Anda di halaman 1dari 2

Tahap Penulisan Refleksi Hatton & Smith (1995) CONTOH PENULISAN REFLEKSI DALAM BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR (Dicatat

selepas setiap waktu p&p di ruang bawah RPH) Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Pertama Deskriptif Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksadibatalkan. Pelajar mengantuk di dalam kelas. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepadapengajaran akan datang. Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Kedua Refleksi Deskriptif Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yangdisampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalamBahasa Melayu. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidakmenghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebutdan bertanyakan soalan yang berkaitan. Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Ketiga DialogContoh 1: Setelah beberapa kali diselia oleh guru pembimbing dan penyelia, saya dapatikelemahan saya adalah tidak berupaya menyediakan Bahan Bantu Mengajar yangmenarik ...dan mampu mencungkil idea awal pelajar serta merangsang daya inkuiripelajar. Mereka memberikan komen BBM yang saya gunakan tidak dapat membantumelancarkan pengajaran topik pada hari itu. Saya rasa saya patut terima kritikantersebut secara positif. Model Refleksi juga menegaskan guru yang refleksi perlubersikap terbuka dan menerima kritikan yang membina. Tapi saya tak kreatif. Tapitakpelah mungkin saya perlu berbincang dengan rakan dan melayari internet mencaribahan-bahan yang menarik bagi membantu saya menyediakan BBM yang efektif. Contoh 2: Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip paduan daya danprinsip leraian daya pada hari ini. Saya tidak menyediakan contoh soalan untukpelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan satu persatu pelajar untukmenjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan mengenaitajuk yang di ajar.

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Tertinggi - Kritikal Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Saya tidak sukaketawa semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yangsepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahipelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya.Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar keranasaya ingat lagi masa cikgu saya mengajar fizik beliau menggunakan pendekatanyang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadiinsan yang berjaya.Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari fizik. Tetapi....setelah beberapa minggu, saya dapati pendekatan sayaini menyebabkan prestasi pelajar dalam fizik merosot ... saya dah mulamenggelabah...takut dipersalahkan oleh guru pembimbing...Kemudian saya cuba melakukan pemikiran dan amalan refleksi seperti yangdisarankan barulah saya tahu betapa zalimnya saya kerana tidak memerhatikanpelajar yang memerlukan pendekatan yang berbeza-beza antara satu sama lain.Saya perlu ubah pendekatan pengajaran saya...Saya perlu perbanyakanaktiviti pengajaran yang dapat menggalakkan pelajar berfikir serta berupayamencungkil idea awal pelajar... Contoh-Contoh Lain: 1.Pengajaran hari ini berjalan seperti dirancang. Masa dapatdiuruskan dengan baik. Murid menyiapkan latihan dalam waktuditetapkan. Terdapat 6-8 orang murid di barisan belakang gagalmenyiapkan latihan seperti diarahkan. Mereka cuma menjawabsoalan 1 dan 6 secara ringkas, sedangkan arahan saya ialahmenjawab dengan lengkap soalan 2 hingga 6. Merekamemberitahu mereka tidak faham dan tidak jelas berhubungarahan saya. Apabila saya tanya kepada murid lain, terdapatbeberapa orang lagi memberitahu arahan saya memang kurang jelas.Saya fikir kelemahan saya dalam pengajaran hari ini telahmenyebabkan objektif pelajaran tidak tercapai sepenuhnya.Kelemahan ini mesti saya atasi dalam pengajaran akan datang. 2.Pengajaran hari ini bermula dengan baik dan lancar. Muridsemuanya terlibat dengan seronok. Melihat keseronokan murid,beberapa aktiviti tambahan telah saya jalankan untuk melibatkansemua murid supaya berlaku adil. Kemudiannya saya dapati waktupengajaran sudah tamat tanpa sempat membuat penutup. Sayafikir pengajaran saya hari ini gagal.Kesilapan saya ialah lari daripada perancangan asal p&p saya.Saya sepatutnya mengawal pengajaran saya dan tidak menambahaktiviti spontan. Untuk pengajaran akan datang, saya mestimenentukan aspek pengurusan masa tidak terabai.

Anda mungkin juga menyukai