Anda di halaman 1dari 62

Kajian oleh Hatton dan Smith (1995)

menunjukkan bahawa terdapat empat (4) jenis


penulisan
yang telah dikenal pasti dalam penulisan reflektif.
Pertama, penulisan deskriptif (descriptive writing) yang merupakan
penulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa di bilik darjah dengan hanya
menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan berkenaan sebab, akibat dan
kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan penulis.
Contoh (penulisan deskriptif)
1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir
ke kelas.
2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas
terpaksa dibatalkan.
3. Pelajar mengantuk di dalam kelas.
4. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan
kepada pengajaran akan datang.
Kedua, penulisan refleksi deskriptif (descriptive reflection) yang merupakan
penulisan jurnal yang mempunyai penerangan sebab dan akibat terhadap peristiwa
yang terjadi secara jelas dengan ciri-ciri taakulan dan renungan terhadap peristiwa
dan memberi alasan-alasan/justifikasi terhadap perkara yang berlaku.
Contoh (penulisan refleksi deskriptif)
1. Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham
apa yang disampaikan oleh guru.
- Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam bahasa Melayu.
2. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan
tidak menghiraukan pengajaran guru.
- Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan bertanyakan soalan
yang berkaitan.
Ketiga, penulisan refleksi dialog (dialogical reflection) yang merupakan
penulisan refleksi yang mengandungi kata-kata yang merujuk kepada bisikan hati
penulis kepada peristiwa yang sedang direnungkannya melalui siri soal jawab
tentang persoalan yang difikirkan.
Contoh (Refleksi Dialog)
1. Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri
pada hari ini.

- Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba.


- Saya tidak dapat menumpukan satu persatu pelajar untuk menjawab
soalan.
- Ada isi yang saya tertinggal.
- Saya kurang persediaan mengenai tajuk yang di ajar.
Keempat, penulisan refleksi kritikal (critical reflection) yang merupakan
penulisan refleksi yang mengaitkan peristiwa di bilik darjah dengan hal-hal di luar
rutin bilik darjah seperti falsafah diri insan guru sendiri, falsafah pendidikan, isu-isu
wawasan, perpaduan, politik, ekonomi dan sosial.
Contoh (Refleksi Kritikal)
1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar.
- Walaupun begitu saya suka ketawa semasa mengajar.
- Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya
semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran.
- Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya.
- Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana
saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau menggunakan
pendekatan yang sama.
- Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi
insan yang berjaya.
- Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar
mempelajari sejarah.

CONTOH PENULISAN
REFLEKSI PRAKTIK MENGAJAR

PERKARA

MASALAH

REFLEKSI
Saya mengajar Yr 7, Sekolah Menegah Syaidina
Hussien Jerudong.
Apabila saya ditempatkan di sini saya berasa tidak
selesa kerana kebanyakan murid-murid di sekolah ini
tidak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Walau
bagaiamana pun hubungan guru-guru dan muridmurid adalah rapat. Prestasi akademik sekolah ini
tidak begitu baik dalam mata pelajaran bahasa
Inggeris. Pada tahun lepas hanya 40 % murid-murid
lulus dalam mata pelajaran ini. Oleh demikian,
pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di
sekolah ini amat mencabar.
Setelah 3 minggu mengajar bahasa Inggeris saya
mendapati beberapa orang murid-murid di bahagian
belakang kelas telah membuat bising semasa
pengajaran saya. Ada kalanya saya terpaksa berhenti
mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam
kelas akan menganggu pengajaran sehingga mereka
tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran
saya. Saya percaya bahawa murid-murid ini masih
kecil maka unsur kenakalan mesti wujud. Walau
bagaimanapun sifat kenakalan ini tidak boleh
dibenarkan menjejas pengajaran pembelajaran.

Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan


masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.

Gangguan daripada kebisingan kelas amat


ketara semasa pertukaran waktu mengajar.

SOALAN SOALAN
PANDUAN
1. Apakah masalah atau isu
yang dihadapi?Perihalkan
konteks
2. Apakah maklumat tambahan
yang berguna?
3. Bagaimanakah isu / masalah
ini berkait dengan isu-isu
lain?
4. Siapakah atau apakah yang
boleh bantu?
5. Apakah andaian saya dan
bagaimanakah saya menguji
andaian saya?
6. Apakah yang boleh saya
buat untuk membawa
perubahan?
7. Apakah kemungkinan hasil/
dapatan daripada isu/
masalah ini?
8. Apakah tindakan yang boleh
saya ambil? Kenapa?
9. Senaraikan dapatan yang
ingin dicapai?
10. Merefleks hasil yang sebenar
. Apakah yang paling
berfaedah?
11. Apakah yang akan saya
ubah pada masa lain?

PERKARA

REFLEKSI

Mengikut Wong (1998) pelajar mengambil masa 2


hingga 3 minit ini untuk bercakap, bergerak dari
tempat duduk serta bertingkah laku yang
mengganggukan.

Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan


kelas ini. Saya ingin murid-murid mendengar
pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh
menjejaskan pembelajaran. Kebisingan yang
disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi
masalah tetapi kebisingan yang mengganggu
pembelajaran perlu dielakkan. Murid-murid yang
bising bukan sahaja tidak dapat menguasai
kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga
terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua
murid-murid yang lain.

SOALAN SOALAN
PANDUAN

PERKARA

REFLEKSI

ANALISIS
MASALAH

SOALAN SOALAN
PANDUAN
Fokus pada satu insiden kritikal
yang telah berlaku dalam kelas
anda.

Yvonne. J. Clerehugh, (2000) dari Notre Dame High

Perihalkan insiden itu secara


objektif.
tindakan ke atas pengajaran bahasa asing moden. Dalam
1. Apakah andaian yang anda
kertas kajiannya yang bertajuk ICT as a Motivator for
pegang?
2.
Apakah cara lain untuk
Disaffected Pupils? Beliau mendapati penggunaan
melihat peristiwa ini?
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran
3. Bagaimanakah murid-murid
seperti penggunaan Powerpoint memang boleh
anda menjelaskan peristiwa
mengurangkan pupil disaffection. Beliau juga
ini?
4. Bagaimanakah perbezaan di
menjelaskan bahawa terdapat bias gender dalam
antara kedua-dua penjelasan
pembelajaran bahasa asing. Di UK murid-murid lelaki
itu ? (dari segi murid-murid
akan suka mempelajari bahasa Jerman kerana ia lebih
dan anda)
bersifat kelakian sedangkan murid-murid perempuan
5. Apakah yang akan anda buat
suka pada bahasa Spanyol kerana ia lebih
berbeza dengan dahulu?
School, Norwich, UK telah melaksanakan satu kajian

romantik. Perbezaan minat ini mungkin dapat


menerangkan pencapaian dalam bahasa asing seperti
bahasa Inggeris di Malaysia. Selain itu, Clerehugh
( 2000 ) mendapati kerelevanan dan penggunaan
sesuatu bahasa dalam situasi kehidupan pelajar adalah
penting .

Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah


kebisingan daripada sebilangan kecil murid-murid di
belakang. Setiap kali saya mengajar, beberapa muridmurid akan bercakap atau bermain di belakang.
Mereka akan berbuat demikian sepanjang masa
pengajaran saya. Beberapa soalan berlegar dalam
minda saya:
Apakah murid-murid ini sudah bosan
dengan pengajaran saya?
Apakah yang menjadikan mereka
bosan?

PERKARA

REFLEKSI
Bagaimanakah saya mengatasi masalah
ini?
Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran
saya?
Adakah saya menjadi punca
berlakunya?
Bolehkah faktor-faktor lain yang terlibat
dalam hal ini?
Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan
melalui temu bual dan soal selidik serta pemerhatian,
beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan:
murid-murid ini adalah dari kumpulan
lemah.
Murid-murid ini tidak faham apa yang
disampaikan dalam kelas
Murid-murid ini tidak berminat dalam
pembelajaran bahasa Inggeris
Suara saya kurang jelas dan tidak
didengari oleh mereka

Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya


berkaitan dengan masalah ini. Pada dasarnya saya percaya
murid-murid dari kumpulan lemah kurang minat
belajar kerana mereka tidak mempunyai motivasi untuk
berbuat demikian. Selepas membuat refleksi saya rasa
andaian ini tidak berasas kerana guru sebagai pendidik
perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan muridmurid ini belajar. Kemampuan saya sebagai guru telah
dicabar.

Dari suatu perspektif yang lain saya boleh melihat peristiwa


ini sebagai suatu percanggahan dari segi kerelevanan mata
pelajaran yang diajar dengan realiti mereka. Murid-murid
dari sekolah luar bandar tidak menganggap bahasa Inggeris

SOALAN SOALAN
PANDUAN

PERKARA

REFLEKSI

SOALAN SOALAN
PANDUAN

sebagai penting dan relevan dalam kehidupan mereka.


Kenapakah mereka belajar sesuatu yang mungkin tidak
berguna pada masa depan?

Dari perspektif murid-murid, kebisingan ini adalah biasa dan


percakapan di antara satu sama lain adalah pembelajaran
juga. Murid-murid tidak mempunyai banyak masa untuk
berinteraksi memandangkan beban kerja sekolah bukan
sahaja bertambah tapi kelas-kelas tambahan yang
diadakan pada setiap hari, telah mengurangkan masa untuk
mereka berkomunikasi dengan satu sama lain. Murid-murid
perlu bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumat terkini
berkaitan dunia mereka.
Adakah kebisingan murid-murid ini satu tanda kebosanan
terhadap pembelajaran? Adakah kebisingan kelas sesuatu
yang buruk? Adakah kebisingan menandakan murid-murid
sudah hilang minat belajar?

CADANGAN

Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising saya ingin


mencadangkan langkah-langkah berikut:
-

menyusunkan semula kedudukan murid-murid di

dalam kelas. Membahagikan kepada empat kumpulan


mengikut tahap kebolehan yang berbeza
-

membuat ujian diagnostik untuk tahap

pencapaian kemahiran / topik yang dikuasai oleh murid


yang membuat bising

Fokuskan kepada pengalaman yang


direfleks dengan menurunkan isi-isi
pemikiran dalam bentuk tulisan.

Buat tinjauan literatur berkaitan


pengajaran dan pembelajaran atau
buat refleksi tentang cadangan yang
ingin diambil berasaskan soalansoalan berikut:

PERKARA

REFLEKSI

menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang

sesuai dengan tahap kebolehan mereka semasa


pengajaran dan pembelajaran. Mereka diberikan
latihan-latihan yang mudah berbeza dengan muridmurid lain
-

memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan

ini dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan


secara berterusan
-

memberi motivasi dengan memberi pujian dan

penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang


berjaya dilakukan

Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui tinjauan


literatur supaya tindakan yang diambil lebih mantap dan
bermanfaat. Saya telah membaca literatur berkaitan dengan
perkara ini supaya dapat mengenal pasti tindakan yang paling
sesuai.

Linda Ashton (1996) dari James Cook University dalam


artikelnya Shared Reading Strategies In Secondary Art
Classes: An Opportunity For Reflective
Practice, mengatakan bahawa strategi pembacaan
bersama (shared reading strategies) boleh menangani isu
pupil disaffection dalam bilik darjah. Beliau
menyenaraikan langkah-langkah dalam strategi ini seperti
di bawah:
-

menyedia aktiviti permainan apabila berkongsi

SOALAN SOALAN
PANDUAN
1. Bagaimanakah ini berkait
dengan amalan saya?
2. Apakah prinisip pengajaran
dan pembelajaran yang
terlibat?
3. Apakah yang boleh saya
ubah dalam hal ini?
4. Apakah akan berlaku jika
saya melakukannya?

PERKARA

REFLEKSI

bacaan teks,
-

menarik perhatian pelajar melalui mod

pendengaran aktif
-

memberi ulasan dan ringkasan dengan cepat

serta petunjuk pemahaman


-

memberi sokongan kepada pelajar yang mungkin

bertingkah laku masalah kerana menghadapi masalah


membaca

Berdasarkan prosedur yang dinyatakan dalam California


Standards for the Teaching Profession masa yang digunakan
dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya.
Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi
keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan
isi kandungan yang ingin disampaikan. Masalah kebisingan kelas
adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran
dengan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dengan ini pelajar
akan hilang minat belajar dan keinginan untuk belajar berkurang.

Saya bercadang untuk menangani masalah ini


berasaskan Canter model of Assertive Discipline
(2002). Model disiplin Marlene and Lee Canter adalah
berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati
guru dalam bilik darjah. Model ini adalah suatu
pendekatan yang positif yang membenarkan guru
mengajar dan pelajar belajar. Ia berasaskan prinsipprinsip bahawa guru dan pelajar mempunyai hak untuk

SOALAN SOALAN
PANDUAN

PERKARA

REFLEKSI

SOALAN SOALAN
PANDUAN

mengajar dan belajar.


Dalam situasi ini saya akan mengambil tindakan-tindakan
seperti berikut:
-

menyatakan jangkaan pengajaran seawal-

awalnya
-

menggunakan suara yang lantang, tenang

dan tegas serta kontak mata


-

menggunakan gesture bukan lisan untuk

menyokong pernyataan lisan


-

mengubah tingkah laku pelajar tanpa

ancaman atau jeritan


-

mengamalkan teknik broken record iaitu

mengulangi mesej dengan tenang setiap kali


-

pelajar cuba mencabar daripada

menimbulkan konflik

TEMPOH

2 Februari hingga 14 Februari 2015 (2 minggu)

PENYELESAIAN

1. Merefleks peristiwa di dalam

TINDAKAN
SUSULAN

bilik darjah
Daripada pengalaman menggunakan model

PERKARA

REFLEKSI

Canter assertive discipline guru yang asertif adalah

SOALAN SOALAN
PANDUAN
2. Apakah perkara yang paling

lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak

penting yang saya pelajari

asertif atau garang. Kegarangan dan arahan guru yang

tentang pembelajaran

tidak tekal menyebabkan kekeliruan dan trauma

pelajar?

psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim


bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif. Iklim

3. Apakah perkara yang paling

yang dapat menghasilkan pembelajaran yang

penting yang saya pelajari

maksimum.

tentang pengajaran saya?


4. Apakah perkara yang paling
penting yang saya pelajari

Dapatan pengajaran berasaskan model Canter, telah

tentang pelajar saya?

menunjukkan semangat berkumpulan di kalangan pelajar. dengan


adanya kerjasama dan tolong menolong sesama ahli kumpulan.

5. Bagaimanakah dapat saya

Kumpulan murid yang suka membuat bising telah menunjukkan

menggunakan pembelajaran

minat untuk menyiapkan tugasan yang diberi kerana mereka

saya untuk menambah baik

bukan sahaja mendapat tugasan yang selaras dengan kebolehan

pembelajaran ?

mereka tetapi berada dalam suasana / iklim penyayang dan


positif. Tumpuan dan bimbingan guru yang prihatin dan
berterusan telah membantu murid-murid menjadi lebih yakin
untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan. Keadaan
bilik darjah telah dapat dikawal kerana murid-murid telah
menunjukkan minat untuk belajar.

Dalam model Canter ini jangkaan tingkah laku adalah jelas.


Selain peraturan yang ditetapkan, saya telah merancang satu
sistem peneguhan. Jika pelajar telah menunjukkan tingkah laku
positif yang dijangkakan atau pencapaian akademiknya
cemerlang, mereka akan diberi peneguhan seperti masa
tambahan rehat , dll.

PERKARA

KESIMPULAN

REFLEKSI

Canter (2002) menegaskan bahawa iklim sokongan


positif hanya dapat dibawa oleh guru yang asertif. Dalam
hal ini, ia telah menggantikan tingkah laku garang oleh
guru dengan tingkah laku tegas yang positif .
Kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan
penguatkuasaan peraturan.

Menurut Canter (2002) seseorang guru tidak boleh


berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa
jua.
Once you make a rule, you must enforce it-always.
There are no exceptions to this requirement. It is
mandatory. You cant enforce the rule with one studentand let it go with another. You cant call students on the
rule one day and overlook it the next. Rules must be
enforced with the consistency of the second hand one a
clock.

Walaupun setiap pelanggaran peraturan perlu diambil tindakan


tetapi tidak semua situasi pelanggaran peraturan adalah sama.
Oleh yang demikian situasi yang berlainan memerlukan kaedah
penguatkuasaan yang berlainan
Inovasi yang telah saya majukan di sini adalah disiplin asertif bagi

SOALAN SOALAN
PANDUAN

1. Adakah apa yang saya tahu


tentang pembelajaran
pelajar, dapat disahkan
dalam penulisan jurnal ini
dan bagaimanakah saya
bertindak?
2. Apakah yang diperlukan
untuk menambah baik kualiti
tindakan saya?
3. Apakah yang mungkin akan
saya buat berbanding
dengan apa yang telah saya
buat?
4. Apakah inovasi yang dapat
saya perkenalkan?
5. Apakah aktiviti
perkembangan profesional
yang perlu saya ikuti?

PERKARA

REFLEKSI

SOALAN SOALAN
PANDUAN

guru untuk menangani isu kebisingan dalam kelas.


Nilai tambah yang telah saya bawa kepada model ini adalah
peneguhan dan hukuman untuk menguat kuasa peraturan
dalam bilik darjah. Saya percaya bahawa kebisingan kelas
adalah satu isu pengurusan kelas dan bukan disebabkan
oleh murid-murid yang tidak ingin belajar. Sekarang saya
faham bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu
tetapi faktor-faktor lain juga penting dalam memantapkan
tugas sebagai guru. Sebagai analogi, guru adalah seperti tukang
masak di mana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada
bahan-bahan masakan tetapi kawalan ke atas api dapur,
peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain-lain. Semua ini
saling bergantung.

CATATAN REFLEKSI MINGGUAN

PERKARA

REFLEKSI

SOALAN-SOALAN
PANDUAN

1. Aktiviti Mingguan

1. Pada hari pertama telah diberikan

Yang Dijalankan

jadual mengajar dan saya telah diarahkan

atau isu yang

(secara ringkas)

untuk mengajar Tahun 9XP dan Tahun

dihadapi?

9AP2.

Perihalkan konteks

1. Apakah masalah

Hari pertama dan kedua saya telah mula

2. Apakah maklumat

masuk ke kelas yang ditugaskan dan

tambahan yang

aktiviti pengajaran saya mulakan dengan

berguna?

sesi suai kenal bersama pelajar-pelajar.


3. Bagaimanakah
isu / masalah ini
berkait dengan isu-

Hari seterusnya barulah saya mulakan

isu lain?

sesi pengajaran dan pembelajaran seperti


biasa di mana minggu ini adalah bagi

4. Siapakah atau

mata pelajaran Fiqh (Zakat). Pada

apakah yang boleh

hari ketiga (rabu),

bantu?
5. Apakah andaian
saya dan

14 Januari 2015, kami telah mengikuti

bagaimanakah

mesyuarat bersama pengetua dan guru-

saya menguji

guru Sekolah Menengah RIPAS,

andaian saya?

Tutong. Mesyuarat telah bermula jam


2.15 petang dan berakhir jam 4.30

6. Apakah yang boleh

petang. Adapun agenda yang

saya buat untuk

dibincangkan adalah berkenaan dengan

membawa

pelan tindakan sekolah bagi tahun 2015,

perubahan?

tugas dan tanggungjawab guru-guru dan


yang berkaitan dengan pencapaian
sekolah.

7. Apakah
kemungkinan hasil/
dapatan daripada
isu/ masalah ini?

2.
Pengetahuan/Kem
ahiran Yang
Diperolehi
(sepanjang
Minggu)

Secara keseluruhan, minggu pertama ini


telah banyak memberikan saya
pengetahuan, pengenalan tentang selok
belok sekolah seperti peraturan sekolah
dan lebih mengenali pelajar-pelajar serta
budaya sosial warga sekolah. Hasil
mesyuarat pula memberikan maklumat
yang berguna kepada diri saya terutama
dalam usaha meningkatkan mutu

8. Apakah tindakan
yang boleh saya
ambil? Kenapa?
9. Senaraikan
dapatan yang ingin
dicapai?

pengajaran dan mencapai


sasaran akademik yang dikehendaki
sekolah.

3. Impak dan kesan


kepada Pelajar

4. Cadangan

Dari sudut pelajar-pelajar, saya tidak


mengalami masalah pada Tahun 9XP
kerana jumlah keramaian mereka hanya
tujuh orang. Tetapi menghadapi pelajarpelajar Tahun 9AP2 adalah memerlukan
perhatian dan bimbingan yang lebih dari
saya. Saya mengambil langkah awal
dengan memberikan pemberitahuan pada
pelajar-pelajar tentang disiplin dan
peraturan dalam bilik darjah sepanjang
aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Alhamdulillah, pada kali
kedua saya masuk ke kelas tersebut,
pelajar telah menunjukkan sikap yang
positif pada peraturan yang telah saya
kehendaki dan menunjukkan minat pada
isi pelajaran yang disampaikan.
Walaubagaimana pun terdapat
sebahagian pelajar yang masih belum
terdapat nota yang mana saya
dimaklumkan nota tersebut telah
disediakan oleh guru mereka dengan
dikenakan bayaran $3. Namun demikian,
pelajar masih boleh mengikuti
pembelajaran berpandukan buku teks dan
slide powerpoint.

Contoh Refleksi yang baik:


(contoh mata pelajaran Bahasa Melayu)
Tajuk:
Petikan Rencana Faedah Kitar Semula
Objektif:
Pada akhir pelajaran diharap pelajar dapat
i) membaca kuat petikan rencana dengan intonasi yang betul
ii) menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 isi penting tentang faedah kitar semula
Contoh Refleksi 1
- Semua pelajar dapat menyenaraikan di dalam buku latihan 5 isi penting tentang
faedah kitar semula (atau)
- 30/30 orang pelajar dapat menyenaraikan 5 isi penting yang terdapat dalam
petikan rencana.
Contoh Refleksi 2
- 25/30 orang pelajar dapat menulis ringkasan lengkap. 5 orang pelajar perlu
bimbingan dalam menyusun isi dalam petikan (melalui refleksi ini , 5 orang pelajar
yang telah dikenal pasti itu akan diberikan lebih perhatian dalam latihan mengenal
pasti isi dalam petikan untuk PdP yang akan
datang.)

Contoh-contoh penulisan refleksi kendiri guru selepas


pengajaran.
Berikut adalah contoh-contoh penulisan refleksi
kendiri guruselepas sesuatu pengajaran.

REFLEKSI Guru A:
Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat memuaskan.

REFLEKSI Guru B:
Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar saya dapat
menyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul
belaka.

REFLEKSI Guru C:
Saya telah mengajar tajuk Bentuk Muka Bumi Tahun 5 Kuning. Hari ini
saya telah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni.
Saya dapati murid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi
respon yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan.
Saya sungguh puas hati.

REFLEKSI Guru D:
Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang.
Namun begitu, saya dapati saya seharusnya lebih peka terhadap latar
belakang pelajar saya. Saya patut menjaga hati pelajar saya yang miskin,
yang tinggal di rumah yang tidak mempunyai bekalan air. Saya seharusnya
menyatakan juga dalam pengajaran saya bahawa banyak kebaikan
mengambil atau menggunakan air telaga bukan kerana murah, dan airnya
dingin. Apa yang perlu ialah air itu perlu dimasak. Adalah lebih baik jika saya
menyatakan apabila saya pulang ke kampung saya lebih suka mandi air
telaga di rumah nenek saya. Yang penting ialah kita harus bersyukur
mempunyai tempat tinggal berbanding dengan orang di Bosnia atau
Somalia. Saya telah menggunakan peta yang menunjukkan kedudukan
Bosnia dan Malaysia. Saya minta pelajar-pelajar menyatakan bagaimana
kita boleh sampai di sana, dan memberi pendapat jika Malaysia seperti
Bosnia. Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya akan
menggunakan teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran pada masa
akan datang.

1. Refleksi Rancangan Pengajaran


Rancangan P&P yang disediakan didapati perlu kepada ubahsuai kerana
maklumat sedia ada tidak dapat membantu mencapai aras satu. Aktiviti
yang dirancang bagi langkah 2 kurang sesuai kerana terlalu tinggi aras
kesukarannya berbanding dengan kumpulan pelajar.

2. Refleksi Pelaksanaan P&P


Perancangan P&P telah dapat dijalankan sepenuhnya dengan sedikit
pengubahsuaian. Murid-murid didapati begitu seronok belajar mungkin
kesan penggunaan persembahan multimedia (Powerpoint). Murid-murid
telah melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab soalan menggunakan
kemudahan ICT.

3. Refleksi Aras
Aras1
Semua pelajar telah berjaya mencapai aras ini.
Aras 2
Didapati hanya 25/30 orang pelajar telah berjaya mencapai aras ini.
Aras 3
Didapati 3 orang murid kumpulan lemah dan 1 orang kumpulan sederhana
gagalmencapai aras ini. Semua pelajar kumpulan cerdas telah berjaya mencapai aras ini.
4. Refleksi Persekitaran
Suasana persekitaran bilik darjah sangat kondusif dan tenang pada 40 minit
pertama, tetapi berlaku gangguan pada 10 minit berikutnya akibat daripada kebisingan pelajar yang
lalu setelah pulang daripada aktiviti PJ.

CONTOH PENULISAN REFLEKSI YANG BERKESAN

Tugasan Teknik Baikpulih dan Penyelenggaraan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya.
Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej opsyen saya iaitu BM/KH/MU.
Walaupun saya tidak mengambil opsyen ini sewaktu mendapatkan ijazah, saya pernah belajar
mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah dahulu. Jadi saya tidaklah janggal sangat
dengan mata pelajaran ini.

Kumpulan saya mengambil tajuk Lampu Suluh. Saya ditugaskan untuk menyediakan bahan
grafik dari internet yang akan dicantumkan dengan teks oleh ahli lain. Dari pencarian bahanbahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan gambar alatan tangan tetapi sukar untuk
mendapatkan gambar sebenar membaiki lampu suluh dan lukisan-lukisan yang diinginkan dalam
tugasan ini. Saya pula tidak mempunyai pengalaman dalam program perisian grafik. Oleh itu
saya telah meminta bantuan sepupu saya untuk menyiapkan lukisan tersebut. Gambar-gambar
yang tidak ada di internet diambil dengan kamera pada handphone saya sebelum dipindahkan ke
komputer.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan
talian internet, masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpatimpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya
untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi
musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran
Teknik Baikpulih dan Penyelenggaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai
sikap menyelidik atas kerosakan sesuatu barangan mekanikal yang mudah. Sikap ingin membaiki
juga dapat menjimatkan wang sekiranya diamalkan di luar sekolah. Sikap ini akan saya terapkan
kepada pelajar sekolah apabila saya tamat belajar kelak.

Ramai juga pelajar yang menyatakan menghadapi kesukaran mengenal pasti isu untuk dituliskan dalam
refleksi mereka. Sebagai panduan, cuba fikirkan sewaktu sesi P&P adakah terdapat perkara-perkara berikut:
P&P
- kelas bermula lewat
- hasil pembelajaran tidak tercapai
- terdapat aktiviti yang tidak dapat dijalankan
- tidak dapat menamatkan kelas (habis masa)

Murid
- masuk lambat
- mengacau murid lain
- masalah kawalan disiplin
- tidak mengambil bahagian secara aktif
- tidak menyiapkan latihan dalam masa yang diberi
BBM
- tulisan kecil
- tidak menarik
- mengelirukan
- tidak berfungsi
- tidak mencukupi
Pilih satu topik, jadikan penulisan refleksi.
Semoga penulisan ini dapat membantu pelajar IPG sepanjang minggu praktikum.
* Peringatan
Penulisan refleksi dibuat dalam Buku Persediaan Mengajar dan bukannya dimasukkan ke dalam folio pelajar.
Refleksi juga mesti ditulis tangan bukannya dicetak dan ditampal ke dalam Buku Persediaan Mengajar.

KOLEKSI FRASA MENARIK DALAM KARANGAN


PENGGUNAAN FRASA MENARIK DALAM KARANGAN

Pemilihan frasa menarik yang sesuai dapat membantu pelajar menghasilkan


sebuah karangan yang menarik dan bermutu serta memberi gambaran bahawa
pelajar mempunyai kosa kata yang luas. Walaubagaimanapun pemilihan frasa
menarik perlu digunakan dengan teliti dengan berhati-hati serta tidak
terlalu banyak dalam sesebuah karangan supaya isi karangan yang hendak
disampaikan jelas.

Koleksi 1 - Frasa Menarik


-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus
yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap
membelenggu.......
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat
tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai
kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha
yang
cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak
mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar
jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang

generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang
sempit
-masyarakat yang naif dengan mata
kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang
berketerampilan, bersahsiah mulia dan
berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu
kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan
keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling
bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang

beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak
bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius
semua
pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan
tercabut
daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu
-mendepani realiti baru dunia yang pantas
berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang
murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan
aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar

-menyediakan kursus dan latihan yang relevan


-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan
dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran
reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam
masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda
masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum
menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda
negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-perhatian dan pemantauan
-budaya dan amalan harian
-menyuntik semangat
-wadah berkesan untuk mendidik
-menggembleng tenaga dan sumber
-pengisian jiwa dan minda

-menjadi benteng tenaga dalam memerangi


-platform
-pembentukan insan
-ketulusan dan keazaman
-petanda jelas
-meracuni masa dpn
-era globalisasi
-nadi kehidupan
-komunikasi bermakna
-secara holistik
-pendidikan dan pembangunan moral
-merangsang tenaga intelektual
-usaha membina tamadun bangsa
-merosakkn moral
-menempa kejayaan
-meningkatkan kesedaran masyarakat
-elemen
-relevan
-tuntutan pemodenan
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-instrumen perpaduan
-zaman muasir ini (sekarang)
-hamba teknologi

Koleksi 2
deduksi - kesimpulan
sayembara - peraduan
propaganda - ideologi - pendapat yang mempengaruhi
norma - ketentuan - peraturan

ekstermis - orang yang bersikap melampaui


batas
gembleng - memadu (tenaga)
interim - bersifat sementara
dunia tanpa sempadan
-fitrah prodeo : flora dan fauna
-kemaslahatan : kebaikan
-melestarikan - mengekalkan
-gedung ilmu, sekolah teratak ilmu
-cabaran masa depan yang kian rencam
-Sesungguhnya, menangis ketika berundur adalah lebih baik daripada merintih
selepas melangkah
-Zaman bertukar, musim berganti....
-Remaja bukan sahaja permata dalam rumah tangga dan generasi harapan masa depan
keluarga malah merupakan pewaris kegemilangan negara
-Impaknya, bayangkan keadaan di negara kita
yang mencapai tahap jenayah/penagihan
dadah sifar!
-Diharapkan biarlah aspek pendidikan itu
tunjangnya dipaterikan dengan agama.
-mengadu domba : melaga-lagakan
-wahana : saluran
-anjakan paradigma : peralihan drpd 1 lingkungan kpd sesuatu yg baru (fikiran)
-visi kudsi : visi suci
-anak watan pewaris bangsa : remaja

Koeksi 3 - Kosa Kata Luas

1. bermaharajarela - berleluasa
2. konflik jiwa - pergolakan jiwa
3. menopang dagu -termenung
4. tonggak- asas/dasar
5. aset- sesuatu yang bernilai
6. menuding jari- menyalahkan orang lain
7. seantero- seluruh
8. malapetaka- bencana/ bala
9. keserakahan- kerakusan, ketamakan
10. konklik -kuat, kukuh, mapan
11. merealisasikan -menjadikan kenyataan
12. vandalisme- merosakkan harta benda
13. lumrah- kebiasaan
14. duniawi -hal-hal dunia
15. ketandusan -tidak ada
16. disisihkan- dipinggirkan
17. kritikal- serius
18. sanubari -jiwa
19. akar umbi -punca
20. meranapkan- menghancurkan
21. kesedaran sivik -kesedaran tentang

tanggungjawab
22. perdana- utama
23. materialistik -kebendaan
24. membendung- mengawal
25. realiti- hakikat
26. berjat* kawan
27. pancarobah -keadaan yang kacau
28. mengheret- membawa kepada
29. seyogia* harus, patut
30. merunsingkan -merisaukan
31. kepupusan - kehilangan
32. khazanah -harta benda
33. global- dunia seluruhnya
34. pusaka- sesuatu yang diwarisi turuntemurun
35. warisan- harta pusaka
36. prihatin- peka
37. demonstrasi -menunjukkan
38. gemuruh- hebat
39. serampang dua mata -melakukan dua
kerja serentak
40. terjebak- terlibat
41. arkib- tempat menyimpan benda khazanah
42. mencungkil -mencari
43. iltizam -harapan tinggi

44. silaturahim -persaudaraan


45. motivasi -semangat tinggi
46. menyarankan- mencadangkan
47. era -zaman
48. sistematik- teratur, mengikut peraturan
49. intensif -giat, bersungguh-sungguh
50. menberangsangkan- membanggakan
51. menimba- mendapat
52. rentetan- ekoran
53. tersadai -tidak bergerak
54. peras ugut- ancaman, paksaan
55. dif -tetamu
56. sahsiah- keperibadian
57. komitmen- kesungguhan
58. perpestif -tanggapan
59. julung-julung- kali pertama
60. nadi- penggerak
61. mengikis- membuang
62. kegawatan- kejatuhan
63. tampil- keluar
64. syabas- tahniah
65. kewibawaan- keupayaan
66. muafakat -kerjasama
67. terpikul -tertanggung
68. teladan -contoh

69. mengubah- menukar


70. dinafikan -disangkal
71. menyeru -meminta
72. ditakrifkan- didefinisikan, dimaksudkan
73. mutakhir-terkini
74. fasilitator- pemudah cara
75. fleksible -mudah diubahsuai
76. kebejatan- kejatuhan
77. persada -gelangang
78. boikot -dipulaukan
79. manfaat- faedah
80. total -menyeluruh
81. senggang -santai, tidak sibuk
82. bergelandang- berperlesetan
83. maslahat -faedah
84. norma- adat
85. tersohor- terkenal
86. kutsi -suci
87. diuar-uarkan- dicanangkan
88. dana -modal
89. menerajui- memimpin, mengetuai
90. imej -penampilan
91. emansipasi- hak kebebasan
92. merenoatkan- mengagalkan
93. dimonopoli- dikuasai

94. kolot- kuno


95. profesion- kerjaya
96. infomasi- penerangan
97. intergrasi- perpaduan
98. aspirasi -cita-cita, keinginan
99. memudaratkan- memburukkan
100. dinamis- berdaya saing
101. progresif- sihat dan cemerlang
102. drastik -cepat
103. perisai -pertahanan
104. diagnosis- mengenalpasti
105. permantauan- pengawasan, pemeriksaan
106. manifesto -pendirian
107. waswas -tidak yakin
108. natijahnya -kesannya
109. mencerminkan- melambangkan
110. jenama -jenis barang
111. pornografi- bahan-bahan lucah
112. diiktiraf- diakui
113. obligasi -semangat
114. impak -kesan
115. tuntasnya- keseluruhannya
116. akur- bersetuju
117. efektif- berkesan
118. konvensional- ceramah

119. panji- bendera


120. individualistik- mementingkan diri
sendiri
121. manipulasi tindakan
122. musibah -bencana
123. lewa -tidak sepenuh hati
124. prosedur- peraturan
125. inisiatif -daya usaha
126. anasir -gejala
127. penggemblengan- penyatuan
128. transisi -perantaraan
129. kaliber -berkeupayaan
130. darsawarsa- satu dekad

131. insentif -imbuhan, ganjaran

Koleksi 4 - Frasa Menarik

1.Memanifestasikan fikiran - Menggunakan


idea dengan sebaik-baiknya
2.Menukilkan kata-kata - Menulis / bercakap
sesuatu
3.Memberikan impak - Mengakibatkan /
menyebabkan

4.Rentetan senario itu - Selepas fenomena itu


5Jika ditelusuri - Jika dikaji secara
.mendalam
6.Penyalur ilmu - Pemberi banyak pengetahuan
7Alaf baharu - Masa terkini
8.Mutakhir ini - Pada masa kini
9.Seantero dunia - Seluruh dunia
10Menikam sanubari - Merosakkan perasaan
11.Meluaskan horizon pemikiran - Meluaskan
pandangan / pemikiran
12.Menggabungjalinkan elemen - Menggunakan
pelbagai aspek
13.Merangsang ekonomi - Mengaktifkan
proses jual beli
14.Lebih intelektual dan berketerampilan
Lebih bijak dan berkebolehan
15.Bitara - Tiada tandingan / eksklusif /
hanya satu-satunya
16.Simbiosis - Dua benda yang saling
berkaitan
17.Masih bermain dengan fantasi - Berkhayal
/ bermenung / tidak berfikiran matang
18.Mendabik dada - Kesombongan akibat
kejayaan / keangkuhan
19.Mengkodifikasikan undang-undang

Menyelaras undang-undang / peraturan


20.Kestabilan spiritual dan fizikal Keseimbangan rohani dan jasmani
21.Mekanisme kawalan - Alat / aspek yang
mengawal sesuatu
22.Pandangan sarwa - Pemikiran biasa / umum
23.Anjakan paradigma - Perubahan demi
kemajuan atau kebaikan
24.Relevan dengan kehendak zaman
Diterima dengan perubahan dari semasa
ke semasa
25.Landasan berfikir - Cara berfikir
26Masyarakat konvensional - Masyarakat
.umum / biasa
27. Mengaibkan diri - Memalukan diri
28.Alma mater - Sekolah / universiti /
tempat pelajar
29.Kemapanan fikiran - Keteguhan cara
berfikir
30.Alpukah - Daya usaha / inisiatif
31.Bacul - Tidak bersemangat
32.Badai kehidupan - Cabaran hidup
33.Inteligensia - Kumpulan manusia yang
pandai
34.Berkongkalikung - Bersepakat

35.Bukti yang konklusif - Bukti yang kukuh


36.Praja - Kota / negeri
37.Prakarsa - Inisiatif / daya usaha
38..pramusaji - Pelayan tetamu di restoran
39.Rutin harian - Kerja yang biasa dilakukan
dan sehari-hari
40.Nawaitu diri - Keinginan diri
41.Narsisistik - Terlalu memuji diri sendiri
42.privasi - Keadaan atau suasana bersendiri
tanpa sebarang gangguan
43.Portfolio menteri - Tugas menteri
44.Pentas siasah - Dunia politik
45.Polemik - Bahas / debat / konflik
46.Melikwidasikan - Membubarkan /
memansuhkan
47.Linglung - Hilang ingatan
48.Falah - Kejayaan / kemenangan
49.interpretasi - Tafsiran / penjelasan
50.bersilengah - Bersikap tidak tahu

Koleksi 5 - Kosa Kata Luas


1. Ironinya,Impak -Kesannya
2. Memorabilia -kenangan manis yg x dpt

dilupakan.
3. Mutakhir ini, Marcapada ini, - Dewasa ini
4. Obses - terlalu terikut-ikut
5. Rencaman -Pelbagai
6. Wadah -Alat
7. Disemarakkan -digiatkan
8. Dijana -dijalankan
9. Memperkasa -meningkatkan
10. Kekangan -masalah
11. Kemelut -masalah
12. Glokal/lokal -peringkat tempatan
13. Global -peringkat dunia
14. Sarwajagat -peringkat antarabangsa
15. Dangkal -pengetahuan yg cetek
16. Arus Modenisasi -Zaman moden
17. Diuar-uarkan -diberitahu,dihebahkan
18. Rentetan itu, -Sehubungan itu
19. Sinergi -kerjasama
20. Kebejatan moral -keruntuhan moral
21. Ukhrawi -rohani (berkenaan akhirat)
22. Duniawi - berkenaan dunia
23. Nescaya -pasti
24. Enteng -ambil mudah/ringan
25. menerjah - (cth: menerjah masuk)
26. Remeh - (cth: dipandang remeh)

27. Diimplementasikan -digunakan


28. Nirmala -Hening (pagi yg hening)
29. Izhar -Jelas
30. Delinkuen -tidak mematuhi peraturan
31. Komentar -komen
32. Polemik -isu yg sering dibincangkan
33. Penuh iltizam -penuh semangat
34. Inovasi -kemajuan
35. Mangkin yang efektif -faktor-faktor penyebab..
36. Pragmatis -praktikal
37. Menjurus -menyebabkan
38. Mengorak -memulakan (cth: mengorak
langkah)
39. Seantero - seluruh (cth: seantero dunia)
40. Perencah -faktor
41. Keakraban -hubungan yg erat
42. Belenggu -konkongan
43. Berkaliber -(cth: pemimpin yg berkaliber)
44. Mercu-menempa
45. Kontemporari -masa kini
46. Utopia -masyarakat yg terlalu
ideal/sempurna (tidak mungkin diwujudkan)
47. Rohaniah dan insani -nilai-nilai kemanusiaan
48. Terhunus -telah sedia tercabut (cth: keris
yang terhunus)

49. Khusyuk -menumpukan perhatian


50. Nafsi -sikap mementingkan diri
51. Evasif -sikap mengelak diri drpd sesuatu
tanggungjawab
52. Hedonisme -mementingkan keseronokan
53. Serampang dua mata -dasar yg mempunyai
2 objektif
54. Signifikan -bermakna atau penting
55. Meledakkan -menyebabkan terbitnya
sesuatu
56 Modal insan -pembangunan manusia (cth:
modal insan yg cemerlang)
57. Komitmen -memberikan sepenuh tenaga
(kerjasama)
58. Prestij -reputasi (cth: anugerah yg
berprestij)
59. Entiti mithali -sesuatu yg patut diteladani
60. Justifikasi -suatu alasan yg menjadikan
sesuatu wajar dilakukan/diberikan
61. Darah setampuk pinang -belum ada
pengalaman lagi
62. Anjakan paragdigma -perubahan yg baik
63. Altruisme -sifat suka mengutamakan
kebajikan orang
64. Kendatipun begitu -walaupun begitu

65. Takuk lama -tahap lama


66. Tersohor -terkenal/termasyur
67. Sementelahan pula -tambahan pula,lebihlebih agi
68. Tergusur -terheret,tertarik
69. Sofistikated -bersifat kompleks
70. Mayapada -dunia
71. Luwes - tidak terlalu ketat (peraturan)
72. Memanifestasikan -melahirkan,menunjukkan
73. Arus globalisasi -Zaman global (dunia tanpa
sempadan)
73. Heterogen -pelbagai
74. Pidana -kejahatan
75. Aspirasi -cita-cita
76. Ghalibnya -biasanya,lazimnya
77. Swadaya -kekuatan sendiri
78. Uswah -teladan,contoh
79. Dominan -utama
80. Tarbiah -pendidikan
81. Menyoroti -membicarakan
82. Pasrah -menyerah
83. Kealpaan (alpa) -Kecuaian/lupa
84 Ideal -mulia
85 Berhempas pulas -berkerja keras

86. Dirangkaikan -dihubungkan


87. Mampan -mantap
88. Metropolitan -bandar raya
89. Tamsilan -contoh
90. Nescaya -sudah tentu
91. Filsafat -falsafah
92. Ideal -sempurna/sesuai
93. Petualang -penghalang
94. Efisien -menjlnkan tugas dgn cekap
95. Ruwet -kalut,kusut atau sulit
96 Mantan -bekas
97. Holistik mulia
98.vital-penting
99. ikhtisas- mata pencarian
100. aktivis org yg melibatkan diri
secara aktif
101. tidak bernoktah- tiada pengakhiran
102. turun padang- turuts serta
103.berintegriti-mempunyai kejujuran
104.meneroka- menyelidik
105. aroma- bau
106. alternatif- pilihan
107.vital- penting
108.pesimis-orang yang bersikap tidak yakin

akan pendirian
109.inderloka- syurga
110. teruja- timbul minat/keinginan yang kuat
KOLEKSI 6
KATA-KATA HIKMAT YANG BOLEH DIGUNAKAN
DALAM KARANGAN
sumber: Cikgu Zulkarnain (SMK Sacred Heart Sibu)

01. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal


adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan
sebesar-besar dosa adalah berdusta
02. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab
dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada
wajah dan pakaiannya.( Hamka).
03. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya
tidak akan maju. (Home)
04. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa
memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat
menunjukkan kesalahan kamu.
05. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu
mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77) 06. "Maka
sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah
sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
07. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi
satu.
08. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah
adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk
melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey
John Schwartz)
09. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
10. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir
sepantai.

11. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua


akhirnya dicari.
12. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi
namamu menjadi perbualan penduduk langit.
13. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya;
siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa
yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak;
sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya
mati. (Saidina Ali Abu Talib)
14. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk
merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."
15. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi
jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
16. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan
sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah
sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.
(Surah Al-Baqarah:214)
17. Kekitaan yang erat tiada yang berat.18. Belajarlah
berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
19. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha
yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubatubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang
akan terus hilang.
20. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat,
dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
21. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN?


menarik perhatian dan minat pembaca

menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh


dalam isi karangan

menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak


soalan.

APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?


Tepat dengan kehendak soalan

jelas dan sesuai dengan kehendak soalan

menggunakan bahasa yang tepat dan jelas

ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan

ditulis dalam satu perenggan

tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan


Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi menarik minat
pembaca untuk mengetahui isi-isi yang akan dikemukan oleh penulis dalam
karangan.
JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN
(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
(vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan

PENDAHULUAN JENIS DEFINISI


memberikan takrif makna definisi (dengan merujuk kamus)
Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang
atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan
golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah
daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di
samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke
semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung
jenayah.
PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad,
pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau
bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu
adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama
meneruskan pembangunan. Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk
memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam

masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.


PENDAHULUAN JENIS SUASANA menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.
Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkangbengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami
dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke
puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang
akan kami lalui nanti.
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri
mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan
boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja
tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya ,
apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu ringan sama dijinjing, berat sama dipikul dan seperti aur
dengan tebing amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang
anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya
hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. Namun semangat
berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di
kawasan bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihakpihak yang bertanggungjawab.
PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema
karangan

Duhai apakah gerangan budi balasan


Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
betapakah bersar budi , ibunda berikan
siang malam ..menderita hingga entah bila
sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan
Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini.
Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya
dan berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih sayang dan budi
seorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi
tanggungjawab anak-anak
untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.
PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan
Contoh:
Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan
laku musnah yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan
harta benda termasuk kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan
awam seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan
sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku
dalam kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk
membendung gejala ini?

TIPS & PANDUAN - KARANGAN FORMAT SYARAHAN


TIPS DAN PANDUAN

1.

Karangan jenis syarahan atau dikenali juga sebagai pidato merupakan


karangan berformat.

2.

Format yang perlu diikuti apabila menulis karangan jenis ini ialah:
a) Kata alu-aluan kepada para hadirin. Kata-kata ini mestilah

mengikut mengikut pangkat seperti Yang Mulia, Yang Berhormat,


Yang Berbahagia, Yang Dihormati, dan lain-lain.
b)

Kata-kata penghadapan diselang-seli antara satu atau dua


perenggan. Antara kata-kata penghadapan yang biasa digunakan
ialah:
- Hadirin yang dihormati,
- Hadirin dan hadirat sekalian.
- Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
- Saudara-saudari yang dikasihi sekalian dll.
Penulisannya betul-betul di sebelah kiri dan selepas dilangkau
satu baris daripada isi sebelumnya.

Format penulisan karangan mesti dipatuhi untuk mengelakkan


markah ditolak.

3.

Kandungan syarahan terbahati kepada tiga;


a) Pendahuluan - berisi kata alu-aluan, menyatakan tajuk
b) Isi - memuatkan perkara-perkara penting yang hendak
disampaikan berdasarkan tajuk.
Isi diselang-selikan dengan kata-kata penghadapan
c) Penutup - memuatkan kesimpulan, ucapan maaf dan terima kasih

4.

Dalam peperiksaan, karangan jenis ini lazimnya dikemukakan dalam


bentuk pertandingan. Oleh itu, anda perlu memberikan kata-kata
pujian kepada hakim yang mengadilinya, seperti;
- Tuan Hakim yang adil lagi bijaksana, barisan hakim yang arif lagi
bijaksana atau yang sama maksud dengannya.'

5.

Untuk menulis syarahan yang bermutu, isi yang dikemukakan mestilah


bernas, tepat dan jelas.

6.

Gunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Anda juga boleh
menyelitkan jenaka yang sopan, kata-kata kiasan , peribahasa,

pepatah, dan cogan kata.


7.

Di bahagian akhir karangan sebelum ucapan - sekian, terima kasih, anda


boleh menyelitkan pantun yang bersesuaian sebagai penutup

Penulisan Refleksi RPH


Refleksi RPH perlu ditulis selepas selesai setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran.Sering kali berlaku kekeliruan mana satukah cara penulisan refleksi
yang betul.Berikut adalah cadangan penulisan refleksi untuk panduan dan rujukan
semua guru.

1.Menulis jumlah murid yang mencapai objektif P&P


dan yang tidak mencapai objektif BUKAN menulis
dalam bentuk peratus (%).
2.Menulis/mencadangkan aktiviti pengayaan

untuk murid yang mencapai objektif.


3.Menulis/mencadangkan aktiviti pemulihan
untuk murid yang tidak mencapai objektif.

REFLEKSI :
Menulis/mencadangkan aktiviti pengayaan untuk murid yang mencapai objektif dan
aktiviti pemulihan untuk murid yang tidak mencapai objektif. Tingkah laku murid
sewaktu proses PdP tersebut juga dicatatkan.
Contoh penulisan refleksi;
1. Pelajar memberikan respon yang sangat baik ketika sesi pengajaran sedang
berlangsung.
2. Keadaan kelas kadangkala agak bising apabila terdapat segelintir XXX (murid)
kurang bersedia dan tidak dapat menumpukan perhatian.
3. Kerjasama antara murid dan guru sangat baik dan objektif pembelajaran
tercapai.
4. Aktiviti PdP ini dibawa ke hadapan kerana terdapat Majlis Sambutan Hari Kanakkanak peringkat sekolah.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai