Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,

KOTA KINABALU,SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

-KERJA KURSUS-

KURSUS:PENSEJARAHAN MALAYSIA
KOD KURSUS : SJHK 3033

Nama Pelajar : LOW KEAT YI


Angka Giliran : 2020072340236
No. Kad Pengenalan : 011230070332
Kumpulan : PISMP/SEJARAH
Ambilan : JUN 2020
Nama Pensyarah : MAILI LAMSIN
Tarikh Hantar : 26 FEBRUARI 2021
Tugasan :2

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada) :

Tandatangan Pelajar: LOW KEAT YI Tarikh: 26 Februari 2021


2020072340236 SJHK 3033

Penghargaan

Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan penulisan akademik ini dalam
tempoh tertentu. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Dr Gerturude Jock kerana memberi
peluang kepada saya menghasilkan penulisan akademik ini dengan menyediakan
kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan
rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Puan Maili Lamsin yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal
lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.
Selain itu juga, saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Maili Lamsin kerana
memberi kepercayaan kepada saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga
jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang benyak memberi sokongan
serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan penulisan akademik ini.
Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan
tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima
kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus
menghasilkan tugasan ini dan juga bertukar-tukar idea dalam membantu saya
menyiapkan penulisan akademik ini.

Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga,
harapan saya agar dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri terutamanya
serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan
luas dalam menyampaikan maklumat buku sahaja dalam proses pembelajaran malah
dalam kepada masyarakat setempat khususnya.
2020072340236 SJHK 3033

Ulasan Kritis
Ulasan ini akan membahaskan salah satu keunikan karya iaitu peranan wanita
berdasarkan hasil karya sejarah seperti Sejarah Melayu, Hikayat Abdullah dan Tuhfat
Al-Nafis. Dalam Sejarah Melayu, terdapat pelbagai watak perempuan yang telah
mengambil tanggungjawab penting pada masa lalu. Tun Fatimah seorang wanita
yang cantik, berani dan gigih untuk membalas dendam atas fitnah keluargannya.1
Beliau berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah dan sanggup menggugurkan anak
Sultan disebabkan Sultan menghukum bunuh semua ahli keluarga dan suaminya.
Kemurungan dan sikap dinginnya berjaya mendapat janji Sultan Mahmud Syah untuk
merajakan anaknya.2 Tindakan Tun Fatimah telah menunjukkan keberanian dan
kebijaksanaan seorang wanita serta mengangkat hak wanita dengan mengambil
keputusan untuk kehidupan masa depan sendiri. Selanjutnya, Puteri Gunung Ledang
seorang wanita yang berjaya menyesak Sultan Mahmud Syah membatal peminangan
melalui permintaan yang tidak masuk akal.3 Beliau telah menggambarkan ketinggian
harga diri wanita yang bebas untuk membuat keputusan dalam perkahwinan sendiri.
Dalam pelantikan Bendahara Melaka, Bonda Sultan Mahmud Syah yang mengambil
peranan penting di belakang. Beliau telah mencampur tangan dalam politik Melaka
pada masa itu dengan membisik kepada Sultan untuk melantik adindanya menjadi
Bendahara Melaka.4

Berdasarkan Hikayat Abdullah, nenek Abdullah yang bernama Peri Achi seorang
guru besar di sekolah Kampung Pali. Beliau telah meyumbang dalam aspek
pendidikan dan merupakan tenaga pendidik dalam masyarakat Melayu lalu.5
Seterusnya, Ibu Abdullah iaitu Salamah seorang ibu yang penyayang dalam menjaga
Abdullah. Beliau menghormati dan menyokong pendapat suami tetapi juga memberi
pandangan sendiri seperti menasihat Abdullah untuk berusaha belajar.6 Beliau telah
menunjukkan seorang wanita yang mempunyai perspektif sendiri tetapi juga
menghormati suaminya. Kemudiannya, Isteri Tuan Raffles seorang wanita yang
memperlihatkan citra seorang wanita Barat yang berpekerti tinggi dan sesuai denga
statusnya sebagai isteri pengawai Inggeris.

1 MyMetro, Dipetik daripada https://www.hmetro.com.my/rap/2017/12/297862/dendam-tun-fatimah,


pada 21 Februari 2021.
2
Dr. Syed Ismail Syed Mustapa dan Meor Aris Meor Hamzah. Pensejarahan Malaysia, Selangor:
Sasbadi Sdn. Bhd, 2016, hlm 78.
3
A.Samad Ahmad. Sulalatus Salatin (Edisi Pelajar), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2019, hlm 212.
4
Ibid
5
Alif Akram. Dipetik daripada https://www.slideshare.net/alifakram1/hikayat-abdullah, pada 21 Februari
2021.
6
Ibid

1
2020072340236 SJHK 3033

Manakala dalam Tuhfat Al-Nafis, Siti Malangkik telah mengambil peranan


sebagai raja pertama Bugis.7 Beliau telah melahirkan zuriat pewaris takhta kepada
kerajaan Bugis. Dalam masyarakat tersebut, darjah wanita telah mengangkat ke satu
tahap yang tinggi. Setelah itu, Isteri Megat Seri Rama yang dibunuh oleh Sultan
Mahmud Syah.8 Pengorbanaannya merupakan hukuman untuk Sultan disebabkan
tindakan yang mengaibkan dan memalukan. Selain itu, Che Mi merupakan isteri
kepada ak-Marhum, beliau telah berperanan dalam memastikan waris sultan yang
sah. Walaupun sedang mengandung, tetapi beliau berusaha melindungi anaknya
seperti melarikan diri ke tempat lain. Akhirnya, beliau berjaya melahirkan pewaris
Sultan Kechill.9

Akhirnya, ulasan ini telah menilaikan peranan dan tanggungjawab wanita pada
masa lalu dalam 3 karya tersebut. Mereka menggunakan cara yang pelbagai untuk
menjalankan peranannya, kejayaan mereka merupakan bangga dan juga teladan
kepada wanita.

7
Hafiz Al-Kalanji, Dipetik daripada https://www.thepatriots.asia/srikandi-srikandi-dalam-sejarah-legenda
-dan-mitos-bangsa-melayu/, pada 21 Februari 2021.
8
Haryati Hasan, Dipetik daripada https://www.researchgate.net/publication/251356835_Wanita_Kemel
ut_Cinta_dan_Dendam_dalam_Kerajaan_Johor-Riau, pada 21 Februari 2021.
9
Ibid

2
2020072340236 SJHK 3033

Rujukan
Abdullah Abdul Kadir Munshi. (1997). Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: Pustaka
Antara.

Alif Akram. (24 Mei 2016). Hikayat Abdullah. Dimuat turun pada 21 Februari 2021,
daripada https://www.slideshare.net/alifakram1/hikayat-abdullah

A. Samad Ahmad. (1996). Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

A. Samad Ahmad. (2019). Sulalatus Salatin (Edisi Pelajar). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Dr. Syed Ismail Syed Mustapa dan Meor Aris Meor Hamzah. (2016). Pensejarahan
Malaysia. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Hafiz Al-Kalanji.(09 March 2019). Srikandi-Srikandi Dalam Sejarah, Lagenda dan


Mitos Bangsa Melayu. Dimuat turun pada 21 Februari 2021, daripada https://w
ww.thepatriots.asia/srikandi-srikandi-dalam-sejarah-legenda-dan-mitos-bangsa-
melayu/

Haryati Hasan. (April 2013). Wanita: Kemelut Cinta dan Dendam dalam Kerajaan
Johor-Riau. Dimuat turun pada 21 Februari 2021, daripada https://www.research
gate.net/publication/251356835_Wanita_Kemelut_Cinta_dan_Dendam_dalam_K
erajaan_Johor-Riau

MyMetro. (29 Disember 2017). Dendam Tun Fatimah. Dimuat turun pada 21 Februari
2021, daripada https://www.hmetro.com.my/rap/2017/12/297862/dendam-tun-
fatimah

Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji (editor: Virginia Matheson: 1982). Tuhfat al-Nafis.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai