Anda di halaman 1dari 4

Menurut hasil temu bual dengan Devadass a/l Mahemadas, cikgu Sejarah yang

mengajar mata pelajaran Sejarah dalam peringkat di SMK Bakar Arang, masalah pertama

yang dihadapi oleh guru Sejarah semasa mengajar ialah kandungan kurikulum Sejarah

terlalu bersifat “melayu centric”. Peranan semua kaum dalam menuntut kemerdekaan dan

memakmurkan negara tidak diberi penekanan. Sejarah yang diajar seolah-olah sejarah

orang Melayu dan bukan sejarah Malaysia. Sumbangan dan pengorbanan kaum lain tidak

dilihat dan dimasukkan dalam kurikulum Sejarah. Setiap kaum mempunyai tokoh-tokoh

yang telah berjuang untuk kemerdekaan dan kemajuan negara. Sumbangan kaum,

masyarakat dan tokoh yang terlibat dalam perkembangan sejarah negara harus dicakupi

secara menyeluruh dan bukannya dipilih (selected). Peranan ikon pasca merdeka seperti

Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Tan Cheng Lock dan Tun

Sambanthan perlulah dilihat dari sudut perbincangan 1 Malaysia.

Selain itu, menurut guru Sejarah juga, masalah yang seterusnya ialah pembelajaran

Sejarah yang berpusatkan guru kurang memberi kesan sebagaimana yang diharapkan.

Pengajaran guru yang bersifat indoktrinasi dan tidak kreatif, bercorak sehala, tidak

mewujudkan peluang interaksi antara guru dan pelajar. Hal ini menyebabkan proses

pengajaran dan pembelajaran (P & P) Sejarah menjadi begitu kaku dan membosankan

pelajar. Guru masih mengekalkan kaedah tradisi di bilik darjah. Guru kurang mempunyai

kepakaran dalam menyampaikan pedagogi terkini. Kaedah “chalk and talk” yang

menekankan interaksi sehala serta teknik hafalan terhadap sesuatu fakta telah

menyebabkan Sejarah dilihat sebagai “the dead man of curriculum” (Abdul Razaq 2009).

Sikap negatif guru menyebabkan mereka gagal mencerna minda pelajar supaya lebih

bersifat intelektual dan ini menyebabkan pelajar kurang memberi tumpuan semasa P & P
dijalankan.

Di samping itu, menurut guru Sejarah dalam peringkat SPM juga, kebanyakkan

pelajar tidak dapat membaca dan menulis kerana kandungan dalam mata pelajaran

Sejarah amat padat dengan fakta-fakta dan tahun-tahun yang perlu diingati oleh pelajar.

Mempelajari subjek Sejarah bermakna terpaksa menghafal fakta-fakta dan tahun-tahun

yang begitu membebankan. Perkara ini menjadikan subjek Sejarah kurang menarik minat

pelajar. Bagi pelajar, subjek ini lebih banyak bercerita tentang peristiwa yang sudah lapuk

dan mereka tidak nampak apa yang harus dinilai dalam mempelajari Sejarah (Hartini

Husain, 2006). Tambahan pula, terdapat ibu bapa yang melihat mata pelajaran ini tidak

penting dan merupakan subjek kegemaran pelajar aliran sastera (Robiah Sidin,1994).

Kurikulum Sejarah lebih menjurus kepada penghafalan fakta dan berbentuk stereotaip.

Menurut Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,

pendekatan menghafal sejarah perlu diubah kepada cara yang lebih menarik dan boleh

menyebabkan pelajar berfikir secara kritikal terhadap sesuatu peristiwa.

Justeru, menurut kajian yang dihasilkan oleh Ahamad bin Rahim, IPG Kuala

Terengganu, Azwani bin Ismail, Bahagian Sumber Manusia MARA, Dr Abdul Razaq bin

Ahmad, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Datin Zahara binti Aziz,

Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr Sharifah Nur Puteh Universiti Kebangsaan

Malaysia yang bertajuk “Kurikulum Sejarah Ke Arah Pembentukan Perpaduan Kaum Di

Malaysia”, masalah yang dihadapi oleh guru Sejarah ialah penggunaan buku teks dalam

pengajaran dan pembelajaran tidak menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik.

Penggunaan buku teks yang berlebihan menjadikan pengajaran bersifat stereotaip, kurang

daya kreatif dan imaginatif. Guru yang terlalu bergantung kepada penggunaan buku teks
akan menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap pengajarannya kerana sifat buku

teks yang statik dan tidak bersifat interaktif. Terdapat guru yang amat bergantung kepada

buku teks. Nota-nota dipetik terus daripada buku teks. Pelajar diminta menggariskan

bahagian yang penting dalam buku teks. Fenomena ini menimbulkan kebosanan kepada

pelajar mengikuti mata pelajaran ini. Kajian Noraizan Hamzah (2008) menunjukkan

pelajar akan berasa bosan semasa membaca buku teks kerana isi kandungannya terlalu

banyak fakta yang perlu dihafal.

Di samping itu, menurut kajian ini juga, masalah yang dihadapi oleh guru Sejarah

semasa mengajar mata pelajaran Sejarah ialah masyarakat hari ini lebih suka melihat

kejayaan dalam sesuatu peperiksaan sebagai kayu ukur dalam menentukan keberhasilan

dan kecemerlangan masa hadapan seseorang pelajar. Lantaran itu, sudah menjadi rutin

guru mengajar untuk memastikan pelajarnya cemerlang dalam peperiksaan yang

didudukinya tanpa menghiraukan matlamat dan objektif kurikulum itu sendiri.

Pengajaran dan pembelajaran Sejarah dilihat lebih bersifat ‘reproduction’ iaitu

mengeluarkan segala fakta yang dipelajari dalam peperiksaan. Kandungan kurikulum

yang terlalu bersifat peperiksaan ini menyebabkan matlamat pendidikan Sejarah untuk

perpaduan kaum tidak dapat dicapai sepenuhnya.

Akhir sekali, kajian ini juga menunujukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh guru

ialah sering kedengaran subjek Sejarah boleh diajar oleh sesiapa sahaja walaupun mereka

bukan opsyen Sejarah. Masih terdapat jumlah peratusan yang besar dalam kalangan guru

Sejarah di sekolah tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang berkenaan (Rahim

Rashid, 1999). Ini menyebabkan guru yang mengajar subjek Sejarah kurang mempunyai

pengetahuan daripada aspek pedagogi. Mereka tidak mendapat pendedahan dan latihan
yang mencukupi. Guru Sejarah juga jarang dipanggil berkursus untuk meningkatkan

tahap profesionalisme mereka dalam pengajaran Sejarah. Mereka kurang didedahkan

dengan amalan pedagogi terkini di bilk darjah. Ketika ini ramai guru yang mengajar

Sejarah terdiri daripada guru-guru sandaran yang tidak memahami matlamat pendidikan

Sejarah. Malah ada antara mereka yang tidak menguasai isi kandungan yang disampaikan

yang mengakibatkan penyampaian maklumat kepada pelajar kurang tepat. Kesemua ini

akan membantutkan lagi usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui mata

pelajaran Sejarah.

Anda mungkin juga menyukai