Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Prinsip-Prinsip Pengajaran Tatabahasa Mengikut Kamus Dewan (2002) prinsip bermaksud asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian dan tindakan. Manakala pengajaran adalah merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran meliputi perkara-perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang berkesan. Oleh itu prinsip pengajaran boleh diertikan sebagai satu pegangan dan kupasan yang sejajar dengan teori yang praktikal mengikut teknik dan pendekatan yang bersesuaian dengan kepercayaan kita terhadap kebiasaan-kebiasaan kita mengajar bahasa dengan gaya yang tertentu dan berbeza-beza. Antara prinsip yang sesuai untuk mewujudkan interaksi pembelajaran bahasa yang berkesan ialah menjalin kerjasama antara pelajar dengan mewujudkan pengajaran secara berkumpulan. Dalam membentuk kumpulan, seseorang guru itu mestilah menghadkan keahlian sesebuah kumpulan

tersebut.Guru patut membentuk setiap kumpulan itu mengikut kebolehan dan pencapaian atau sama taraf kebolehan. Kumpulan ini sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran lisan,membaca dan menulis. Kumpulan ini pula dibentuk oleh guru sama ada dari pemerhatian dan ujian. Kebaikan membentuk kumpulan ini ialah murid dapat mengembangkan bakat kepimpinan iaitu berani,pandai berhujah dan sebagainya. Selain itu perkembangan sahsiah yang sihat turut dibina. Memupuk semangat kerjasama, sikap bertimbang rasa,bertanggungjawab, bertolak ansur dan lain-lain. Namun yang penting murid dapat berinteraksi sesama mereka dengan menggunakan bahasa yang betul. Walau bagaimanapun, kelemahan interksi dalam kumpulan adalah tidak semua murid dapat terlibat sama kerana latar belakang yang berbeza dan sikap-sikap pelajar yang berlainan seperti pemalu, pasif, terlalu menunjuk-nunjuk, tidak medengar pendapat orang lain sehingga matlamat pengajaran tidak

tercapai. Namun begitu kebaikan interkasi berkumpulan pula , guru dapat mengawal situasi pembelajaran yang berkesan, dapat menentukan topik pembincangkan, guru bertindak sebagai fasilitator, banyak idea ditengahkan oleh murid. Tambahan pula, dalam memberikan pengajaran dalam tatabahasa, seseorang tenaga pengajar itu mengharapkan setiap pengajaran mereka dapat difahami oleh semua orang. Namun begitu setiap pengajaran itu mestilah difahami jika terdapat maklum balas yang positif daripada setiap pelajar. Maklum balas yang diberi bermakna pengajaran ini berlaku secara dua hala dan berkesan. Mengikut Thomas F. Green (Asas Pedagogi oleh Mok Soon Sang,1994) tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu atau kepercayaan baru. Untuk mencapai tujuan pengajaran tersebut dengan berkesan, proses pengajaran harus dilaksanakan secara sistematik mengikut langkah-langkah yang sesuai. Antaranya mengharapkan pelajar memberikan maklum balas dalam pembelajaran dengan menjadikan pengajaran di dalam kelas sebagai suatu bidang komunikasi. Pada masa dahulu, komunikasi ini merupakan interaksi sehala, iaitu guru mengajar, murid mendengar dan menerima. Pada hari ini, bentuk komunikasi telah ditukar kepada interaksi dua hala iaitu :

Guru Mengajar

Pelajar Belajar

Pelajar Bertanya

Guru Menjawab

Di samping itu, penegasan juga merupakan satu proses pengajaran bahasa di mana kadangkala murid-murid sengaja tidak berusaha mengingatkan sesuatu kerana dianggapnya perkara itu tidak penting atau tidak berguna kepadanya. Antara proses pengajaran yang boleh dilakukan oleh tenaga pengajar ialah dengan menegaskan isi yang perlu diingat. Dalam proses pembelajaran, digalakkan mengingati kembali topik-topik utama yang hendak dikekalkan dalam ingatan. Maka untuk menegaskan topik yang perlu diingat cara penilaian adalah lebih

berkesan. Ini kerana hasil daripada penilaian, guru dapat mengetahui pencapaian murid-murid dan juga mengetahui kelemahan-kelemahan mereka. Perkara ini ditegaskan oleh Kamaruddin Hj. Husin (1992.301) matlamat penilaian ialah untuk mendapatkan maklumbalas berhubung dengan proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid. Maklum balas ini akan memberi petanda-petanda dan petunjuk-petujuk kejayaan pengajaran dan pembelajaran serta kelemahan murid untuk diperbetulkan. Proses penegasan dalam pengajaran bahasa ini akan lebih berkesan dengan menggunakan teknik latihtubi dan menghafaz. Cara latih tubi bermaksud mengulangi fakta-fakta atau kecekapan yang murid pelajari. Tujuannya ialah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran dan menjamin kekekalannya. Selain itu kesuaian pengajaran bahasa sangat sesuai jika ia dihubungkaitkan dengan kehidupan seharian murid-murid yang boleh membawa makna kepada murid-murid.

Matlamat seorang guru itu mengadakan penilaian dengan menggunakan beberapa teknik semasa dalam proses penegasan dalam pengajaran bahasa adalah kerana seorang guru itu meletakkan satu harapan yang tinggi kepada para pelajar supaya bersesuaian dengan matlamat KBSR iaitu semua pelajar seharusnya menguasai bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, seorang guru haruslah perlu mempunyai semangat ini kepada para pelajarnya dan menetapkan satu objektif yang perlu dicapai. Misalnya apabila murid-murid belajar kemahiran lisan maka dua asas utama perlu diambil kira iaitu kemahiran mendengar dan juga kemahiran bertutur. Dalam kemahiran lisan proses mendengar merupakan satu kemahiran lisan yang asas. Manakala bertutur pula merupakan proses melafazkan bunyi daripada alat-alat sebutan manusia. Tujuan kemahiran lisan ini adalah guru mengharapkan murid dapat menyebut sesuatu ayat atau perkataan dengan betul. Murid dilatih mendengar dan memahami apa dituturkan dan juga membolehkan

kanak-kanak bertutur dengan menggunakan ayat yang tersusun. Cara kemahiran lisan digunakan melalui aktiviti perbualan, dialog, lakonan, wawancara, temuramah atau temubual. Manakala kemahiran membaca pula tujuannya pula ialah megharapkan para pelajar dapat membaca dengan cekap dan pantas mengikut intonansi yang jelas dan mempunyai irama yang betul. Selain itu, guru mengharapkan muridmuridnya dapat mengetahui penggunaan tanda baca dan tahu memberhentikan pada tempat berhenti yang tertentu. Dalam kemahiran membaca juga ada juga bacaan secara senyap ataupun akhaliah. Dalam kemahiran bacaan yang disuarakan di dalam hati atau menukar bacaan kepada makna tanpa mengeluarkan suara. Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cara guru membaca dan murid menyemak, guru membaca dan murid ikut atau guru memandu murid-murid secara individu atau berkumpulan. Diakhir pengajaran nanti guru mengharapkan para pelajarnya telah boleh membaca dengan sendiri dan memahami apa yang dibaca. Selain itu para pelajar dapat membaca senyap dengan pantas dan seterusnya membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. 3.4 Penggunaan Masa yang Efektif Selain itu penggunaan masa yang efektif turut penting turut penting dalam pengajaran . Apabila membincangkan tentang pengurusan masa ramai akan mengatakan mereka tidak mempunyai masa. Namun semua itu bolehlah dianggap sebagai Cuma alas an semata-mata. Semua orang telah diberikan masa 24 jam. Setiap keluhan ini akan menjadi satu bebanan kepada kita jika kita tidak cuba untuk keluar daripada kepompong ini dan membiarkan diri kita dibelenggu. Sebenarnya membincangkan tentang pengurusan masa yang berkualiti merupakan satu yang remeh. Pengurusan masa yang baik akan dapat mendisiplinkan kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan ialah dengan melakukan jadual harian. Jadual ini termasuklah :

a) b) c) d) e) f)

waktu membaca buku dan mengulangkaji bermain dan beriadah menonton televisyen menyelesaikan kerja sekolah membantu ibu dan bapa menziarahi saudara mara dan sebagainya.

Kesemua aktiviti ini perlulah dijadualkan dan melaksanakan dengan penuh disiplin dari diri kita. Mewujudkan jadual waktu mengulangkaji atau sebagainya seharusnya bersesuaian dengan kita. Tidak bermakna meluangkan masa yang banyak untuk mengulangkaji bermakna kita adalah seorang pelajar yang cemerlang.Kita sering dengar mendengar ada pelajar belajar 6 hingga 8 jam tetapi seolah-olah tidak mendapat apa-apa dalam pelajaran tetapi ada sesetengah pelajar pula belajar 2 hingga 3 jam tetapi mendapat keputusan yang cemerlang. Di sini bermakna bukan banyak mana masa kita guna untuk sesuatu itu tetapi berapa banyak mana kualiti masa yang kita gunakan untuk belajar. Terdapat beberapa prinsip dalam pengurusan masa yang perlu dalam pengajaran iaitu dengan mengubah semua tabiat negatif yang lama dalam diri kita atau kita panggil habit. Contohnya segala tugasan perlulah disiapkan dengan segera. Menangguh kerja serta membuat kerja pada saat-saat akhir sehinggakan membuat kerja sampai larut malam patut dibuang.. Membuat persiapan awal atau bersedia awal membolehkan kita memberikan tumpuan kepada aktiviti mentelaah. Ramai pelajar apabila membincangkan tentang peperiksaan akan tertekan. Ini adalah ramai yang belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Oleh sebab itulah peranan guru adalah untuk memberikan pertolongan kepada pelajar tentang pengurusan masa kerana pengajaran bahasa

memerlukan persediaan yang rapi dan bertindak pada saat awal adalah penting dan pembelajaran minit akhir perlulah dielakkan. Seperkara lain yang perlu ada dalam pengurusan masa ialah komunikasi. Mungkin satu perkara yang janggal tetapi merupakan satu perkara yang membawa implikasi yang besar jika kita tidak menggunakan dengan baik dan berkesan. Cara berkomunikasi yang tidak baik di sini ialah masa kita berbual-bual adakah perkara itu penting atau bermenafaat kepada kita. Contohnya jika guru tiada di dalam kelas adakah masa yang ada kita berbual-bual kosong atau digunakan dengan berbincang tentang hal pelajaran. Selain itu kelemahan kita dalam berkomunikasi umpamanya jarang kita berkomunikasi dengan guru-guru atau rakan-rakan tentang topik yang kita tidak ketahui. Komunikasi boleh dikategorikan dengan dua jenis iaitu komunikasi intrapersonal dan interpersonal. Komunikasi intrapersonal hadir dalam diri kita. Kita malu bertanya apabila kita telah beranggapan soalan kita itu soalan bodoh, kita juga takut orang menganggap kita pelajar lemah dan dipandang serong. Maka kita perlu berkomunikasi berinterpersonel (bertanya guru) manakala tanggapan yang negative perlu kita jauhkan dan mula mewujudkan keyakinan diri. Prinsip pengurusan masa seterusnya, ialah dari segi penumpuan murid . Kita semua tahu pelajar mudah bosan dan jemu apabila berkaitan dengan pelajaran. Begitu juga dalam pengajaran bahasa. Maka guru perlu mengubah suasana pengajaran supaya murid lebih konsantrasi kepada pelajaran dan masa pengajaran digunakan dengan sepenuhnya dan sebarang gangguan perlulah dielakkan. Masa untuk berehat juga patut diambil kira kerana manusia perlu rehat setiap masa. Perkara penting yang sering dikaitkan ialah tidur dan rehat yang mencukupi. Apabila seseorang itu cukup tidur maka,sesi pengajaran turut berkesan. Tidur pula mestilah tidur yang benar-benar berkualiti tanpa sebarang gangguan.

Oleh itu, prinsip asas pengurusan masa perlulah diketahui oleh semua orang khususnya para pelajar dan guru. Ini kerana ia dapat mendisiplinkan diri dengan membuat jadual waktu untuk aktiviti pembelajaran. Seperti yang dituliskan oleh Amer Shaker Zainal dalam jurnalnya mengatakan: Penggunaan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu aktiviti pembelajaran akan lebih berkesan dan penuh bermakna. 3.5 Menghormati Bakat Pelajar dan Gaya Pembelajaran Pengurusan masa yang cekap bukan bermakna kita telah mencapai objektif pengajaran jika kita tidak mengambil perhatian terhadap bakat murid itu sendiri dan juga gaya pembelajaran pembelajaran mereka. Menurut petikan hasil penyelidikan Che Mah Yusof dan Dr. Mariani Mohd Nor dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya menyatakan : Setiap individu pelajar normal semenjak dari usia bayi lagi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembangkan dan ditingkatkan Oleh itu , setiap guru perlu tahu tentang bakat atau pun potensi murid-muridnya melalui pemerhatian dan ujian. Setiap murid mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Maka guru perlu tahu bagaimana untuk mengajar para pelajarnya itu mengikut tahap kecekapan yang berbeza. Contohnya mengajar murid-murid yang pintar tentulah berbeza cara mengajar dengan pelajarpelajar sederhana dan lemah. Jika guru gagal mengetahui cara pengajaran itu maka, ini menyebabkan pelajar itu berasa kecewa dan bosan kerana guru tidak memahami akan kehendak dan keperluan mereka. Maka sebab itulah setiap guru perlu tahu dan mengetahui gaya pembelajaran. Mengapakah setiap guru itu perlu mengenal pasti gaya pembelajaran ? Jawapannya ialah setiap individu mempunyai gaya belajarnya tersendiri. Ini kerana setiap minit dan waktu yang diperuntukkan

akan lebih bermakna sekiranya pelajar itu dapat memahami konsep dan mengingati fakta pelajaran berkenaan. Sebaliknya seseorang itu akan hanya kerugian masa sekiranya apa yang dipelajari itu tidak dapat dihayati sepenuhnya dan mereka tidak lansung dapat memahami atau menginganti perkara-perkara penting tentang pelajaran berkenaan. Maka sebab itulah, guru patut mengenal pasti gaya pembelajaran yang disukai agar pelajar dapat memberikan fokus yang lebih terhadap apa yang dipelajari. Apakah yang dimaksudkan gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan gaya model pembelajaran. Pelajar perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai dengan untuk diri mereka. Apabila membincangkan tentang gaya pembelajaran, saya berpendapat adalah baiknya saya menggunakan teori daripada mereka yang berautoriti dan berpengalaman mencari gaya pembelajaran.

Pada asasnya terdapat dua gaya model pembelajaran iaitu : a. b. Gaya VAK (Visual,Audiori,Kinestetik) Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran Visual,Audiori dan Kinestetik. Gaya pembelajaran visual pelajar belajar secara terus dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di paparan komputer dan di papan hitam. Pengajaran ini membolehkan pelajar dapat mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Pelajar yang belajar secara visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti pelajar auditori mereka selalunya

dapat belajar melalui pembacaan. Selain itu pelajar visual akan menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu. Gaya pembelajaran auditori pula ialah pelajar akan belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan yang berbentuk lisan. Mereka ini boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau mengerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru. Pelajar akan dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.Selain gaya pembelajaran gaya visual dan auditori terdapat juga gaya pembelajaran berbentuk kinestetik. Gaya ini memerlukan belajar dengan baik

melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah atau pun di dalam makmal. Pelajar dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hand-on.

Gaya pembelajaran Dunn dan Dunn mengandungi beberapa aspek penting yang diperincikan seperti berikut iaitu Alam Sekitar, Emosi, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Dalam pendekatan alam sekitar boleh dibahagikan kepada beberapa unsur seperti bunyi, adakah pelajar suka akan belajar tanpa bising atau mempunyai latar belakang lagu dan muzik. Selain itu unsur cahaya, suka belajar di tempat cerah atau yang kurang cahaya atau pun berkeadaan suasana belajar di tempat yang nyaman atau tempat yang panas. Adakah pelajar suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti belajar sambil baring atau duduk di atas lantai. Dari segi emosi pula, Dunn & Dunn membahagikan beberapa unsur seperti motivasi, adakah pelajar boleh meransang diri untuk belajar atau perlu diransang oleh guru. Selain itu unsur ketabahan turut diketengahkan adakah pelajar boleh belajar dalam masa yang panjang atau pun belajar dalam masa yang pendek. Adakah pelajar bertanggungjawab untuk belajar atau

perlu dibimbing guru. Belajar secara bersruktur, adakah pelajar suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya diberikan lebih masa untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara. Dunn & Dunn turut menitik berat gaya pembelajaran dari segi sosiologi iaitu sama ada pelajar boleh belajar secara sendirian , secara perpasangan, belajar dengan rakan sebaya, belajar dalam kumpulan atau pun suka belajar dengan guru yang berada di sisi atau belajar dengan kombinasi beberapa cara di atas. Melihat dari segi fizikal pula merujuk keadaan pelajar suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak, suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar, belajar pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa sahaja atau suka atau tidak suka bergerak semasa belajar. Merujuk dari segi psikologi pula Dunn & Dunn melihat gaya pelajar global suka belajar secara menyeluruh dan pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis. Selain daripada itu, pelajar lebih cenderung memproses maklumat di otak kiri, suka belajar sesuatu bahagian demi bahagian, meminati bahasa dan membuat pengiraan dan analisis manakala pelajar yang menggunakan otak kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis,melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu. Tambahan lagi, pelajar yang impulsive bertindak secara spontan manakala murid yang reflektif berfikir sebelum bertindak. ( Dipetik daripada Modul Belajar Cara Belajar) 3.6 Meletakkan Harapan Yang Tinggi Meletakkan satu harapan yang tinggi haruslah ada pada setiap guru kepada pelajar-pelajarnya. Ini kerana harapan yang tinggi daripada guru bermakna guru tersebut telah mencapai objektif mereka. Ini bersesuaian dengan rumusan KBSR iaitu menguasai kemahiran lisan, membaca dan menulis. Dalam kemahiran lisan, harapan seseorang guru itu ialah pada akhir pengajaran pelajar akan boleh bertutur dengan menggunakan ayat tersusun. Boleh menyatakan kehendak perasaan sendiri dan

juga pelajar boleh berbincang dengan lancar dan fasih. Dalam kemahiran lisan terdapat dua kemahiran asas iaitu mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang asas . Pelajar perlu memahami maksud dan boleh membuat tafsiran. Manakala kemahiran bertutur pelajar patut dapat melafazkan bunyi daripada alat-alat sebutan manusia. Tujuan kemahiran lisan diajar ialah murid dapat menyebut (ayat & perkataan ) dengan betul. Cara untuk memahirkan pelajar untuk bertutur dengan melibatkan murid melalui aktiviti perbualan, dialog, lakonan, wawancara

Dalam kemahiran membaca pula, harapan seorang guru ialah bahawa tiada lagi pelajar akan keciciran dalam bacaan. Guru mengharapkan pelajarnya telah dapat mengeja, membaca pantas dengan intonansi dan gaya yang betul. Dalam kemahiran membaca terdapat dua jenis bacaan iaitu bacaan senyap (akhliah) dan bacaan bersuara (mekanis). Bacaan mekanis pelajar akan mengeluarkan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang dengan menggunakan sebutan intonansi dan irama gaya membaca betul. Tujuan bacaan mekanis ini ialah pelajar dapat membaca dengan cekap dan pantas. Selain itu intonansi jelas dan bunyi irama yang betul. Pelajar tahu penggunaan tanda baca dan tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul. Terdapat beberapa cara membaca secara mekanis seperti guru baca pelajar semak bacaan, guru baca pelajar ikut dan guru memandu pelajar membaca individu dan kumpulan. Bacaan senyap pula ialah bacaan yang disuarakan dalam hati menukar isi bacaan kepada makna tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap adalah lebih cepat daripada bacaan suara. Tujuan bacaan senyap adalah pelajar dapat membaca dengan sendiri. Pelajar dapat membaca dan memahami apa yang dibaca. Melatih membaca senyap dengan pantas dan juga membaca untuk mendapatkan ilmu

pengetahuan. Manakala harapan guru tidak akan lengkap sekiranya kemahiran tulisan pelajar tidak tercapai. Tulisan merupakan bahasa yang ditulis dengan lambang-lambang bunyi. Tujuan kemahiran menulis adalah supaya murid dapat menulis dengan baik, cekap dan pantas. Boleh mengeja dan menyusun ayat dengan betul dan pelajar akan berminat untuk menulis dan mengarang. Tulisan ada dua jenis iaitu Tulisan Mekanis dan Tulisan Pelahiran. Tulisan mekanis adalah peringkat awal menghasilkan tulisan kemas dan mudah dibaca. Murid akan diajar daripada membuat corak, menekap huruf , perkataan dan membina ayat. Manakala latihan menulis pula setelah pelajar menguasai kemahiran tulisan mekanis. Pada akhir pengajaran, guru mengharapkan pelajar-pelajarnya dapat menulis secara mekanis, tersusun, terang dan boleh mengeja dengan betul. 3.7 Pembelajaran Yang Aktif Pembelajaran yang aktif bukan bermakna seseorang guru itu melepaskan segala waktu pembelajaran kepada pelajar semata-mata. Guru masih perlu memberikan kuliahnya di dalam bilik darjah. Ini kerana sistem kuliah masih penting kerana di dalam bilik darjah, para pelajar akan mendapat maklumat daripada guru. Namun cara pengajaran dimana murid yang melakukan aktiviti adalah lebih berkesan daripada belajar hanya belajar. Bak kata pepatah cina : Saya dengar dan saya lupa, Saya lihat dan saya tahu manakala Saya buat dan saya ingat Pembelajaran aktif bermakna satu kaedah pelajar melakukan sesuatu termasuk

memproses,menggunakan dan membuat refleksi terhadap maklumat yang diberi. Prinsip ini berasaskan kepada dua anggapan iaitu, pertamanya pembelajaran secara tabii merupakan satu kegiatan yang aktif. Manakala yang kedua pula, ialah manusia belajar dengan keadah yang berbeza-berbeza. Oleh itu elemen pembelajaran yang aktif termasuklah aktiviti bertutur, mendengar, membaca dan membuat refleksi. Ini telah ditegaskan lagi dengan kenyataan oleh Bonwell dan Fison menyatakan :

Student are involved in more than listening, less emphases is placed on transmitting information and more on developing students skill. Students are involved in higher order thinking ( analysis, synthesis, evaluation. ic) student are engaged in activities e.g, reading, discussing, writing and greater emphasis is placed on students exploration of their own attitudes and values. Menggunakan prinsip kepada pelajar mungkin akan mendatang masalah jika pelajar-pelajar tidak biasa. Guru tidak sepatutnya menyerahkan pengajaran dalam bilik darjah kepada pelajar bulat-bulat. Guru seharusnya bertindak sebagai fasilitator membantu para pelajar melaksanakan aktiviti. Prinsip ini membolehkan pelajar itu belajar sendiri, sentiasa bersedia, suka bertanya dan meningkatkan tanggungjawab mereka di dalam kelas. Antara aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif yang boleh dilakukan ialah aktiviti kertas seminit. Aktiviti ini memberi peluang kepada guru untuk melihat perkembangan pelajar-pelajar mereka menilai dari segi kefahaman atau reaksi pelajar kepada bahan-bahan baru. Dalam cara ini guru akan memberikan petikan kemudian dalam beberapa minit pada akhir pengajaran, kemudian menyuruh pelajar menjawab soalan ringkas, pada sehelai kertas. Apakah yang telah pelajari hari ini? Apakah makna atau tema cerita ini? dan sebagainya. Selain itu, guru boleh membuat kuiz daripada pembacaan. Ini bertujuan mengalakkan murid membaca bahan yang telah diberi. Dalam pembelajaran aktif ini memerlukan pelajar-pelajar telah bersedia dengan kefahaman bacaan dan soalan kuiz. Guru boleh menilai juga tahap kefahaman pelajar terhadap bahan yang diberi. Guru juga boleh melaksanakan pembelajaran secara berhenti seketika. Dalam cara ini, guru akan membincangkan topik-topik utama kemudian guru akan berhenti seketika dan menanyakan kepada pelajar. Guru akan bergerak dalam bilik darjah dan berhenti lalu bertanya pelajar. Keadaan ini akan membuat pelajar akan sentiasa bersedia. Sebenarnya banyak lagi cara-cara pengajaran yang sesuai yang boleh dilakukan oleh guru dalam pengajaran bahasa ini yang bersesuain

dengan prisip-prinsip pengajaran. Maka terpulang kepada guru itu sendiri untuk mencari cara yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka.

2.0 Rancangan Pengajaran Harian Tatabahasa RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 Tarikh Masa Tahun Tema TajukPelajaran BilanganMurid : 3-4-2013 : 0720-0820 (60 minit) : Tahun2 : KesihatandanKebersihan :AedesBerbahaya :25 orang

Standard Kandungan: : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.. Standard Pembelajaran: : 5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanyadenganbetulmengikutkonteks. Objektif Pada akhir pelajaran murid dapat: :

Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul berpandukan tayangan video dan gambar. Pengisian Kurikulum i) Ilmu ii) Nilai Murni : : Pendidikan Sivik dan Kesihatan. : Bertanggungjawab, kerjasama, kerajinandankasihsayang.

Pengetahuan sedia ada: Murid-murid tahu tentang nyamuk. Pengisian Kurikulum : Ilmu Pendidikan Sivik dan Kesihatan Nilai Bertanggungjawab, kerjasama, Kerajinan dan kegigihan. ENT: kemahiran berfikir kontekstual intrapersonal dan interpersonal EMK elemen keusahawanan. Sistem Bahasa: : Tatabahasa : Kata Tanya Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: Gambar, LCD, lembaran kerja

Isi Pelajaran Soalan 1. Apakah yang cikgu bawa? 2. Apakah yang ada di dalam bungkusan ini? 1. Siapa untuk orang 2. Apa untuk benda 3. Bila untuk masa 4. Di mana untuk tempat Tayangan klip video

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Set Induksi (5 minit) 1. Guru membawa satu bungkusan dan bersoal jawab dengan murid berkaitan bungkusan tersebut. Langkah 1:(10 minit) Guru menerangkan tentang kata tanya dan memberikan contoh penggunaannya kepada murid-murid. Langkah 2:(10 minit)

Catatan KB: Menjana idea TKP: Interpersonal

Pendekatan deduktif

mengenai Hapuskan Aedes, Cegah Denggi. 1..Guru menyediakan satu tayangan klip video bertajuk Contoh kata tanya: Hapuskan Aedes, Cegah Denggi menggunakan LCD Apakah serangga yang projektor di hadapan kelas. telah anda lihat tadi? 2.Guru meminta semua murid Siapakah yang sakit? menonton klip video Dimanakah nyamuk aedes membiak? 3. Murid-murid diminta berbincang dalam kumpulan kecil untuk membentuk empat jenis kata tanya berdasarkan apa yang mereka lihat dalam klip video yang ditayangkan. 4. Wakil kumpulan akan menyebut kata tanya yang telah dibincangkan.. 5. Kumpulan akan diberi penghargaan apabila kata tanya yang dinyatakan itu betul. - Petikan Aedes Berbahaya. - Kosa kata: Penyakit Kotor Berbahaya Hospital Demam Barang/bahan: Langkah 3:(10 minit) 1. Guru mempamerkan petikan kepada murid-murid menggunakan slaid LCD. 2. Guru mengedar petikan tersebut dan meminta murid membaca senyap.

KB:Membuat inferens dan menghubungkaitkan. BSM: Laptop dan LCD. TKP: Intrapersonal dan interpersonal. Ilmu: Pendidikan Sivik dan Kesihatan. Nilai Murni: Bertanggungjawab, kerjasama, kerajinandankegigihan. .

KB: Mengimbas kembali dan menghubungkaitkan. BSM: Laptop, LCD, petikan SistemBahasa: kata tanya TKP: Verbal-Linguistik, Intrapersonal dan Interpersonal. Ilmu: Pendidikan Siviki dan Kesihatan. Nilai Murni:Bertanggungjawab, kerjasama, kerajinan

3. Beberapa orang murid diminta -Alat penyembur racun menyebut kata tanya yang betul serangga berdasarkan perkataan yang digarisi itu. -Alat semburan 4. Guru menekankan elemen -Ubat jentik-jentik keusahawanan berkaitan barang yang sesuai untuk -Kelambu dijual kepada masyarakat awam untuk mencegah -Pembersih longkang pembiakan nyamuk aedes.

KB: Menjana idea. Langkah 4 (10 minit): Kata tanya Pentaksiran BSM: Laptop, LCD dan petikan . Lembaran kerja

Murid diberi lembaran kerja dan diminta Ilmu: Pendidikan Jasmani dan melengkapkan tempat kosong dengan kata Kesihatan. tanya yang sesuai. Nilai Murni:Bertanggungjawab, kerjasama, kerajinan dan kegigihan. Langkah 5 (10 minit) KB: Menjana idea. Ayat tanya Pengayaan Membina ayat tanya yang mudah berdasarkan jenis ayat tanya yang telah dipelajari hari ini. Mengisi tempat kosong dengan kata tanya Pemulihan . Mengisi .tempat kosong dengan jawapan yang betul dengan bimbingan guru. 1. Penutup Kognitif 2. Penutup sosial Penutup (5 minit) 1. Menerapkan pentingnya kebersihan persekitaran rumah kediaman. 2. Murid diminta menyatakan kata tanya yang menunjukkan pentingnya kebersihan dan kesihatan bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes.. 1. Nyanyian lagu Nyamuk oleh murid BSM: Lembaran kerja. Sistem Bahasa: kata tanya. .

Nilai Murni: Bertanggungjawab, kerjasama, kerajinandankasihsayang.

3.0 Masalah Pengajaran Tatabahasa dalam kelas MEMBOSANKAN Menurut Awang Sariyan (2009), aspek tatabahasa sering dianggap orang sebagai subjek atau aspek yang kering, membosankan, dan kadangkalanya menakutkan. Tatabahasa dianggap kering dan membosankan kerana kononnya ia hanya terdiri daripada rumus-rumus bahasa, sama halnya seperti mata pelajaran Matematik. Disebabkan itulah, tidak ramai pelajar yang dapat menguasai aspek ini walaupun mereka sudah mempelajarinya sejak sekolah rendah lagi (Nawi Ismail, 2010). KESALAHAN BAHASA Pelbagai kesalahan bahasa dapat dikesan dalam latihan atau jawapan pelajar, bukan sahaja dalam penulisan karangan (Nawi Ismail, 2010), malahan juga dalam konteks lisan. Menurut Raminah Hj. Sabran (1987), kesalahan bahasa bermaksud bentuk bahasa yang menyimpang daripada bentuk bahasa yang baku, iaitu suatu bentuk bahasa yang digunakan dalam hubungan formal. Bentuk ini benar-benar mematuhi tatabahasa dan bebas daripada pengaruh dialek daerah dan bahasa pertuturan yang tidak formal. Juriah dan kawan-kawan (1994) pula menyatakan bahawa kesilapan bahasa adalah sesuatu bentuk penggunaan bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima sebagai baku oleh penutur jati yang terpelajar dan kesilapan itu meliputi semua aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan,

sebutan, penggunaan perkataan dan istilah. KURANGNYA KESANTUNAN BERBAHASA Selain itu, kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi juga kurang diambil perhatian. Kesantunan bahasa diukur berdasarkan kepatuhan penggunaan bahasa terhadap peraturan bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. Secara umum, ia merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara (Awang Sariyan, 2007). Namun, masyarakat kita hari ini hanya sekadar menyampaikan idea dengan menggunakan bahasa yang memperlihatkan kesombongan, keangkuhan ketidakacuhan, keegoan, tidak beradat dan kurang ajar terutamanya dalam konteks lisan. Menerusi penggunaan kata ganti diri, misalnya, masyarakat kita masih gagal untuk mengenal pasti bentuk sapaan yang sesuai dan sopan untuk digunakan Ada juga golongan remaja yang tidak mengucapkan salam tanda sapaan dan hormat sebelum memulakan bicara (Zuraidah Mohd. Sulaiman, 2011). MENGGUNAKAN SATU KAEDAH PENGAJARAN SAHAJA Selain itu, terdapat juga guru yang mengajarkan aspek tatabahasa dengan menggunakan satu kaedah pengajaran sahaja. Menurut Awang Sariyan (2009), guru yang hanya memberi penekanan kepada penguasaan rumus-rumus tatabahasa akan lupa untuk menerapkan tatabahasa dalam konteks penggunaan yang wajar dan sesuai. Manakala, guru yang taksub kepada penguasaan aspek komunikatif bahasa pula memandang remeh akan ketepatan bahasa daripada segi rumus tatabahasa. Akibatnya, kaedah tradisional gagal atau kurang berjaya menjadikan tatabahasa sesuatu yang bermakna dalam kehidupan pelajar. Manakala, kaedah komunikatif pula gagal melahirkan pelajar yang berdisiplin daripada segi penggunaan bahasa yang gramatis dan bersistem walaupun mungkin menarik kerana mengaitkan bahasa dengan kehidupan sehari-hari.

Anda mungkin juga menyukai