Anda di halaman 1dari 5

Terima kasih kerana anda sudi untuk mendownload e-book ini.

E-
book ini diberikan secara PERCUMA kepada anda dan anda tidak
boleh menjualnya atas apa jua tujuan. Ianya hanya boleh diberikan
secara PERCUMA sahaja kepada orang lain atau anda boleh jadikan
ianya sebagai bonus tambahan untuk produk anda.

Segala isi kandungan di dalam e-book ini adalah hakcipta terpelihara


blog http://abdullahidris.com . Jadi anda tidak boleh
mengeluarkannya dalam apa jua bentuk tanpa mendapat keizinan
dari penulis.

Semoga kemunculan e-book ini akan memberikan faedah yang


banyak kepada para pembaca. Anda juga digalakkan untuk
mengedarkan e-book ini kepada sesiapa sahaja. Mudah-mudahan
akan mendapat ganjaran dari Allah atas usaha anda.

PENTING : Sekiranya anda belum mendaftar sebagai ahli newsletter


blog http://abdullahidris.com, sila berbuat demikian untuk mendapat
pelbagai bonus istimewa. Antaranya anda akan diberikan link untuk
mendownload satu produk istimewa iaitu E-TAJWID. Sebagai
pelanggan newsletter kami, anda akan mendapat makluman awal
tentang perkhidmatan dan produk terbaru. Selain itu, anda juga
akan mendapat diskaun menarik sekiranya menggunakan produk
dan perkhidmatan kami pada masa akan datang. Jadi, daftar
SEGERA.

Hak Cipta Terpelihara : http://www.abdullahidris.com


Pendahuluan

Pertama sekali bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya,


akhirnya saya dapat menyiapkan e-book yang banyak kekurangan ini.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat
baginda dan seterusnya seluruh muslimin dan muslimat yang
mematuhi dan mengamalkan ajaran baginda sepanjang hidup mereka.

Sebenarnya,saya tergerak untuk menulis e-book ini kerana ketika saya


mengajar, seorang perempuan bertanyakan kepada saya bagaimana
hukumnya wanita yang haid hendak membaca al-Quran. Maka, bertitik
tolak dari situ saya merasakan tentu banyak lagi masyarakat diluar
sana yang mempunyai persoalan sama yang belum terjawab. Maka,
terhasillah e-book yang kecil dan sederhana ini yang membahaskan
sedikit tentang hokum tersebut. Oleh sebab itu saya berikan tajuk e-
book ini “ Hukum Wanita Haid Berkaitan Al-Quran”.

Saya berharap agar lahirnya e-book ini sedikit sebanyak akan


memberikan manfaat kepada pembaca sekelian. Kepada para alim
ulama yang tentunya lebih arif, saya persilakan untuk memberikan
teguran yang membina terhadap e-book ini. Segala teguran tersebut
bolehlah di emelkan kepada abdullahidris2009@gmail.com. Dan semua
teguran tersebut saya ucapkan jutaan terima kasih.

Hak Cipta Terpelihara : http://abdullahidris.com


1. Hukum wanita haid membaca al-Quran.

Wanita yang berhaid haram membaca al-Quran walaupun sebahagian


ayat seperti satu huruf disebabkan keagungan al-Quran. Ini
berdasarkan kepada sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Wanita yang berhaid dan orang yang berjunub jangan membaca


sesuatu daripada al-Quran”

( Hadith riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi dan Ibnu Majah daripada


hadith Ibnu Umar).

Hadis ini walaupun hadith yang dhaif namun ia disokong oleh dalil
yang lain yang menampung kedhaifannya iaitu pendapat kebanyakan
ahli ilmu dari kalangan para sahabat Nabi s.a.w dan para tabi’in serta
mereka yang selepasnya seperti Sufyan al-Thauri, Ibnu al-Mubarak,
al-Syafie, Ahmad, Ishak dan selain mereka. Tempat pengharaman ini,
adalah jika ia membacanya dengan niat al-Quran, tetapi jika ia tidak
bermaksud membaca al-Quran atau ia membacanya dengan maksud
untuk berzikir atau dibacakannya dalam bentuk berdoa, atau
dibacakan ayat-ayat yang mempunyai pengertian berdoa dan ia tidak
dimaksudkan untuk membaca al-Quran maka tidak ada apa-apa
halangan untuknya. Dilaporkan daripada Imam Malik bahawa beliau
berkata: Wanita yang berhaid[32] boleh membaca al-Quran dan orang
yang berjunub tidak boleh membacanya, kerana wanita yang berhaid
jika tidak membacanya ia akan lupa ayat-ayat al-Quran
memandangkan hari-hari haid itu berpanjangan sedangkan tempoh
junub tidak berpanjangan.

Namun yang rajihnya (jelas) ialah pendapat jumhur ulama dari


kalangan fuqaha’ Syafi’e, Hanafi dan Hanbali sebagaimana yang
dibuktikan oleh hadith yang disebutkan. Kebimbangan lupakan ayat al-
Quran boleh diatasi dengan membacakannya di dalam hati[33].
____________________________________________________________________________________

[32]. Juga merupakan qaul qadim (pendapat lama) oleh Imam Syafi’e yang mengharuskan wanita berhaid
membaca al-Quran. Al-Majmu’ 2/387.

[33]. Al-Majmu’ 2/387. Tuhfatul ahwadzi 1/458. Al-Mughni li Ibn Qudamah 1/224. Hasyiah Ibn ‘Abidin
1/293. Mughni al-Muhtaj 1/72. Al-Syarqawi ‘ala syarhit tahrir 1/58. Al-Haid wa ahkamuhu, hlmn 77.

Hakcipta Terpelihara : http://abdullahidris.com


2. Melihat al-Quran

Tidak mengapa bagi wanita yang berhaid melihat kepada al-Quran


dengan menelitinya atau membacanya di dalam hati dengan tidak
menggerakkan lidahnya di mana ia sendiri tidak mendengarnya atau
dengan menggerakkan lidahnya sambil menghembusnya. Sebagai
contohnya, ia meletakkan mushaf atau lauh(papan tulis) lalu melihat
kepada ayat-ayatnya lalu membacanya dengan hati[34].

3. Membaca Ayat Yang Dinasakhkan

Adalah harus bagi wanita yang berhaid dan orang yang berhadas besar
membacakan ayat yang telah dinasakhkan(dimansuhkan) tilawahnya
kerana ia bukan lagi dikira sebagai membaca al-Quran.

4. Menyentuh Dan Membawa Mushaf

Haram ke atas wanita yang berhaid menyentuh dan membawa mushaf


tanpa apa-apa darurat berdasarkan firman Allah s.w.t di dalam surah
al-Waqi’ah ayat 79 yang bermaksud:

‫ن‬
َ ‫ ُو‬
َ ُ ۡ‫ ُ ۥۤ ِإ ٱ‬
 َ
َ 
“Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan”

(Al-Waqi’ah : 79)

Ayat ini merupakan perkhabaran yang membawa maksud larangan. Ini


juga berdasarkan sabda nabi s.a.w yang bermaksud:

“Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci”

(Haditah riwayat al-Daruqutni dan al-Hakim di mana beliau


mengatakan sanad hadith ini adalah mengikut syarat hadith yang
sohih).
________________________________________________________
[34]. Mughni al-Muhtaj 1/72. Hasyiah al-Syarqawi 1/88. Al-Majmu’ 2/387.

Hak Cipta Terpelihara : http://abdullahidris.com


Memandangkan menyentuh mushaf diharamkan ke atas wanita yang
berhaid maka membawanya adalah lebih lagi diharamkan, kecuali jika
mushaf itu beserta dengan barang-barang yang lain dan pembawanya
tidak bermaksudkan untuk membawa mushaf itu semata-mata, maka
harus dibawa bersamanya. Atau jika terdapat darurat yang mendesak
untuk dibawa mushaf itu seperti bimbangkan ia tenggelam atau
terbakar atau jatuh ke tangan orang kafir, maka haruslah
membawanya walaupun dalam keadaan sedang haid.

Pendapat yang mengatakan tentang pengharaman ini ialah mazhab


jumhur fuqaha’. Adapun pendapat yang mengatakan yang
dimaksudkan dengan yang dipersucikan ialah para malaikat ditolak
kerana menyifatjan al-Quran dengan perkataan “tanzil” melalui firman
Allah:


َ ِ َٰ‫ب ٱۡ َـ‬
 ‫ٌ۟  ر‬#
ِ$%َ&
“Diturunkan dari Tuhan semesta alam”

(Al-Waqia’ah:80)

Ayat ini jelas merujuk kepada erti mushaf dan para malaikat
kesemuanya adalah makhluk yang dipersucikan menurut ijma’. Oleh
itu perkataan yang dipersucikan dalam ayat ini bermaksud yang
bersuci di mana termasuk dalam erti bersuci ialah membersihkan diri
daripada dua hadas. Dengan menyebutkan perkataan mushaf maka
hokum ini tidak termasuk kitab-kitab yang lain seperti taurat, injil dan
ayat al-Quran yang telah dimansuhkan. Oleh itu tidak haram
menyentuhnya kerana ia telah dimansuhkan, sementara Taurat dan
Injil tidak haram disentuh kerana keduanya telah diubah[35].

[35]. Mughni al-Muhtaj 1/36. Al-Syarqawi ‘ala syarhit tahrir 1/86. Hasyiah Ibn ‘Abidin 1/293. Manarus
Sabil 1/57. Hasyiah al-Dusuqi 1/174. Rahmatul Ummah, hlmn 12.

Hak Cipta Terpelihara : http://abdullahidris.com

Anda mungkin juga menyukai