Anda di halaman 1dari 8

ASPEK-ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH

Di sini penulis menetapkan empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah.

Pertama, iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti
pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Sauasana fizikal bilik darjah
merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan
atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal
atau ditentukan oleh guru.
Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan
menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu mengajar,
papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna.
Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja.
Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah
persekitaran dan iklim yang sedemikian.Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim
dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik
biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut.
Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan.
Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam
penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada setiap awal
tahun secara tidak langsung ai dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta
hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama mereka.
Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan
kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun
sselepas setiap waktu pelajaran. Selain itu, sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi
merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik.
Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik
darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari
segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru.
Meja guru.
Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi
gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini,
semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah.
Kerusi dan meja murid.
Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh
guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid.
Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan
masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan
keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal.
Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan
ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu
guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu
berseorangan.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar,
tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan,
bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan
peralatan pembelajaran.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi
dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping
mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian
merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.

Kedua, aspek komunikasi dalam bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru
dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam
bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui
tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang
lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah
penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan
mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh
guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan
membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah,
akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban
pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.
Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang
efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya
yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah.
Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara
mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku
sekiranya tidak wujud komunikasi.
Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej
yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan
telah berlaku. Ketika guru menulis di papan hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi
lisan telah berlaku.Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses
untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina
daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau reaksi
yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman
yang wujud antara mereka.
Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik
darjah ialah:
Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi.
Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya
amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid
tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas
menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain.
Menggunakan bahasa yang berkesan.
Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat
yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas
dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan
mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.
Kesediaan untuk mendengar.
Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun
guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu
menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat
mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk
memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk
mendengar.
Menghormati perasaan orang lain.
Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru,
seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya.
Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak
mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar
dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah.
Menyesuaikan diri dengan situasi.
Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi
yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan
berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok-
kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan.

Ketiga, aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Pengajaran dan
pengurusan adalah penting dan saling berkait.Ia melibatkan perancangan guru dalam memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang
ditetapkan.Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan
mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak
iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan
kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi.
Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan samaada dari buku- buku
yang terdapat di kedai- kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet.
Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya
mengikut prinsip- prinsip yang tertentu.
Prinsip- prinsip pengajaran yang baik:
Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran.
Didalam proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk menjadikan mereka aktif
dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam
kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka
melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental. Umpamanya murid-
murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan
percubaan- percubaan berbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja. Oleh yang demikian
murid- murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang
hanya pasif didalam kelas.
Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran.
Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada
setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid- murid
tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai.
Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:
Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang diajar dalam bilik darjah.
Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan. Pastikan kaedah ini
dapat memberi kejayaan atau kesan positif dalam pembelajaran murid- murid.
Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir dan melibatkan diri dalam
pembelajaran secara aktif.
Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk mencapai kejayaan.
Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah pengajaran dalam kitab- kitab
tulisan mereka yang sewajarnya diikuti dan dipraktikkan oleh pendidik- pendidik Islam khususnya dan
para pendidik umumnya.
Diantara kaedah- kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan, syarahan,
dialog, soal jawab, perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya.
3. Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid
murid.
Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan kepada murid-
murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajaran
akan lebih bermakna kalau dikaitkandengan pengalaman yang telah ada pada mereka. Dengan itu,
guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh- contoh yang telah
mereka alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami.
4. Pengajaran hendaklah mengambil berat tentang perbezaan individu.
Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu murid. Ini kerana setiap
murid mempunyai keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Di dalam bilik darjah, kumpulan murid
boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pandai, sederhana dan lemah. Manakala dari aspek
latar belakang terdapat murid yang lahir daripada golongan kaya, sederhana dan miskin. Dalam hal
ini, guru perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran bagi semua
murid. Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak dan
keperluan murid yang berbeza ini. Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan sempurna seterusnya objektif dapat dicapai.
5. Melakukan perancangan dalam pengajaran.
Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan pengajaran hendaklah
dibuat sebelum penggal persekolahan bermula. Persediaan mengajar merangkumi rancangan
pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik yang
hendak digunakan dan lain- lain. Guru juga tidak lari dari melakukan langkah pengajaran yang
memerlukan kepada modul.
Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa atau peringkat yang
berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran tahunan. Proses pengajaran
dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awal pengajaran. Biasanya aktiviti ini tidak memakan
masa yang lama antara dua hingga tiga minit. Seterusnya diikuti dengan perkembangan isi yang ada
pada beberapa langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan dengan objektif khusus
pembelajaran. Di peringkat ini, guru perlu memikirkan aktiviti dan kaedah yang sesuai. Proses
pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya bertujuan untuk memperkukuhkan ingatan murid
terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.

Keempat, pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid.Disiplin murid merupakan salah satu
aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin
dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran
pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru
yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana
kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal
persekitaran bilik darjah.Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud
hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang
bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.
Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat
melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk
mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa
menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan
tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu
berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh
yang akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh
persekitaran fizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan
hubungan dengan masyarakat.
Penulis turut meletakkan punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah:
Guru kurang berfungsi.
Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan
sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan dan sumbangannya
amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi
tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri
murid- murid. Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di
dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin.
Wujud kumpulan tertentu.
Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan
murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik
berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula
akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada
masalah disiplin yang lain.
Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan.
Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan
modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran
yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap-
sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin.
Halangan komunikasi.
Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid-
murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru
bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan
kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian
tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik
darjah.
Oleh itu, penulis juga memberi panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Ganjaran perlakuan yang baik.
Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran. Guru akan
memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan
merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan.
Penggunaan bahasa isyarat.
Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi
tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng
kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi perhatian
kepada guru.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara
guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah
yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar
ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti
pengajaran guru.
Gunakan kaedah kaunseling.
Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu merujuk
masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling
mungkin dapat mengatasi masalah tersebut

Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting selain mengajar dan
mendidik murid. Jika seseorang guru berjaya mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika seseorang guru
gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan besar, impak negatif
akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil
pembelajaran gagal dicapai secara berkesan.

Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya teramat penting selain mengajar dan
mendidik murid. Jika seseorang guru berjaya mengurus bilik darjah dengan sempurna, maka proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) boleh ditafsirkan sebagai berjaya. Namun jika seseorang guru
gagal mengawal dan mengurus bilik darjah dengan berkesan, berkemungkinan besar, impak negatif
akan wujud yang mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Maka objektif atau hasil
pembelajaran gagal dicapai secara berkesan.

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama daripada murid untuk
mencapai objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan juga termasuk proses
merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang
terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama dalam kerjaya seorang
guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada
pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran,
prosedur, teknik dan strategi.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berimpak akan membantu mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran. Antaranya ialah:

Membentuk suasana pembelajaran yang positif dan berkesan.


Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai dan berkendiri positif.
Mengurangkan masalah disiplin.
Pengurusan rutin bilik darjah yang berkesan.
Murid dapat belajar untuk mengawal dan menguruskan diri sendiri.
Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dan murid.
Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran yang optimum.
Dalam konteks pengurusan bilik darjah, terdapat pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Faktor-faktor ini memainkan peranan dominan dalam
menentukan hala tuju dan objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran sama ada berjaya atau
sebaliknya. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
ialah:

Perancangan yang rapi.


Pengelolaan yang berkesan.
Mengawal sesi pengajaran dan pembelajaran.
Menjalin hubungan positif antara guru dan murid
Membuat refleksi dan impak.
Selain itu, faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah
pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang
boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal. Faktor fizikal merangkumi segala
bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah.

Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas atau keperluan kritikal iaitu papan
hitam, papan kenyataan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang
dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan
sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah
sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid mengadakan aktiviti pembelajaran yang
berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah
berintraksi dengan guru.

Bilik darjah yang efisien mestilah berukuran 7 meter x 9 meter dan boleh memuatkan 40 orang murid.
Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara
yang secukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan
keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk
kemudahan penggunaan laman sesawang, komputer dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan
bilik darjah yang kondusif.

Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid-murid dan guru untuk
berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan
saling berkerjasama dan kekitaan serta semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri
dan kumpulan secara kolektif.

Faktor sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid,
khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada
latar belakang dan sifat yang berbeza-beza.

Terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu, tidak suka bergaul dengan dengan
murid yang lain. Oleh itu, guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial
muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon
Sang, 2008).

Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku antara guru dan murid yang dikenali
sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang dikenali sebagai komunikasi dua hala,
serta interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid, yang dikenali
sebagai komunikasi pelbagai hala.

Selain itu, faktor sosial juga dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik
darjah di mana guru perlu menetapkan perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau tidak
boleh lakukan dengan sistematik, seperti:

Cara murid memasuki kelas dan keluar kelas contohnya keluar ke tandas.
Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnya mesti berada
dalam kumpulan masing-masing dan tidak merayau-rayau di dalam kelas.
Cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran contohnya mendapatkan pensel warna
dan lembaran kertas kerja daripada guru.
Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan
menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya.
Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang
mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan kecindan, serta menjalankan
tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih
(Mok Soon Sang, 2008).

Faktor emosi juga dapat dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara jenis kepimpinan guru ialah:

Gaya Kepimpinan Autokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga
mengwujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif.
Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan
galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik dan menyeronokkan.
Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran
sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid
menjadi tidak akrab dan tidak mesra. Selain itu, guru juga perlu peka dengan tugasan yang diberikan
kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif dalam
kalangan murid-murid (Dr. Ragbir Kaur, 2008).
Faktor terakhir ialah faktor teknikal yang merujuk teknik-teknik yang digunakan oleh guru untuk
merangsang semangat dan kesediaan belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru,
kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang
boleh merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, kuiz,
permainan, drama dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang semangat belajar murid agar
mereka berusaha dengan lebih giat lagi.

Foto: skkampungbaru.blogspot.com

Di samping itu, persediaan guru merangkumi pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan
murid merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah yang dinamik. Ada kalanya, murid-
murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak
digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan
persediaan guru dari aspek bahan, peralatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.

Bagaimanapun, kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran
yang menarik, fleksibiliti iaitu tidak membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa
digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas dan pengurusan
masa yang berkesan serta adanya unsur lucu atau kecindan.

Faktor-faktor lain dan cara-cara pengurusan bilik darjah yang boleh mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran ialah:

Keadaan fizikal dan saiz bilik darjah – Bilik darjah harus selesa serta dilengkapi dengan peredaran
udara yang baik dan pancaran cahaya yang mencukupi. Jika tidak, murid-murid merasa mengantuk
dan situasi ini mengakibatkan mereka kurang memberi perhatian semasa aktiviti pembelajaran. Saiz
bilik darjah harus menampung antara 25 hingga 30 murid untuk mewujudkan keadaan pembelajaran
yang selesa.
Kedudukan murid – Pola kedudukan murid akan menentukan interaksi yang berlaku antara seorang
murid dengan rakan-rakan sebaya dan guru. Guru-guru mesti memastikan bahawa kawasan kerja
yang mencukupi disediakan bagi murid untuk menjalankan tugas semasa mengadakan aktiviti-aktiviti
pembacaan, penggunaan komputer atau dalam penggunaan alat-alat pengajaran.
Perhiasan bilik darjah – Setiap bilik darjah mesti dilengkapi sekurang-kurangnya dengan tingkap dan
kipas dinding untuk mewujudkan keadaan persekitaran yang selesa dan kondusif. Guru-guru juga
perlu merancang perhiasan bilik darjah pada setiap sesi awal persekolahan supaya perhiasan lama di
dalam bilik darjah dapat dihiaskan semula.
Peraturan dan panduan kelas – Panduan dan peraturan bilik darjah yang digunakan dapat membantu
guru mengawal dan mengurus bilik darjah. Peraturan-peraturan ini harus berfokus kepada aspek-
aspek menumpukan perhatian, menunjukkan rasa hormat terhadap orang lain, mengurangkan
kebisingan dan penyelesaian semua kerja rumah dan tugasan sekolah.
Bagi seseorang guru, kepekaan berkaitan rutin bilik darjah juga perlu diberi perhatian yang
sewajarnya. Ini kerana rutin bilik darjah ialah intipati asas dalam konteks pengurusan bilik darjah.
Rutin bilik darjah yang sistematik dapat mengelakkan sebarang gangguan di dalam bilik darjah seperti
berikut:

Meringankan suasana tegang dan menyediakan murid-murid persekitaran untuk menduga apa yang
berlaku dan kelakuan yang diterima.
Membenarkan murid-murid untuk menyediakan tugasan harian mereka.
Menyempurnakan tugasan dengan lancar dengan peluang-peluang gangguan yang kurang.
Melaksanakan tugas-tugas yang diagihkan kepada mereka dengan bertanggungjawab.
Meninggikan lagi sikap positif dan kemahiran sosial murid-murid melalui interaksi sosial dan kerja
kumpulan murid-murid dan,
Memberi kesan kepada guru-guru untuk berfokus pada arahan dan pencapaian matlamat
pembelajaran.
Sesungguhnya kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai
daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti
peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid.

Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan disukai murid, guru mestilah bijak memainkan peranannya
sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif demi
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum.

Sesungguhnya, pengurusan bilik darjah yang berkesan dan sistematik oleh seseorang guru dilihat
menjadi kayu pengukur kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pembelajaran Abad-21 kini, guru dilihat bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang
sentiasa komited dengan kerjayanya yang serba mencabar ini.

PENULIS berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kesusasteraan, Antropologi dan Sosiologi) yang
kini berkhidmat di sebuah sekolah di Kangar, Perlis

Anda mungkin juga menyukai