Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 3: PENULISAN REFLEKSI

Sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan bahan atau alatan yang digunakan
bagi membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ia bertindak sebagai
sebuah komponen dalam pengajaran guru kerana ia mempengaruhi keberkesanan proses P&P.
Wilkinson (1971) menegaskan bahawa sumber yang digunakan dapat menghasilkan sebuah
P&P yang efektif. Mohd Mahzan Awang et. al., (2013) turut mempersetujui bahawa pengajaran
Sejarah tanpa unsur kreatif akan menyebabkan P&P menjadi bosan. Oleh itu, keberkesanan
penggunaan sumber dalam mata pelajaran Sejarah akan dibincangkan secara kritis menerusi
penulisan ini.

Pertama, keberkesanan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah


boleh dilihat apabila ia melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Hal ini kerana
dalam pendidikan abad ke-21, ia menfokuskan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan guru
hanya bertindak sebagai fasilitator. Apabila pelajar mengikuti proses P&P secara aktif, maka
mereka mudah untuk memahami dan mengingati fakta atau konsep sejarah. Hal ini turut disokong
oleh Ismail Zain (2002) yang menyatakan bahawa manusia dapat memahami dan menyerap
sesuatu perkara sebanyak 70% melalui perlakuan, 50% melalui audio visual, 30% melalui
penglihatan, pendengaran sebanyak 20% dan 10% menerusi pembacaan. Contohnya, guru
boleh menggunakan sumber maujud untuk mengajar mengenai Zaman PraSejarah. Menerusi
topik ini, guru meminta pelajar untuk mengklasifikasikan bahan-bahan yang disediakan mengikut
zaman yang sesuai, contohnya besi perlu diletakkan pada Zaman Logam dan batu-batu atau
kayu dikelaskan mengikut perubahan kegunaan pada Zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik.
Menerusi penggunaan sumber maujud, pelajar dapat melihat dengan jelas dan konsep sejarah
dapat difahami dengan lebih mudah (Weiss, 2006). Oleh itu, hasil penglibatan pelajar secara aktif
dapat memantapkan ilmu pengetahuan mereka kerana pelajar dapat mengaitkan pengetahuan
sedia ada dengan ilmu baharu (Lev Vygotsky, 1978).

Seterusnya menerusi penggunaan sumber juga, ia membolehkan fakta atau konsep


sejarah disampaikan dengan lebih berkesan terutamanya dari segi persepsi dan pemahaman
pelajar. Hal ini kerana pengetahuan sejarah yang bersifat abstrak dapat diubah menjadi konkrit
melalui penggunaan sumber supaya pelajar lebih senang untuk memahami, mentafsir dan
menilai ilmu sejarah (Hazri Jamil, 2003). Tamsilnya, sumber arkeologi boleh diguna pakai apabila
guru mengajar berkenaan topik Kerajaan Awal di Tanah Melayu. Guru boleh membawa pelajar
untuk melawat tapak-tapak arkeologi seperti di Lembah Bujang. Apabila pelajar dapat melihat
secara langsung peninggalan kerajaan terdahulu seperti alat melebur besi, maka pemahaman

1
mereka terhadap topik terbabit akan lebih mendalam. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman
mereka, guru juga boleh mencantumkan penggunaan sumber internet bagi mencari info-info
tambahan mengenai Kerajaan Awal di Tanah Melayu. Contoh lain yang dapat dilihat ialah apabila
guru menjalankan eksperimen berkenaan pencairan ais untuk menerangkan pencairan Zaman
Air Batu. Guru tersebut telah menggabungkan sumber maujud dan juga maklumat yang terdapat
dalam sumber bercetak iaitu buku teks. Menurut Piaget (1952), pelajar memerlukan pengalaman
konkrit untuk memahami istilah atau peristiwa bersejarah. Oleh itu, semakin banyak deria rasa
yang digunakan dalam sesi P&P, maka semakin berkesanlah pembelajaran tersebut (Abdul
Razak dan Isjoni, 2009).

Akhir sekali, keberkesanan penggunaan sumber juga boleh dibuktikan apabila ia


menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah menjadi lebih menarik dan tidak
membosankan. Brown (1980) berpendapat bahawa kelemahan guru dalam mempelbagaikan
sumber pengajaran menjadikan subjek ini kelihatan mendatar dan pelajar juga tidak berminat
untuk mempelajari Sejarah. Justeru, guru perlu bijak dalam mengaplikasi sumber-sumber sejarah
untuk menjadikan sesi P&P menyeronokkan dan seterusnya menarik perhatian dan minat pelajar.
Hal ini kerana menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1991), pelajar merupakan kanak-
kanak yang suka akan keseronokan dan tidak mahu membabitkan diri jika perkara tersebut dilihat
membosankan. Rohana Zubir (1987) turut bersetuju bahawa penggunaan sumber atau bahan
P&P dapat menimbulkan minat dan kesungguhan dalam kalangan pelajar. Oleh itu, guru boleh
mengambil inisiatif dengan mencipta permainan interaktif berasaskan sumber elektronik agar
para pelajar tertarik untuk mendekati subjek ini. Menerusi permainan interaktif ini, pelajar yang
mendapat skor tertinggi akan diberikan ganjaran. Apabila berlakunya persaingan positif sebegini,
pelajar akan secara sukarela melibatkan diri, maka proses penyampaian dan penerimaan ilmu
dapat dilakukan dengan efektif (Tengku Sarina Aini dan Yusmina Md Yusoff, 2006).

Kesimpulannya, keberkesanan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran


Sejarah dapat dicapai apabila guru tersebut bijak memanipulasikan segala jenis sumber yang
ada ke dalam proses P&P sejarah (Mohamad Fadzil dan Abdul Jaleel, 2013). Justeru, sumber-
sumber yang digunakan dalam sesi P&P mendatangkan impak positif kepada guru dan juga
pelajar.

(677 patah perkataan)

2
RUJUKAN

Abdul Razaq and Isjoni. (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.
Bangi:UKM.

Brown, Steven R. (1980). Political subjectivity. New Haven, CT: Yale University Press.

Hazri Jamil. (2003). Teknik Mengajar Sejarah. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ismail Zain. (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn Bhd.

Mohamad Fadzil Che Amat & Abdul Jaleel Abdul Hakeem. (2013). Menilai Keberkesanan
Pelaksanaan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Pendidikan Sejarah Sekolah
Rendah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Seminar Pendidikan Sejarah
dan Geografi 2013, UMS, 29-30 Ogos 2013, 214-225.

Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad, Jamalul Lail Abdul Wahab, & Nordin Mamat. (2013).
Effective Teaching Strategies To Encourage Learning Behaviour. IOSR Journal of
Humanities and Social Science, 8(2), 35-40.

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee. (1991). Pedagogi 3: Bahagian A Pengajaran dan Persediaan
Mengajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Piaget, J., & Cook, M. T. (1952). The origins of intelligence in children. New York, NY:
International University Press.

Rohana Zubir. (1987). Aplikasi Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah: Kesan
Dan Masalahnya. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Yusmina Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar dan
Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Vygotsky, L. (1978). Interaction between learning and development. Readings on the


development of children, 23(3), 34-41.

Wilkinson, P. (1971). Social Movement. New York: Praeger.

Anda mungkin juga menyukai