Anda di halaman 1dari 5

Keberkesanan E-Tuisyen Terhadap Pencapaian , Minat Dan Sikap Pelajar Berprestasi Rendah

Dalam Mata Pelajaran Sejarah

ADNAN OMAR

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Isu mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran yang membosankan bukanlah suatu perkara baru. Ia

menjadi isu yang sering diperkatakan oleh para pendidik yang terlibat secara langsung dengan mata

pelajaran sejarah. Tanggapan Sejarah merupakan mata pelajaran yang tidak penting dan bukan pra

syarat untuk kemasukkan ke menara gading ataupun syarat kelayakkan memohon sesuatu pekerjaan

menjadikan mata pelajaran ini bukan mata pelajaran yang popular di kalangan para pelajar (Abdul Razak

dan Ali .2000) . Tanggapan ini ternyata menyebabkan pelajar kurang memberi tumpuan dan juga

kurang bermotivasi untuk mempelajari pelajaran sejarah,

Kajian oleh Abdul Razak dan Abdullah (2000) terhadap 240 pelajar di daerahPetaling Jaya dan Kuala

Selangor mendapati pelajar-pelajar menganggap subjek Sejarah sebagai subjek sampingan yang tidak

mendatangkan faedah. Tanggapan ini dikaitkan dengan subjek Sejarah yang tidakmemberikan jaminan

pekerjaan dan tidak mempunyai nilai komersil (Sivachanlingam et al. 2008). Kajian tersebut juga

mendapati bahawa, pembelajaran Sejarah dianggap remeh dan pengajarannya sukar bagi guru.

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah adalah berbeza dengan mata pelajaran lain.Dalam

pendidikan sejarah, pelajar tidak sahaja diajar mendapatkan maklumat atau pengajaran dari peristiwa

sejarah, malah apa yang lebih penting adalah untuk membentuk pelajar yang faham makna sejarah dan

seterusnya dapat merealisasikan dalam kehidupan seharian dan merancang kehidupan akan datang

(Hazri Jamil 2003)


Sikap sebahagian besar guru yang masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional juga merupakan

antara faktor penyumbang kepada permasalahan mengapa sejarah tidak diminati oleh kebanyakkan

pelajar. Walaupun telah banyak kajian telah dilakukan dan menunjukkan pembelajaran yang

berpusatkan pelajar adalah lebih berkesan, Effandi (2001, 2005), Abdul Raof dan Sharifah (2000) dan

Zahara et al.(1999), namun secara realitinya guru masih selesa dengan cara lama yang menyumbangkan

kepada kurang motivasi pelajar untuk belajar Sejarah. Guru masih yakin kepada kaedah pengajaran

berpusatkan guru dan teknik hafalan(Khoo Kay Kim 2000).

Kaedah pembelajaran secara bersifat hafalan ini yang hanya menekankan kemahiran mengingati fakta,

peristiwa, senarai tokoh yang panjang, tarikh atau peperangan pada zaman silam, kesannya ramai

pelajar mendapati pembelajaran Sejarah amat membosankan. Mata pelajaran Sejarah adalah amat

kompleks, abstrak, mengandungi data kualitatif dan kognitif yang tinggi, ia juga mempunyai iktibar,

maksud tersirat, pelbagai konsep dan maklumat yang menghendaki pelajar berfikir (Abdul Rahim 2000,

Khoo Kay Kim 2008). Pendekat.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-170 (PusatPerkembanga Kurikulum:

2003)isu mengapa pengajaran dan pembelajaran Sejarah kurang berjaya menarik minat telah

ditimbulkan semula. Satu mesyuarat yangdipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Malaysia telah diadakan pada 7 Mac 2003 untuk membincangkan mengenai permasalahan ini. Pihak

Perkembangan Kurikulum telah mengambil tindakan susulan dengan menjalankan kajian ke atas 31

buah sekolah berprestasi rendah dan sederhana untuk mata pelajaran Sejarah SPM 2002 di

Semenanjung Malaysia.

Walaupun terdapat peningkatan pada Kertas SPM Sejarah 1249/2 pada 2006 dan 2007, namun

peningkatan ini hanya tertumpu kepada pelajar yang berkebolehan tinggi. Pelajar dalam kumpulan

sederhana dan lemah ternyata tidak dapat menjawab soalan seperti yang dikehendaki. Kupasan Mutu
Jawapan SPM Sejarah untuk 2006 dan 2007 mendapati Kumpulan Sederhana gagal menjawab dan

menghuraikan soalan dengan tepat. Menulis secara ringkas dan gagal memberi contoh. Pelajar

Kumpulan lemah ternyata gagal sama sekali memahami soalan, menjawab secara umum, menyalahi

fakta dan adakalanya terpesong dari kehendak soalan. Siti Rohah (1998) dan Mohamad Sultan (2000)

mendapati bahawa gaya pengajaran Guru Sejarah mempengaruhi pencapaian pelajar disekolah. (Anuar

Ahmad, Siti Haishah dan Nur Atiqah. 2009)tahap keupayaan pengajaran guru Sejarah mempunyai

hubungan yang positif dengan pencapaian murid.

Kebosanan dan kurang minat pada Sejarah adalah kerana pelajar disogok dengan gaya pengajaran

tradisional, pembelajaran yang mendatar, tiada motivasi, berpusat guru dan penuh dengan hafalan

fakta. Berdasarkan kajian Mohamad Sultan (2000) di sebuah sekolah dalam Daerah Sabak Bernam,

beliau mendapati keseluruhan kajiannya menunjukkan pengajaran sejarah di sekolah tersebut kurang

berkualiti. Kajian ini ternyata membuktikan pengajaran adalah berkait dengan tanggungjawab guru

sebagai penyampai ilmu manakala keberkesanan pengajaran pula ialah kejayaan guru mencapai objektif

dalam membantu pelajar belajar. Guru perlu mempunyai asas untuk menimbang kegunaan beberapa

pendekatan-pendekatan atau strategi yang boleh membantu pelajar menguasai kemahiran dan

pemahaman yang diperlukan . White (1987) (Aini Hassan, 1997) mengandaikan guru sebagai broker

ilmu,

Bagi melahirkan pelajar yang celik sejarah dan boleh mengaplikasikan unsur pengajaran sejarah dalam

kehidupan seharian seterusnya dapat membina masa depan yang lebih baik, pelajar perlu melalui proses

pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif boleh

berlaku jika guru boleh menyampaikan maklumat secara berkesan dan penglibatan aktif pelajar yang

boleh memberikan penekanan kepada proses pemerolehan maklumat secara bersepadu. Teknologi

Maklumat dan Komunikasi dilihat sebagai satu alat pemangkin yang boleh membantu guru dan juga
pelajar menikmati pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik, berkesan dan tanpa tekanan.

Penggunaan teknologi dalam pengajaran boleh membebaskan guru dan pelajar dari terus terkonkong

dalam kepompong pembelajaran bercorak tradisional.

Selaras dengan itu satu kaedah tuisyen atas talian atau dikenali sebagai e-tuisyen akan diperkenalkan

kepada pelajar-pelajar tingkatan empat sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM. E-

Tuisyen Sejarah Tingkatan 4 dibangunkan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah menengah di

tingkatan empat. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini direkabentuk bertujuan untuk mencipta

satu pendekatan alternatif dalam proses pembelajaran Sejarah. E-Tuisyen ini akan dibangunkan

denganmatlamat untuk menyediakan satu pendekatan yang lebih berkesan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran subjek Sains di sekolah rendah. Dengan adanya gabungan daripada kemajuan

teknologi perkomputeran dan kaedah pembelajaran Sejarah yang berkesan, masalah-masalah yang

dinyatakan tadi pasti dapat diatasi. Sekurang-kurangnya ia akan menjadi satu gaya pembelajaran

alternative kepada guru-guru. E-Tuisyen akan menyediakan nota-nota yang lengkap mengikut silibus

yang telah ditetapkan dalam bentuk yang lebih menarik, mudah dipelajari dan menyeronokkan . E-

Tuisyen juga akan menyediakan soalan-soalan secara interaktif untuk pelajar menguji tahap

pengetahuan mereka. E-Tuisyen akan menggunakan Intel Community sebagai platform untuk

berinteraksi, memuat turun nota perbincangan dan pelbagai aktiviti sampingan.

Pembelajaran berasaskan web atau e-pembelajaran merupakan hasil daripada perkembangan dan

kemudahan teknologi internet, dimana ianya telah membawa kepada satu kaedah pembelajaran

dimensi baru ke arah mewujudkan keberkesanan penyampaian ilmu pada zaman siber ini. Norjihan

Abdul Ghani, Norhana Hamin dan Noor Irmayanti (2004) mendapati bahawa kaedah E-Tuisyen yang

diperkenalkan untuk pelajar UPSR dan membantu meningkatkan prestasi dan minat pelajar. Ia juga

memberi satu pengalaman yang menarik kepada pelajar. Teknologi telah membuktikan peningkatan
produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehanan

pengajaran yang bersifat unik dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Wright

and Forcier (1985) mendapati penggunaan teknologi dalam pengajaran berjaya melahirkan suasana

pembelajaran interaktif antara komputer dengan pelajar. Mahmood (2004) yang menjalankan kajian

tentang pengajaran berbantukan komputer (CAI) dalam mata pelajaran Sains Am berbanding pengajaran

konvensional berasas bilik darjah. Dalam kajian tersebut, pencapaian pelajar yang menjalani

pembelajaran berbantukan komputer amat mengkagumkan.

Anda mungkin juga menyukai