Anda di halaman 1dari 1

Karya sastra dan karya seni

Karya sastra Rusia juga sangat disanjungi oleh para sasterawan. Anna Karenina
karya Leon Tolstoy yang juga dibuat dalam filem pada 2013, merupakan salah satu
karya sastra yang popular di seluruh dunia yang menggambarkan situasi dan suasana di
Rusia. Beberapa karya lainnya seperti “War and Peace” dari Leon Tolstoy, “The
Brothers Karamazov” dari Fyodor Dostoevsky, merupakan karya lainnya yang masih
dinikmati di seluruh dunia.

Karya seni yang banyak dianggap sebagai simbol Rusia adalah boneka
matrioshka. Boneka kayu ini dapat dibuka dan berisi boneka lainnya yang lebih kecil
dengan gambar dan proporsi dimensi yang sama. Boneka Matrioshka berwujud wanita
Rusia menggunakan kostum tradisional.

Karya sastra Rusia dianggap sebagai karya yang paling maju dan berpengaruh
di dunia kerana telah menyumbangkan sebilangan besar karya-karya sastera yang
termasyhur di dunia. Pada abad ke-18, perkembangannya didorong oleh karya-
karya Mikhail Lomonosov dan Denis Fonvizin. Menjelang awal abad ke-19, bangkitnya
satu tradisi sastera moden tempatan yang melahirkan pengarang-pengarang yang
terkenal sepanjang zaman. Zaman ini yang dikenali sebagai Zaman Keemasan Puisi
Rusia bermula dengan Alexander Pushkin yang dikenali sebagai bapa sastera moden
Rusia dan sering dianggap sebagai "Shakespeare versi Rusia". Kegemilangan ini
berterusan sepanjang abad ke-19 dengan puisi-puisi Mikhail Lermontov dan Nikolay
Nekrasov, drama-drama Alexander Ostrovsky dan Anton Chekhov, dan prosa-prosa
Nikolai Gogol dan Ivan Turgenev. Leo Tolstoy dan Fyodor Dostoevsky merupakan
tokoh-tokoh yang disanjungi sebagai novelis-novelis terhebat sepanjang zaman oleh
ramai pengulas sastera.

Menjelang 1880-an, zaman novelis terunggul pun berlalu dan membuka laluan
kepada penguasaan genre cerpen dan puisi ringkas. Berpuluh-puluhan tahun yang
berikutnya dikenali sebagai Zaman Keperakan Puisi Rusia, apabila realisme
sastera yang berkuasa dahulu diganti oleh simbolisme. Antara sasterawan-sasterawan
yang terkenal dari zaman ini ialah pemuisi Valery Bryusov, VyacheslavIvanov, Alexand
Blok, Nikolay Gumilev dan Anna Akhmatova Bagi novelis pula ialah Leonid
Andreyev, Ivan Bunin dan Maxim Gorky.

Anda mungkin juga menyukai