Anda di halaman 1dari 10

Cara Membuat Patition Pada Memori Kad (SD Card)

Disini saya akan menunjukkan anda bagaimana mengatasi masalah penyimpan atau memori
smart phone anda telah penuh, mungkin terlalu sendat sehingga tidak dapat memasang aplikasi
lagi, malah ada tahap sehingga tidak boleh menerima / menghatar SMS.
Membuat Partition pada memori kad adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah memori
smartphone penuh.

Berpandukan gambar diatas, Mungkin anda juga mengalami masalah ini. 'Padam seberapa
perkara dan cuba lagi, (Memory Full, please delete some data and try again).
Sebelum saya menceritakan bagaimana cara mengatasi, terlebih dahulu saya terangkan
bagaimana keadaan ini berlaku. Supaya toturial yang saya tunjukkan disini bukan setakat
membantu anda mengatasi masalah ini, tetapi anda juga faham bagaimana ini berlaku.
Sebenarnya, apa saja aplikasi yang anda pasang (Install) pada telefon pintar anda dari pelantar
android, aplikasi yang berformat jenis APK. (Andaroid Aplikasi). Aplikasi ini sebenarnya bagai
satu package, segala isi ada perkakasan didalam APK ini akan diagihnya ke folder2 tertentu
mengikut yang ditetap untuk aplikasi itu berfungsi.
Ada sesetengah aplikasi akan memasang atau mengagihkan isi2 kepada memori phone, dan ada
sesetengahnya memasang pada memori luaran (SD kad), dan ada sesetengahnya mengagihkan
kepada kedua-dua memori, phone dan SD kad.

Lihat contoh gambar dibawah.

Sekiranya smartphone mempunyai ruangan memori dalaman yang besar, ini bukanlah sesuatu
masalah utamakeadaan ini berbanding smartphone yang mempunyai ruangan memori dalaman
yang kecil.
Contoh smartphone yang saya gunakan ini berpandukan model Samsung Galaxy Young, GTS5360. Model ini mempunyai ruangan memori dalaman yang terlalu kecil berbanding
smartphone yang lain keluaran Samsung.
Sekarang kita mulakan langkah2 yang perlu diguna pakai untuk mengatasi masalah ini.
Sebenarnya banyak cara untuk mengatasi masalah kekurangan penyimpanan, atau masalah
memori penuh ini.
Cuma bagi saya, saya lebih suka guna cara ni berbanding cara2 lain.
Peralatan yang perlu ada untuk proses ini.
1- Sebuah computer
2- Pembaca Memori Kad (Memory Card Reader)
34567-

Perisian Mini Partition Tools, Muat turun kat sini. :


Aplikasi Move2 Enabler Muat Turun Kat sini, atau DisiNi:
Aplikasi Link2Sd, Muat turun kat sini Atau DiSiNi:
Sedikit pengalaman mengendalikan komputer.
Sedikit kesabaran untuk belajar.
Sekiranya perisian Mini Partition Tools sudah siap muat turun (Download), Pasangkan perisian
tersebut pada computer.
- Masukkan SD kad pada pembaca memori kad, kemudian masukkan pembaca memori kad
tersebut pada komputer usb port. (Pastikan Komputer dapat membaca memori kad tersebut).
*Buat sandaran (Backup) segala data2 yang terdapat dlm memori kad terlebih dahulu bagi
mengelak berlakunya sebarang kesilan semasa melakukan partition.

Bila sudah memastikan memori kad dapat dibaca oleh computer. Sekarang jalankan Perisian
Mini Partition Tools yang telah dipasangkan pada computer sebelumnya.
* Sebolehnya cara pembahagian partition angaran 65/35% dari jumlah keseluruhan saiz memori
kad yang digunakan, Lihat contoh video ini, bagaimana untuk membuat partition memori kad.
Setelah perisian Mini Partition Tools,
Jalankan perisian tersebut. Pada permulaan anda akan dapati pemuka windows perisian seperti
ini.
Klik pada 'Mini Partition Wizard', seperti gambar dibawah.

Setelah 'Mini Partition Wizard' dipilih, anda akan lihat seperti gambar dibawah.
Perisian Mini Partition tools akan mengesan semua simpan memori (Hardisk) yang dipasang
pada komputer anda termasuk memori kad yang anda sambungkan menggunakan pembaca
memori kad. (Memory Card Reader).
Apa yang anda perlu perhatikan disini, Dimana Memori kad yang anda sambungkan pada
komputer anda. Kesilapan anda menentukan boleh menghilangkan data simpan anda yang lain.
Berpandukan gambar dibawah, Memori kad yang saya mahu buat partition berada pada DISK 5,
Lokasi Drive K.
Keadaan ini mungkin tidak sama dengan komputer anda, Kedudukan DISK dan Drive lokasi
bergantung kepada berapa banyak hardisk yang dipasang pada komputer anda. Jadi apa yang
penting anda kena pastikan memilih disk lokasi yang betul untuk Memori Kad anda.

Bila anda sudah memastikan lokasi memori kad adalah betul, Klik pada kedudukan memori kad
tersebut.
Kemudian pilih "Move/Resize Partition" (Lihat gambar diatas). Setelah anda klik pada
"Move/Resize Partition", akan muncul popup seperti gambar dibawah.

Gambar diatas menunjukkan saiz sebenar keseluruhan memori kad anda, untuk toturial ini saya
gunakan memori kad yang berkapaciti 8gb. Jangan risau apa yang anda lihat keseluruh kapaciti
tidak menjukkan seperti apa yang tertera pada memorikad, kerana sebahagian yang hilang itu
digunakan utk pengenalan, driver, id, info dan lain2 berkaitan memori kad tersebut.
Gambar dibawah adalah contoh pembahagian partition. Anda boleh masukkan nilai pembahagian
secara manual pada "Partition Size" dan bahagian bawahnya "Unallocated Space After" akan
memberi nilai secara auto. Tetapi saya lebih suka gunakan 'Mouse' Klik pada bahagian hujung,
tanpa lepas, gerakkan 'Mouse' mengikut apa yang saya inginkan. Lagi cepat.

Anda boleh lihat gambar dibawah.

Gambar diatas menunjukkan Partition yang saya buat menjadikan nilai kapasiti memori kad
tinggal 4.53gb, 'Unallocated space After: 2.9gb. Apa yang anda perlu tahu disini, bila anda
masukkan memori kad ini pada smartphone anda, anda akan dapat smartphone akan mengesan
nilai ini pada memori peyimpanan, selebihnya tidak dapat dikesan.
Jadi yang baki 2.9gb inilah yang akan digunakan untuk memindahkan setiap aplikasi yang
biasanya terpasang didalam memori dalaman smartphone anda. Setelah anda 'Klik OK'.
Popup ini akan hilang dan kembali pada pemuka sebelumnya, tetapi berlainan pada kedudukan
memori kad, yang mana memori kad tadi terdapat dua partition. Lihat gambar dibawah.

Gambar diatas menunjukkan terdapat 2 partition pada Disk 5, Tetapi tidak ada drive lokasi.
Sekarang apa yang ada perlu lakukan Klik "Create Partition".
Apabila anda klik "Create Partition", Popup akan muncul sekali lagi, Tetapi sebelum tu Klik Ok
terlebih dahulu, Dan perisian akan menunjukkan popup seterusnya bahagian "Unallocated"
memori kad sahaja. Lihat gambar dibawah.

Apa yang ada kena tetapkan disini:


Create As: Mesti tukar kepada jenis Primary
File System: Tukar kepada Ext2
Partition Label: Anda boleh namakan apa saja nama yang anda inginkan tetapi jangan terlalu
panjang.
Lihat contoh gambar dibawah.

Jika anda telah tetapkan Create As, File System dan Partition Label mengikut Nama Label
pilihan anda, Untuk meneruskan proses "Klik OK".
Popup akan dikembalikan pada pemuka sebelumnya lagi. Tetapi Anda dapat lihat perbezaan pada
sebelumnya, yang mana "Unallocated' Memori sudah tidak ada, digantikan dengan apa yang
anda tetapkan sebelumnya.
Tapi dalam keadaan ini, Proses Partition belum siap sepenuhnya, Ianya masih 'Pending'. Anda
cuma
menetapkan
sahaja,
tapi
proses
sebenar
partition
belum
dilakukan.
Jadi untuk meneruskan proses parrtition ini, anda perlu Klik pada Tanda Icon "Right" atau
"Apply"seperti yang saya tunjukkan dalam gambar dibawah.

Selepasa anda Klik "Apply", Maka Proses membuat partition akan dilakukan, Tetapi anda perlu
Klik "Yes" untuk mengesahkan, proses ini mengambil sedikit masa. Jadi..bersabar la yer..

Sekiranya proses Partition siap sepenuhnya, Perisian akan menyatakan proses berjaya.

Klik OK, Kemudian anda boleh matikan (Exit) Perisian ini, Dan anda boleh keluarkan Memori
kad anda dari USB.
Sekiranya proses Partition sudah selesai anda lakukan, Langkah seterusnya untuk anda
mengatasi masalah memori penuh pada smartphone anda, Cara atau Toturial lengkap anda boleh
lihat disini.

Sumber : https://malaysdroid.blogspot.com/2013/09/cara-membuat-patition-padamemori-kad.html

Anda mungkin juga menyukai