Anda di halaman 1dari 16

KEMAHIRAN PEMIKIRAN

SEJARAH (KPS)
PENGANTAR SEJARAH
SJH1014
PENGENALAN

• Pendidikan sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan
proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran sejarah.
• Guru-guru sejarah memainkan peranan yang penting untuk menerapkan pemikiran
sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan
pelajar berfikir.
• Hanya proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sahaja yang boleh
merangsang pemikiran pelajar, justeru itu kemahiran pemikiran sejarah (KPS )
diperkenalkan.
DEFINISI
• Kemahiran pemikiran sejarah (KPS) merupakan satu proses berfikir bagi
membolehkan murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan
bimbingan guru.

• Kemahiran pemikiran sejarah (KPS) merujuk kepada proses berfikir


secara analitis, kritis dan kreatif bertujuan memahami peristiwa yang
berlaku pada masa lalu untuk dihubungkan dengan masa kini dan sebagai
persediaan untuk masa akan datang (Siti Hawa Abdullah, 2007).
KEPENTINGAN
• Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) adalah satu aspek yang penting dalam
pendidikan sejarah
• Ia membezakan sejarah dengan disiplin ilmu yang lain
• Pemikiran sejarah merupakan salah satu kemahiran yang difokuskan dalam
kurikulum sejarah.
• Melalui kemahiran pemikiran sejarah, pelajar-pelajar dirangsang untuk lebih
berfikir secara kritis dan analitis.
• Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian intelek para pelajar
dan menjadikan sejarah sebagai satu mata pelajaran yang hidup dan tidak lagi
membosankan.
• Malah ia dapat mendedahkan kepada para pelajar bagaimana seseorang ahli
sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru
mereka
PENERAPAN KPS
 Penerapan KPS merangkumi elemen-elemen berikut :

i. Memahami kronologi
Ia bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah

yang berlaku,sebagai contoh pelajar tingkatan satu yang telah belajar tentang zaman pra sejarah, dapat

melakar carta masa yang menunjukkan kehidupan zaman pra sejarah seperti paleolitik, neolitik dan

logam.
Melalui pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan antara masa lalu

dengan masa kini.


 Pelajar juga dapat memahami konsep masa contohnya masa lalu, masa depan dsb

 Pemahaman tentang konversi masa yakni peralihan masa yang berlaku dari satu zaman ke zaman yang lain contohnya

dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ke zaman penjajahan Portugis


sambungan

ii. Meneroka bukti


 Kemahiran ini membolehkan pelajar mengenalpasti sumber pertama dan kedua serta
membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat
maklumat daripadanya.
 Menentukan signifikan, tarikh, tokoh, lokasi peristiwa serta bagaimana peristiwa itu
berlaku.
 Guru sejarah berperanan membimbing murid untuk menerokai bukti melalui kajian gambar, dokumen
sejarah dan surat khabar untuk membuat pertimbangan menggunakan akal fikiran mengesahkan sesuatu
pernyataan atau sebab sesuatu peristiwa sejarah.
 Dalam kajian ini, menerokai bukti didefinisikan secara operasional bermaksud menerokai tokoh sejarah,
lokasi, tarikh dan sebab berlaku sesuatu peristiwa melalui sumber pertama atau kedua untuk mengesahkan
sesuatu pernyataan atau menyokong fakta sejarah
 Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan kemahiran meneroka
bukti ialah dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka bukti tentang mengapa
kerajaan-kerajaan maritim wujud di tepi pantai
iii .Membuat interpretasi

 Membuat tafsiran sesuatu peristiwa sejarah

 Membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan memberi ulasan dan kupasan.

 Pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta sejarah dan tafsiran sejarah dengan baik.
 Kemahiran membuat interpretasi ini juga bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui
pemerhatian dan interpretasi yang sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik
masa hadapan
 Pelajar dapat membezakan antara tafsiran dengan perspektif
 Pelajar dapat membezakan antara fakta sejarah dengan tafsiran sejarah
 Sebagai contoh pelajar dikehendaki membuat tafsiran tentang konsep tamadun mengikut pandangan
barat dan islam. Dengan membandingkan kedua-dua pandangan ini pelajar telah membuat tafsiran
dan ulasan serta perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan barat dan islam.
iv. Membuat imaginasi
 Pusat perkembangan kurikulum mendefinisikan membuat imaginasi sebagai kemahiran
menghayati secara visual dan empati sesuatu situasi dalam peristiwa silam sejarah

 Melibatkan diri dalam sesuatu peristiwa sejarah . Ia merupakan satu usaha melibatkan pelajar
dengan sesuatu situasi dalam peristiwa sejarah yang dikaji.
 Membuat imaginasi bermaksud menghayati peristiwa sejarah, menyatakan perasaan,
memainkan peranan watak dan membayangkan diri berada dalam peristiwa sejarah.

 Kemahiran membuat imaginasi secara visual dan empati


 Visual- membuat imaginasi dengan cara menggambarkan sesuatu , contohnya menggambarkan
peristiwa Jepun menyerang Tanah Melayu
 Kemahiran imaginasi secara empati - Empati misalnya merujuk kepada seseorang yang menilai
sejarah menurut kacamata sumber atau subjek sejarah yang terlibat, contohnya untuk menilai
tindakan kenapa tunku abdul rahman mengeluarkan singapura dari malaysia, maka kita perlu
meletakkan diri kita pada tempat tunku pada ketika keputusan penting tersebut hendak diambil.
Cara ini boleh menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil.
v. Membuat rasionalisasi:
 Pusat perkembangan kurikulum (2002) mendefinisikan membuat rasionalisasi sebagai
penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar bagi menyelesaikan sesuatu
permasalahan.
 Paul & Elder, 2006 berpendapat proses mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan
signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang di kumpul dapat membimbing dalam
untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan.
 Dalam kajian ini, membuat rasionalisasi bermaksud membuat pertimbangan yang sewajarnya
dalam menyelesaikan masalah, menjelaskan sebab-sebab sesuatu peristiwa sejarah, kesan, dan
akibat setelah mencari bukti, membuat imaginasi dan membuat interpretasi sesuatu peristiwa
sejarah
 Contoh yang boleh diambil untuk membuat rasionalisasi ialah mengarahkan pelajar untuk
membincangkan tentang perang dunia kedua yang membawa banyak kemusnahan atau mengapa
rancangan malaya pertama diperkenalkan.
• Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat melibatkan proses-
proses sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Para guru akan membimbing pelajar
untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan masa kini, menganalisis, menyelidik dan
memproses bukti-bukti,membuat hipotesis, memahami dan memberi penerangan serta membuat
pertimbangan. Seterusnya, ia pula akan terlaksana apabila para guru sejarah melibatkan pelajar
secara aktif dalam proses pembelajaran sejarah. Dengan itu, secara tidak langsung para pelajar
akan memperoleh kelima-lima kemahiran yang dinyatakan (zahara & nik azleena, 2007).
ELEMEN YANG PENTING DALAM MEMBENTUK RANGKA
KERJA PEMIKIRAN SEJARAH
• Menurut peter seixas (1996), beliau telah mengenalpasti enam elemen spesifik dalam
disiplin sejarah bagi membentuk satu rangka kerja tentang pemikiran sejarah yang perlu
diterapkan kepada para pelajar.
I. Kepentingan (significance)
• Dalam unsur kepentingan sejarah ini, pelajar-pelajar perlu mempunyai kemahiran
membezakan antara peristiwa yang remeh dan penting.
• Dalam hal ini pemilihan kepentingan sejarah bergantung kepada minat dan nilai yang
terdapat dalam masyarakat tersebut.
• Oleh itu pelajar-pelajar disarankan untuk mengkaji sejarah tentang masyarakat,
kehidupan dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan kepada mereka.
• Barton dan levstik (2013) mendapati pelajar amat dipengaruhi oleh identiti nasional
mereka dalam membuat pemilihan tentang peristiwa yang penting.
• II. EPISTEMOLOGI DAN BUKTI (EPISTEMOLOGY AND EVIDENCE)

• Ia melibatkan pemahaman bagaimana kita mengetahui masa lampau.


• Apakah bukti yang kita ada ? sejauhmana bukti tersebut boleh dipercayai?
Bagaimana kita boleh menjelaskan tentang kewujudan tafsiran sejarah yang
berbeza dan bertentangan.
• Sebagai contoh kanak-kanak tidak sepatutnya dibiarkan dengan pandangan bahawa
hanya ada satu kisah benar sahaja pada masa lampau sedangkan pada hakikatnya
sejarawan membuat pelbagai inferens berdasarkan bukti, justeru itu wujud
pelbagai tafsiran tentang sesuatu peristiwa masa lalu.
III. KESINAMBUNGAN DAN PERUBAHAN (CONTINUITY AND CHANGE)
• Unsur ini menekan pemahaman tentang perubahan masa lalu yang merupakan pusat
pemikiran sejarah.
• Umur merupakan faktor untuk memahami keadaan ini; iaitu seseorang yang berumur
dikatakan lebih memahami perubahan yang berlaku pada masa lalu misalnya perubahan
dari segi teknologi dan nilai berbanding dengan mereka yang lebih muda.
• Namun begitu umur bukanlah satu faktor utama dalam memahami perubahan masa
lalu, pengalaman hidup turut menjadi factor iaitu golongan muda yang mengalami
pengalaman perang, pelarian, imigran dan mereka yang kehilangan ibu bapa atau yang
berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan lain mempunyai pemahaman yang
lebih baik tentang perubahan sejarah berbanding dengan mereka yang hidup dalam
suasana yang aman.
IV. PERKEMBANGAN DAN KEMEROSOTAN (PROGRESS AND DECLINE)
• Pelajar perlu memahami bahawa dalam kehidupan akan mengalami peringkat perkembangan dan
kemerosotan.
• Dalam peringkat perkembangan hidup seseorang mengalami kejayaan, manakala kemerosotan
mereka mengalami satu keadaan yang sukar, oleh itu dalam konsep pemikiran sejarah mereka
seharusnya dapat mengenalpasti atau membezakan kewujudan dua keadaan ini.
• Hal ini adalah penting agar mereka dapat memahami proses yang berlaku dalam peristiwa
sejarah.
V. EMPATI DAN PENILAIAN MORAL (EMPATHY AND MORAL JUDGEMENT)

• Pemikiran sejarah memerlukan seseorang mempunyai daya imaginasi dan


empati.
• Tujuannya agar pelajar-pelajar tidak merasa asing dan pelik tentang peristiwa
masa lalu.
• Malah mereka seharusnya perlu mempunyai rasa hormat dan perasaan ingin tahu
tentang peristiwa-peristiwa masa lepas.
• Empati merupakan satu cara pemikiran imaginative yang memerlukan kemahiran
kognitif untuk melihat nilai-nilai kemanusiaan dalam peristiwa sejarah.
VI. HISTORICAL AGENCY
• Elemen terakhir pemikiran sejarah ini merujuk kepada bagaimana dan
mengapa sesuatu perkara itu terjadi.
• Dalam elemen ini pelajar ditekankan supaya menghargai sejarah dan
memahami bahawa tindakan rakyat pada masa lampau memberi kesan
kepada rakyat pada masa kini.
• Seterusnya menyedari bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh
mereka pada masa kini akan memberi kesan kepada generasi yang akan
datang. Mempunyai pemikiran sejarah bukan sahaja memikirkan tentang
masa lampau, malah ia melibatkan melihat diri sendiri sebagai waris
daripada masa lampau dan sebagai pelaku pada masa kini.

Anda mungkin juga menyukai