Anda di halaman 1dari 3

PENJAJAHAN BELANDA DI TANAH MELAYU

FAKTOR FAKTOR PENJAJAHAN BELANDA


    
Belanda mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke 17 bagi
memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui orang Portugis. Oleh itu,
untuk menguasai gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik.
Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis pada
tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal.  Namun orang Belanda dapat menewaskan
Portugis selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor
terdiri daripada 40 buah perahu perang membawa 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman
Tun Abdul Jamil. Pada 14 Januari 1641 Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis
menduduki Melaka(1511-1641). Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan
membuat perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja . Ini
menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya pembesar-pembesar terutama di Naning,
Perak, Johor, dan Selangor.

Era penjajahan Portugis berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan bermula pula era
penjajahan Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan Melayu pada tahun 1559.
Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana hendak
mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih. Ini telah mendorong pedagang-
pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia Timur” pada 20 Mac
1602 yang digelar V.O.C.Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai perdagangan rempah
dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga ingin menyingkir Portugis yang sedang
bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai
Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada
pedagang-pedagang dunia selain Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia
Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka.
Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan
warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641.

Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan
Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan
melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah
dengan Perak dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan
mula menyedari sikap mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak
persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi seolah-
olah “retak menanti belah”. .Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan
tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.

Belanda di Melaka berusaha menguasai perdagangan di selat Melaka khususnya bijih timah.
Oleh itu Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual bijih timah di
Perak. Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda
memonopoli bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda menemui Sultan
Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi membenarkan Belanda berdagang di Perak.
Keadaan ini menyebabkan Sultan Perak terpaksa menandatangani perjanjian dengan
membenarkan Belanda mendirikan lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Perhubungan ini
tidak disenangi oleh segolongan bangsawan Perak terutama Syahbandar dan Temenggung.
Mereka menganggap perjanjian tersebut menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini
mereka menjual bijih timah kepada saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi berbanding
Belanda yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik .

KESAN PENJAJAHAN BELANDA TERHADAP TANAH MELAYU


Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis. Antara kesan yang ditinggalkan
oleh penjajahan belanda di tanah melayu adalah beberapa tinggalan binaan yang dibina semasa
penjajahan pada masa dahulu seperti bangunan Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth
Fort),Pulau Pangkor.
PENJAJAH

Anda mungkin juga menyukai