Anda di halaman 1dari 2

CONTOH PENULISAN REFLEKSI DALAM BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

(Dicatat selepas setiap waktu p&p di ruang bawah RPH)

1. Pengajaran hari ini berjalan seperti dirancang. Masa dapat


diuruskan dengan baik. Murid menyiapkan latihan dalam Apa?
waktu ditetapkan. Terdapat 6-8 orang murid di barisan
belakang gagal menyiapkan latihan seperti diarahkan.
Mereka Cuma menjawab soalan 1 dan 6 secara ringkas,
sedangkan arahan saya ialah menjawab dengan lengkap
soalan 2 hingga 6. Mereka memberitahu mereka tidak faham Mengapa
dan tidak jelas berhubung arahan saya. Apabila saya tanya
kepada murid lain, terdapat beberapa orang lagi
memberitahu arahan saya memang kurang jelas.
Bagaimana & Bila
Saya fikir kelemahan saya dalam pengajaran hari ini telah (Tindakan Susulan)
menyebabkan objektif pelajaran tidak tercapai sepenuhnya.
Kelemahan ini mesti saya atasi dalam pengajaran akan
datang.

2. Pengajaran hari ini bermula dengan baik dan lancar. Murid


semuanya terlibat dengan seronok. Melihat keseronokan APA?
murid, beberapa aktiviti tambahan telah saya jalankan untuk
melibatkan semua murid supaya berlaku adil. Kemudiannya
saya dapati waktu pengajaran sudah tamat tanpa sempat
membuat penutup. Saya fikir pengajaran saya hari ini gagal. MENGAPA

Kesilapan saya ialah lari daripada perancangan asal p&p


saya. Saya sepatutnya mengawal pengajaran saya dan tidak
menambah aktiviti spontan. Untuk pengajaran akan datang, Bagaimana & Bila
saya mesti menentukan aspek pengurusan masa tidak (Tindakan Susulan)
terabai.
3. Saya amat kecewa kerana gagal memberi penerangan dengan
berkesan disebabkan murid di belakang kelas yang agak bising.
(PERASAAN/APA?)

Walaupun saya menyediakan BBM, tapi ia gagal menarik


perhatian murid. Mungkin BBM tersebut tidak menarik. Atau
mungkin ia kurang jelas (disebabkan penggunaan warna yang
kurang sesuai) bagi murid di belakang kelas. Untuk mengawal
kelas saya telah mengetepikan BBM dan menyuruh murid
menyalin nota di papan kapur ke dalam buku catatan mereka.
(ANALISIS DAN KESEDARAN/MENGAPA?)

Pada masa akan datang saya akan membina BBM yang bukan
sahaja cantik bahkan menitikberatkan aspek warna yang
digunakan agar dapat menarik perhatian murid. Saya juga akan
meminta pandangan dan nasihat rakan dan guru pembimbing.
Bagaimana & Bila
(Tindakan Susulan)

Anda mungkin juga menyukai