Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM KEDAH

08000 SUNGAI PETANI KEDAH

PROGRAM PERSEDIAAN

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2015

TAJUK TUGASAN A:

Penulisan Laporan Akademik

Sebagai seorang pelajar institusi pengajian tinggi, bagaimanakah kemahiran


belajar yang menyerlah dapat membantu anda berjaya dalam pembelajaran
anda? Berikan cadangan yang rasional tentang cara-cara sesebuah institusi
pengajian tinggi dapat membantu pelajar-pelajar berjaya dalam pembelajaran.

NAMA : KOI PEI YU

ANGKA GILIRAN : 2015252310071

NO.KP : 961118-07-5896

KURSUS : PPISMP KEMAHIRAN BELAJAR

KOD KURSUS : GKB 1053

KUMPULAN UNIT : F1E-SEJARAH

NAMA PENSYARAH : ENCIK CHE SAT AWANG

1
SENARAI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat

1. Pengenalan 1

2. Disiplin Diri 2

3. Kemahiran Mendengar 3-4

4. Kemahiran Membaca 4-5

5. Kemahiran Mencatat Nota 5-7

6. Kemahiran Mengingati 7-8

7. Kemahiran Mengurus Masa 8-9


8. Cadangan Tentang Cara-cara Sesebuah 10
Institusi Pengajian Tinggi Dapat
Membantu Pelajar-pelajar Berjaya Dalam
Pembelajaran
9. Kesimpulan 11

10. Biblografi 12-13

11. Lampiran 14

2
Pengenalan

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan


yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul,
memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju
ke arah pembelajaran seumur hidup.

Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi


berbagai strategi dan kemahiran belajar. Setiap cara dan kemahiran adalah
berguna dan sesuai dengan konteks, suasana, masa dan tempat yang
tertentu.

Menurut Mohd Yunus (1990), kemahiran belajar ialah keupayaan


melaksanakan kegiatan pembelajaran dengan berkesan. Beliau telah
membahagikan kemahiran belajar kepada beberapa elemen iaitu keupayaan
mendisiplinkan diri, keupayaan membaca, keupayaan mendengar, keupayaan
mencatat nota dan keupayaan mengingati.

Menurut beliau, antara kemahiran yang amat ditekankan ketika


prosespembelajaran berlaku ialah mendisiplinkan diri, kemahiran membaca,
kemahiranmendengar, kemahiran mencatat nota dan kemahiran mengingati.
Definisioperasional dalam kajian ini akan memberikan tumpuan yang
sepenuhnya kepadakelima-lima kemahiran belajar tersebut sebagaimana
yang dijelaskan oleh Mohd Yunus (1990). Kemahiran-kemahiran tersebut
dijelaskan secara terperinci seperti berikut disiplin diri, kemahiran mendengar,
kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota dan kemahiran mengingati.

3
Disiplin diri

Disiplin diri adalah salah satu aspek yang sangat penting dalam
pembelajaran. Dalam mendisiplinkan diri terdapat pelbagai langkah yang
perlu diambil, antaranya ialah memulakan tugas dengan cepat, menentukan
tugas yang hendak dilakukan, menyediakan tempoh untuk melengkapkan
tugas, belajar dalam masa yang telah ditetapkan, membahagi-bahagikan
masa belajar dan menyediakan jadual belajar (Mohd Yunus, 1990). Selain itu,
individu perlu menyemak tingkah laku belajar bagi mencapai pembelajaran
yang aktif. Penumpuan dalam pemikiran perlu diberi perhatian walaupun
pelajaran yang sedang dihadapi itu sukar. Sehubungan dengan itu, disiplin
diri boleh dianggap sebagai kesungguhan individu mematuhi peraturan
pembelajaran dan boleh dilakukan sekiranya pelajar itu mempunyai
kesedaran metakognisi kendiri yang positif.

Disiplin diri membolehkan seseorang pelajar menyiapkan tugas


yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa membuang masa
kerana pelajar pada masa kini suka membazirkan masa mereka dengan
melayari sosial laman web seperti Facebook, Wechat, Whatsapp dan
sebagainya.

Pelajar yang menyediakan jadual belajar dan mematuhinya


membolehkan dia menggunakan masa dengan efektif dan berkesan.
Penyataan ini bermaksud seseorang pelajar akan membahagikan masa
belajar kepada semua subjek tanpa mengabaikan subjek tertentu. Sebagai
contoh, pelajar akan membahagikan masa belajarnya yang lebih banyak
kepada subjek yang dia lemah supaya dia boleh menguasai subjek tersebut .

4
Kemahiran Mendengar

Menurut Mohamad Daud (1994), beliau menjelaskan bahawa


mendengar tanpa penanggapan adalah tidak bermakna. Penanggapan pula
memerlukan pentafsiran maklumat yang dirakam setelah didengar. Mohd
Yunus (1990) berpendapat, mendengar bukanlah semata-mata menerima
dan mengenali bunyi di sekeliling kita. Mendengar adalah salah satu proses
yang aktif yang memerlukan pemikiran, penilaian dan percantuman. Abdul
Ghani Awang (1996) menyatakan, mendengar adalah kemahiran yang paling
asas bagi mahasiswa di universiti. Tanpa tumpuan khusus, pelajar akan
ketinggalan perkara-perkara penting dalam pembelajaran. Lanjutan daripada
mendengar dengan teliti barulah pelajar boleh mencatat isi-isi penting dan
membuat nota. Justeru itu, kemahiran mendengar merupakan satu elemen
yang penting ketika proses pembelajaran berlaku di dalam kelas. Penumpuan
ketika pembelajaran khususnya mendengar secara teliti dan menyimpan
maklumat dalam ingatan akan memudahkan maklumat diingati ketika
diperlukan.

Kemahiran mendengar pula adalah salah satu daripada kemahiran


belajar yang paling asas dan paling penting diamalkan secara berterusan dan
ia berlaku pada peringkat penerimaan. Kemahiran mendengar melibatkan
pemerhatian teliti sesuatu demonstrasi, tulisan, lakonan, gerak badan, serta
mendengar secara lisan maklumat yang disampaikan oleh guru. Kemahiran
mendengar sangat penting kerana guru sering berkomunikasi dengan pelajar.

Sebagai contoh, seseorang pelajar yang telah dapat menguasai


kemahiran mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan
baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami
maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang didengar.

Mendengar melibatkan tiga perkara asas iaitu mendengar,


memahami dan menilai. Mendengar bermaksud memberikan perhatian pada
perkara yang disampaikan oleh penutur. Memahami pula bermaksud
mengambil perkara yang telah kita dengari dan memahaminya dengan cara
kita sendiri. Menilai pula berlaku setelah kita memahami perkara yang

5
disampaikan oleh penutur, kita mula memikirkan sama ada kenyataan itu
memberikan makna tertentu dan kita hanya dapat menerimanya tanpa berfikir.

Kemahiran Membaca

Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara


tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas
dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi
baru. Di peringkat pengajian tinggi, bahan bacaan merangkumi buku, jurnal,
majalah, nota kuliah, potongan surat khabar, tesis dan bahan-bahan rencana
yang berkaitan.

Saniah Sayuti et al. (2000) menyatakan bahawa kemahiran membaca


biasanya terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu membaca secara
pantas dan membaca secara kritis. Contoh membaca secara pantas adalah
seperti teknik sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming). Untuk
bacaan secara kritis pula adalah seperti teknik SQ3R (Survey-Question-
Read-Recite-Review) dan teknik KWLH. Membaca secara pantas dengan
menggunakan ’kaedah sepintas lalu’ (scanning) ialah membaca keseluruhan
muka surat dengan cepat secara sepintas lalu. Cara ini biasanya digunakan
untuk mendapatkan maklumat tertentu atau isi-isi penting yang berkaitan
dengan bahan yang dibaca. Membaca ’secara sekilas’ (skimming) adalah
dengan melompat untuk mendapatkan pandangan umum tentang sesebuah
buku. Lazimnya cara ini adalah tertumpu kepada menumpu mencari isi
kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan bibliografi. Kaedah dan
teknik yang dinyatakan ini penting kepada pelajar untuk mengulangkaji bahan
bacaan untuk bersedia untuk peperiksaan.

Proses membaca dibahagikan kepada tiga peringkat yang utama.


Terdapat tiga peringkat iaitu sebelum membaca, semasa membaca dan
selepas membaca.

Sebelum membaca, pelajar perlu menentukan bahan yang akan


dibaca, menentukan cara bahan disusun, menentukan perkara yang perlu
diingati daripada bahan dan tujuan membaca.

6
Semasa membaca pula, pelajar harus mengenal pasti isi-isi penting,
mengenal pasti pola pemikiran penulis, menghubungkan idea-idea dan boleh
meramal apa yang akan berlaku serta menghubungkan idea penulis dengan
maklumat yang sudah diketahui.

Pada peringkat yang terakhir iaitu selepas membaca, pelajar patut


mengenal pasti tujuan penulis, menganalisis teknik dan bahasa penulis,
menilai kecekapan dan kewibawaan penulis, menyoal soalan kritis dan juga
menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh penulis.

Kemahiran Mencatat Nota

Menulis ialah proses merakam dan menghasilkan bahan yang


berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam
bentuk tulisan bertujuan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.
Mc Crimmon (dlm Kamarudin dan Siti Hajar, 1996: 105) menyatakan bahawa
sesuatu kegiatan penulisan itu tidak berlaku dalam ruang kosong sebaliknya
dalam satu situasi. Sebuah penulisan selalunya bertujuan untuk
menyampaikan atau menghubungkan sesuatu mesej, rayuan, maklumat atau
idea kepada seseorang.

Kamarudin dan Siti Hajar (1996) memberikan satu definisi umum


tentang penulisan kerana beliau berpendapat bahawa penulisan sebagai satu
alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan melalui lambang-lambang bunyi.
Dalam proses membuat nota, beberapa kemahiran belajar lain perlu
bergabung seperti kemahiran mendengar dan membaca. Mencatat nota
adalah aktiviti merekod iaitu menulis di atas kertas. Mencatat nota berlaku
dalam semua situasi belajar semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga,
membaca buku dan lain-lain lagi.

Teknik pengambilan nota boleh atau perlu dipelajari (Jabar Ibrahim,


1992). Mencatat nota merupakan aktiviti yang sangat penting kepada pelajar
terutamanya mereka yang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi.
Kemahiran mencatat nota yang efektif penting dalam proses pembelajaran di

7
universiti kerana kuliah yang disampaikan oleh pensyarah merupakan sumber
maklumat paling utama bagi para pelajar.

Kesimpulannya, mencatat nota merupakan elemen penting yang


dapat membantu pelajar belajar dengan lebih baik dan memperoleh maklumat
yang berguna ketika pembelajaran. Justeru itu, elemen-elemen mencatat nota
seperti menggunakan singkatan perkataan serta lambang-lambang tertentu
akan memudahkan proses pembelajaran seterusnya memudahkan
pemahaman maklumat.

Beberapa teknik menulis nota yang didapati berkesan ialah memilih


pen yang sesuai untuk memastikan keselesaan ketika menulis nota kerana
pen merupakan alat utama yang perlu diberi perhatian ketika menulis nota.
Kelancaran penulisan juga amat diperlukan untuk memastikan pelajar dapat
menuliskan kesemua fakta dengan berkesan. Oleh yang demikian, pelajar
mestilah memilih pen dan kertas yang bersesuaian.

Sebelum menulis nota, pelajar perlu menyediakan ruang untuk


mencatat komen ketika membuat ulang kaji nanti. Terdapat juga pelajar yang
menggunakan tiga perempat dari kertas “foolscap” untuk menulis nota.
Ruangan yang tinggal digunakan untuk menulis nota tambahan atau komen.

Semasa berada dalam kuliah, pelajar mestilah memberi perhatian


yang sepenuhnya. Jika terdapat bahagian yang kurang jelas, pelajar perlu
bertanya kepada pensyarah. Semasa kuliah pelajar perlu mendengar isi yang
disampaikan secara kritikal supaya dapat mencatat isi penting. Pelajar harus
mencatat nota dalam bentuk yang ringkas dan dapat difahami oleh pelajar
sendiri.

Justeru, pelajar juga boleh mewakilkan perkataan tertentu dengan


simbol yang mudah difahami supaya masa dapat dijimatkan dan mencatat
nota untuk diri sendiri dan sebarang modifikasi, bentuk, lakaran yang boleh
digunakan mengikut kefahaman individu.

Pelajar pun haruslah merujuk kepada rakan sekelas atau berjumpa


dengan pensyarah jika terdapat sesuatu yang dirasai tidak faham atau salah
tercatat dalam nota. Di samping itu, pelajar mendapatkan nota daripada

8
pensyarah ataupun meminjam dengan rakan sekelas yang lain sekiranya
pelajar tidak menghadiri ke kelas.

Kemahiran Mengingati

Ingatan merupakan proses intelek yang menyimpan maklumat dan


pengalamansecara mental dan dapat dikeluarkan kembali untuk
menyelesaikan masalah atau digunakan untuk pembelajaran selanjutnya.

Menurut Amir (1986), cara menguatkan ingatan adalah melalui cara


pemusatan ingatan dan apabila pelajar dihadapkan dengan sesuatu
rangsangan, mereka akan mempunyai kecenderungan untuk menumpukan
dan memusatkan fikiran kepada perkara tertentu sahaja.

Menurut Lee (1997) pula, beliau menjelaskan bahawa ingatan


terbahagi kepada tiga sistem iaitu ingatan deria, ingatan jangka pendek dan
ingatan jangka panjang. Ingatan yang paling sesuai bermula dengan kegiatan
rakaman deria atau ingatan sensor. Ingatan ini hanya berlaku dalam masa
yang singkat iaitu kurang daripada satu saat contohnya ingatan ketika menaip.

Apabila sesuatu maklumat itu diproses dan dikenali sebagai bermakna


atau relevan, ia akan dipindahkan ke ingatan jangka pendek. Ingatan ini akan
dapat disimpan dalam beberapa saat, contohnya menguji nombor telefon
untuk mendail. Ingatan jangka panjang pula boleh menyimpan maklumat dan
pengalaman yang diperoleh dalam bentuk yang kekal dan tersusun. Beliau
turut mencadangkan kaedah memupuk kemahiran mengingat seperti
menegaskan atau memberi tumpuan yang lebih banyak kepada isi untuk
diingatkan.

Pelajar juga boleh menggunakan kaedah pembelajaran bermakna


yang ada kaitan dengan kehidupan seharian untuk memudahkan pengingatan.
Justeru, pengelolaan pembelajaran berdasarkan idea dan maklumat juga
boleh dilaksanakan oleh pelajar untuk mengingat sesuatu dengan berkesan.

Seterusnya, isi-isi boleh dikelompokkan dalam susunan untuk memudahkan


ingatan.Latih tubi juga amat diperlukan dengan mengingati fakta dan konsep
secara berulang kali. Singkatan maklumat melalui pengekodan dan

9
perlambangan pun boleh dilaksanakan oleh pelajar untuk mengingatkan
sesuatu.

Kesimpulannya, kemahiran mengingat merupakan perkara yang


terpenting dalampembelajaran. Setakat mana dapat dipertingkatkan
bergantung kepada kemampuan dan prestasi pelajar. Hal ini boleh dipelajari
dan ditingkatkan melalui latihan yang berterusan. Pengukuhan pembelajaran
dengan menggunakan teknik latih tubi mampu mengukuhkan daya ingatan
pelajar ketika pembelajaran berlaku.

Kemahiran Mengurus Masa

Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa


secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan
apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan
ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan
penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan
menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat.

Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan


keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi
membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan
bertanggungjawab. Terdapat beberapa panduan tentang pengurusan masa
yang berkesan. Strategi ini dapat menjimatkan masa dan dapat meningkatkan
hasil aktiviti belajar, hasil kerja rumah dan hasil tugasan harian pelajar
dengan berkesan.

Pelajar boleh menangguhkan kerja tetapi kerja yang tidak penting.


Bukan semua menangguhkan kerja itu tidak baik tetapi anda perlu kenal pasti
kerja jenis apa yang boleh ditangguhkan. Jika kerja-kerja yang hendak
dilakukan itu tidak penting maka tangguhkan atau tinggalkan terus kerja-kerja
tersebut. Contohnya anda merancang untuk ke rumah kawan untuk
bersembang atau meminjam buku. Bagi menjimatkan masa anda boleh
menangguhkan aktiviti ini. Anda boleh mencari masa terluang yang lain untuk
melakukannya.

10
Seterusnya ialah kenal pasti tenaga yang ada dalam diri sendiri.
Tenaga yang ada di dalam diri sendiri tidak sepanjang hari tinggi. Ada
kalanya seseorang pelajar akan berasa letih dan tidak bermaya dan ada
ketikanya berada di dalam keadaan penuh semangat dan bertenaga. Sebagai
contoh, apabila pelajar sedang bertenaga banyak kerja boleh dilakukan.
Banyak buku yang boleh dibaca dan banyak kerja rumah yang boleh
disiapkan, tetapi apabila tenaganya berada pada tahap yang rendah maka
satu kerja pun tidak boleh disiapkan. Oleh itu kenal pasti tenaga yang ada di
dalam dirinya. Bilakah masa dan berapa lama kah ia dapat bertahan.
Gunakan kekuatan ini untuk membantu pelajar di dalam melaksanakan tugas-
tugas. Pelajar boleh melakukan kerja-kerja mental yang berat semasa tenaga
anda berada pada tahap tinggi dan anda boleh melaksanakan kerja-kerja
yang tidak melibatkan mental yang berat ketika tahap tenaga anda rendah.

Di samping itu, pelajar perlu membezakan tugas yang perlu


disegerakan dengan tugas yang penting. Laksanakan dulu perkara yang perlu
disegerakan kemudian baru beralih kepada perkara-perkara penting. Perkara-
perkara penting tidak boleh dilupakan, ia perlu disiapkan seberapa segera
yang boleh. Contohnya kerja rumah yang perlu disiapkan esok hari perlu
disiapkan segera. Membuat kerja-kerja lain untuk minggu hadapan memang
penting tetapi boleh ditangguhkan sehingga siap kerja rumah yang perlu
disiapkan esok.

Justeru, pelajar juga boleh meyediakan senarai semak. Bagi


memudahkan pelajar mengingat tugasannya yang banyak, sediakan satu
senarai semak yang menyenaraikan semua tugasan. Setelah tugasan selesai
dilaksanakan, pelajar perlu memastikan tandakan pada senarai. Aktiviti ini
memudahkan pelajar melihat tugasan yang telah diselesaikan dan tugasan
yang masih belum dilaksanakan.

11
Cadangan Tentang Cara-Cara Sesebuah Institusi pengajian tinggi dapat
Membantu Pelajar-Pelajar Dalam Pembelajaran.

Bagi cadangan saya, pensyarah institusi pengajian tinggi haruslah


mendisplinkan pelajar untuk menghantar kerja tugasan dalam masa yang
telah ditetapkan. Kalau pelajar telah menghantar kerja tugasan dengan lewat,
dendaan akan dikenakan untuk mengingati pelajar supaya mendisiplinkan diri
dan kemahiran pengurusan masa patut digunakan supaya pelajar boleh
membezakan tugas yang perlu disegerakan dengan tugas yang penting.

Kemahiran mencatat nota juga perlu diajar oleh pensyarah kepada


pelajar yang baru masuk ke institusi pengajian tinggi kerana kemahiran
mencatat nota amat penting dalam institusi pengajian tinggi disebabkan
dalam institusi pengajian tinggi, tidak ada buku teks atau buku rujukan yang
tetap boleh digunakan. Jadi kemahiran mencatat nota perlu dikuasai oleh
pelajar supaya pelajar tidak akan berasa stress apabila masuk ke institusi
pengajian tinggi.

Selain itu, para pensyarah juga harus menekankan teknik-teknik


ingatan dengan sentiasa mendedahkan kaedah mengingat yang baik. Teknik-
teknik yang berkesan yang harus ditekankan oleh pensyarah ialah peta minda,
nemonik serta ulang kaji berulang-ulang supaya pelajar akan memahami
sukatan pelajaran dengan lebih cepat dan mendalam.

Di samping itu, pereka kurikulum kursus pun hendaklah memainkan


perananya untuk membantu pelajar-pelajar berjaya dalam pembelajaran iaitu
mereka satu kurikulum kursus bagi kemahiran belajar. Kemahiran belajar
boleh dijadikan sebagai salah satu kursus yang diwajib belajar oleh pelajar
bagi mereka menguasai kemahiran ini dengan cekap dan berkesan supaya
mereka akan menyiapkan tugasan mereka dalam masa yang ditetapkan
dalam keadaan yang tidak kelam-kabut dan bertungkus-lumus sehingga larut
malam.

12
Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, elemen-elemen kemahiran belajar sangat


penting bagi setiap pelajar supaya pelajar dapat belajar dalam satu cara yang
lebih efektif dan berkesan serta tidak akan berasa stress ketika belajar dalam
institusi pengajian tinggi yang suasananya tidak sama dengan sekolah
menengah. Kalau seseorang pelajar hendak berjaya dalam pembelajaran, dia
perlu menguasai semua kemahiran belajar dulu. Teknik-teknik yang tidak
berkesan akan menyebabkan pelajar perlu menggunakan usaha yang
berlebihan dan tidak efektif berbanding dengan pelajar yang tahu
menggunakan kemahiran belajar.

13
Bibliografi

Rujukan Buku:

Abdul Ghani Awang (1996). Kemahiran Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Amir Awang. (1986).Teori-teori pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.


Bhd.

Jabar Ibrahim (1992). Lulus Peperiksaan. K. Lumpur: Syarikat S. Abdul


Majeed.

Kamarudin Haji Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996).Penguasaan
kemahiran membaca, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Lee Shok Mee. (1997).Psikologi Pendidikan 2, teori dan aplikasi dalam


pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.

Mohd Yunus Noor. (1990).Psikologi belajar dan teknik belajar yang berkesan.
Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Muhamad Daud Hamzah. (1994). Perkembangan kanak-kanak dan


pembelajaran. KualaLumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Saniah Sayuti et al. (2000). Psikologi Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi


Malaysia.

Rujukan Dalam Jurnal:

Mohd Najib Abdul Aziz dan Nor Shafrin Ahmad (2008). Kemahiran belajar dan
hubungannya dengan pencapaian akademik: kajian di daerah Kerian,
jurnal pendidik dan penyelidikan, Jil. 23, 29–47

14
Rujukan Dalam Jurnal Internet:

Baharin Abu, Othman MD Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor & Haliza
Jaafar (2007). Kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran
belajar pelajar universiti di Fakulti Pendidikan, UTM Johor. [Online],
[Diakses: 17 Ogos 2015]. Boleh didapati:
http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf.

Rujukan Dalam Internet:

Ramlan Hamzah. (23 Disember 2013). 9 tips pengurusan masa. [Online],


[Diakses:17 Ogos 2015]. Boleh didapati:
http://ramlanhamzah.com/2013/12/9-tips-pengurusan-masa/

15
Lampiran

Disiplin Diri Kemahiran Mendengar

Kemahiran Membaca Kemahiran Mencatat Nota

Kemahiran Mengingati Kemahiran Mengurus Masa

16

Anda mungkin juga menyukai