan bau darah
atau lokia. Keadaan ini
membolehkan ibu-ibu rasa
selesa.
MARI TANAM POKOK
JAMBU SECARA
KOMERSIAL

Kita perlu mempunyai


pengetahuan untuk
menanam pokok jambu.
Tanaman jambu batu
memerlukan suhu tinggi
(27-28oC) dengan taburan
hujan yang tinggi dan
seragam sebanyak 2,500
mm setahun.
Taburan hujan yang
mencukupi akan memberi
kesan yang baik kepada
tumbesaran vegetatif
pokok.

Manakala hujan yang


lebat dan berpanjangan
akan menjejaskan
pengeluaran bunga dan
penghasilan buah.
Secara amnya, pokok
jambu batu memerlukan
tekanan kekurangan air
yang singkat untuk
merangsangkan berbunga.
Tanaman jambu batu
merupakan tanaman jangka
panjang.
KITA PERLULAH
MENGETAHUI CARA-
CARA UNTUK
MENANAM POKOK
JAMBU BATU INI
Waktu yang sesuai bagi
penanaman anak pokok
jambu batu dilakukan pada
awal musim hujan Pemilihan
pokok benih anak jambu
batu yang sihat dan segar
sahaja digunakan atau
dipilih untuk ditanam.

Untuk pokok subur dan


hidup dengan sempurna
kita perlulah menggunakan
5 kg baja organik, 100 gm
baja fostat dan 250 gm
kapur dicampurkan ke
dalam lubang.
Kemudian pokok benih
kita masukkan dalam
lubang. Kita perlu
timbuskan bahagian akar
pokok jambu itu dengan
tanah.

Kita mestilah padatkan


dengan tanah sehingga
menjadi seperti busut
kecil. Supaya anak pokok
itu tegap setiap anak pokok
itu hendaklah diikat pada
kayu sokongan.

Kayu itu sekurang-


kurangnya berukuran satu
meter tinggi dan diberi
sungkupan.
Penyiraman dilakukan
setiap hari sekiranya tidak
hujan. Jarak tanaman yang
disyorkan ialah 4m x 4m
dan jarak ini memberikan
kepadatan sebanyak 625
pokok sehektar.
Jarak ini perlulah diberi
perhatian supaya anak
pokok jambu batu dapat
hidup dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai